Tuesday, December 1, 2015

Respon Akar Umbi UMNO Dengan Surat Rayuan Tun Mahathir

Surat Terbuka Untuk Tun Mahathir




"Jika dahulu, kami ini nak jumpa Tun pun susah, tetapi sekarang boleh dapat surat rayuan dari Tun"

1. Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih buat Tun kerana telah menyampaikan surat kepada kami, ahli akar umbi UMNO ini. Jika dahulu, kami ini nak jumpa Tun pun susah, tetapi sekarang boleh dapat surat rayuan dari Tun. Maka berbangga dan berbesar hatilah kami menerima dan membaca surat tersebut.

"Sedarkah Tun, apa yang Tun hamburkan terhadap kerajaan sekarang mengenai kebebasan bersuara dan media merupakan perkara yang sama yang dilakukan Tun semasa Tun menjadi PM." 

2. Tun, saya langsung tidak dapat bersetuju dan bersama dengan Tun dalam 'perjuangan' Tun pada kali ini. Sedarkah Tun, apa yang Tun hamburkan terhadap kerajaan sekarang mengenai kebebasan bersuara dan media merupakan perkara yang sama yang dilakukan Tun semasa Tun menjadi PM. Waktu itu kami sokong dan kami setuju kerana bagi kami, negara ini memerlukan kawalan dan kebebasan bersuara haruslah ada hadnya. Dan pendirian kami tidak berubah dari dulu, sedih juga apabila kami lihat Tun sudah berubah dari apa yang Tun percaya dan Tun laksana ketika menjadi PM dahulu. Mesti Tun tahu apa yg saya maksudkan tu.

"Pertama, kerana Tun pernah menggunakan formula ini untuk menjatuhkan Pak Lah dahulu dan sekarang terbukti formula Tun tersebut tidak berkesan."

3. Saya sama sekali tidak bersetuju jika Tun katakan UMNO/BN akan kalah pada PRU14 disebabkan isu-isu yang ada sekarang dan pertukaran pemimpin boleh menyelamatkan UMNO. Pertama, kerana Tun pernah menggunakan formula ini untuk menjatuhkan Pak Lah dahulu dan sekarang terbukti formula Tun tersebut tidak berkesan. Sebenarnya Tun, walau siapapun yang menjadi Perdana Menteri, saya pasti bahawa kerajaan tidak akan terlepas dari isu dan fitnah yang direkayasa oleh pembangkang. Sehinggalah mereka dapat menumbangkan UMNO dan meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri. Saya rasa skandal dan isu semasa di zaman Tun lebih hebat berbanding sekarang, tetapi Tun bernasib baik kerana zaman Tun tak ada media sosial seperti sekarang.

"Jika Tun terus menyerang tanpa memberi peluang kepada jentera parti untuk bekerja, maka inilah punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional."

4. Tun, sebenarnya Tun lah yang akan menjadi punca sebenar kekalahan UMNO dan Barisan Nasional. Tidakkah Tun sedar ketika kerajaan diserang dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang baik namun kurang popular seperti perlaksanaan GST, Tun tidak membantu kerajaan malah mengambil peluang untuk mencurah minyak dalam api. Tun mengambil peluang kemarahan rakyat ini untuk menambah rencah dengan cerita-cerita 1MDB. Sedangkan kerajaan dan jentera UMNO/BN masih dalam fasa untuk memberi penerangan kepada rakyat. Jika Tun terus menyerang tanpa memberi peluang kepada jentera parti untuk bekerja, maka inilah punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.

"Mungkin Tun lupa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mcm mana la Tun boleh tewas di bahagian utk pemilihan ke kuala lumpur (G7) setelah menjadi mantan perdana menteri."

5. Tun menyuruh kami akar umbi UMNO menolak DS Najib sebagai Presiden, tetapi pemilihan UMNO bukan dalam masa terdekat ini. Jadi kenapa membuang masa untuk bermain politik dalaman ini. Lebih baik kami turun ke padang berjumpa rakyat untuk mendekati mereka. Apakah Tun sedar realiti ini? Bahawa kami ahli UMNO jika ingin menukar pemimpin pun harus menunggu pemilihan. Atau Tun pura-pura lupa dan sekadar seronok untuk menkucar-kacirkan keadaan. Mungkin Tun lupa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mcmmana la Tun boleh tewas di bahagian utk pemilihan ke kuala lumpur (G7) setelah menjadi mantan perdana menteri.

" Janganlah dilekehkan kami dengan tuduhan kononnyaa kami menerima habuan daripada PM atau menteri-menterinya. "

6. Tun, saya juga meminta Tun agar menghormati kami akar umbi UMNO ini yang terus mempertahankan parti dan kepimpinan sedia ada. Janganlah dilekehkan kami dengan tuduhan kononnyaa kami menerima habuan daripada PM atau menteri-menterinya. Apakah di mata Tun kami ini terlalu lemah dan tidak mampu berdikari untuk mencari sumber pendapatan sendiri? Ramai antara kami tidak pernah berjumpa PM atau menteri tetapi masih lagi mempunyai kerjaya yang baik dan perniagaan sendiri.

Akhir sekali dari saya, sudah lah Tun. Jika Tun tidak mahu membantu kami memenangkan parti, Tun duduk berdiam sudahlah. Jangan ditambah masalah kami dan janganlah dipecahkan perpaduan kami. Kalau Tun rasa nak kembalikan kami ke jalan yang benar , elok lah Tun bermula dari rumah perbetulkan lah anak sulung Tun tu dulu.

ANIS AZIZ
Mantan Exco PPUM


sumber Friends of BN

11 comments:

Anis Aziz, hang pi sunat sekali lagi....

anas, hang jangan sunat, hang potong dan buang bagi anjing makan termasuk teloq hang sekali

anis aziz nie umr thp tdika ker???

anis aziz nie umr thp tdika ker???

Kdg2 aku pk, baik mati je org tua tu. Dr hidup bg mudarat pd negara.

Najib & engkau patut dalam satu kubur.

Najib & engkau patut dalam satu kubur.

Ini adalah catatat Dan pandangan saya yang turut di postkan ke blog DIN TURTLE - DIN..... aku rasa kamu tak berlaku adil.... kau salahkan juak2 Najib...tp gagal mengimbangi pendapat Dan pandangan kami untuk di nilai sendiri oleh pembaca Dan penyokong kamu serta juak2 Tun. banyak kiriman penulis yg tidak di muat turun. Kesallah sedara ngan sikap begini...semakin menampakkan busuk hati melebihi niat murni. sedarlah Tun sebenarnya merapu...dah nyanyuk... nak turunkan Najib nak naikan siapa? TSMY? .... tak mungkin.... dah nampak gamenya - Tuan Din Turtle - ringkasan ini di salin Dan akan di post kepada beberapa blog sebaai bukti bahawa tulisan sebegini pernah dibuat... tetapi di padam oleh DIN TURTLE. sebab itulah blog kamu ternampak seolah2 lebih separuh rakyat Malaysia mahu Najib turun. Sengaja penulis buat begini supaya kamu lebih adil untuk makna keterbukaan.... bukannya syok sendiri. jika tulisan banyak carut Dan maki hamun , teman boeh faham jika tidak disiarkan - p/s Celah Gelegar pun saama..... Kluang Diamond Telus lah jugak .... jarang tak siarkan kebanyakan tulisan

Anis bersabarlah. Kebenaran memang sukar diperokehi tapi tidak mustahil.pada mereka ysng beri komen dengan bahasa kasar di selang seli mencarut lebih baik kamu diam dari beri komen kerana komen kamu itu hanya mendatangkan dosa je ke atas diri kamu sendiri.kesian

Memang lawak bodoh anom 530. Dia ni Anis bukan Anas. Sah-sah Puteri Umno, yang hang nak sunat dia sampai habis bagi kat anjing tu apa ke jadah.

Memang sahlah hang ni anjing2 yang berkeliaran yang dipelihara oleh tuan-tuan komunis untuk melalak. Sebab itulah hang salak silap jantina kerana hang jenis ANJING GILA.

Kisah Mamak(Sedara Tua) Tun 29Th lalu dah dijadikan sejarah, serta diabdikan segala kebodohan, kelicikkan politiking
Diktator yang amat digeruni kawan dan lawan. segala hajat dihati boleh tak mau, mesti dilaksakan...
tidak dinafikan segala hasil usaha majukan Negara pertanian ke perindustrian....amat berjaya.....
tetapi disebalek kebijaksanaan, terselit kepincanggan menjelekkan sistem Demokratik..........
geraf mengekalkan kuasa mutlak ciptaan terdahulu, diguna pakai hingga sukar dilerai.............
pengeserran perpecahan pasti kekal tak lapuk ditelan zaman, malah terbentang hingga kini........
kepada tampuk kekuasaan, ada kah rela mehadkan manshuhkan sistem GESTAPO ?.......
tentu tidak!........nowayman!...... dasar keegoan kerangkusan berkuasa bertambah malah, "KEDAULATAN
RAJA BERDAULAT" disanggah...........................................................................
inilah bibit kelahiran Malaysia Beripablican bakal terbukti 50th dari sekarang....................
sapa bersalah dalam soal ini?..........
Jeneral UMNO.....penuh sifat kebintanggan yang amat ganas didunia.
Punitive.........perompak.......perogol hak mutlak.....
pi la!...mabuk penjilat!.....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu