Thursday, September 3, 2015

Claire Rewcastle Brown Tayang Semula Kisah Naib Presiden US Malukan PM Malaysia di Malaysia

Khabarnya...seorang wakil dari Peru dalam persidangan Anti Rasuah Kebangsaan (IACC)  yang diadakan di Kuala Lumpur telah menghentam Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berikutan beberapa isu yang melanda negara kebelakangan ini . Tindakan wakil Peru itu disambut dengan meriah oleh beberapa dalam negara yang sememangnya menunggu apa saja kesempatan untuk menghentam Najib , dalam masa yang wakil Peru itu juga dilihat teruk dihentam di laman twitter . Ironinya, indeks rasuah di negara ini lebih rendah berbanding Peru ... secara logiknya adalah sesuatu yang memualkan apabila Peru cuba mengajar negara ini mengenai ketelusan dalam memerangi rasuah.


Dari maklumat yang dikongsi oleh rakan media sosial , Corruption Perception Index (CPI) bagi negara Peru pada 2014 ialah 85 , berbanding Malaysia 50 . Tindakan wakil negara Peru ini seolah-olah menunjukkan beliau telah 'diajar' oleh pihak tertentu supaya menimbulkan perkara berkenaan semasa persidangan untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia di khalayak antarabangsa. Tak salah kalau aku katakan berkemungkinan wakil dari Peru ini telah dirasuah untuk bercakap pasal rasuah . Memang ada unsur-unsur kebabian di situ. 



Perasan tak kebelakangan ni, si lelaki botox Khairuddin dan Mathias Chiang buat ekspedisi keliling dunia kononnya untuk buat report pasal salah urus kewangan 1MDB . Bukti report Khairuddin ialah beberapa gambar selfie bajet gojez beliau di beberapa pejabat penguatkuasa negara-negara berkenaan.  Semalam keluar cerita Swiss bekukan akaun 1MDB di negara itu , tapi pihak pengurusan 1MDB pantas menafikan berita yang disebarkan itu.


Berbalik kepada cerita forum IACC di Kuala Lumpur semalam, rupanya ada kisah di sebalik nasihat Datuk Paul Low untuk tidak menggalakan PM hadir di persidangan itu . Dari maklumat risikan diberitahu ada perancangan dari kumpulan tertentu untuk memalukan PM dalam majlis berkenaan , seterusnya mencalarkan imej beliau di peringkat antarabangsa .  Sememangnya imej Najib Razak dilihat hebat di peringkat antarabangsa setelah berjaya melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia untuk berunding dengan puak pemisah Ukraine ke tapak terhempas pesawat MH17. 



Imej Najib dilihat positif di peringkat antarabangsa terutama di negara-negara Timur Tengah , selain negara-negara bekas Soviet . Disebalik pelbagai tuduhan dan skandal yang dilemparkan terhadap beliau, pemimpin-pemimpin besar negara luar masih tidak mengenakan apa-apa tekanan malah apa2 ucapan yang memalukan Najib, yang ada buat ucapan seperti itu ialah macai-macai pertubuhan2 tertentu . Sehingga sekarang masih belum ada pemimpin besar negara-negara kuasa dunia secara jelas mengecam Najib, seperti apa yang pernah berlaku pada Tun Mahathir pada satu ketika dulu bila Al-Gore secara kurang ajar menyelar beliau di dalam satu majlis di negara ini. 

Claire Rewcastle Brown mahukan perkara yang sama berlaku pada Najib tapi beliau gagal dan nampaknya hanya wakil negara Peru yang sanggup menjadi macai untuk buat kerja jahat itu . Katanya sebelum ke Kuala Lumpur, wakil dari Peru ini terlebih dahulu ke UK untuk bertemu dengan Brown. 

7 comments:

Jose Ugaz bukanlah Presiden atau menteri di Peru, dia adalah Presiden Transparency International.

Tindakan blogger belaan Najib hanya untuk memujuk diri sendiri sedangkan bukan setakat Jose Ugaz sahaja yang mempertikaikan cara Najib memanipulasi siasatan kes melibatkan 'derma' USD 700 juta yang pada mulanya derma kepada UMNO kemudian derma kepada kerajaan, mula-mula derma kepada kerajaan kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk melawan IS, lepas bertukar menjadi derma kepada kerajaan kerana untuk melawan Yahudi dan DAP pula. Tapi yang tak berubah adalah wang itu masuk dalam akaun Najib dan Najib menggunakan wang itu sesuka hatinya.

Sedarlah bahawa pandangan masyarakat antarabangsa sekarang ini terhadap Malaysia sangat teruk, sangat rendah disebabkan skandal jenayah dan rasuah Najib ini. Bukan setakat Jose Ugaz sahaja, malahan pengasas Transparency Internatioal Michael Hershman juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal untuk mencegah rasuah apabila pimpinan atasan Malaysia sendiri tidak telus dan menyalahgunakan kuasa untuk melindungi jenayah peribadinya.

Malahan wakil parlimen Eropah, wakil dari Afrika Selatan, malahan wakil dari Norway pun turut berpandangan yang sama.

Ini bukan soal yang kecil, ini soal melibatkan hubungan antarabangsa Malaysia. Malaysia berhadapan dipulaukan dari segi ekonomi oleh masyarat antarabangsa yang melihat gejala rasuah yagn makin berleluasa dan dimanipulasi oleh pemimpin atasan yang menggunakan parti, menggunakan kerajaan, malahan menggunakan agensi kerajaan untuk menyorokkan kegiatan jenayah mereka.

Sedarlah semua.

Mangkuk tu umpama nak mengajar itik berenang. Nama je Presiden TI, negara sendiri pun dia tak tahu bagaimana nak atasi masalah rasuah....

Macam yang saya tulis di atas, juak-juak belaan Najib masih dengan sindrom penafian, masih nak memujuk diri sendiri sedangkan hakikatnya reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa seperti di zaman Tun Dr. Mahathir kini telah hancur lebur disebabkan skandal jenayah Najib ini.

Najib terus dikipas oleh para pecacai dan balacinya, semuanya yes bos, alright bos, tapi semuanya adalah pelingkup sahajalah.

Sedarlah semua.

Mahadir .... keras kepala... tak de ape pn yg mampu dia buat selain mengkayakan kroni... membunuh kerjaya pemimpin melayu.. mengikis harta gomen... segala ape yg dia pernah buat... dia buat utk kepentingan kroni.. malaysia ni kaya.... dia mengikis kekayaan .... sehingga sekarang...utk kepentingan peribadi... dia besungguh utk menjahanamkan negara.... apesal tak mampus maha firaun... maha zalim ni lagi...

Sekali lagi perancangan Team Mahathir gagal.

Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ke London minggu lepas bertemu Claire Brown dan Jose Ugaz.

Mereka telah merancang bagaimana untuk memalukan PM dlm perasmian persidangan anti rasuah yg sdg berlangsung sekarang.

Mengikut perancangan mereka Ugaz akan memulakan sorakan boo terhadap PM dan akan disambut oleh beberapa wakil Malaysia.

Pihak perisikan Malaysia telah dapat mengesan rancangan mereka dan menasihati PM agar jgn datang merasmikan persidangan itu.

Sementara dah datang sini tu JoSE tak nak tanya ke kepada penjaga duit DEIG 30b yang mutlak dari rakyat Selangor..duit derma dia pertikai duit Rakyat Selangor kenapa buat-buat tak tanya pulak dalam persidangan IACC ..ke JOSE tak reti nak bezakan antara 2.6b dengan 30b mana satu lebih banyak????
Seperti perbezaan graf rasuah PERU dan Malaysia yang di pertontokan..ke Jose buat-buat tak reti mengira???

Begitu lantang sekali Jose ini mengetuk pintu tuan rumah. Kalau benar ada sumber/pihak yang memandunya bertindak sedemikian, tidakkah dia ada conscience dalam nalurinya itu berbanding dengan jawatan yang dipegangnya sekarang? Memang dunia ini penuh manusia yang pelbagai ragam.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu