Tuesday, August 18, 2015

Umpan Zahid Mengena ?

Tun Mahathir dalam kenyataan beliau semalam menyatakan PM, Najib Razak tak mungkin boleh diturunkan melalui undi tidak percaya di Parlimen . Menurut Tun Mahathir, ini amat sukar memandangkan semua anggota Umno dilihat berhutang kepadanya. Dan pembangkang pula tidak mempunyai cukup anggota untuk meluluskan usul itu.


Kenyataan yang dibuat Tun Mahathir tu mungkin adalah respon kepada pendedahan Timbalan Perdana Menteri yang baru , Zahid Hamidi mengenai wujud usaha dari seorang pemimpin UMNO yang merancang untuk berkomplot dengan ahli-ahli Parlimen tertentu mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri .

Kenyataan yang dibuat Zahid itu menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini dilihat vokal terhadap Najib menafikan pembabitan mereka dalam rancangan itu . Zahid bijak bermain psikologi apabila secara terbuka menyatakan pemimpin UMNO "berkenaan" yang mahu menjatuhkan Najib melalui usul tidak percaya di Parlimen akan berjumpa pemimpin negara itu di Seri Perdana pada pukul 6 petang.

Semasa aku mula-mula baca kenyataan yang dibuat Zahid tu , aku dah boleh agak itu hanyalah "umpan" untuk ahli-ahli parlimen yang benar-benar mempunyai niat menjatuhkan Najib menggelupur. Sementara menunggu tempoh pukul 6 petang yang dikatakan Zahid itu, tak mustahil reaksi ahli-ahli Parlimen UMNO yang dijangka terlibat dipantau . Samada mereka ni macam cacing kepanasan atau tidak. Pasti menggelabah sebab bimbang nama-nama mereka akan didedahkan semasa "pemimpin UMNO" berkenaan berjumpa Najib pada pukul 6 petang.

Jadi selepas tempoh pukul 6 petang tu berakhir, maka Zahid yang juga Menteri KDN mungkin mendapat jawapan yang dimahukan beliau melalui teknik "umpan" ini. Siapa yang termakan umpan, iaitu yang menggelabah tak tentu pasal, akan kekal dalam list yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk tikam belakang atau sanggup berkomplot dengan pembangkang semata-mata untuk jatuhkan PM.

Satu je aku nak cakap kat sini, aku setuju dengan apa yang Tun nyatakan di atas , memang Najib sukar dijatuhkan melalui proses undi tak percaya, sebab rata-rata ahli parlimen BN sedar kalau bergabung dengan pembangkang untuk turunkan PM , pasti dah berebut-rebut di antara BN dan PR menyusun jawatan di Putrajaya . Takkan lah DAP dan PKR tak nak apa-apa habuan kot ? Paling kurang pun jadi menteri di beberapa Kementerian . Masa tu nak tau juga, orang-orang UMNO/BN yang berkomplot sanggup ke lepaskan jawatan untuk bagi laluan rakan komplot dari PR ?

12 comments:

zahid kn macai anwar....permainan nyer dapat di baca..wlpon tin kosong jer zahid ni... lg byk scandal die

Yg jelas..... tangkap je Tun M dan TSMY. Bising sangat.... memecahbelahkan perpaduan dlm parti dan orang Melayu. Jadikan mereka geng PM Sungai Buloh.

Zahid tu sembang je lebih. Mcm Tangki Kosong. Luar cantik, dalam berlumut...

Mulut mcm mangkuk jamban..menghina org je pandai...

Jgn lupa tangkap najib sekali,tuihhh

Kamu marah zahid sbb umpan zahid dh dimakan ikan. Ada keli dan ketutu yg terus menggelupur. Bodoh dan tong kosong zahid, lama dh dia dlm politik. Skrip dia lambat org baca. Dh jadi baru org mcm kamu sedar. Tu pasal menggelupur. Tak kisah la mulut jamban ke, tong kosong ke, org mcm kamu jugak yg kena kencing...huhu

Ko ni geng ulat taik ... dpt hidup dlm taik, letak tempat bersih nk taik jugak. Fikiran pun mcm taik

Sikitol Tua n Tokong Tua n gang3 sama waktu dgnya hingga 2day masih frustonggeng n desprado kalah game catur politik lawan PM...aku kasihan bro..

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu