Monday, August 24, 2015

BERSIH 4.0 Medan Untuk DAP Pamer Kekuatan

BERSIH 4.0 .. khabar angin mengatakan kononnya ada dikalangan ahli UMNO yang bersemangat nak menyertai perhimpunan haram ini , bersepakat dengan proksi dajal semata-mata untuk menjatuhkan Najib . PAS pun sudah berpatah arang dengan kumpulan BERSIH ni disebabkan tunjang kumpulan demonstran haram itu kini adalah DAP , musuh ketat PAS .


Ahli-ahli PAS bersama-sama dengan Unit Amal mereka yang selama ini menjadi penggerak mana-mana demonstrasi haram sebelum ini dilihat hampir pasti tidak menyertai perhimpunan haram itu. Timbul persoalan kini samada ahli UMNO yang tidak sehaluan dengan Najib akan menggantikan peranan PAS sebagai macai perhimpunan BERSIH ?

Cerita sebegini mungkin sebenarnya ditimbulkan oleh kumpulan pro-paganda BERSIH itu sendiri . Terdesak mencari 'keldai-keldai' baru semasa perhimpunan haram nanti , ahli-ahli UMNO yang tidak sehaluan dengan Najib dilihat sebagai calon bala tentera BERSIH yang paling ideal . Maka dalam tempoh yang tinggal beberapa hari saja lagi sebelum perhimpunan diadakan , kumpulan pro-paganda BERSIH mula menjalankan kegiatan memancing.

'Perang Terbuka' dalam UMNO kini dijadikan asas untuk musuh-musuh UMNO menjadi batu api. Kenyataan-kenyataan bodoh, membodek dan mendewa-dewakan pemimpin masing-masing dalam perang saudara ini dijadikan bahan lawak oleh DAP untuk membodohkan pemimpin UMNO dan ahli yang lebih sudu dari kuah. Lim Kit Siang dalam artikel terbaru yang dikeluarkan beliau melabelkan UMNO sebagai "United Moron National Organisation" .

Wahai ahli-ahli UMNO yang sibuk bertelagah dan nak menjatuhkan sesama sendiri ... cuba Google translate maksud 'moron' dan pandang sekejap kat cermin. Nak menegur pemimpin sendiri biarlah berpada-pada , sama juga kalau nak membodek pun biarlah berpada-pada . Kalau ter'over' sudah... maka rakyat akan mengiyakan apa yang dinyatakan Kit Siang itu , samada pro-Najib atau anti-Najib tak dapat apa-apa untung sebab kedua-duanya bawa nama UMNO , akhirnya kebodohan ini akan diterjemahkan kepada ucapan "sayonara".

Apa keadaan sekalipun, perhimpunan BERSIH 4.0 akan tetap dijalankan pada 29/30 Ogos ini , Najib dijemput untuk memberikan ucapan penjelasan kepada perserta . Mungkin itu taktik penganjur BERSIH nak tarik lebih ramai 'crowd' , al-maklum lah cuti panjang...mungkin bimbang ramai tak hadir jadi macam-macam propa di buat. BERSIH 4.0 boleh dikatakan perhimpunan untuk DAP menunjukkan kuasa , DAP ialah parti politik yang paling untung dalam keadaan sekarang... PKR dah sendu, PAS dah keluar dari pakatan. Betul atau tidak kenyataan ni, boleh tengok nanti masa hari pehimpunan bangsa mana yang paling ramai ..

1 comments:

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu