Sunday, October 25, 2015

Rafizi dan Tony Pua Sudah Ada 'Peluru' untuk Pengganti Najib ?

Semasa pembentangan budget 2016 tempoh hari, apabila Najib secara sinis menyindir menyebut mengenai kewujudan 'api dalam sekam' dalam pentadbiran beliau . Kamera telah dihalakan ke arah kedudukan sekelompok ahli parlimen Barisan Nasional . Perubahan rupa wajah paling ketara dilihat pada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin . Wajah Muhyiddin dilihat agak tersentap dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, kelihatan agak marah dan seolah-olah menunggu masa yang sesuai untuk membuat serangan balas.



Kita tak perlu menunggu lama untuk melihat serangan balas itu , semalam iaitu sehari selepas pembentangan bajet dibuat . Muhyiddin dalam satu program anjuran Sinar Harian di Johor Bharu menyambung semula serangan-serangan yang telah dibuat sebelum ini . Walaupun isu yang dibangkitkan adalah isu kitar semula , nada beliau semasa sessi berkenaan adalah lebih keras. Muhyiddin juga secara lantang membaculkan pemimpin-pemimpin UMNO kerana tidak bersama-sama beliau untuk menjahanamkan Najib Razak. 

Semasa program berkenaan, Muhyiddin menceritakan kepada para hadirin mengenai jerih payah beliau menaikkan semula UMNO selepas diharamkan apabila berlaku perpecahan sebelum ini, tak cukup dengan itu cerita mengenai zaman kegemilangan beliau menjadi MB Johor juga diceritakan, jasa-jasa beliau menaikkan Najib Razak PM juga dibangkitkan dan yang paling panas ialah bila beliau dengan lantang membaculkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Kenyataan yang dibuat Muhyiddin jelas menunjukkan luahan rasa dendam kesumat yang ditahan-tahan setelah ditempelak semasa pembentangan bajet 2016 sehari sebelumnya . 


Muhyiddin memang bukan pemimpin YES MAN kepada Najib Razak, Muhyiddin hanya menjadi YES MAN kepada mantan PM, Tun Mahathir . Jadi kita berasa agak pelik bila beliau mendabik dada mengaku beliau adalah bukan jenis pemimpin yang menjadi tukang angguk kepada sesiapa . Kalau dilihat kronologi kisah percubaan menjahanamkan Najib Razak beberapa bulan kebelakangan ini , Muhyiddin hanyalah alat kepada Mahathir , sebelum ini juga Muhyiddin telah dijadikan alat oleh mantan PM itu untuk menjahamkan Pak Lah . Pada ketika itu, Muhyiddin berperanan menghasut pemimpin-pemimpin UMNO yang lain untuk mendesak agar Pak Lah berundur . Sebaliknya, Najib pada ketika itu dilihat lebih menghormati "boss" beliau walau diajak bersama-sama menjahanamkan Pak Lah.


Bukankah sekiranya Najib bersetuju untuk menggulingkan Pak Lah pada ketika itu, jalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri lebih cepat ? Kenapa Najib tidak bersifat kurang ajar seperti Muhyiddin pada ketika itu?  Jawapan untuk persoalan ini terjawab pada hari ini, apabila penentangan secara terbuka dalam sesebuah parti politik itu hanya akan menjahamkan sokongan rakyat pada parti itu sendiri . Bila dalam parti berlaku penentangan dan perpecahan dan digembar-gemburkan pula di media ... rakyat hanya akan nampak sebuah parti yang lemah yang bakal menuju kehancuran sedang mengemudi negara.  


Selepas Pak Lah digantikan Najib, usaha-usaha untuk mengembalikan kenyakinan rakyat tidak dilakukan oleh puak-puak yang membuat revolusi menjatuhkan Pak Lah sebelum ini . Masing-masing sibuk dengan urusan untuk meneruskan agenda yang tertangguh semasa Pak Lah menjadi PM dahulu, harapannya ialah agar PM dapat berkompromi untuk meneruskan agenda mereka. Muhyiddin selepas naik pangkat dengan jawatan TPM dilihat tidak memberi apa-apa impak dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO .  Aura 'pendekar' beliau tiba-tiba hilang selepas menjadi TPM, tiada lagi suara-suara keras yang mengkritik , tiada lagi kenyataan-kenyataan terbuka dalam menegur pentadbiran yang diambil alih Najib Razak.



Melihat kepada pattern atau corak 'kependekaran' yang ditunjukkan Muhyiddin pada zaman Pak Lah dan Najib ... ia hanya berlaku apabila Tun Mahathir secara terbuka bersuara mengkritik pemimpin tertinggi . Selepas Mahathir bersuara barulah dilihat timbul semula telor bekas TPM itu. Berasaskan pattern ini, kalau Mahathir tak cakap apa-apa maka suara Muhyiddin pun takkan kata apa-apa . Kesimpulannnya ,  Muhyiddin tak ada keberanian untuk lantang bersuara kalau tiada arahan atau 'support' dari bekas PM itu . Tindak tanduk beliau tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang pemimpin yang benar. 

Muhyiddin hanya pandai bercakap, dan lantang bersuara bila diarah .  Tidak berani bersuara menentang arus bila berada dalam mesyuarat kabinet apabila ada perkara yang tidak dipersetujui . Hanya bertahun selepas masalah timbul barulah  mengaku tidak bertanggunjawab dan sebagainya . Mana suara yang beliau ada pada ketika masih menjawat jawatan TPM dahulu ? Adakah pada ketika itu masih berada dalam tempoh selesa dan terlalu sibuk 'mengurus' projek Bestari.net , hingga terlupa dengan tugas hakiki beliau ? 

Adakah Muhyiddin fikir rakyat bodoh tak nampak permainan-permainan pemimpin2 UMNO ini ? Adakah Muhyiddin fikir dengan menjatuhkan Najib dan menjadikan diri beliau sebagai PM rakyat akan kembali berpusu-pusu menyokong BN dan UMNO khususnya ? Katakan perancangan yang diketuai mantan PM ini berjaya untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan Muhyiddin . Adakah pembangkang tiada 'next action plan' untuk menjahanamkan Muhyiddin pula ? Jangan terkejut pada ketika itu segala bangkai dalam almari semasa tempoh Muhyiddin menjawat jawatan MB Johor, semasa jadi Menteri Pendidikan dan semasa menjadi TPM akan dikorek dan didedahkan mereka pula ... Tony Pua dan Rafizi pasti tersenyum sebab pada ketika ini mereka sudah pasti ada bukti-bukti untuk diwar-warkan pada rakyat pada hari Muhyiddin menjadi PM .

4 comments:

kris keramat umno sedang mencari mangsanya..sejarah pasti berulang.kita tunggu pengkhianat pasti terkena tikamanya.PASTI

Aku sendiri sedia untuk jadi Yes Man pada Tun M, sebab beliau sudah berfikir lebih kedepan dari yang lain. Tapi, kalau pada PM yang bodoh sombong macam Najib, aku pun tak sanggup nak jadi barua.

Betul. Tun M berfikir ke depan utk memastikan legasinya,Mukris naik sebagai PM lepas ini

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu