Si proksi dajal boleh dikatakan gagal semasa Tun. Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana walaupun di sebalik kebangkitan rakyat dan kebencian ahli UMNO terhadap Tun berikutan pemecatan Timbalan beliau Anwar Ibrahim dari jawatan kerajaan , Tun Mahathir masih terus ampuh memacu UMNO dan kerajaan . Ramai ahli-ahli perniagaan yang gulung tikar semasa era Tun itu dihasut oleh proksi-proksi dajal untuk bangkit dan terus menentang Tun , berikutan dari kekalutan itu maka era REFORMASI bermula dengan hebat walaupun pelbagai sekatan media dibuat, namun beberapa siri himpunan besar-besaran tetap berlaku bagi menunjukkan protes dan penentangan terhadap Tun Mahathir.
Apa yang berlaku terhadap Najib kini sama seperti yang berlaku terhadap Tun, tetapi ujiannya lebih besar . Dengan tiada sekatan media, dan kepesatan penggunaan teknologi maklumat , Najib tidak mempunyai opsyen untuk mengawal . Najib mungkin kekurangan elemen 'kuku besi' berbanding Tun Mahathir . Di zaman Tun Mahathir, ISA menjadi satu senjata yang amat terkenal penggunaannya di kalangan politician...disebabkan itu ramai yang tak bersetuju apabila ISA dimansuhkan , ramai yang mahu Najib Razak jadi 'kuku besi' dan tegas seperti Tun Mahathir hatta undang-undang berkaitan had kuasa raja-raja Melayu juga diperkenalkan.
Berbalik kepada isu Altantuya yang dimainkan Al-Jazeera , bekas IGP Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan itu . Tan Sri Musa yang kita kenali adalah seorang yang berprinsip ,bukan jenis 'yes man' ,mungkin itu antara sebab beliau tidak dilantik semula jadi Ketua Polis Negara . Dalam satu kenyataan semalam , beliau menegaskan Najib tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Alantuya . Ucapan ini dizahirkan oleh orang yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik dan pernah terlibat secara langsung dengan kes pembunuhan itu selama bertahun-tahun . Jadi apa yang membuatkan siasatan wartawan Al Jazeera yang entah berapa lama duduk di Malaysia tu lebih boleh dipercayai ? Fikir sendiri daa...
No comments:
Post a Comment