Tuesday, September 22, 2015

Pengkhianat yang Lebih Rela Jadi Barua FBI dan WSJ

Banyak negara runtuh disebabkan wujudnya pengkhianat yang membocorkan hal-hal sulit dalam negara kepada negara luar . Banyak negara runtuh bila wujud campur tangan asing ke dalam negara itu . Semua hal ini berlaku disebabkan sikap segelintir rakyat negara itu sendiri yang mengundang campur tangan asing kedalam negara.  Satu ketika dulu Iraq dibawah pemerintahan Sadam Hussin dikatakan kejam, kuku besi dan sebagainya namun semasa pemerintahan beliau juga nilai matawang Iraq lebih tinggi dari USD .


Contoh lain ialah Libya, walaupun pelbagai cerita mengenai kekejaman rejim Muamar Ghadafi disebarkan oleh pihak2 tertentu, namun keadaan Libya lebih sempurna ketika itu berbanding sekarang. Semua yang berlaku adalah disebabkan undangan rakyat negara itu sendiri kepada kuasa-kuasa asing di luar sana untuk campur tangan. Ketika negara aman damai, mereka yang mengundang campur tangan asing itu tentu tak pernah terfikir bahawa negara mereka yang satu ketika dahulu megah berdiri bangunan-bangunan pencakar langit kini bak padang jarak padang tekukur.


Kini di Malaysia, setelah gagal mencapai cita-cita mereka untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri dengan tidak menggunakan pentas pilihanraya sebagai platform . Golongan-golongan yang terdesak ini mula mengundang campur tangan negara-negara luar . Cerita mengenai Najib sebagai perasuah dijaja satu dunia , hal yang serupa pernah berlaku pada Tun Dr. Mahathir dulu , cuma malangnya sekarang modus operandi yang serupa pula ditiru oleh kumpulan-kumpulan pro-Tun , malah lebih mengejutkan lagi untuk menjayakan operasi ini kumpulan-kumpulan pro-Tun ini sudah berpeluk sakan dengan musuh tradisi iaitu DAP untuk menumbangkan Najib Razak.



Bila soal pengkhianatan dibangkitkan, seperti biasa tuduh menuduh pasti berlaku . Ko khianat aku, aku khianat ko dan ko khianat rakyat dan macam-macam lagi bagi menjustifikasi pada rakyat kononnya masing-masing berada pada landasan yang benar. Akhirnya, hal pengkhianatan yang pada mulanya kita anggap sebagai persepsi saja rupa-rupanya benar-benar berlaku . Demi menumbangkan Najib Razak , ada beberapa tokoh yang sudah sedia menjadi alat atau anjing kepada Amerika . Kalau dulu anjing-anjing ini menyalak Malaysia akan jadi hamba Amerika kalau TPPA di tandatangani, jadi apa bezanya tindakan mereka apabila mengundang Amerika untuk campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negara ini.

Memang selama ini kita pelik bila ada dokumen-dokumen rahsia negara boleh tersebar di media-media luar . Untuk kes negara ini dokumen siasatan PAC adalah penuh kerahsiaan , dan agak mengejutkan bila dokumen berkenaan diterima oleh WSJ . Tak mustahil mungkin lebih banyak lagi dokumen2 rahsia lain yang dikongsi . Siapa yang kongsi ??? Kena tanya barua WSJ dalam PAC , si Tony Pua . Memang ada bau-bau pengkhianat . Sorang lagi pengkhianat ialah yang menawarkan diri untuk jadi barua FBI , bos kepada barua FBI ini kononnya dulu adalah penentang tegar Amerika .. kini sanggup menghantar orang untuk jadi barua kepada FBI .

Mungkin hujah mereka tak mengapa bekerjasama dengan agen dajal sekalipun asalkan Najib turun.  Semua gerak kerja mereka ini dibuat di atas landasan yang samar-samar mengenai berita yang belum dipastikan kebenarannya. Kalau begitu yakin rakyat semua mahukan Najib turun , apa salahnya tunggu lebih kurang 2 tahun saja lagi untuk proses pilihanraya ? Pada ketika itu gantikan saja Najib dengan siapa saja yang mereka suka asalkan menang pilihanraya . Cuma apa yang berlaku sekarang tahap gila kuasa dan ketidaksabaran menunggu pilihanraya tiba mengatasi segala-galanya hingga sanggup jadi barua kepada FBI.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu