Wednesday, July 29, 2015

Boss Sepatutnya Redha Setelah di Malukan Orang Bawahan Di Khalayak Awam

Bila bekas TPM Malaysia digugurkan daripada jawatan beliau semalam, ramai yang melahirkan rasa kurang senang, ramai yang terkejut dan pelbagai macam reaksi lagi . Segala sirah Nabi dikeluarkan mengenai perlunya taat pada pemimpin, ruang untuk menegur pemimpin dan macam-macam lagi . Ruang siber dijadikan tempat untuk mengeji PM dengan tindakan yang dibuat oleh beliau itu . Ramai yang tak sabar-sabar menunggu pemilihan UMNO yang akan berlangsung 18 bulan lagi . Dirasakan oleh mereka masa berjalan terlalu lama. Pada mereka Najib harus disingkirkan sekarang.


Pendapat aku ? Pada aku mudah saja, sesiapa saja boleh meluahkan perasaan tak puas hati, benci, dengki dan apa2 saja terhadap mana-mana orang atau terhadap apa-apa isu sekalipun. Cuma kita kena tahu tak semua orang sependapat dengan kita , cuma kita perlu tahu setiap tindakan pasti ada tindak balas , berani buat berani tanggung . Tindakan pengguguran beberapa nama besar dalam arena politik tanah air dalam pentadbiran kerajaan adalah hasil tindak balas dari tindakan mereka.

Ramai yang kata takkanlah Najib tak boleh ditegur langsung oleh pekerja ? Yang tanya soalan tu cuba hangpa tegur boss sendiri depan orang ramai, cakap kuat-kuat biar satu pejabat dengar ... "Boss tak boleh guna duit syarikat sangat untuk layan kita punya client" .  Bayangkan diri anda sebagai boss bila kena tegur secara terbuka depan pekerja-pekerja syarikat yang lain , hatta opis boy dan makcik cleaner pun boleh dengar. Takkan sebagai boss anda nak buat bodo lepas kena tiau secara terbuka oleh orang bawahan sendiri . Kalau buat bodo memang lah patut check balik dalam seluar ada berapa bijik sebenarnya?

Jadi ikut logik akal , senario Najib gugurkan Timbalannya dan beberapa Menteri lain semalam bukanlah sebab tak boleh ditegur , tapi tindakan beliau lebih kepada menunjukkan authority sebagai boss yang memecat pekerja yang didapati telah menjatuhkan reputasi beliau secara terbuka , depan orang ramai yang akhirnya dicanang di dada-dada akhbar satu Malaysia . Jangan nak kata gua jilat, makan dedak bagai , kalau korang jadi boss dan pekerja korang lancaukan korang depan-depan orang ramai , lu orang boleh senyap je ke ? Tolong komen sat sapa yang boleh buat macam tu ?

Macam ni lah, matlamat yang perlu dicapai dalam sesebuah kumpulan ialah untuk menang. Di sebalik pelbagai isu yang melanda, matlamat utama ialah tetap untuk menang . Kalau dalam team ada tukang sabotaj, dan tukang jaja di khalayak umum kononnya team korang tak boleh menang , sebagai boss yang nak menang buat apa nak simpan lagi orang berkenaan ? Apa motif tukang jaja tu bercakap di khalayak dan bukan secara tertutup kalau ada apa2 isu yang berbangkit? Untuk populariti ? Populariti untuk apa? Aku menulis ni berdasarkan logik yang mungkin dibuat oleh mana-mana ketua sekiranya senario di atas berlaku

Artikel ni aku cuma cerita pasal logik pengguguran beberapa anggota kabinet semalam , artikel seterusnya ialah mengenai kaitan pemecatan dan logik sekiranya tuduhan wang 1MDB digunakan untuk biayai parti BN semasa PRU-13 . Kenyataan Tun Mahathir ini dipetik dari portal Malaysiakini.com seperti yang disiarkan pada 20 Julai 2015 .


Soal pembiayaan wang pilihanraya dari sumber-sumber meragukan ini bukan baru wujud , perkara ini dah lama ada dan dipersoalkan . Dan pembiayaan wang untuk pilihanraya ini berlaku di kedua-dua belah pihak . Memang wujud pelobi yang berkepentingan meletakkan pelaburan mereka . Pilihanraya presiden di USA melakukannya secara terbuka , di Malaysia tak mustahil perkara ini wujud tetapi dilakukan secara tertutup .

Friday, July 24, 2015

Guan Eng "Gila Talak" , PAS dan Hadi Awang Terus Dikritik

Larangan ke luar negara terhadap 2 pemimpin pembangkang iaitu Tony Pua dan Rafizi , serta pemilik The Edge, Tong Kooi Ong dijadikan modal untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meneruskan serangan beliau terhadap PAS dan Presiden PAS . Beberapa bulan sebelum ini pertelingkahan terbuka di antara pemimpin PAS dan DAP telah diketahui umum sehingga menyebabkan perpecahan di dalam parti PAS itu sendiri apabila beberapa pemimpin PAS yang menjadi "budak suruhan" DAP bertindak daripada parti itu dan melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) .


Guan Eng seolah-olah menjadikan ketidak-sefahaman pendapat antara beliau dan Hadi Awang sesuatu yang peribadi . Serangan beliau terhadap Hadi Awang agak konsisten berbanding pemimpan DAP yang lain . Ada sahaja isu yang boleh dijadikan modal untuk menyerang Presiden PAS itu dengan harapan Hadi Awang digulingkan semasa pemilihan PAS tidak berapa lama dahulu. Malangnya, strategi Guan Eng itu gagal dan sebaliknya beberapa "budak suruhan" beliau tumbang . Anasir-anasir "chauvanis" gagal meresap ke dalam PAS.

Strategi Guan Eng yang terbaru dilihat seperti ada unsur-unsur "memujuk" penyokong-penyokong kuat PAS yang masih setia dengan presiden parti itu supaya berpaling tadah dan menyertai GHB yang diketuai Mat Sabu . Guan Eng cuba mengheret dan mengaitkan PAS dengan masalah dan isu yang membelengu parti pemerintah . Beliau cuba menunjukkan PAS seolah-olah bersubahat , dengan mengambil kira sentimen umum pada ketika ini yang tertumpu kepada isu 1MDB . Guan Eng dalam satu kenyataan berkata tindakan kerajaan menyekat individu2 berkenaan ke luar negara adalah disebabkan "sokongan" PAS dan presiden parti itu.

Guan Eng juga dilihat seolah-olah berharap PAS mengeluarkan kenyataan supaya mengutuk tindakan kerajaan menyekat individu2 berkenaan ke luar negara dengan sindirian yang dibuat itu. Sekiranya PAS melayan kenyataan Guan Eng dengan memberikan respon balas, maka PAS akan terperangkap dalam perang psikologi yang dilancarkan Guan Eng itu . Penulis berpendapat , PAS tidak perlu menyatakan apa-apa pendirian dengan penahanan 3 individu berkenaan , 2 daripada mereka pernah memperkotak-katikkan pemimpin PAS , jadi tak perlu lah menjadi "hero" . Kena beringat disebabkan game DAP ini , 3 balachi mereka a.k.a ADUN PAS Selangor dah mendapat hidayah nak menyertai GHB.

Thursday, July 23, 2015

"Orang Dalam" Warga Asing Punca Maklumat Sulit Negara Bocor ?

Tersentak penulis baca satu artikel daripada rakan blogger The Unspinner yang bertajuk "RAKYAT S'PURA ketuai Unit Taskforce, Masaalah RAHSIA NEGARA bocor dan tak selamat" . Penulis tak pasti sejauh mana kebenaran artikel ini, namun beberapa isi yang dilaporkan menyokong asas kepada dakwaan ini. Blogger The Unspinner berkongsi maklumat seperti yang didedahkan penulis blog Malaysia Today , Raja Petra .

sumber : http://www.malaysia-today.net/najibs-problem-the-perception-is-what-counts/
sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2015/07/meletak-rakyat-spura-ketuai-unit.html


Raja Petra dalam artikel beliau mendakwa seorang penduduk tetap warga Singapura telah mengetuai "taskforce unit"  untuk Jabatan Pentadbiran dan Kewangan. Beliau dikatakan mungkin telah menghadiri beberapa  mesyuarat sulit yang berkaitan dan pada masa yang sama mempunyai hubungan dengan seseorang yang rapat dengan SPRM , dan pada masa yang sama juga mempunyai hubungan dengan penulis blog Sarawak Report yang selama ini digunakan untuk menjatuhkan kredebiliti pemimpin-pemimpin dalam negara

Individu yang dikatakan mengetuai "taskforce unit" itu berkemungkinan telah membocorkan maklumat dalam beberapa perkara . Seperti yang ditulis RPK ;

"The issue is there are people inside the Special Task Force who are providing information to Sarawak Report and The Edge. And this is an even bigger problem for Najib than the matter of Justo. And even if they block access to Sarawak Report they still have The Edge which they can use to continue whacking Najib with. "

"So blocking Sarawak Report will not stop the attacks unless they can plug the leaks and flow of information that is coming out of the Special Task Force. The Special Task Force is made up of a few agencies." 

"And all these agencies such as Bank Negara Malaysia (BNM), the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the Attorney General’s Chambers (AGC), the Royal Malaysian Police (PDRM), and so on, have access to information and reports regarding the investigation involving 1MDB. And, judging by the information that is being leaked, it can only come from them, not just from Justo."

Artikel yang dikeluarkan RPK secara dasarnya lebih menjurus kepada persepsi semata-mata mengenai keterlibatan beberapa individu berkaitan dari BNM, MACC, AGC dan PDRM . Walau bagaimanapun pendapat RPK dengan yang menyatakan sesetengah kebocoran maklumat berpunca daripada "taskforce unit" itu sendiri mungkin ada asasnya apabila beberapa individu dikaitkan dalam satu rantaian. Samada dakwaan ini benar atau tidak, timbul persoalan mengapa kebocoran maklumat yang mengundang seribu satu persepsi boleh berlaku ?

Tuesday, July 21, 2015

Fitnah Rupanya Sama Dengan Gurauan atau Lawak Jenaka

Pernah satu ketika dahulu ahli Parlimen Pandan cukup beria-ia memfitnah Rosmah, isteri Perdana Menteri mengenai cincin yang berharga puluhan juta ringgit kononnya dibeli untuk tujuan bermewah-mewah sedangkan hakikat sebenar cincin itu tak pernah pun dibeli. Setelah pelbagai penafian dibuat , malah ada rakaman video dari penjual cincin itu sendiri beserta dokumen-dokumen berkaitan penafian disebarkan di laman web, Rafizi berdiam diri ... minta maaf jauh sekali . "Damage" untuk fitnah yang dibuat oleh beliau tu dah terlalu besar hingga cerita Rosmah dan cincin dijadikan bahan jenaka dalam siri jelajah fitnah parti pembangkang.

Hal berkenaan cincin itu dijaja sebelum PRU-13, dan digembar-gemburkan bagi menimbulkan kebencian rakyat. Mungkin Rafizi sangat yakin PR akan memerintah selepas PRU-13 maka dia tak kisah pun soal untuk pohon maaf dengan Rosmah atas fitnah yang disebarkan beliau . Kemudian setelah diheret masuk ke mahkamah, barulah Rafizi bersuara bahawa kenyataan isu cincin Rosmah itu hanyalah lawak jenaka . Kenyataan Rafizi ini menunjukkan seolah-olah sesiapa saja yang membuat fitnah boleh lepas dengan alasan lawak jenaka . Bayangkan ko buat fitnah , kata seseorang itu merogol anak perempuan seseorang yang lain, bila polis siasat dan dapati benda tak betul boleh ke yang menyebar cerita tu senang-senang kata tu hanya lawak jenaka?

Rafizi dalam artikel terbaru beliau hari ni menulis kononnya pihak UMNO mereka-reka cerita untuk alih isu 1MDB dengan mengatakan apa yang disiarkan The Edge dan Sarawak Report adalah palsu . Bekas eksekutif PSI , Justo dikatakan hanya sebagai alat untuk mengalihkan tumpuan . Walau bagaimanapun , apa yang cuba disampaikan Rafizi ni tak kena dengan hasil siasatan pihak polis Thailand yang mengesahkan bahawa memang ada ubahsuai dokumen asal hasil komunikasi Justo dan Sarawak Report . Adakah UMNO mampu mengawal polis Thailand ? Dikatakan ada juga proses transaksi wang secara tidak sah berlaku di Singapura , sekiranya siasatan polis Singapura mendapati ianya benar adakah UMNO juga mampu mengawal polis Singapura ? Sekiranya benar UMNO mampu kawal pihak berkuasa di kedua-dua negara ini, bukankah itu menunjukkan sesuatu petanda yang baik ?

Rafizi menulis,

"Saya sebenarnya berasa gembira dengan reaksi dan tingkah laku pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih cuba menutup skandal 1MDB dengan memfitnah saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua, Sarawak Repor, The Edge dan lain-lain. Reaksi sebeginilah yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional yang akan membolehkan pembangkang menang dalam PRU14 kelak."

Rafizi meletakkan diri beliau dalam keadaan mangsa, walhal sebelum ini beliau giat menyebarkan cerita fitnah, dan adakalanya separuh masak atau half-truth . Contoh mudah cerita cincin Rosmah, sekarang bila kena batang hidung sendiri pandai pula nak buat konar baring ? Rafizi kata gembira kerana dengan isu 1MDB yang ingin disembunyikan UMNO boleh kalah , kalau betul gembira tak perlu meroyan seolah-olah diri jadi mangsa . Nada yang sama dimainkan sebelum PRU-13 dahulu berkaitan isu Altantuya dan kapal selam Scorpene , namun di sebalik pelbagai isu dan tekanan yang all out ... sila sambung sendiri

Friday, July 10, 2015

Portal Malaysiakini Jadi Mangsa Penipuan ?

Selepas PM Najib diserang dari segenap sudut, dalam dan luar negara, para konspirator kini menghalakan serangan terhadap isteri beliau pulak. Perancangan serangan bertali arus dengan pelbagai persepsi yang bercampur antara benar dan palsu membuatkan ramai terkeliru.



Gerak geri Najib dan seluruh keluarga mendapat perhatian umum. Apa saja perkara yang boleh dijadikan modal untuk menyerang beliau dan keluarga digunakan, hatta perkara yang melibatkan peribadi. Duit yang keluar masuk ke dalam akaun setiap ahli keluarga menjadi penting. BAFIA bukan lagi menjadi isu besar.

Portal Sarawak Report semalam menyiarkan artikel yang mendedahkan sejumlah wang (RM 2 juta) telah dimasukkan ke dalam akaun isteri kepada PM, pada awal tahun ini. Dari gaya penceritaan portal berkenaan wang yang dimasukkan adalah dalam bentuk tunai.Walau bagaimanapun, dari salinan dokumen2 yg disertakan pengguna2 media sosial menimbulkan persoalan dgn nombor Ic yg dikatakan milik Rosmah . Portal Malaysiakini seperti biasa ghairah menyebarkan berita2 memburukkan PM dan isteri tanpa berlengah terus menulis artikel yang disiarkan Sarawak Report itu . 

Rupa-rupanya , Malaysiakini ambil langkah berhati-hati dengan mengkaburkan nombor IC yang tertera di Sarawak Report itu , kenapa di kaburkan ??? 



Dari komen  blog Pisau

"individu yang lahir SELEPAS tahun 1964 sahaja yang mempunyai huruf “A” di pangkal sebelum nombor IC mereka. Pada warganegara Malaysia yang lahir sebelum tahun 1964, hanya nombor sahaja yang tertera di IC tanpa sebarang huruf."


Dikatakan nombor IC Rosmah ialah 51121005558 / 4200637 . Nombor IC lama pun dah tak betul , lagi satu kalau ada data berkaitan IC baru, apa kes nak guna nombor IC lama? (Sumber The Unspinner)

Blogger The Unspinner pula mempersoalkan bentuk dokumen yang dikatakan dikeluarkan oleh Affin Bank, bentuk dokumen seperti itu dengan mudah boleh dibuat oleh mana2 individu yang ada kemahiran menggunakan MS Office, tak perlu Adobe Photoshop pun.


Secara peribadi aku pula berpendapat, Kalau benar pun RM2 juta tunai dimasukkan dalam akaun beliau awal tahun ini, apa yang nak dihairankan, lagipun masa tu dekat dgn majlis perkahwinan anak perempuan PM dan isteri. 

Tak boleh nak memandai mandai buat persepsi duit rakyat atau duit dari sumber  tertentu. Takkanlah logik pemikiran kita, Menteri2 dan keluarga mereka sepatutnya tak boleh ada harta benda sendiri? 

Penulis pasti transaksi kewangan macam ni adalah biasa dikalangan orang2 berada, tak terkecuali di kalangan pemimpin parti politik termasuk pemimpin2 pembangkang..

Hal ini jadi isu yang sengaja dipanaskan sebab ada nama Rosmah. Cuba kalau dokumen transaksi kewangan berjumlah besar melibatkan pemimpin pembangkang dikeluarkan, pasti ada saja alasannya. 

Thursday, July 9, 2015

MARA Inc : Whistle Blower Jadi Blow....

Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa semalam memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli supaya MARA menjual hartanah yang dibeli di Australia sekira benar ia membawa keuntungan kepada badan itu. Tan Sri Anuar Musa berkata MARA tidak ada masalah untuk menjual hartanah berkenaan sekiranya ia membawa keuntungan yang besar. Menurut beliau lagi, penilaian untuk kesemua hartanah yang dibeli itu menunjukkan MARA mampu memperoleh keuntungan .


Senarai hartanah yang dibeli oleh MARA Inc di Australia seperti yang dilaporkan ialah ialah ;

 746 Swanston Street untuk AUD41.8 juta,
 333 Exhibition Street untuk AUD31 juta
51 Queens Street untuk AUD21.3 juta
Duddley House untuk AUD22.6 juta


Seperti yang kita semua sedia maklum, pembelian hartanah adalah di lokasi yang strategik , jadi nilai hartanah pasti dah meningkat sejak tahun ia dibeli . Menurut sumber yang diperoleh, penilaian terkini terhadap 4 hartanah berkenaan adalah seperti berikut;

 746 Swanston Street untuk AUD45 juta,
 333 Exhibition Street untuk AUD33 juta
51 Queens Street untuk AUD23 juta
Duddley House untuk AUD27 juta



 Kalau dilihat graf ramalan yang dibuat oleh ahli ekonomi mengenai kitaran 20 tahun turun naik nilai hartanah Australia , pembelian yang dibuat oleh MARA Inc kena pada masanya , di mana nilai hartanah di negara itu dijangka akan terus naik sehingga 2018.

 Jadi permainan persepsi yang cuba dibawa oleh Rafizi Ramli menunjukkan beliau tak habis mengkaji sesuatu isu itu sebelum jadi "whistle blower". Kadang-kadang terfikir samada benar Rafizi ni "whistle blower" atau "blower" je ? Blow apa ? emm ... entah

Wednesday, July 8, 2015

Cabar Rafizi Ramli Jual Rumah Milik Beliau Jika Menguntungkan

Fuhh , panas betul artikel semalam .... artikel aku pakat kena balun dengan angkatan pendokong Wall Street Journal , tapi tak kisah la hang pa nak kata apa pun . Hari ni pun dah keluar beberapa kenyataan yang menafikan akaun yang dibekukan tu milik Najib selain maklumat transaksi iaitu SWEC code tu meragukan . Tau tak apa SWEC code tu ? Ahh kalau korang rajin cari lah sendiri ...


Artikel kali ni aku nak cerita pasal kenyataan Rafizi hari ni pasal MARA Inc pulak . Rafizi dengan bodoh sombongnya buat press statement mencabar MARA jual tanah jika benar pelaburan di Melbourne tu menguntungkan hingga nilai 4 hartanah tu mencecah RM45 juta tahun lalu . Aku tak faham la apa strategi pengarah strategi PKR ni , dah nilai makin meningkat buat apa jual sekarang ... baik disewakan je seperti yang dilakukan sekarang . Duit sewa dapat  dan dalam masa yang sama nilai hartanah makin meningkat dari tahun ke tahun. Ala ... ni basic buat duit dalam soal jual beli hartanah.

Banyak kawan aku yang buat style camni , beli apartment untuk disewa . Masa awal-awal beli dulu harga apartment RM150,000 je . Orang menyewa ikut kontrak , tahun-tahun awal masa tak ramai orang dan takde demand sangat RM800 sebulan .  Sekarang tempat tu dah banyak fasiliti , shopping complex, kolej dan macam2 lagi , sewa senang2 boleh cecah RM1,500 sebulan . Ikut penilai hartanah, nilai apartment berkenaan dah meningkat sampai RM 300,000 . Dua kali ganda dari nilai asal tak sampai beberapa tahun ianya dibina . Jadi kebodohan jenis apa kah yang Rafizi sedang pamerkan kepada khalyak dan penyokong beliau ?

Jadi kalau ikut logik Rafizi cabar jual hartanah kalau benar untung ... kita kena cabar jugak lah Rafizi jual rumah yang beliau duduk sekarang jika menguntungkan ? Lepas tu kita cabar orang2 yang ada kat kampung ni jual tanah kat orang2 luar ni jika benar menguntungkan ..... krik krik krik ? Blur kejap... Macam ni lah aku pun blur apa yang cuba Rafizi spin ni , selalu spin pakai otak , kali ni punya spin pakai lutut ... hilang fokus pasal apa ? Mentor Rahim Ghouse terlupa nak guide ? Ok lah bulan puasa ni tak elok aku meng'anjing' secara berlebihan .



Apa pun sini aku ambik kesempatan share info keuntungan MARA Inc sejak ia ditubuhkan beberapa tahun lalu . Ni aku dapat dari blog-blog lain gak . Betul ke banyak tu untung korang kena tanya sendiri lah dengan MARA Inc . Dari blogger GAP ;


http://gerakan-anti-pkr-new.blogspot.com/2015/07/mara-inc-rafizi-rayu-blogers-jangan.html

berapa keuntungan terkumpul MARA INC ?
2008 - (RM1,167,189)
2009 - (RM7,021,354)
2010 - RM1,107,628
2011 - RM3,835,546
2012 - RM36,254,436
2013 - RM29,266,764
2014 - RM18,199,191

 Jumlah keuntungan terkumpul - RM80,475,022




Tuesday, July 7, 2015

Hasil Siasatan Forensik Dokumen Menunjukkan WSJ di Pihak Benar ...

Pernah tengok dokumentasi palsu tak ? Sekali lalu tengok dokumen palsu ni memang kadang-kadang kita tak tahu benda tu palsu , cuma terserlah kepalsuannya bila siasatan lebih teliti melalui kaedah-kaedah tertentu dijalankan keatas dokumen . Zaman sekarang zaman digital, ramai yang dah cukup hebat dengan photoshop , tahun 1998 aku baru kenal dengan perisian Adobe Photoshop , seronok edit itu ini dengan perisian berkenaan . Masa zaman student faham2 je lah memang sengkek , kadang2 roadtax moto mati masa tengah "gerhana" atau "krismos a.ka money crisis" .



Ada sorang sahabat aku ni sebab takut kantoi dengan polis roadtax mati . Dia guna kaedah photoshop untuk "renew" dia punya roadtax . Hanya perlu sediakan scanner dan printer . Hasilnya memang nampak macam real , tambah2 lagi roadtax tu di-cover dengan sarung kunci . Zaman sekarang sepatutnya teknik photoshop lebih dahsyat , cuma kadang-kadang bila sesetengah individu nak buat fitnah nampak kecacatan dalam kemahiran individu berkenaan bermain photoshop.

Hari ni Wall Street Journal telah keluarkan satu dokumentasi transaksi amaun jutaan ringgit kedalam akaun yang mereka dakwa sebagai akaun Perdana Menteri . Beberapa orang kawan aku yang bekerja dalam industri perbankan dan kewangan bagi komen , pindahan amaun jutaan ringgit kedalam akaun peribadi seseorang itu bukan boleh buat senang-senang ja . Ada deklarasi dan sebagainya lah , hal berkaitan tax lagi dan macam-macam prosedur . Selain tu, depa bagi komen juga , kalau betul nak songlap duit.. orang takkan masuk dalam akaun sendiri sebab boleh jadi "easy target" . Sebab tu lah orang selalu dok cerita pasal "money laundring"

Berbalik kepada dokumentasi transaksi yang didedahkan Wall Street Journal , entah mana depa dapat dokumen berkenaan , cuma bila diteliti balik memang ada beberapa keraguan . Sebelum ni masa bekerja dalam bidang gas dan minyak, aku pernah nampak cetakan pemindahan wang ke akaun syarikat sebagai bukti pembayaran dalam sesuatu urusniaga . Cetakan komputer  pastinya menunjukkan konsistensi dalam huruf dan nombor yang dicetak . Dalam bahasa mudah .. font kena sama. Itu lah trick atau angle yang aku pantau sebelum buat photoshop dalam sesuatu dokumentasi tu , kena pastikan font sama, pattern dokumentasi tu dikekalkan.

Berikut adalah siasatan forensik untuk dokumen yang didedahkan WSJ itu , aku tak pasti siapa yang menyiasat tetapi individu berkenaan pastinya mahir dalam kerja-kerja mengenalpasti dokumen yang diubahsuai . Terlalu banyak kecacatan "photoshop" yang ditunjukkan oleh penyiasat berkenaan hingga menimbulkan keraguan samada dokumen yang disiarkan WSJ itu adalah palsu .  Konklusinya , hasil siasatan forensik dokumen menunjukkan WSJ di pihak yang benar MENIPU.

Monday, July 6, 2015

Isu MARA Inc , Rafizi Serkap Jarang Mengenai Status Syarikat BVI

Pada 29 June 2015, Rafizi dalam satu kenyataan kepada media berkata Mara Inc telah menggunakan syarikat berlapis membeli hartanah di Australia.  Memetik laporan media pro-pakatan Selangorku;


"Rafizi Ramli, berkata, MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) bagi dua hartanah, 746 Swanston Street dan Dudley International House."

Merujuk kepada kenyataan Rafizi itu , syarikat yang dimaksudkan ialah Thrushcross Land Holdings . Melalui siasatan yang dibuat syarikat Thrushcross Land Holdings telah didaftarkan pada  2010 . Manakala pembelian hartanah pada nilai AUD22.6 juta oleh Mara Inc melalui Thrushcross adalah pada 2013.

Putar belit atau 'spin' mengenai isu pembelian hartanah dimainkan Rafizi di peringkat ini apabila mewujudkan kekeliruan seolah-olah MARA Inc sengaja mewujudkan syarikat BVI untuk membeli hartanah pada 2013 .

Semasa Thrushcross Land Holdings ditubuhkan pada 2010, syarikat itu masih bukan milik MARA Inc . Thruschcross Land Holdings ialah syarikat yang diambil alih oleh MARA Inc pada 2012 sebagai kaedah pembelian hartanah Duddley International House. Pengambilalihan Thruschross Land Holdings sudah semestinya perlu mendapat kelulusan dari bahagian tertentu di MARA.

Sebelum ini laporan the Age menyatakan Dudley House telah dibangunkan oleh warga Australia, Chris Dimitriou dan Peter Mill dengan kerjasama businessman dari Malaysia, Yusof Gani dan Abdul Azizi . Pengambilalihan hartanah itu oleh MARA Inc dibuat dengan terlebih dahulu mengambilalih Thruscross Land Holdings .

Timbul persoalan mengapa perlu MARA Inc menggunakan syarikat BVI untuk mengambil alih hartanah di Melbourne itu ;



Komen rakan blogger The Unspinners mengenai persoalan ini ;

"Jika guna off shore company, tak perlu wujudkan pejabat. Hanya kos selenggara dan kesetiausahaan. Itu sebab MARA guna syarikat off shore. Tambah lagi syarikat BVI yang dikatakan Rafizi untuk urusan Swanton dan Dudley House itu sudah di localised. Maknanya sudah didaftar di Australia. Cara demikian tak perlu ada resident director. Dalam hal syarikat Queville Pty Ltd dan Peters Equity Pty Ltd. kedua-dua ini adalah syarikat yang manageran hartanah terletak bawahnya. MARA Inc hanya membeli hartanah dengan cara mudah untuk beli syarikat saja. Yang cerita berlapis-lapis tu ...cuma dari syarikat off shore beli hartanah, dia beli syarikat yang mengandungi hartanah. Ini semua memudahkan untuk jual."

sumber 

Sunday, July 5, 2015

Isu Pembelian Hartanah, Mara Inc Dijadikan Kambing Hitam oleh Chauvanis

Puak "chauvanis" makin ghairah mengipas-ngipas isu pembelian tanah oleh MARA Inc dengan hanya bersandarkan cerita dari media luar negara "The Age" . Penulis dalam 'posting' sebelum ini yakin manipulasi harga hartanah adalah disebabkan permainan orang tengah. 

Bila isu ini menjadi panas puak "chaunvanis" cuba mengkambing hitamkan institusi yang membela melayu dan bumiputera ini sejak ia ditubuhkan.

Apabila ada "agen" yang terlibat dalam soal beli hartanah, pasti akan wujud elemen untuk cari untung atas angin. Agen ini akan berunding sehingga pembelian hartanah dimuktamadkan. Kaedah pembelian dimanipulasi supaya keuntungan diperoleh lebih tinggi. 

Dalam kes Mara Inc, hartanah dibeli berdasarkan kedudukan bangunan yg strategik dan tiada lagi bangunan siap lain yg sesuai dijadikan tempat penginapan sementara pelajar. Oleh yang demikian tidak timbul soal mengapa Mara Inc beli pada harga yang melebihi harga pasaran.

Walaupun pembelian pada harga melebihi nilai pasaran, sudah tentu ada congakan yang dilakukan bagi menentukan pelaburan pada harga sedemikian membawa pulangan yang timggi. Sekiranya pelaburan tidak mendarangkan keuntungan sudah tentu urusan jual beli ini tidak berlaku.

Mara Inc sebagai pembeli tidak ada pilihan kecuali menerima tawaran pihak yang menjual selagi pembelian itu boleh mendatangkan keuntungan untuk beberapa tahun akan datang. Tidak timbul soal rasuah atau korupsi di pihak MARA Inc. 

Dakwaan yang mengatakan wang lebihan yg dibayar itu "dipulangkan" semula ke pihak Malaysia adalah tidak mengejutkan kerana hartanah yang dimajukan itu juga melibatkan hasil perkongsian antara warga Australia dan peniaga dari Malaysia. 

Namun apa yang cuba diputarbelit "chauvanis" ialah wang terlebih bayar itu adalah seolah-olah kerana Mara Inc turut berkomplot. Seperti yang telah penulis nyatakan dalam artikel sebelum ini, pihak polis sendiri mengakui tiada unsur easuah atau ecah amanah, apa yang berlaku ialah Mara Inc membeli hartanah yang terletak di kawasan strategik pada nilaian yang lebih tinggi.

Pasti ada yang akan bertanya, kenapa perlu beli jugak pada nilai yang lebih tinggi? Tak boleh nego ke? Penulis yakin dalam prinsip jual beli , bila sesuatu hartanah itu strategik pasti akan ada beberapa pembeli menawarkan harga pada pemaju. 

Setiap pembeli tahu nilai market hartanah, kalau mereka betul2 mahu hartanah berkenaan yg dijangka akan buat keuntungan pasti masing2 tawar harga lebih tinggi pada pemaju. Walau bagaimanapun, terpulang pada pemaju untuk jual pada pembeli yang difikirkan sesuai. Dalam kes Mara Inc, adalah tak logik jika hartanah yg mempunyai lokasi sgt strategik itu tidak mempunyai pembeli2 lain yang berminat. Jadi soal harga lebih tinggi tak timbul.



Friday, July 3, 2015

Siapa Orang Tengah Yang Menjadi Punca Kemelut MARA Inc ?

Hanya kerana kontroversi pembelian hartanah di UK dan Australia , Pengerusi dan CEO MARA direhatkan dengan alasan untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan . Tindakan yang diambil oleh Tan Sri Anuar Musa ini mungkin bertujuan untuk menunjukkan bahawa MARA mengambil serius dengan dakwaan yang dibuat terhadap MARA Inc baru-baru ini mengenai pembelian hartanahnya di luar negara. Walau bagaimanapun, tindakan itu seakan memberi persepsi buruk umum terhadap MARA Inc itu sendiri , sedangkan segala urusan pembelian hartanah di luar negara itu telah melalui pelbagai peringkat sebelum urusan jual beli dilakukan oleh MARA Inc.


Penulis percaya pembelian hartanah oleh MARA Inc itu telah mengikut prosedur yang betul . Ini diakui sendiri oleh Menteri , Datuk Seri Shafie Afdal dalam satu kenyataan beberapa hari lepas . Sebelum ini,sebuah akhbar Australia, The Age dalam satu artikel berkaitan mendakwa seorang pegawai MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik telah terlebih bayar untuk hartanah yang sepatutnya boleh diperoleh dengan nilai yang lebih rendah. The Age  melaporkan ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Dari laporan the Age , Dudley House telah dibangunkan oleh warga Australia, Chris Dimitriou dan Peter Mill dengan kerjasama businessman dari Malaysia, Yusof Gani dan Abdul Azizi . Tidak dinafikan pembinaan Dudley House adalah pelaburan yang menguntungkan memandangkan lokasinya yang strategik . Dan apabila ianya melibatkan warga Malaysia, penulis percaya kedua individu di atas yang menjadi "orang tengah" dalam urusan jual beli hartanah berkenaan dengan MARA Inc. Dari beberapa laporan berita, Dudley House telah dibeli oleh MARA Inc melalui syarikat yang didaftar di British Virgin Island (BVI) , Thrushcross Land Holding Ltd .

Persoalan utama yang dibangkitkan sejak isu ini timbul ialah mengapa MARA Inc menubuhkan syarikat yang didaftar di BVI untuk pembelian hartanah berkenaan . Penulis percaya ada alasan yang munasabah di sebalik persoalan ini, sudah tentu cara pembelian hartanah di Melbourne itu melalui syarikat BVI telah dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi . Pihak PDRM yang turut melakukan penyiasatan mengenai perkara ini telah menyatakan tiada unsur pecah amanah , walau bagaimanapun pihak MARA sendiri mahu penyiasatan lebih teliti dijalankan bagi menunjukkan komitmen mereka. Penjelasan mengenai perkara ini akan dibuat dalam beberapa hari lagi dan penulis percaya isu ini timul hanya disebabkan urusniaga yang melibatkan orang tengah yang mengambil kesempatan kaut untung secara berlebihan dengan memanipulasi urusniaga jual beli dengan MARA Inc.

PIhak-pihak "chauvanis" pula sekarang tersenyum lebar apabila nampak akan peluang untuk menghancurkan institusi yang berkait rapat dengan Bumiputera ini. Jadi janganlah kita terbawa-bawa dengan dakwaan-dakwaan yang belum tentu ada kebenarannya . MARA Inc ditubuhkan sebagai inisiatif untuk mencari dana sendiri untuk MARA tanpa perlu mengharapkan lagi dana dari kerajaan dan sehingga kini syarikat ini telah berjaya membuat beberapa perubahan positif malah telah menjana keuntungan dalam beberapa pelaburan mereka




Thursday, July 2, 2015

Selepas MAS, Giliran Pekerja CIMB Pula ...

Dari petikan artikel Malaysia Gazette , seramai 3,599 pekerja CIMB akan meninggalkan syarikat itu setelah menerima Skim Pemberhentian Bersama (MSS) . Daripada jumlah itu, 1,891 adalah pekerja dari Malaysia . Boleh dikatakan pekerja CIMB lebih beruntung sedikit berbanding MAS kerana jumlah yang meninggalkan syarikat itu tidaklah seberapa dibandingkan dengan pemberhentian oleh MAS. Pelik juga penulis , angin takde ribut takde , tiba-tiba ada offer MSS kepada pekerja ?

CIMB ada masalah aliran kewangan ke ? Katanya keuntungan dah merosot hingga 50% berbanding tahun sebelumnya .

Dari petikan The Sun Daily ;

"CIMB's net profit for the first quarter ended March 31, 2015 slumped 45.59% to RM580.12 million from RM1.07 billion in the previous corresponding period, mainly due to exceptional restructuring expenses of RM202 million. Excluding that, CIMB's earnings would have dropped 26.6% on the back of higher corporate loan provisions from its Indonesian operations."


Jadi mungkin rakyat pun nak tahu dari pengerusi CIMB , Nazir Razak mengenai apa yang berlaku sehingga keuntungan merosot 45.59% . Kalau tak silap penulis , CIMB juga adalah syarikat berkaitan kerajaan sama dengan 1MDB . Kalau Nazir Razak boleh bagi komen mengenai 1MDB , apa salahnya komen mengenai CIMB di bawah pengurusan beliau sendiri ?

Rakyat sekarang makin bijak dalam ekonomi , tengok sajalah macam-macam analisis dibuat bila berlaku peningkatan harga minyak , turun naik nilai matawang , hutang urusniaga korporat multi billion dan macam2 lagi . Yang pandai bagi analisis ni ialah dari kalangan yang duduk dalam pejabat beraircond sampai pakcik2 kat kedai kopi. Rakyat akan tertanya kalau Maybank boleh buat untung , pasal apa CIMB rugi ? Sembang kencang berdegar-degar .. tapi awat jadi lagu ni ?

Berikut adalah kupasan agak menarik dari rakan blogger Another Brick 

"Hey ... we are not BS'ing when we say Nazir could be trying to divert attention from CIMB problem by taking on 1MDB. Any coffeeshop political analyst could appreciate unless they are that type that can't back their claim with facts and figure but need to cover their inadequacy by arguing it does not matter. It is not a surprise that Nazir is still at it and making a petty issue over 1MDB's FY ending March 2015 audit to say our governance has dropped. [Read MMO here] Being an aristocrat fed with expensive silverware, he may not have worked himself up the ladder from sufficiently the bottom. So he fail to understand the simple pratical reason that there can only be one auditor at a time to audit a company."