Friday, February 27, 2015

Isu "Cat Rambut" , Media Pro Pembangkang Terbukti Memfitnah Rosmah

Aku perati je beberapa hari kebelakangan ni media-media pro pembangkang cerita pasal statement RM1,200 cat rambut..bila dengar betul2 balik audio tu baru perasan media2 pro pembangkang macam Malaysiakini haramjad spin statement yang dibuat tu ..cuba dengar betul-betul audio tu? Aku tertanya adakah sengaja mereka UP kan cerita Rosmah untuk tutup kemaluan dek Ketua Umum yakni Anwar Bin Ibrahim kini sah sebagai pesalah liwat??? Jeng jeng jeng...





Sedikit "points" untuk kita fikirkan lah ye..kalau betah jugak , itu hang punya pasal

RM1200 pun mahal bagi Rosmah

Selepas meneliti ucapan DS Rosmah yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Barulah saya mendapat gambaran sebenar apa yang diperkatakan oleh DSR. 

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, kita tentulah tak jadi ambil service tersebut. Kalau DSR betul2 belanjakan RM1200 untuk cat rambut, sudah tentu dia kata "Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service". 

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya berpuluh juta seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia terasa mahal. 

3. Jangan kita terpengaruh dengan mainan laporan berita pembangkang. Harus kaji apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan - Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna. Tidakkan ini apa yang kita semua mahu?

Akhir kata untuk renungan pembaca budiman sekelian..memang panjang, cuma nak ingatkan jangan jadi tulang buat fitnah dan sebar fitnah, mcm gua yang tak buat fitnah dkt Anwar apabila mengatakan dia mmg meliwat

Fitnah dilarang oleh Allah. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 191 bwrmaksud: “Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Fitnah boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Fitnah merupakan kebohongan yang menghancurkan.Firman Allah dalam surah An Nur ayat 15&16 bermaksud: “Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha Suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)

Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya : “Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”
Wallahu’alam.




Wednesday, February 25, 2015

Besar Kemaluan Khalid Samad dek Wan Azizah & Co

Semalam gua dapat call dan sms dari kawan2 tanya betul ke Anwar nak minta pengampunan diraja ? Gua cakap lah balik dekat diaorang , korang tak baca kat portal2 internet ke yang Wan Azizah dan anak beranak yang lain dah kecoh pasal pengampunan diraja ni . Depa jawab balik , memang depa ada baca tapi yang tulis tu cerita lain , artikel yang depa baca dah basi ... artikel yang pertama pasal Rafizi 'jambu' kata kalau minta pengampunan diraja samalah macam Anwar mengaku salah meliwat , artikel yang kedua pula pasal parasit PAS , MP Shah Alam .. Khalid Samad yang keluarkan kenyataan yang sama . Gua kata balik korang dah terlambat , seperti biasa pembangkang kat Malaysia ni memang dasar pembelit dan penipu . Konon - konon berprinsip tak nak mengaku salah meliwat dan tak nak minta pengampunan diraja , tiba-tiba sehari lepas tu keluarga Kak Wan dah terhegeh-hegeh nak pengampunan pulak .


Deyyy ... apa cerita ni ? Semalam gua bahan Rafizi 'jambu' , tak perasan si Khalid Samad pun ada buat kenyataan yang lebih kurang sama . Jadi hari ni walaupun isi kandungan artikel lebih kurang sama macam semalam , saja aku up juga tapi guna individu yang berbeza la . Wartawan-wartawan sekelian , mohon anda semua bersikap hati kering bila ada peluang untuk temuramah si Rafizi dan Khalid Samad ni . Tanya lah kenapa tiba-tiba buat U-turn ? Nak tahu juga apa alasan konar baring kali ni . Kah kah kah , geng2 Anwarism hampir ke lubang jamban bila Anwar dah masuk jail . Semua ketar lutut sebab musuh2 dalam parti sendiri sedang mengatur langkah nak tumbangkan korang . Khalid Samad ni pun elok lah ucapkan selamat tinggap pada PAS , masuk je la PKR ... gua tengok pun dah macam bukan orang PAS si Khalid Samad ni , sama spesis dengan Sabu .

Rafizi Pembelit Besar: Akhirnya Pengampunan YDP Agong Dicari

Bukan main berlagak lagi kroni2 Anwar semalam bila mengatakan mereka tak akan minta pengampunan diraja berhubung hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Anwar baru-baru ini. Rafizi Ramli dalam satu kenyataan yang disiarkan portal Malaysiakini berkata tidak akan ada permohonan pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian "tidak bersalah" . Betul lah tu..kalau tak salah buat apa nak mintak ampun.


Cuma yang aku pelik sekarang, selepas buat kenyataan angkuh tu, tiba-tiba je dah ada percanggahan apabila ahli keluarga Anwar, diketuai ratu kipas Wan Azizah mengatakan bahawa mereka sekeluarga akan cuba dapatkan pengampunan dari YDP Agong. Mana Rafizi si jambu nak letak muka? 

Kak Wan tak kisah pun suami minta ampun dengan YDP Agong sebab meliwat..Rafizi ni memandai-mandai je kot? Cuba tengok gambar kat bawah ni, muka si Rafizi pun sama2 hadir kan? 


Jadi statement yang si Rafizi buat semalam setakat merapu je lah? Memang dasar kaki kelentong. Aku dapat rasakan, kroni2 Anwar berada dalam keadaan tertekan, sebab bila Anwar ke dalam ramai yang berada dalam PKR tu tak sabar nak tanam kroni2 Anwar ni. 

Dah lama sgt besar kepala dan bermaharajalela selagi Anwar ada. Rafizi dah tentu antara yang paling gelisah. Dengar cerita ramai dalam PkR sendiri tak puas hati dengan Rafizi. Individu yang dilihat berpotensi ganti Anwar sekarang ialah Azmin yang kita tau memang tak berapa nak sebulu dengan kroni2 Anwar . 
Jadi boleh lah aku katakan disini kaki kipas Anwar sekarang dalam kepanasan dan terdesak nak bebaskan Anwar untuk menghentilan gelombang rampasan kuasa dalam PKR.




Tuesday, February 24, 2015

"Talian Jemm Sebab Gangguan Pihak Berkuasa" - Alasan Mahfoz Cover Malu

Bayangkan anda telah menjemput sekumpulan wartawan dari jenama-jenama berita yang ternama , kononnya nak buat 'tele-conference' secara langsung dengan seseorang di luar negara yang namanya tengah panas diperkatakan di sini . Tiba-tiba orang yang nak dihubungi tu tak jawab panggilan telefon anda..besar kemaluannya itu . Itu lah yang berlaku pada Mahfuz Omar semalam , yea cerita ni dah jadi bahan gurauan di media sosial. Mana tak nya , sebab gagal hubungi Sirul , si badut ni dakwa pihak berkuasa sengaja bagi 'jemm' talian telekomunikasi , kah kah kah.


Dari Rakyatnews.my ,

Ketua Penerangan PAS,Datuk Mahfuz Omar hari ini gagal menghubungi bekas komando Unit Tndakan Khas (UTK) polis,Sirul Azhar Umar bagi menjelaskan motif pembunuhan model Mongolia,Altantuya Shariibuu kepada pihak media.Sidang media yang sepatutnya berlangsung pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat PAS itu ditangguhkan ekoran Mahfuz gagal menghubungi Sirul selepas beliau telah membuat sebanyak 15 kali panggilan. Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata beliau sudah memberikan mesej kepada Sirul untuk menyatakan akan menghubungi beliau melalui nombor berbeza sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.Dalam persidangan itu, Mahfuz turut memberikan teks perbualan sebelum ini bersama Sirul kepada pihak media sebagai bukti beliau dan Sirul pernah berhubung sebelum ini.




Walau bagaimanapun, dikatakan Mahfuz berjaya menghubungi Sirul selepas 2 jam . Menurut portal pro-pembangkang Malaysiakini, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat. Pelik dengan kenyataan Sirul tu, terlalu berbelit-belit, jadi apa tujuan pemberita di panggil semalam , hanya nak bagi tahu yang beliau hanya akan membuat pendedahan pada masa yang sesuai ??

Sirul dalam keadaan terdesak , beliau ada masa bertahun-tahun untuk menceritakan hal yang sebenar tetapi gagal melakukannya dan hanya 'berbunyi' selepas mahkamah menjatuhkan hukuman . Sepanjang sesi perbicaraan mahkamah beliau mempunyai peluang yang luas untuk membela diri tetapi memilih untuk berdiam diri .

Saturday, February 21, 2015

Sirul Bebas Kalau Putrajaya Mereka Tawan ?

Selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan rakannya, maka bermula-lah episod drama baru kononnya terdapat perkara yang disembunyikan dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya. Penulis berasa agak pelik kerana setelah bertahun-tahun kes ini berjalan, perkara yang kononnya hendak dibongkarkan Sirul disembunyikan. Bukannya tak pernah ada rekod ramai tertuduh kes bunuh yang terlepas dari hukuman mati dan dibebaskan selepas sekian lama dibicarakan di mahkamah. Malah ada juga terang-terangan terlibat masih boleh terlepas atas sebab teknikaliti undang-undang.




Penulis percaya, Sirul berada dalam keadaan terdesak maka kini beliau akur dengan segala 'tunjuk ajar' pihak-pihak tertentu merekacipta cerita untuk memulakan semula perang persepsi berkaitan kes Altantuya . Kalau dulu mereka menggunakan PI Bala dalam menjaja kisah Altantuya, kini mereka terpaksa beralih kepada pembunuh Altantuya itu sendiri kerana kematian PI Bala. Kredibiliti Sirul amat diragui, kalau nyawa seseorang dah berada di hujung tanduk, penulis percaya beliau sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri sendiri.

Soalnya mengapa sepanjang perbicaraan yang memakan masa bertahun-tahun itu, tidak digunakan peluang oleh Sirul untuk menceritakan apa saja maklumat yang beliau ada? Agak pelik juga, rakan beliau yang terlibat iaitu Azilah turut berdiam diri . Mengapa kita tidak dengar cerita yang sama dari Azilah atau keluarga beliau ? Kenapa hanya Sirul ? Apabila ada dua orang di tempat kejadian yang sama menceritakan hal yang berbeza, siapa yang harus kita percaya ? Kes ini bermula apabila Razak Baginda meminta pertolongan 2 tertuduh ini supaya menjauhkan tertuduh supaya tidak menggangu beliau dan keluarga.

Jadi apa saja 'pendedahan' yang cuba dibuat Sirul kelak hanya dilihat sebagai usaha terdesak seseorang yang bakal menjalani hukuman mati untuk menyelamatkan diri beliau . Mungkin beliau dah diberi pelbagai janji manis oleh pihak yang berkaitan demi kepentingan mereka . Kalau mereka boleh simpan PI Bala hingga ke PRU-13 , tak mustahil perkara yang sama juga boleh dibuat kepada Sirul . Tak salah kalau penulis kata antara janji manis yang diberikan ialah kalau mereka bentuk kerajaan semasa PRU-14 nanti , Sirul yang dah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pun boleh dibebaskan. Harap wartawan-wartawan boleh tanya soalan ni kepada individu-individu terbabit samada ini akan dilakukan sekiranya mereka tawan Putrajaya ? Kebebasan untuk Sirul?

Tuesday, February 17, 2015

Walau Berbakul Dikutuk PAS, Rosmah Tetap Ziarah Keluarga Arwah

Semasa kunjungan PM menziarahi jenazah Tuan Guru Nik Aziz, ada di kalangan penyokong PAS di situ tidak reti memisahkan hal politik dan hubungan sesama orang Islam. Dikatakan Najib, dihambur dengan kata-kata kesat oleh segelintir makhluk taksub politik. 


Pun begitu, lontaran kata-kata kesat itu diabaikan malah agak mengejutkan semalam isteri kepada PM, Rosmah pula melawat isteri kepada Allahyarham . Penulis pasti apa yang berlaku kepada PM sebelum ini juga berlaku pada isteri beliau semalam. 


Seperti yang kita ketahui, isteri kepada PM ini sering menjadi bahan kutukan dan ejekan ahli-ahli PAS dan nama beliau sering digunakan sebagai modal mengutuk dalam ceramah2 PAS. Di sebalik semua itu, penulis 'respek' Rosmah kerana kunjungan semalam.


Monday, February 16, 2015

Saman Najib & Rosmah Sebab Jadi Pelarian di India?

Siapa yang pernah pakai 'lawyer' akan tahu kos yang harus dibayar untuk pengurusan sesuatu kes tu cukup mahal, tambah-tambah lagi kes saman menyaman ni. Ceita pasal bini mendiang PI Bala yang ada kemampuan untuk saman 9 orang termasuk PM dan isteri agak menarik. 



Saman dibuat kononnya atas alasan kerugian yang ditanggung keluarga berkenaan semasa di India selama 5 tahun. Kita pun tahu dan boleh agak siapa yang sorokkan dan biaya keluarga ni di India. Dekat pilihanraya muncul lah batang hidung PI Bala ni dan bersama-sama sertai 'roadshow' dengan pembangkang. Nampak tak permainannya di situ?

Tapi apa boleh buat, perancangan konspirasi yang dibuat bertahun-tahun akhirnya gagal disebabkan salah satu watak utama menemui ajal. Kematian PI Bala buatkan puak-puak konspirator yang mahu menjatuhkan PM dan isteri mati akal. Perancangan harus diubah, isteri PI Bala pulak digunakan untuk raih simpati.



Cerita lama dikitar semula, kalau kenyataan yang dibuat tuan punya badan yang dah mati pun kita nampak berbelit-belit, bagaimana pulak kita boleh percaya org yang hanya mendengar gebang tuan punya badan. Tamak punya pasal si balu mahu dapat wang mudah, buat tuntutan saman RM 2 juta, dah tentu ada penasihat berpersen persen.

Walau bagaimanapun, kos pengurusan kes makin lama makin banyak, tetapi hasil masih tak nampak ditambah pulak dengan krisis yang berlaku dikalangan konspirator, bapak konspirator pulak kena sumbat ke 'dalam'. 

Peguam kepada balu PI Bala hari ini dalam satu kenyataan berkata mahkamah telah menolak rayuan agar hanya 1 notis rayuan diberikan kepada kesemua 9 responden.Maksudnya 9 notis rayuan untuk 9 responden berbeza. 1 notis rayuan RM 1,000, kalau 9 kira sendiri ler..

Jadi jumlah kos makin bertambah, kalau nak teruskan kes ertinya kena bayar , kalau tak habis cerita. Entah hingga sekarang berapa puluh ribu yang dah dihabiskan balu PI Bala dalam kes saman ni, elok lah duit yang digunakan untuk bayar peguam diguna untuk tujuan lain. 

Rakyat pun dah muak dengar cerita yang sama berulang-ulang. Teori 'fitnah yang diulang berkali akan jadi cerita betul' tak boleh pakai dah sebab perkara yang diulang tu datang dari bapak2 konspirator yang dah berulangkali dikesan menipu.

Saturday, February 14, 2015

Rakyat Makin Menyampah Dengan Anwar Sebab Mulut Nurul Becok

Aib kerana di 'confirm' kan Mahkamah Persekutuan sebagai seorang peliwat tak abis lagi,  Anwar yang kini merengkok dalam penjara di 'malu' kan oleh ahli keluarga sendiri pulak . Kerana mulut becok Nurul tak sabar nak minta simpati orang ramai, satu Malaysia dah tahu yang satu keluarga Anwar mendapat 'layanan istimewa' bila dibenarkan melawat banduan yang tak sampai 4 minggu diterima masuk dalam penjara.

Anwar yang baru 3 hari menghuni di penjara Sungai Buloh dikatakan mulai susut berat badan beliau . Itu lah yang diceritakan anak sulong Anwar, si Nurul Izzah kepada wartawan Malaysiakini.


"Beliau kelihatan bersemangat walaupun kelihatan sedikit kurus kerana beliau berpuasa di penjara," kata Nurul (yang baru-baru ini bergelar janda) kepada wartawan yang menemuramah beliau.

Dari apa yang diucapkan Nurul , bau-bau Anwar and the family nak buat drama swasta dah bermula. Hari ini cerita Anwar 'berpuasa' , esok Anwar kena pukul, esok pulak Anwar sembelit, esok pulak Anwar keracunan arsenik kali kedua ... lepas tu sakit pinggang, kena suntik HIV . Anwar and the family akan buat semula lakon layar yang lepas . Dah nampak bunga-bunga tu ... apa yang menarik, rakyat jelata dah macam 'bo layan' dengan drama-drama yang cuba dipertontonkan ini.



Dah buat drama berat badan Anwar mula susut, kita jangan lupa apa yang istimewa sangat Anwar sampai keluarga diberi peluang  melawat walau baru 3 hari masuk dalam ? Bukan apa , sebab dalam laman web penjara bahagian "Panduan Lawatan Bagi Keluarga Penghuni" , terdapat tempoh2 tertentu untuk kategori2 banduan dan jelas tertulis di situ " lawatan peringkat hanya layak diberikan kepada banduan selepas 4 minggu ia diterima masuk" . Soalan aku dah berapa lama Anwar dalam penjara , cukup 4 minggu dah ke ?

Baru 3 hari dalam penjara, dah nampak Anwar seperti mendapat keistimewaan tersendiri . Orang lain pun masuk penjara juga, orang lain pun mengaku tak bersalah dan teraniaya juga, tapi ada diaorang dapat 'keistimewaan2' ittew ? Wahai ahli-ahli PKR, ini lah masanya korang nak jatuhkan kroni2 Anwar dalam parti . Kalau dulu masa Anwar ada, korang dipijak-pijak takde can nak naik. Balik-balik yang naik pegang jawatan dalam parti muka-muka yang tu juga. So sampai bila lagi ? Lama tu 5 tahun untuk korang buat planning . Slow and steady ... kasi kambus kroni-kroni.

Friday, February 13, 2015

Zunar Kepingin Jadi Rakan Sepenjara Anwar?

Kartunis Zunar nampaknya masih tak serik dari terus menghasilkan karya fitnah. Karya terbaru Zunar, boleh dikatakan antara siri perancangan pihak tertentu dalam menjatuhkan kredibiliti isteri Perdana Menteri. 



Zunar dalam satu kenyataan mengakui hakikat ini apabila mengatakan beliau sebagai kartunis tak boleh 'cari makan' kalau hanya tumpuan 'serangan' beliau terhadap PM saja. 

Zunar yang berada dalam  tahanan polis sejak Selasa lalu kerana 'tweet' yang bersifat menghasut berkaitan keputusan hakim dalam kes liwat Anwar Ibrahim baru2 ini, dijangka akan dibebaskan hari ini.

Terlalu banyak karya Zunar sebelum ini yang bersifat memfitnah atau menghasut bukan sahaja terhadap PM dan isteri malah terhadap bekas PM Tun Dr.Mahathir. Namun tindakan undang2 terhadap kartunis ini sangat minimal membuatkan beliau terus berani menghasilkan karya satira politik fitnah. 

Malah di atas sikap 'baik hati' penguatkuasa undang2 terhadap Zunar, golongan2 penabur fitnah yang lain semakin berani bertindak serupa mungkin kerana tahu tindakan yang bakal dihadapi mereka tidaklah seberapa.

Penulis rasa mungkin sudah tiba masanya undang2 berkaitan hasut-menghasut serta fitnah ini dikaji supaya pelaku dikenakan hukuman berat sesuai dengan hasutan dan fitnah yang dibuat beliau. 

Kita biasa lihat, macai2 pembuat fitnah dan menghasut dikenakan hukuman penjara, malah tarikh perbicaraan juga dicepatkan. Tetapi kepala2 penghasut dan pembuat fitnah seperti mendapat layanan istimewa pulak .Jadi eloklah perkara ini diberi perhatian, untung2 Anwar Ibrahim ada peneman di dalam penjara.

Wednesday, February 11, 2015

Takziah Anwar, Tahniah Najib

Keputusan mahkamah dengan kes liwat Anwar semalam benar-benar melegakan penulis dan rakan-rakan blogger yang lain. Namun kita tahu ada di kalangan kelompok yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak kecewa dengan keputusan ini. Mana tidaknya, sebelum ini tersebar cakap-cakap kononnya PM akan campur tangan untuk membebaskan tertuduh kes liwat. 



Golongan ini, berkira-kira untuk menggunakan modal ini bagi menghentam dan menjatuhkan PM. Penulis tertarik dengan ulasan ringkas dan padat seorang rakan mengenai perkara ini. Dari rakan blogger Sir Azri di laman blog sir-azri.blogspot.com , ulasan beliau adalah seperti berikut.
------------------------------------------------

Anwar Penjara 5 Tahun, Keadilan Buat Saiful & Terima Kasih Najib Razak

Akhirnya keadilan buat Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim terbela. Mahkamah Persekutuan telah memberikan keadilan buat Saiful dengan menyabitkan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat pekerjanya. Ada sedikit rasa tidak puas hati pada saya kerana hukuman penjara bagi kesalahan meliwat ini hanya diberikan 5 tahun walhal sepatutnya hukuman lebih berat diberikan keatas pengamal seks luar tabie dan paling tidak 10 tahun penjara.

Apa sekalipun terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang TIDAK CAMPUR TANGAN dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini. Terima kasih kerana walaupun Najib Razak ditekan oleh pihak pihak tertentu untuk masuk campur dalam kes liwat ini beliau mengambil pendirian yang gentleman dengan tidak mencampuri urusan jenayah sebegini.

Tekanan yang datang kepada YAB PM bukan sahaja dari kalangan pembangkang untuk campur tangan dan membebaskan Anwar Ibrahim malah pihak dari negara luar juga memberikan TEKANAN berterusan mahu Anwar Ibrahim bebas dan keadilan buat mangsa liwat Saiful Bukhari dinafikan. Lebih teruk lagi apabila ada dikalangan kerajaan dan individu dalam UMNO yang turut cuba mahu Najib Razak masuk campur kes liwat ini dengan bertujuan kepentingan politik dan juga kawtim dengan Anwar Ibrahim agar dibebaskan.

Anwar Ibrahim sendiri juga banyak kali menimbulkan persepsi negatif kepada khalayak ramai yang mengambarkan seolah olah beliau akan bebas kerana ditolong YAB PM. Malah agen agen Anwar Ibrahim didalam UMNO sendiri bercakap pekara ini dari mulut ke mulut dari sebaran whatsapp ke whatsapp bahawa "Najib dah kawtim dengan Anwar".

Malah jika kita ingat waktu dimana YAB PM berada di Hawai dan bermain Golf bersama Barack Obama, ada mulut mulut sumbang yang menyebarkan berita bahawa "Obama arah Najib campur tangan dan bebaskan Anwar Ibrahim".

Sehari sebelum keputusan mahkamah Persekutuan juga terdapat banyak cerita cerita politik yang mana mengatakan "Najib deal dengan Anwar untuk memastikan Anwar bekerja dengan Najib dan menyerang Tun Daim dan Tun Mahathir".

Itulah dasyatnya propaganda yang dimainkan oleh pihak pembangkang dan juga pihak dari kerajaan iaitu UMNO sendiri dalam melemahkan pentadbiran dan peribadi YAB PM Najib Razak.

Realitinya walaupun diasak, ditawar, digugat dan menempuh bermacam macam asakan dari pihak pihak ini. YAB PM Dato Seri Najib Razak TIDAK CAMPUR TANGAN langsung dalam kes liwat antara Anwar Ibrahim dan pekerjanya Saiful Bukhari.

Hari ini kita dapat lihat, mereka khususnya pihak Pakatan Pembangkang menuduh YAB PM campur tangan dan berkonspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim. Hari ini kita dapat lihat mereka menyalahkan Najib Razak apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Inilah yang mereka Pakatan Pembangkang khususnya PKR amukkan. Kerana cubaan mereka melalui kuasa negara luar, desakan mereka dan juga agen agen mereka dalam UMNO yang sebelum ini meminta Najib Razak campur tangan dan bebaskan Anwar Ibrahim telah terbukti GAGAL dan membuktikan Najib Razak pemimpin yang mempunyai intergriti tinggi dan tidak mahu bersubahat dengan pesalah seks luar tabie apatah lagi mahu menafikan keadilan buat mangsa yang diliwat.

Saya harap agar hentikanlah persepsi negatif keatas YAB PM dan ingatlah bahawa kes liwat yang mana Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun adalah kes jenayah 377B Seks Luar Tabie antara Anwar Ibrahim majikan yang meliwat pekerjanya Saiful Bukhari.

Saya boleh ceritakan banyak lagi pekara pekara yang berlaku sepanjang kes liwat ini berlangsung selama 7 tahun. Dan itu semua saya akan kupas satu persatu dimasa mendatang. Hati hatilah parasit dan agen Anwar yang ada dalam UMNO dan Kerajaan hari ini.

Terima kasih Yang Arif Hakim kerana membuat keputusan dengan kebijaksanaan tanpa arahan pihak pihak tertentu yang mahu membebaskan pesalah jenayah Seks Luar Tabie.

Terima kasih YAB PM Dato Seri Najib Razak kerana TIDAK CAMPUR TANGAN dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

- Sir Azri ( Justice 4 Saiful )


Monday, February 9, 2015

Jet Mewah Presiden Berjiwa Rakyat

RM300 juta untuk sebuah pesawat Presiden Indonesia. Itu lah nilai yang sanggup dipertaruhkan negara jiran Indonesia bagi menonjolkan imej Presiden baru negara itu. 



Pesawat Boeing Business Jet 2 yang membawa Presiden Republik Indonesia ke Malaysia baru2 ini mendapat liputan meluas media kerana ciri2 moden dan keupayaan berteknologi tinggi pesawat itu.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Presiden baru Indonesia, Jokowi dalam siri lawatan rasmi beliau ke luar negara menggunakan pesawat Presiden berkenaan. Ini secara tak langsung mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh antara kedua negara ini. 

Di sebalik cerita jet mewah Indonesia ini, penulis pasti keputusan kerajaan negara itu utk membeli jet berkenaan mendapat bantahan sebilangan rakyat. Rakyat mahukan Presiden yang serba sederhana dan berjiwa rakyat. 

Itu lah yang cuba ditonjolkan calon2 Presiden semasa kempen pilihanraya berlangsung. Malah, Presiden Jokowi yang baru dipilih juga dikatakan berulang-alik dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan pesawat komersil kelas ekonomi.

Namun golongan yang 'menentang' dan mahukan pemimpin ideal berjiwa rakyat itu harus menerima hakikat bahawa , mana2 pemimpin yang dipilih mereka akan mendapat faedah2 sebagai ketua kerajaan termasuk jet kerajaan untuk berulang alik.

Sama keadaannya seperti yang berlaku di Malaysia, punya lah kecoh pasal jet yang digunakan PM walhal jet berkenaan digunakan atas urusan rasmi. Kadang2 maksud rasmi itu sendiri harus diterjemahkan kerana ada juga penghasut2 yang memutar belitkan fakta.

Penulis percaya sekiranya pembangkang yang dipilih rakyat, mereka juga pasti akan menggunakan kemudahan2 yang disediakan ini. Contohnya Lim Guan Eng yang sebelum ini kononnya bersifat sgt 'humble' menaiki pesawat kelas ekonomi. 


Lama-kelamaan tembelang dramanya pun terbongkar. Contoh lain, tentu ramai masih ingat jet yang disewa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk ke Malaysia Timur? Kalau belum jadi PM pun dah bergerak pakai jet, apa pulak jadinya kalau dah jadi PM. 

Ringkasnya, rakyat atau gologan yang percaya pemimpin ideal berjiwa rakyat itu wujud janganlah bersikap 'bias' , kerana mungkin apa yang dipertontonkan kepada anda selama ini hanyalah drama.


Thursday, February 5, 2015

Kroni Anwar Resah, Ketua Umum Bakal Ke Penjara

Keputusan bagi kes liwat Anwar semakin meghampiri. Lebih kurang 5 hari lagi kita akan tahu samada Anwar bebas atau akam disumbat ke penjara. Dalam tempoh ini kita dapat lihat 'kroni-kroni' Anwar dalam PKR bagai cacing kepanasan, mana tidaknya, kalau Anwar masuk ke dalam, maka team lain dalam PKR akan bermaharajalela, jadi tak hairanlah dalam tempoh yang tinggal beberapa hari saja lagi, 'kroni-kroni' Anwar sibuk mengadakan road tour menghasut rakyat. 

Mungkin pada mereka  'kebangkitan' rakyat mempertahankan Anwar dapat mempengaruhi keputusan mahkamah, namun penulis percaya keputusan mahkamah tetap mengambilkira fakta2 kes yang jelas menunjukkan Anwar harus ke dalam. Berikut adalah penulisan dari rakan blogger The Unspinner mengulas 12 fakta yang menunjukkan Anwar bakal dijatuhkan hukuman penjara.

*************************************************
Menghampiri keputusan kes liwat II DSAI ada 10 Feb ini, ada pihak cuba membina persepsi dia tak bersalah. Mereka berharap utk guna sebagai alasan utk dia dimaaf dan dibebaskan kemudian hari sebaik PR dpt memerintah.    

Persepsi yg dibina diharap blh beri tekanan dan pengaruhi hakim utk bebaskan Anwar. Ternyata usaha yg sia2 kerana keputusan mahkamah bukan atas persepsi tetapi berdasarkan fakta dan prinsip2 perundangan yg jelas. 

Berikut adalah antara 12 fakta yg tak membantu bebaskan Anwar:  

1. Laporan Dr Osman bin Abdul Hamid, Pusrawi yg konon takda penetrasi adalah palsu. Dr Osman berhenti memulakan pemeriksaan sebaik Saiful beritahu diliwat oleh seorang VIP dan mengaku TAK LAYAK periksa kes melibatkan jenayah lalu cadangkan pemeriksaan di HKL.

2. Dr Thomas Hoogland pernah menafikan Anwar tak berupaya meliwat seorang lelaki muda umur 25 tahun. Jika benar, kenapa Anwar blh naik basikal bercuti di New Zealand baru2 ini? Mereka yg sakit pinggang hanya berupaya berbongkok seketika bila naiki basikal.

Tambah lagi, Anwar berupaya berjoget atas pentas ceramah politik, mendokong serta menimang cucunya yg umur 10 tahun dan disuspek mengadakan hubungan seks dgn pelacur Cinadoll di dlm video dan anak muda lelaki dlm gambar.

3. Saiful diberi suit jenama mahal BRIONI dan ada bilik sendiri di pejabat ketika baru kerja kurang dari 2 bulan. Takkah penyokong Anwar tertanya2 tentang fakta kes ini?

4. Tambah lagi, Mahkamah Tinggi terima keterangan Saiful sebagai saksi berkredibiliti dan konsisten. Ia tak sama dgn saksi kes liwat pertama, Azizan bin Abu Bakar yg gagal beri tarikh yg tepat malah berubah2.

5. Pembelaan tak bangkang keterangan dtg dan pulang Saiful ke kondo. Bukti menunjukkan Saiful dtg ke kondo, menaiki van WKP5925, keluar dari kondo, dan akhirnya pulang dgn kereta WMK6. Tiada isu Saiful tak berada di kondo. 

6. DNA Anwar dijumpai 4 cm dlm dubur Saiful. Mahkamah Tinggi terima bukti 4 calitan swabs (cotton buds) ada semen dan sperma. Juga DNA dari 4 calit sama dgn DNA dari sampel tuala “Good Morning”, botol air dan berus gigi yg diguna Anwar ketika di lokap.

7. Tiada isu Saiful lambat buat report polis. Mahkamah rayuan menerima alasan yg diberi ketika dibicara di Mahkamah Tinggi.

8. Bahan bukti tak tercemar atau diubah (tampering). Hujah tampering oleh peguambela tak relevan. Pegawai penyiasat Jude Pereira hanya gunting sampul luar dan bukan plastic seal berisi bahan bukti yg perlu di seal mengikut prosedur dan piawaian yg ditetapkan.

9. DNA pada semen tak luput. Mmg blh terhapus atau turun kualiti tapi tahap penurunan adalah tak sama. Yg penting, para kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dpt jumpa semen, sperma dan bakteria, dan DNA dpt diperolehi.

10. Keterangan Anwar dari dock tertuduh tak blh diterima. Ia bukan keterangan yg kuat sprti keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yg blh disoal balas dan blh dianalisis.

11. Peguam bela gagal kemukakan 13 saksi dlm permohonan dan nama tlh diberi pada awal2 proseding. Tanpa alibi, Anwar tak blh sangkal dia tak berada di kondo kejadian atau bersama keluarga sprti dikatakan Wan Azizah. 

12. Pakar DNA pembelaan bukan pakar. Sepjg perbicaraan, saksi 'pakar' hanya memberi pendapat dan bukan kepastian. Mereka sebenarnya bukan pakar bidang DNA.