Wednesday, December 9, 2015

Najib 'dipulaukan' 3 Naib Presiden UMNO

Antara intipati ucapan pembukaan Presiden UMNO semasa PAU semalam berkenaan isu derma 2.6 billion adalah seperti berikut ;


"Cerita 2.6 billion, sy nk tanya mana KB KP KW KPU3 boleh hidup tanpa dana, parti pembangkang pun dia nak dana, jd jgn nk bangkitkan soal dana ini kerana sy cari dana ini utk pastikan parti kita ini berjaya."

"Cerita tentang dana ini, ramai yg datang pd sy buat muka sedih, ada yg bawa pelan."

"Sy bantu semua bhg, igtkan negeri kalah sj sy perlu bantu, negeri menang pun sy pun kena bantu"

"Dana ini jangan kita songlap duit rakyat"

"Jumpa penderma2 siasat, sbb penderma kata x boleh sebut, bgkitkan isu knp masukkan akaun peribadi, sbb dia suka dia bglah, jika dia bg 2.6 b dia tidak tuntut apa2. Sy bg surat itu pd bank negara. Jika sy nk songlap duit sy x bg pd bank negara"

"Semua ini dah tahu apa perlu 2.6 b jika dibanding parti yg berkuasa"

Melalui petikan ucapan di atas, ini mungkin dah masuk kali ke-seribu Najib kata 2.6 billion tu duit derma dan untuk 'funding' UMNO masa pilihanraya . Maksudnya 'funding' tu adalah untuk biayai 'direct cost' dan 'indirect cost' . 'Direct cost' tu adalah jumlah yang diguna pakai seperti yang dibenarkan SPR , 'indirect cost' pulak benda-benda lain yang tak berkait secara langsung dengan pilihanraya.  Depa kata kerja tak jalan kalau takde duit ... betul lah tu, sapa nak buat kerja 'free' ? Mungkin ada kot dalam beberapa kerat je ...

Ada puak yang berbuih mulut laung mempertahankan parti keramat UMNO bla bla bla ... sehingga ke titisan darah terakhir, minta buat kerja ikhlas ... pakai duit sendiri , depa nak buat ka ?? Kalau ada yang sanggup , sampai bila depa sanggup nak keluar duit sendiri , anak bini kat rumah nak kena bagi makan juga ? Jadi mau tak mau logik peruntukan yang besar untuk pilihanraya tak boleh dipertikaikan lagi . Puak sebelah sana pun tak nafikan ... tapi depa semua takpa ,dah kawtim dengan tauke-tauke besar,  kawtim dengan sekutu Zionis. Peruntukan besar ... kalau kita takde dana macam yang disebelah sana , alamatnya kita ni nganga ja lah.

Malangnya bila dah menang pilihanraya dah ketua-ketua bahagian/parti ni dah dapat habuan untuk gerakkan bahagian/parti masing-masing maka depa semua lupa peruntukkan yang dah depa dapat sebelum ni . Ada yang betul-betul guna duit untuk gerakkan jentera dan tak mustahil ada juga yang ...ehemm fikir sendiri lah. Nak sembang panjang pun tak guna, cuma nak kata yang balun Presiden UMNO kaw-kaw persoalkan dana 2.6 billion masuk akaun sendiri ni pun dapat bahagian dia jugak. Masa sebelum pilihanraya dulu nak cari 'fund' mana dan dapat dari mana tak tanya pulak ?

Sekarang bila dah ada kepentingan a.k.a 'gila kuasa' depa dah mula ikut rentak pembangkang kata itu wang dari 1MDB juga ada mari . Betul ka dari 1MDB ? Najib kata Pak Sheikh Arab yang kasi ... Mahathr kata arab gila pun tak tergamak nak bagi buta-buta 2.6 billion . Najib kata Pak Sheikh Arab tu yang nak duit tu masuk dalam akaun Najib bukan dalam akaun parti . Pemberontak bangang dalam UMNO pulak tanya pasal apa Pak Sheikh Arab tu tak nak masuk dalam akaun parti ? Aku kata awat hangpa tak pakai otak , orang nak bagi derma ikut style dia hangpa lagi mau tanya , janji duit dapat dan boleh buat kerja. Untunglah orang tu nak bagi derma, kalau tak nganga je la jawapnya masa PRU lepas. Depa tanya betul ka wujud Pak Sheikh Arab yang bagi derma tu ?

Malaysiakini kata ...

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar pasukan ke Timur Tengah untuk bertemu dengan individu yang menyalurkan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak."

"Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pertemuan itu telah diadakan baru-baru ini."

"Beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut, termasuk identiti penderma kerana siasatan masih berjalan."

Jadi timbul lagi ke isu RM2.6 billion tu sebab Najib 'curi' dari 1MDB ???


8 comments:

celik la sikit wahai org dlm umno n pembangkang..

masaalah nya Mahathir ni yang tak tau ujung pangkal masuk campur, dia pun dengaq dengaq saja cerita 1mdb dan 2.6 billion dari orang yang nak menjatuhkan Malaysia, guna pulak tsmy nak tambah kocak keadaan, tsmy tahu semua tu, tak kan tidur masa meeting masa dia tpm dulu..cukup cukup lah , banyak issue rakyat yang patut diselesaikan, rumah mahal, kos pengangkutan mahal, barang makan mahal...fikir fikir lah saudara mara di kampong, yang susah sebab kos meningkat ni, carilah duit untuk bantu saudara kita di kampong, di estate,nelayan petani,tukang itu tukang ini..kita masih boleh makan Kentucky, nasi ayam,fish and chips, McDonald..mereka terliur saja dengar benda benda tu...tak lama lagi sekolah nak buka..mereka perlu duit utk anak sekolah..bantu lah mereka wahai parti keramat ni,,kepada mu kami menaruh harapan..

JIka benar siasatan telah selesai, bila mahu diopindahkan ke akaun "pemegang amanah umno" supaya ia tidak hartapusaka

dah habis, nak masuk akaun apa lagi. kan dah diberitahu duit tu dah digunakan untuk gerakkan semua jentera parti masa pru lepas. mana ada mamat yang kerja parti tak perlu duit..kan! kan! kan! rokoklah, minumlah, t-shirtlah, hotellah dan macam2. semua tu nak pakai duit, betul? duit...duit...duit. duit segunungpun kalau mamat parti semua cekau, habis juga. itu belum kira yang songlap duit lagi tu....tak percaya? pernah tak dengar ada orang kuat parti poketnya kembung sebab songlap duit peruntukan. ada dengar? rumusannya, kalau main dengan politik, kat mana yang jujurnya. jujur dengan tembolok sendiri kot....

Mana pembangkang dapat duit sampai boleh ubah suai kontena jadi Pejabat Operasi Bergerak untuk berkempen kesana-kemari.

Mana mai duit untuk PKR, DAP PAS berlanja mewah kempen hebat dari UMNO dan BN. Depa bukan kerajaan pun.

Kenapa tak korek dan dedahkan perkara2 macam ni.

Entah mai dari Vincent Tan kah, kawan baik Mahathir. Boleh jadi juga. Tangan kanan balun kontrak kerajaan. Tangan kiri hulur kat pembangkang. Ini semua mau korek. Bukan asyik dok korek juboq saja.

Siapa bersalah dalam hal ni?
Jeneral UMNO....penuh sifat kebinatanggan yang amat ganas didunia.
Punitive.....perompak.......perogol hak mutlak.........
pi la! mabuk penjilat

Salam Bro,kalau Najib rasa dia benar kenapa takut sangat nak berdepan dengan TDM ?Kalau Najib rasa dia benar kenapa ada jawapan yang berbeza-beza ? Kalau Najib rasa ia benar kenapa dia suruh orang lain membuat kenyataan bagi pihak dirinya ?Kalau Najib rasa dia benar kenapa PAC.SPRM,AG ,PDRM,BNM diganggu semasa siasatan sedang berjalan ?

ASSALAMU ALAKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU Sebelum saya ceritrakan kisah nyata hidup saya terlebih dahulu perkenalkan nama saya PAK ,RUSTANG, Dari,MEDANG. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib kamu Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALHI katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 5x putaran tembus,ber tutut2 dengan saya dapat 475 juta adanya AKI ALHI saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. Jadi silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALHI bagi yang berminat hubungi langsun AKI ALHI di nomor ini: (((0823 1366 9888))) dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih.
KLIK DISINI





























ASSALAMU ALAKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU Sebelum saya ceritrakan kisah nyata hidup saya terlebih dahulu perkenalkan nama saya PAK ,RUSTANG, Dari,MEDANG. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib kamu Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALHI katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 5x putaran tembus,ber tutut2 dengan saya dapat 475 juta adanya AKI ALHI saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. Jadi silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALHI bagi yang berminat hubungi langsun AKI ALHI di nomor ini: (((0823 1366 9888))) dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih.
KLIK DISINI











Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu