Tuesday, November 10, 2015

APA HAL-NYA PERKASA & PENDATANG ?

PERKASA baru-baru ni buat kenyataan bahawa suka atau tak, Cina dan India asalnya adalah di negara ini. Sebenarnya penulis dah agak muak dengan sentimen perkauman yang tak habis-habis dimainkan oleh PERKASA, sudah-sudah lah dengan sentimen pendatang tu . Kalau nak diikutkan sangat dari segi geografi , memang ramai juga orang Melayu yang susur galur keturunannya bukan dari Sememanjung Tanah Melayu . Ada yang dari berasal dari kepulauan Jawa, Sulawesi , Palembang, Riau, malah sejauh-jauh di Pakistan , India dan malah dari Tanah Arab sendiri.


Bayangkan kalau dalam takrifan perlembagaan ditambah pula dengan bahawa Melayu itu mesti hanya mempunyai susur galur keturunan bukan pendatang dari negara-negara asal yang lain ?Kalau tak disebabkan takrifan perlembagaan bahawa bangsa Melayu itu adalah mereka yang beragama Islam , bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat-adat orang Melayu maka ramailah di antara kita yang akan terkeluar ke-Melayu-annya . Soal pendatang dan bukan pendatang ni tak usahlah didebatkan lagi. Apa keperluan mengulang-ulang perkara yang serupa ?

Dah tertulis dalam perlembagaan negara mengenai hak-hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk dalam negara ini . Tak dikatakan pula hak-hak istimewa orang Melayu itu terhad kepada Melayu tulen sahaja iaitu yang tiada darah campuran . Maklumlah Melayu ni banyak darah campurannya , Melayu Pakistan, Melayu Arab, Melayu Cina, Melayu India, Melayu Mat Salleh dan macam-macam jenis Melayu lagi .  Jadi dengan tidak mengambilkira susur galur keturunan, selagi pandai berbahasa Melayu , beragama Islam dan mengamalkan adat orang Melayu maka Melayu lah orang itu .

Adakah orang Cina atau India yang dikatakan pendatang oleh PERKASA itu boleh jadi Melayu kalau mereka ini pandai atau fasih bercakap bahasa Melayu? Beragama Islam dan mengamalkan adat orang Melayu ? Kalau diikutkan tafsiran perlembagaan mereka ini dah boleh dikira sebagai Melayu , tapi kalau ikut keturunan darah Cina atau India tetap mengalir dalam tubuh badan mereka . Tapi disebabkan definasi Melayu itu tadi maka hak keistimewaan itu juga mereka dapat.

Hal yang sama juga berlaku di kalangan ahli-ahli PERKASA itu sendiri , jangan tipu kata darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka itu 100% darah Melayu asli . Ada yang campur mamak, ada yang campur Pakistan dan ada juga yang campur Cina. Jadi pada penulis tak perlu lah berlebih-lebihan dalam mengkritik , kerana lama-kelamaan hanya akan menyerlahkan hipokrasi dalam diri sendiri . Bayangkan seorang yang punya darah keturunan mamak, arab , pakistan yang pekat cakap soal pendatang di Tanah Melayu ini? Bukankah ia sesuatu perkara yang amat ironi sekali ???

1 comments:

yang sebetulnya keturunan pendatang, yakni tok nenek pendatang..
sbb tu ada negera nama CINA & INDIA
orang melayu adalah orang asal nusantara..indo sampai selatan Filipina..(kalau tanya org filipinan ni kauam apa2? kebanyakan akan jawab Malay, walaupun ugama Kristian)
nusantara ni di pecahbelah oleh penjajah British (Malaysia - Malay Peninsula - perasan tak perkataan Malay), Belanda (Indo - tafsiran ada kena mengena dgn Dutch East India Company), Sepanyol (Filipina - drp nama Raja Phillip)..
Tapi..skarang ni semua dah jadi anak Malaysia...tapi nak jadi anak Malaysia sejati kenalah ikut adat Tanah Melayu ni, ie asimilasi lah macam kat Indo, Filipina & Siam..baru bleh kita cakap ni semua orang Malaysia..
Bahasa Kebangsaan ie, Bahasa Malaysia wajib kena pandai bertutur, kalau bleh cakap BM kat rumah, sesama keluarga..tak gitu..?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu