Tuesday, November 24, 2015

Rafizi & Kadir Jasin Punca Aset Edra Energy dijual Pada Syarikat Luar ?

Berita paling 'hot' semalam ialah apabila 1MDB mengumumkan penjualan aset janakuasa Edra Energy pada nilai hampir mencecah RM 10 billion kepada sebuah syarikat dari China.  Urusan pengambilalihan asset milik Edra Global Energy oleh China General Nuclear Power Corporation (CGN) dijangka selesai pada February 2016 . Seperti yang dijangka, sebaik saja pengumuman penjualan aset itu dibuat semalam, ramai yang melahirkan rasa kecewa kerana aset Edra Global Energy itu telah diambilalih oleh syarikat luar negara.


Dengan pengambilalihan aset janakuasa itu, CGN turut mendapat 'pakej' hutang-hutang Edra Energy yang sebelum ini dinilaikan lebih kurang RM6 billion semasa 1MDB mengambil alih aset2 janakuasa ini. Ramai yang mempersoalkan kenapa jual pada syarikat luar dan bukan pada syarikat dalam negara ? Ramai juga yang bertanya kenapa dulu beli RM12 billion sekarang jual RM10 billion ? Beli mahal jual murah ? Untuk jawab persoalan-persoalan macam ni kena rajin-rajin la google ... sebab aku sendiri pun bukan pandai sangat hal business ni.


Mengenai persoalan mengapa jual pada syarikat luar negara dan bukan dalam negara ? Jawapannya memang ada syarikat dalam negara berminat nak beli .... tapi belum apa-apa sudah ada pengacau buat persepsi kononnya kerajaan arah TNB 'bailout' 1MDB dengan membeli aset-aset Edra Energy . Siap dia buat 'press statement'  lagi katanya akan bawak hal ni ke parlimen dan minta supaya menghalang TNB tawar harga bidaan melebihi RM8 billion kepada 1MDB . Ini cerita 23 October 2015 ... lebih kurang sebulan lepas je, tak lama ... masa tu ramai yang main gendang 'bailout' , semua nak 1MDB melingkup . Ex boss NST a.k.a balachi Tun Mahathir turut memainkan sentimen yang serupa ... cerita pasal 'bailout' jugak .. ehhh kawan ni , dia lupakan sejarah 'bailout' ni mula dari siapa??



Disebabkan desakan-desakan macam ni  dan tak mahu persepsi 'bailout' dimainkan walaupun alasannya baik , maka bak kata orang dulu-dulu dah tak sudi buat apa tunggu lagi . Jadi semalam aset-aset Edra dijual juga pada nilai lebih kurang RM10 billion ... RM2 billion lebih untung kalau TNB beli .  Jadi lepas ni si mangkuk ayun Rafizi dan Kadir Jasin tak payah mempersoalkan pulak kenapa jual aset Edra ni kepada syarikat luar ? Kan korang yang sibuk berkempen supaya syarikat dalam negara a.k.a TNB jangan beli ?


"Beli mahal jual murah ?" Kalau nak bangkitkan persoalan ni kita jangan lupa bangkitkan jugak persoalan "Beli murah jual mahal?" . Ini semua jadi gara-gara perjanjian IPP yang memberi keuntungan melampau pada sesetengah pihak , IPP-IPP ini dapat subsidi bahan api untuk janaan tenaga elektrik pada harga yang sangat murah . Untung gila-gila , duit makan tak habis. Dah ada sumber duit buta macam tu , ingat pemilik-pemilik IPP ni senang-senang nak jual murah2 ke ? 


Kalau tak dibeli 1MDB lepas kontrak bekalan kuasa puluh2 tahun habis , kontrak akan disambung semula oleh kroni muka-muka yang serupa je. Berapa banyak sangat la pemilik IPP kat dalam negara ni ? Kalau nak bina yang baru pun kos dia mungkin dah terlalu besar.  Jangan lupa Edra hanya 'rugi' RM2 billion tetapi pembelian IPP 'mesin ATM' kroni-kroni dapat menjimatkan berbillion-billion ringgit lagi .  Dikatakan sebanyak RM136.5 billion subsidi IPP telah diberikan kepada kroni-kroni dari tahun 1997 hingga 2011 . 

Dari rakan blogger Cucu Tok Selampit ;

"Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 50% pengeluar tenaga di Malaysia manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya."

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/11/penjualan-edra-global-energy-oleh-1mdb.html#yihV770fu32Ezi7V.99

2 comments:

Apa ko merapu ni? Dah buat transaksi macam orang bodoh pun masih nak salahkan orang lain lagi. Memang jemuan terhebat.

bila otak dan helap inilah jadinya,, apa sahaja kerajaan uat semua tak betul, dia lebih pintar dan bijak dari orang yang tahu dari A to Z ,dia sendiri tak tahu apa hanya dengar dan tadah apa sahaja perkataan yg keluar dari mulur Rafizi si pembohong

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu