Friday, November 27, 2015

Fitnah Menantu Najib : Baruah DAP Salahkan Putar Belit Portal 'Malaysia-Chronicle'

Penulis blog Sakmongkol AK47, yang juga seorang melayu DAP dalam artikel terbaru beliau dah mula menggelupur dek kerana persepsi yang cuba dibangkitkan beliau kononnya menantu PM dapat kontrak ubahsuai di New York dah makan diri sendiri . Menurut Arif Sabri , artikel yang dikeluarkan beliau itu telah di 'spin' oleh beberapa portal berita pro-pembangkang . Bila dah nak terkena batang hidung, maka macam-macam sumber nak dipersalahkan .  Takkan lah sebagai penulis blog politik Arif Sabri tak tau, yang portal-portal pro-pembangkang ni memang  gemar buat cerita putar belit ? Dari apa yang beliau tulis tu, memang mengesahkan portal-portal jahanam seperti FreeMalaysiaToday, Malaysiakini dan MalaysiaInsider ni jenis portal putar belit.



Ini petikan yang dicedok dari blog Sakmongkol AK47 ;

"I did not write an article with that title. So I am not responsible for the author of the article or the news portal that made it. I have no control over that news portal so I cannot remove it. The lawyers must ask that portal to remove it."

"I have no association with that portal nor do I know them. They uploaded my article and restructured them with their slant."

Dari apa yang dinyatakan itu, Arif Sabri jelas membalun portal-portal ini kerana putar belitkan tulisan asal beliau di dalam blog . Ini bukan soal putar belit, ini soal tuduhan . Arif sendiri mengaku ada menulis mempersoalkan kebenaran samada Daniyar terima kontrak ubahsuai di New York itu ? Jelas itu cubaan untuk menimbulkan persepsi ? Ayat 'cover' baik untuk elak kena saman .. tapi imej sang menantu dah tercalar . Nak tuduh menuduh kalau takde bukti alamatnya nak kena tindakan saman . 

"I did write some passages referring to the son in law as being a beneficiary of the UMNO rotten system. But I also said, I hope this news is not true."

Kononnya nak kaitkan menantu PM dengan situasi yang berlaku dalam UMNO, rasanya menantu PM tu pun tak berminat . Dah kita tahu sebelum kahwin dengan anak PM tu sendiri , si menantu memang dari keturunan keluarga Kazakhstan yang kaya raya . Cuba tengok peta Kazakhstan dan bandingkan dengan peta Malaysia ? Entah mana si Arif Sabri dapat cerita merepek ni , mungkin dari sumber UMNO sendiri yang jenis busuk perut dengan PM ? Aku rasa lebih elok Arif Sabri dedahkan saja nama sumber yang berkenaan kalau lah benar beliau nak cari kebenaran mengenai hal ini.


Takkan lah orang yang bagi sumber boleh lepas , dan orang yang mendedahkan sumber pulak kena saman ?? Come on lah .. lagi satu aku rasa selain orang yang memberi maklumat, pihak yang kasi 'twist' maklumat pun patut kena angkut . Takkanlah portal yang putar belit dia punya statement tak kena apa-apa ?? Depa dapat benefit cerita panas , hang pulak yang kena tanggung semua . Aku tanya apa khabar dekat Malaysia-Chronicle ??? Dia punya admin yang 'spin' sudah delete la itu artikel .Ingat orang tak tau ka.... 


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu