Tuesday, October 13, 2015

Isu Tol : Mahathir Akui Kelemahan Perjanjian Konsesi Yang Dibuat Semasa Beliau Menjadi PM

Ini sejak tahun 2013 punya cerita .... setiap kali tol naik , macam-macam versi cerita keluar . Ramai yang tak nampak perjanjian konsesi yang dah dibuat sebelum zaman Najib Razak jadi PM lagi . Perjanjian konsesi yang dibuat bukan setakat 4-5 tahun je . Makan puluh-puluh tahun .... kroni makan tak abis tauu . ni sama macam kes IPP la , sekali buat perjanjian jenis makan puluh-puluh tahun . Kalau naik je harga ... rakyat tak kasi 'middle finger' dekat PM yang buat perjanjian tu , rakyat akan kasi 'middle finger' dekat PM yang ada sekarang . Kalau PM yang ada sekarang tamatkat perjanjian konsesi , mau kerajaan kena saman jota-jota , billion-billion .



Dua tahun lepas aku ada tulis satu artikel berkenaan kenaikan tol dan syarikat-syarikat serta pemegang saham yang terbabit. Bukan semua konsesi tol adalah hak milik kerajaan , malah ada konsesi tol yang terlibat adalah hak milik anak syarikat kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sekiranya pihak konsesi tidak mendapat persetujuan kerajaan untuk menaikkan tol , maka mereka berhak memperoleh jumlah pampasan tertentu dari pihak kerajaan seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi.

http://bidaman.blogspot.my/2013/12/tol-kesas-sprint-tak-dinaikkan-kerajaan.html

Melalui satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 26 June 2015 ,


"Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya."

http://www.malaysiakini.com/news/303182

Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini.

http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2007/1/5948/dr-mahathir-bersetuju-demonstrasi-bantah-tol.html

"Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” 

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," 

Dek kerana kelemahan perjanjian konsesi selain IPP yang dibuat itu , maka manifestasi kelemahan diserlahkan sekarang. Kerajaan buta-buta bayar berbillion ringgit setahun kepada syarikat-syarikat konsesi yang kebanyakkannya kroni-kroni . Ramai yang memuji-muji pentadbiran bekas Perdana Menteri itu hebat dengan terbinanya KLCC, KLIA, Putrajaya , lebuhraya , stesen janakuasa dan macam-macam lagi . Tapi berapa ramai yang tahu isi kandungan perjanjian-perjanjian untuk membina semua itu ? Apa kelemahan dalam perjanjian itu ? Seperti yang diakui sendiri oleh Tun dalam kenyataan yang dibuat beliau.



Malangnya sial dan badi segala projek ini hanya datang selepas berbelas tahun . Yang menanggung beban dan maki hamun rakyat ialah individu yang mewarisi segala perjanjian berat sebelah ini . Paling mengecewakan ialah orang yang bertanggungjawab memulakan semua perjanjian berat sebelah ini pun tumpang sekaki mengeruhkan lagi suasana . Apa pilihan yang kerajaan ada sekarang ?

i. Abaikan perjanjian konsesi dan dikenakan tindakan saman ? Kos mungkin mencecah puluhan billion ringgit.

ii. Tanggung kos kenaikan tol ? Kos mungkin mencecah sehingga 2 billion ringgit setahun

iii. Rakyat tanggung ? Kos-nya kena maki hamun je berbillion bakul ... duit billion2 yang dijimatkan daripada bayar konsesi buta-buta buat pembangunan lain atau penambahbaikan infra untuk rakyat.



7 comments:

abis skang hutang 40++ billion, OK Pulak ya... pinjanm guna agen yahudi pulak tu, bayar komisyen bapak tinggi. lagi bangang. KAH KAH KAH

inilah akibat rakyat buta tipudaya simamakutty wawasan 2020nya dasar pswastaan ciptaanya,apa nk buat tanggung sendirilah.

Kau ni cerita apa? Mana ada hutang sampai 40billion. Hutang tu bukan hutang kerajaan Malaysia. Itu hutang antara 1MDB dengan peminjam. Macam kaulah hutang kereta. Itu bukan hutang kerajaan itu antara kau dengan bank.. Mana ada dia orang pinjam dengan Yahudi. Tak pasal2 dapat dosa free kerana fitnah dan bohong. Lain kali kalau tak tahu jangan buat2 tahu. Dah bodoh tu bodoh juga.

Usah layan Orang Tak Cherodek...nanti kita juga jadi Tak Cherodek

Maddey Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” 

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti SAYA boleh jadi begitu BODOH. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," 

Dia dah nampak insaf dengan pengakuan dia juga boleh jadi BODOH. .itu ayat berlapik namanya...sebenarnya dia dah mengaku dia BODOH. ..apa lah Maddey ni...

Persoalannya mengapa kerajaan kini menghentikan subsidi bayaran Tol kepada rakyat sdgkan najib dari dahulu lagi sudah menganggotai kebinet??

Dulu xnampak sekarang baru nampak kn.

Pengajarannya pula, jgn sesekali percaya kepada ahli2 kabinet yg ingin menandatangani apa2 perjanjian yg kelak menyusahkan rakyat kerana menteri2 ini semua bukannya boleh harap.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu