Monday, October 12, 2015

Ahli PKR meluat sikap memandai-mandai Rafizi Ramli ?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam menegaskan kepada umum bahawa Rafizi Ramli tidak akan dipecat dari jawatan Setiausaha Agung PKR seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini . Azmin mendakwa berita pemecatan Rafizi dibuat oleh musuh-musuh parti itu . Kenyataan Azmin itu dibuat semasa sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam. Sidang media berkenaan turut dihadiri Rafizi dan Wan Azizah sekali presiden parti .


Cakap-cakap mengenai pemecatan Rafizi mulai timbul apabila terdapat percanggahan pendapat di dalam PKR mengenai penubuhan Pakatan Harapan . Rafizi dikatakan menjadi punca kepada perpecahan dalaman PKR . Ramai di kalangan ahli dan pemimpin PKR yang kurang bersetuju apabila PAS dipinggirkan didalam penubuhan Pakatan Harapan. Azmin mungkin hanya bermain wayang di media demi mengekalkan kuasa di Selangor . Tanpa sokongan PAS, Azmin mungkin terpaksa melepaskan jawatan MB Selangor, begitu juga sekiranya tanpa sokongan DAP hal yang sama turut berlaku . Oleh itu perkara terbaik yang boleh dilakukan Azmin adalah dengan menjadi lalang dan 'playsafe'

Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti kini ialah Azmin boleh dikatakan sebagai 'otai besar' dalam PKR selepas Anwar masuk penjara . Azmin dilihat lebih popular dikalangan pemimpin-pemimpin bahagian PKR berbanding Presiden PKR itu sendiri . Tak mustahil jika diadakan pemilihan parti sekarang ,proksi-proksi Anwar akan tenggelam dengan bala tentera Azmin . Aura Azmin sebagai "boss besar PKR" jelas dilihat apabila sidang akhbar mengenai status jawatan Rafizi dibuat oleh beliau , adakah lidah Wan Azizah terlalu kelu untuk berkata-kata dengan status jawatan beliau yang lebih tinggi dari Azmin ?

Dengan pengumuman yang dibuat Azmin itu , Rafizi mungkin boleh dikatakan 'selamat' pada ketika ini . Namun sudah tentu perasaan marah dan benci beberapa bahagian di kalangan akar umbi terhadap Rafizi akan berterusan . Tak mustahil sekiranya Rafizi terus angkuh 'memerintah' PKR , akan muncul gelombang besar-besaran dari akar umbi untuk menggesa kepimpinan tertinggi parti memecat Rafizi. Tian Chua yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PKR dengan jelas menyatakan PKR akan kalah teruk sekiranya kerjasama dengan PAS tidak diteruskan ... mungkin nasib Rafizi didalam PKR kini hanya akan ditentukan dengan tindakan memandai-mandai beliau seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu