Friday, August 14, 2015

Ringgit Malaysia Jatuh , Sejauh Mana Kita Terkesan ?

Nilai RM merosot berbanding USD ... ramai yang naik gelabah, bimbang krisis 1998 semasa di bawah pentadbiran Tun Mahathir berulang kembali . Mana tidaknya , masa krisis 1998 banyak syarikat gulung tikar , ramai usahawan yang sayonara, ramai orang kaya jatuh miskin . Al-maklumlah urus niaga eksport import juta-juta masa tu dibuat dalam USD . 


Memang ramai yang tersungkur masa tu ... sebagai pelajar universiti pada ketika tu, aku tak terasa sangat bahang kemerosotan ringgit yang teruk masa tahun 1998 . Harga makanan dan keperluan lain-lain kat cafe sama je, dapat biasiswa/study loan student2 ni dok berebut beli handphone .. tak silap aku zaman tu tengah popular Nokia pisang kot, yang kaki motor sibuk cari Yamaha RXZ ...




Cuma pada masa tu aku masih ingat, kawan2 yang dah buat kursus persediaan nak 'fly' ke 'oversea' di bawah tajaan kerajaan terpaksa lupakan niat diaorang . Ada yang masuk tempat aku belajar , ada yang pi kat UNITEN, IMU, Taylor's , MMU dan lain-lain tempat lagi la . Masa tu jelas nampak kekecewaan di wajah masing2, tapi diaorang pasrah sebab faham kerajaan dah tak mampu sebab kos makin bertambah bila nilai RM ditambatkan dengan USD. 

Apa yang cuba aku sampaikan ialah selagi kita berada dalam negara, impak kejatuhan RM ni kurang dirasakan . Yang paling terkesan ialah mereka yang berbisnes menggunakan USD . Kalau stok kena ambil dari luar dan dijual pula dalam negara memanglah parah tapi kalau mereka guna stok dalam negara dan jual ke luar dengan menggunakan nilai USD , bayangkan keuntungan yang akan mereka peroleh sekarang ? 


Pengusaha industri2 kecil sederhana tempatan yang dah berjaya memasarkan produk mereka ke luar negara pada ketika ini dengan menggunakan transaksi USD mungkin mendapat keuntungan yang lebih tinggi sekarang . Dalam erti kata mudah, IKS ni peroleh bahan tempatan untuk produk dalam nilai RM tetapi jual semula ke luar negara dalam USD.  Selain itu, ada juga rakyat tempatan yang berkhidmat dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang membayar gaji pekerja dalam USD.

Kesan negatif penurunan nilai RM ini akan dirasai oleh mereka yang kerap keluar negara . Kalau dah kerap ke luar negara , kategori marhein yang manakah golongan ini ? Syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan sumber luar atau tenaga kerja luar dan membayar gaji dalam USD juga turut terkesan. Mereka yang gemar membeli barang-barang online dari luar negara pun mungkin akan merasakan kesan negatif ini, berapa ramai di kalangan kategori marhein selalu beli barang luar negara?

Andaian yang mengatakan pelabur luar akan lari kalau RM jatuh teruk ? Pelik juga andaian ni ... sebab secara logik , sekiranya nilai matawang pelabur lebih besar dari nilai matawang negara yang dilabur , secara tak langsung beli kelebihan pada yang melabur . Dari sumber tenaga manusia saja pelabur itu mampu menggaji lebih ramai pekerja tempatan, sumber-sumber bahan mentah tempatan yang lain juga akan dilihat lebih murah.

Walau bagaimanapun, bukanlah aku nak kata nilai RM jatuh ni bagus .. keburukkannya ialah keterbatasan negara kita untuk 'berinteraksi' secara global . Kegiatan import akan terhad, sekiranya membabitkan USD .  Namun di peringkat marhein, yang bukan orang 'ado-ado' , yang tak pi oversea, yang melepak warung kopi, kedai mamak, tak buat bisnes import .... macam aku ni, kejatuhan nilai RM setakat ni takdelah aku rasakan . Serious .... sama macam krisis 98 dulu.

4 comments:

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih

Ibu,fitri sulistiawati...buburit kau..sial

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu