Wednesday, October 7, 2015

Siapa Penyokong Kuat Mahathir Yang Mahu Berpaling Tadah ?

Bila ada 2 pihak bertelagah , akan sentiasa ada pihak ketiga akan ambil kesempatan untuk buat keuntungan . Sejarah tak pernah berbohong , melalui kisah-kisah yang kita baca, tonton di filem ... pihak ketiga ini kita panggil pengkhianat . Ciri-ciri utama pengkhianat ialah membelakangi apa yang diperjuangkan oleh kumpulan beliau semata-mata laba atau keuntungan yang ingin diperoleh . Pengkhianat akan cuba memperoleh keuntungan dari kedua-dua pihak yang bertelagah, manusia jenis ini pandai bermuka-muka dan bakal membawa kehancuran kepada mana-mana individu yang bekerjasama dengan mereka.


Aku sengaja bangkitkan perihal ini kerana sudah mula bertiup khabar, seorang bekas pemimpin parti politik veteran dari utara tanah air yang selama ini begitu kuat menyokong perjuangan Tun Mahathir telah berkira-kira untuk beralih arah. Strategi beliau cukup bijak, rancangan diatur teliti untuk berjumpa dengan Najib Razak dan mengemukakan 'tawaran' . Pemimpin veteran ini mungkin menyangkakan gerak geri atau rancangan beliau untuk berpaling tadah dari bekas bos takkan dapat dikesan, malangnya beberapa orang dari kedua-dua kem Najib dan Mahathir dapat menghidu tindak tanduk pemimpin veteran ini.

Mula timbul cakap-cakap belakang di kalangan penyokong Tun Mahathir bahawa pemimpin veteran dari utara ini memang tak boleh dipercayai, namun masing-masing dalam mode berhati-hati kerana situasi sekarang agak kritikal untuk Tun Mahathir menggunakan apa saja sokongan bagi menjatuhkan Najb Razak, apatah lagi khidmat pemimpin veteran ini penting dengan mengambilkira hubungan pemimpin veteran ini dengan seorang penulis blog 'elit' yang menjadi kepala kepada beberapa lagi blogger elit yang tak sehaluan dengan Najib Razak.

Khabar mengenai cubaan pemimpin veteran ini mengubah sokongan kepada Najib Razak bermula apabila satu sumber rapat dengan PM mengatakan si  pemimpin veteran ini telah mengadakan pertemuan dengan PM baru-baru ini dengan 'permintaan-permintaan tertentu'. Andaikata permintaan-permintaan itu dipenuhi jangan kita hairan apabila pemimpin veteran yang selama ini menghentam Najib Razak itu akan tiba-tiba berubah cara penulisan beliau di dalam blog . Walau bagaimanapun, PM mungkin sedar rancangan si licik yang sentiasa melihat kesempatan mencari keuntungan dalam keterdesakan mana-mana pihak yang bertelagah, mujurlah Najib Razak 'bo layan' permintaan itu.

Setelah sedar permintaan beliau dah di 'bolayan' oleh Najib , si pemimpin veteran ini mula lah sambung bersilat menghentam kembali PM setelah berhenti 'seketika' dalam proses 'rundingan sokongan' itu . Akhir kata dalam penulisan ini , aku nasihatkan samada kepada penyokong kuat Tun atau Najib , hati-hati lah dengan manusia ini . Anda semua lebih maklum siapa yang dimaksudkan kerana artikel ini digarap dari kedua-dua sumber Tun dan Najib .... samada Tun atau Najib kalah, yang pasti si veteran yang cuba makan 2 kolam ini yang akan beroleh keuntungan.

3 comments:

Salam tuan, mintak sepakat kekang dan kawan blogger macai Tun mamak ni yg menyusup didlm group pro-UMNO tapi setiap hari menyebarkan fitnah hasutan dahsyat terhadap PM DS Najib!
IMDB digambarkan seperti syarikat peribadi Najib sedangkan ia adalah GLC Kerajaan. Bloggers macai Mahathir penjatuh Najib, Putra Merdeka, Kluangdiamond, OutsyedBox, DinTurtle, Celah Gelegar, Apanama, A Kadir Jasin yg setiap 12 jam akn update serangan dan perang saraf fitnah Najib, hasutan membenci dan jatuhkan Najib. Fokus mereka bertubi2 serang Najib NON STOP.dan nereka lngsung tak serang DAP atau PR atau musuh BN!

Malangnya bloggers lahanat ini berada dalam listing GERAKAN ANTI PKR NEW yg memyebabkan populariti mereka naik jg bersama blogger pro UMNO tulen!

TOLONG SUSUN SEMULA DAN DEFINED bloggers pro dan musuh! Keluarkan bloggers lahanat yg disenaraikan diatas seberapa segera dari pautan utama GAP atau pro UMNO. Pelik kenapa mereja2 ini dibiarkan bebas berada dl group UMNO sdngkan mereka penentang jelas! Setiap berita berkaitan Najib mereka akan manipulasi dlm bentuk kotor.

Apakah blogger pro UMNO tulen gamak biar shj musuh parasit ini dlm gerakkerja korang? Tk kan tak fikir dan sedar bahayanya mereka2 yg disenaraikan diatas? Mereka aktif update dn seolah2 berpakat dengan blogger GAP utk terus hentam Najib dan jilat kejahatan Rejim Mahathir.

Please do something..kita tahu kenapa Tun gila serang Najib.. bukan isu rakyat tp isu spt diatas sebenarnya. TUN MAHATHIR lah pembela musuh dan kroni. Sbb itu dia waruskan perjanjian2 gila dan amat berat sebelah dalam penswastaan agensi penting untuk rakyat!

Saya yakin Najib Razak PM yg ikhlas dan terbaik untuk rakyat ketika ini.. so PLEASE BLOGGERS bersatu segera!

Betul..mmg nyata dan jelas. Seolah2 puAk ni sarapn, mkn tghari dan makan malam berlaukkan fitnah saja..sesak nafas baca

Hey mamat !!!!! aku rasa kau ni dah terlampau banyak jilat bontot PeeM
Kalau nak jadi macai biar berpada

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu