Sunday, September 6, 2015

Timbalan Pendakwaraya Hilang, Kes Saman Tertangguh?

share posting ... nampaknya orang yg hilang tu ada juga terlibat dalam satu kes mahkamah yang melibatkan peguam Dato Rosli Dahlan


dari MyKMU

Tn.Anthony KevinTimbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang sejak semalam. Difahamkan, kali terakhir beliau dilihat pada pagi Jumaat ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.

Menurut Harian Metro, berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan Kevin.

Dakwaan Kevin dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara sejak 15 Julai lalu tidak benar. Kevin dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara tahun 2014. 

Kevin ketika memberi keterangan pada Jun 2015 lalu menyatakan beliau telah bertugas di Jabatan Peguam Negara dan sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pada Jun 2013, Seorang peguam, Dato Rosli Dahlan, telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi termasuk Kevin Anthony atas dakwaan mendakwanya secara salah. 

Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya, yang disaman telah memberi keterangan pada Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam ke saman peguam Datuk Rosli Dahlan. 

“Ia dikeluarkan mengikut undang-undang,” kata Kevin yang kini bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Kata Kevin, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat Saiful Ezral Ariffin, beliau ada alasan untuk mempercayai bahawa satu kesalahan jenayah telah dilakukan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.Kevin, DPP SPRM Bertegas Notis Ke Atas Peguam Rosli Dahlan Ikut Undang-undang

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan.

Dia mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar.

Rosli Dahlan ialah peguam kepada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff. Ramli turut turut menyaman SPRM, Pendakwaraya SPRM termasuk Kevin Anthony dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail RM 128.5 juta.-MYKMU.NET

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu