Wednesday, August 26, 2015

JOM SOKONG KEMPEN UNDI TAK PERCAYA TERHADAP NAJIB !

Bila Parlimen bersidang nanti pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar usul undi tak percaya terhadap Najib dibuat . Kalau tanya aku samada setuju untuk usul undi tak percaya tu dibuat? Maka aku akan kata setuju . Teringin aku nak tengok berapa ramai ahli parlimen pembangkang dan berapa ramai ahli parlimen BN yang menyokong usul undi tak percaya tu .


Katakan lah ... orang yang dah buat usul undi tak percaya tu berjaya dapat sokongan sejumlah ahli parlimen BN dan ahli parlimen pembangkang untuk tolak Najib sebagai PM Malaysia . Apa yang akan berlaku lepas tu ? Dari apa yang aku faham lah , setelah dapat persetujuan kolektif antara ahli parlimen pembangkang dan BN , maka seorang Perdana Menteri akan dilantik dengan persetujuan semua.

Walaupun dah dipersetujui majoriti pakatan pengkhianat ahli parlimen BN dan pembangkang, Perdana Menteri baru yang dilantik kenalah mendapat perkenan yang diPertuan Agong ... mana boleh senang-senang take over deyyy ... kena ada procedure .

"Artikel 43 [1] memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat. "

"Artikel 43 [4] memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membubarkan kabinet beliau sekiranya dia tidak lagi mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat."

Persoalan yang timbul sekarang ialah sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong , PM Najib Razak tetap seorang PM sehingga ada pengganti mutlak . Dalam tempoh mendapat perkenan Agong , aku tertanya samada bolehkah Najib bubarkan parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum ke-14 secara mengejut ?? Jeng .. jeng .. jengggg .

Katakan usul bubar parlimen dan lantik Perdana Menteri baru datang serentak ? Yang mana satu akan dilaksanakan? Di sebelah pihak Pakatan Rakyat terutama DAP, tentu depa lebih suka parlimen dibubarkan disebabkan keyakinan yang tinggi dengan sokongan rakyat terhadap mereka. Buat apa nak kongsi kuasa dengan pembelot-pembelot dari BN sedangkan uols boleh mengketedarah kuasa ittew sendiri ? kannnnn ??

Sekiranya itu berlaku, yang akan terkena getah ialah pembelot-pembelot di kalangan ahli parlimen BN yang bersekongkol dengan pembangkang. Walaupun Najib bukan lagi PM, depa kena ingat Najib masih lagi Presiden UMNO dan Barisan Nasional dan punyai hak untuk tentukan calon2 pilihanraya umum ke-14 . Adakah Najib akan memilih semula ahli parlimen belot itu tadi untuk menjadi calon ? Tepuk dada tanya selera . Dan adakah calon-calon yang belot tadi akan dipilih pembangkang untuk jadi calon mewakili parti mereka ? Kah kah kah ... Malam sikittttt

Panjang lagi cerita dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya senario atas berlaku. Banyak perkara-perkara tersirat akan dijelmakan sekiranya ia berlaku dan mungkin boleh membuka kembali mata rakyat atau ahli UMNO yang selama ni dah dibutakan dengan pelbagai dakyah. Jadi perlu ke usul undi tak percaya di parlimen nanti terhadap Najib ? Aku kata please go ahead and i can't wait to see the outcome .... TOLONG CEPATKAN YA !

7 comments:

Takde masalah pengganti la kalau Najib dpt undi x percaya.
Dulu kat Perak xde masalah pun.

Najib kalau berani dan percaya teruskan sahaja dengan PRU, tak perlu lagi undi tak percaya!

Ada berani ka Najib? Punahsihat? dan chai2? yang makan duit tanpa izin, kebebaran, kelulusan dari rakyat?

Try la bubar Parlimen nak tengok apa jadi pada Umno. Saya dah tiga kali mengundi BN. Kali ni saya takkan mengundi DAP atau PKR, tapi saya akan beri undi kepada PAS.

PM tersenyum,,well go ahead baby,we ll teach u how 2play catur silat politik.

PAS harus perkemaskan diri untuk menjadi pengganti UMNO. Salah satu syarat PAS mesti bersumpah tidak akan bergabung dengan DAP,

Hehehe..sekali pas buat u-turn der..
melopong penyokong2 spesis ko...hehehe

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu