Tuesday, September 29, 2015

Rosmah Diberi Penghormatan Berucap di PBB

Bila diwar-warkan kononnya FBI mula menjalankan penyiasatan terhadap 1MDB, ada pihak mengeluarkan kenyataan bahawa ada kemungkinan Najib akan diberkas pihak berkuasa negara berkenaan apabila keluar daripada negara ini . Kenyataan yang dibuat oleh mantan PM itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa pelik kerana sebagai orang yang pernah menerajui negara ini selama 22 tahun, beliau seharusnya lebih tahu mengenai kekebalan yang ada pada seseorang diplomat. Namun kenyataan mantan PM itu disambut dengan penuh kenyakinan oleh penyokong-penyokong beliau. Kononnya satu dunia dah naik menyampah dengan Najib disebabkan 1MDB punya hal.



Dan bila Najib ke luar negara baru-baru ini, tiada tangkapan yang berlaku seperti yang diharapkan . Malah Najib berada di sebuah negara dimana agen-agen FBI itu sendiri dihasilkan , tak cukup dengan fakta itu Najib juga diberikan penghormatan sebagai ketua negara Malaysia untuk berucap di PBB, New York . Puak-puak yang sebelum ini begitu beria-ia mengatakan kononnya Najib bakal ditangkap apabila berada di luar negara mula menggunakan alasan Najib kekebalan beliau sebagai seorang diplomat . Kenapa tak difikirkan alasan yang sama sebelum menyokong kenyataan tangkap mantan PM ? Secara peribadi penulis beranggapan sekalipun kita membenci seseorang pemimpin itu, tak perlulah mengheret campur tangan asing.


Semasa PM dan isteri berada di New York, beberapa pihak mengambil kesempatan untuk menyerang isteri  beliau dengan mengedarkan gambar-gambar di media sosial untuk mewujudkan sentimen negatif seolah-olah Rosmah ni lebih sudu dari kuah. Ramai yang membandingkan isteri mantan PM dan Rosmah . Rosmah dikatakan cuba campur tangan hal-ehwal tugas Perdana Menteri . Ramai yang tak senang hati bila Rosmah diberikan pengiktirafan untuk berucap di pentas antarabangsa . Walhal pengiktirafan ini telah kerap kali dilakukan terutamanya di negara timur-tengah. Dan seringkali dilihat Rosmah agak mesra dengan para isteri pemimpin-pemimpin negara lain.  Jadi tidak hairan apabila beliau diberikan pengiktirafan dengan usaha-usaha kebaikan yang dilakukan.



Petikan dari artikel Bernama (28/9/2015) ;

Berucap pada majlis resepsi anjuran Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Plaza PBB di sini Ahad, isteri Perdana Menteri berkata masyarakat harus bersedia bagi kesaksamaan gender tetapi tidak semua bersedia untuk perubahan itu. 

“Wanita membawa pelbagai perspektif, gaya kepimpinan, pengalaman bekerja, gaya hidup dan budaya"

“Ini menyumbang kepada kepelbagaian pemikiran yang begitu penting untuk menjana penyelesaian inovatif. Apabila kita menghormati dan menghargai sumbangan unik ini, kita melepaskan kuasa kepelbagaian,” katanya.

artikel penuh 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/galak-kesaksamaan-gender-8211-rosmah-1.141008

Majlis berkenaan di anjur oleh Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) . Fikir sendiri kenapa Rosmah antara yang diberikan penghormatan untuk berucap ? Takkan-lah Perdana Menteri sebuah negara yang kecil macam Malaysia ni ada "kuasa" mengarah agensi PBB ini bagi penghormatan untuk Rosmah berucap ? Malangnya, kredibiliti yang ada ini tidak dipandang oleh sesetengah pihak di Malaysia . Bagi mereka isteri seorang PM tak boleh jadi 'popular' di peringkan antarabangsa . Kalau popular katanya akan 'over-shadow' PM walaupun hal yang menjadikan beliau popular takde kena mengena dengan campur tangan pentadbiran dalam negara . 

Selain Rosmah, beberapa isteri pemimpin besar dunia juga diberikan penghormatan yang serupa beberapa hari sebelum itu dalam forum Global Education First juga di PBB. 

1 comments:

Biasalah...puak2 pembangkang wajib memfitnah, menipu dan menghasut tiap2 hari.
Itu adalah ajaran sesat tohkong dapig kepada penganut2 dapig.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu