Arif mungkin sedar mengenai hakikat yang khidmat beliau sudah tak diperlukan DAP lagi, DAP sudah ada balachi-balachi baru yang lebih bernilai . Anak muda Melayu yang cantik dan popular dan bekas-bekas ustaz PAS yang di'branding'kan semula sebagai ustaz PAN. Semua elemen Melayu ini adalah senjata baru DAP dalam menyebarkan aspirasi Malaysian Malaysia mereka di kalangan umat Melayu di Malaysia ini . Arif sedar mengenai hakikat bahawa beliau makin dipinggirkan dengan kemunculan elemen-elemen baru dalam DAP ini, kalau senario ni berterusan alamatnya perjalanan karier politik Arif dalam parti DAP akan tamat lebih awal .
Mungkin dek kegusaran , Arif Sabri cuba kembali menonjolkan diri dengan mencari pasal dengan menantu PM pulak . Al-maklumlah , isu Rosmah dan Najib dah sering sangat dimainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain , kalau diulang kembali ertinya takde nilai tambah la pada Arif . Arif cuba buat kelainan dengan menimbulkan persepsi negatif terhadap menantu PM, Daniyar . Kesian orang tu, takde kena mengena dengan politik Malaysia pun cuba di mangsa-kan . Arif semalam menimbulkan persoalan samada menantu PM terima kontrak ubahsuai bangunan di pejabat wakil Malaysia di PBB , New York .
Apa punya tuduhan la si balachi DAP ni buat , berapa sangat la nilai projek ubahsuai bangunan Malaysia di UN tu berbanding harta yang si Daniyar ni ada . Aku rasa celah gigi je kot . Mak si Daniyar atau Maira ni pernah berkahwin dengan adik kepada Presiden Kazakhstan , yang merupakan seorang tycoon / billionnaire dalam industri berkaitan kimia di negara itu. Kalau dikatakan bekas isteri, bila berpisah bayangkan harta sepencarian yang diperoleh ? Kalau setakat kontrak ubahsuai ni apalah sangat ? Tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Maira dan Daniyar lebih bermotifkan politik tempatan, mereka jadi popular sebab ada hubungan kekeluargaan dari ikatan perkahwinan . Khabar-khabar ini kalau di 'pick-up' agensi berita luar pun .. balik-balik dari sumber yang sama ... New York Time, Wall Street Journal ... USA Today ... semua dari tuan yang sama.
Orang kata kalau tak buat salah buat apa takut . Pantas memberi respond dengan kenyataan yang dibuat oleh Ariff Sabri tu , Daniyar melalui peguam beliau telah menuntut supaya Ariff Sabri memohon maaf atas tuduhan yang di lemparkan itu . Salinan surat tuntutan permohonan maaf itu telah dikongsi oleh Rizal Mansor dalam laman Facebook beliau semalam . Nampaknya, kalau selepas 48 jam dan takde apa-apa permohonan maaf alamatnya Ariff Sabri akan menghadapi tindakan saman. Ni harga yang dia perlu bayar untuk jadi popular ... bayar duit lawyer lagi dan macam-macam . Tak pasal-pasal je menantu Najib dapat duit percuma tanpa perlu ada kontrak itu ini ..
masalahnya, tiada satu pun pihak yg bertindak menyaman si penulis atau Bloggers terlibat, apabila semua senyap dan hanya bersilat dalam blog atau Fb maka rakyat akan menganggapnya betul, lagipun rakyat bukan tahu , bukan baca semua benda yg ditulis dalam blog atau FB
ReplyDeletesepatutnya kerajaan ada satu badan yang memantau segala ini, ini perang media yang mempunyai pengaruh besar, apabila teradapat sahaja tulisan datau penulis yang membuat fitnah , saman dia ! ikut gaya singapore ,kita kena tegas dan keras dalam menangani budaya ini .
Surat tuntut maaf tu bagi kaya lawyer je.
ReplyDeleteX de kesan pun.