Wednesday, November 18, 2015

Selepas Jamil Khir, Surat Peguam dari YAPEIM Pula Bakal diterima 'Barua Komunis'

Kalau 2 hari sebelum ni si pemfitnah dari NOW terima surat peguam dari Jamil Khir , nampaknya dalam beberapa hari ni si pemfitnah tu akan terima satu lagi surat peguam dari YAPEIM sendiri . Tuduhan fitnah yang dibuat tu sangat berat, menimbulkan syak wasangka dan was-was dikalangan orang Islam sendiri , terutama orang Islam yang tak berapa faham pasal Islam. Macam-macam persoalan dan tuduhan sengaja ditimbulkan untuk menimbulkan kebencian masyarakat Islam dalam negara ni terhadap institusi yang dah banyak bantu orang Islam di Malaysia.


Semalam YAPEIM melalui ruangan Facebook mereka telah menyiarkan satu kenyataan akhbar mengenai fitnah-fitnah jahat yang telah dilemparkan oleh barua DAPig.  Melalui kenyataan akhbar itu Ketua Pengarah Kumpulan YAPEIM , Dato Abibullah menggariskan beberapa 'point' penting mengenai perniagaan yang dilakukan YAPEIM selain menangkis fitnah-fitnah jahat yang dilemparkan sebelum ini. Maksudnya YAPEIM memperoleh sumber kewangan bukan saja dari sumbangan orang Islam tapi juga dari perniagaan-perniagaan yang dijalankan.


Merujuk kepada petikan akhbar Dato Abibullah mengenai perniagaan yang dilakukan YAPEIM;

"Malah YaPEIM adalah pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar Rahnu sejak 1993. Program Ar Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang amat memberangsangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83 juta dari aktiviti Ar Rahnu. Pendapatan ini telah meningkat sebanyak RM11 juta berbanding RM72 juta tahun 2014."

"Selain daripada Ar-Rahnu, YaPEIM kini mula terlibat secara aktif di dalam bidang perniagaan yang lain seperti pasaraya, perniagaan berasaskan emas, bidang keselamatan (termasuk perlindungan takaful dan CCMS) dan pelaburan hartanah. Ketika ini YaPEIM sedang menggerakkan Tabung Ibadah Qurban dan meneliti peluang untuk menceburi di bidang penternakan."

"Melalui pelbagai pendekatan ekonomi yang dilaksanakan ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Berdasarkan Laporan Kewangan 2014, jumlah aset keseluruhan YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion."

"YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya."

Keuntungan yang diperoleh dari perniagaan yang dijalankan oleh YAPEIM pula di salurkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan seperti yang dinyatakan dalam petikan siaran akhbar berkenaan ;

"Hasil dari kejayaan dan keuntungan yang dijana melalui pelbagai aktiviti perniagaan pembangunan ekonomi YaPEIM memperkenalkan pelbagai program kebajikan seperti Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar yang cemerlang termasuk pelajar dari keluarga miskin)"

"Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih)"

"Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015)"

"Untuk rekod, YaPEIM juga merupakan penyedia dana dan pelopor utama bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar Malaysia di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebelum ianya diambil alih oleh Kerajaan."

Merujuk kepada tuduhan fitnah yang dibuat oleh Pengarah NOW pula ;

"Setakat tahun 2014, YaPEIM telah mengeluarkan sejumlah RM453,089,453.00 bagi tujuan program pembangunan sosio-ekonomi (amal jariah). "

"Dalam tempoh yang sama jumlah kutipan sumbangan amal jariah YaPEIM melalui Skim Potongan Gaji (SPG) dan skim-skim lain hanyalah sebanyak RM334,931,764

"Manakala sejumlah RM118,157,689.00 adalah jumlah penambahan dari Dana Perniagaan YaPEIM bagi pengeluaran amal jariah yang diambil daripada sumber dana perniagaan YaPEIM."

"Atas sebab itu, tidak timbul sebarang isu kononnya YaPEIM membayar elaun Presiden dan Timbalan Presiden menggunakan duit sumbangan amal jariah melalui Skim Potongan Gaji. Segala pembayaran gaji, elaun dan keseluruhan kos operasi ditanggung sepenuhnya melalui dana daripada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dilaksanakan YaPEIM. "

"Tambah memeritkan daripada fitnah ini, adalah kesan kepada penerima-penerima sumbangan amal jariah YaPEIM yang terdiri daripada 200,000 keluarga kumpulan sasar Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional, 120,000 usahawan kecil yang terlibat dalam program pembangunan komuniti dan program pembangunan usahawan serta 5,200 pelajar di bawah Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)."

Penjelasan penuh YAPEIM boleh dirujuk di laman Facebook badan itu disini

Bukan perkara baru PKR dan beberapa pemimpinnya buat fitnah terhadap pemimpin , sebelum ni pun dah kerap buat fitnah . Buat fitnah kemudian minta maaf .Dulu tuduh Jamil Khir guna duit zakat , pong pang ke hulu hilir fitnah , last-last sekali minta maaf . Sekarang tuduh lagi ... kalau dulu duit zakat , sekarang ni pula dengan persepsi duit anak yatim . Nanti dah masuk mahkamah , agak-agak nak kalah , selesai luar mahkamah ... bergambar minta maaf lagi . Harapnya kali ni samada Jamil Khir atau YAPEIM sendiri tak perlu lah bagi peluang .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu