Friday, July 3, 2015

Siapa Orang Tengah Yang Menjadi Punca Kemelut MARA Inc ?

Hanya kerana kontroversi pembelian hartanah di UK dan Australia , Pengerusi dan CEO MARA direhatkan dengan alasan untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan . Tindakan yang diambil oleh Tan Sri Anuar Musa ini mungkin bertujuan untuk menunjukkan bahawa MARA mengambil serius dengan dakwaan yang dibuat terhadap MARA Inc baru-baru ini mengenai pembelian hartanahnya di luar negara. Walau bagaimanapun, tindakan itu seakan memberi persepsi buruk umum terhadap MARA Inc itu sendiri , sedangkan segala urusan pembelian hartanah di luar negara itu telah melalui pelbagai peringkat sebelum urusan jual beli dilakukan oleh MARA Inc.


Penulis percaya pembelian hartanah oleh MARA Inc itu telah mengikut prosedur yang betul . Ini diakui sendiri oleh Menteri , Datuk Seri Shafie Afdal dalam satu kenyataan beberapa hari lepas . Sebelum ini,sebuah akhbar Australia, The Age dalam satu artikel berkaitan mendakwa seorang pegawai MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik telah terlebih bayar untuk hartanah yang sepatutnya boleh diperoleh dengan nilai yang lebih rendah. The Age  melaporkan ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Dari laporan the Age , Dudley House telah dibangunkan oleh warga Australia, Chris Dimitriou dan Peter Mill dengan kerjasama businessman dari Malaysia, Yusof Gani dan Abdul Azizi . Tidak dinafikan pembinaan Dudley House adalah pelaburan yang menguntungkan memandangkan lokasinya yang strategik . Dan apabila ianya melibatkan warga Malaysia, penulis percaya kedua individu di atas yang menjadi "orang tengah" dalam urusan jual beli hartanah berkenaan dengan MARA Inc. Dari beberapa laporan berita, Dudley House telah dibeli oleh MARA Inc melalui syarikat yang didaftar di British Virgin Island (BVI) , Thrushcross Land Holding Ltd .

Persoalan utama yang dibangkitkan sejak isu ini timbul ialah mengapa MARA Inc menubuhkan syarikat yang didaftar di BVI untuk pembelian hartanah berkenaan . Penulis percaya ada alasan yang munasabah di sebalik persoalan ini, sudah tentu cara pembelian hartanah di Melbourne itu melalui syarikat BVI telah dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi . Pihak PDRM yang turut melakukan penyiasatan mengenai perkara ini telah menyatakan tiada unsur pecah amanah , walau bagaimanapun pihak MARA sendiri mahu penyiasatan lebih teliti dijalankan bagi menunjukkan komitmen mereka. Penjelasan mengenai perkara ini akan dibuat dalam beberapa hari lagi dan penulis percaya isu ini timul hanya disebabkan urusniaga yang melibatkan orang tengah yang mengambil kesempatan kaut untung secara berlebihan dengan memanipulasi urusniaga jual beli dengan MARA Inc.

PIhak-pihak "chauvanis" pula sekarang tersenyum lebar apabila nampak akan peluang untuk menghancurkan institusi yang berkait rapat dengan Bumiputera ini. Jadi janganlah kita terbawa-bawa dengan dakwaan-dakwaan yang belum tentu ada kebenarannya . MARA Inc ditubuhkan sebagai inisiatif untuk mencari dana sendiri untuk MARA tanpa perlu mengharapkan lagi dana dari kerajaan dan sehingga kini syarikat ini telah berjaya membuat beberapa perubahan positif malah telah menjana keuntungan dalam beberapa pelaburan mereka




4 comments:

Salah ke ambik untung atau ambik komisyen jualan?

Isunya jika prosedur mara ok dan tiada unsur sekongkol atau pakat utk mainkan nilai dan harga, apa kesalahan?

Ini hanya rancangan terancang cina nak hilangkan kepercayaan melayu terhadap mara. Sambil itu mahu dituduh duit mara hilang sbb penyelewengan.

banyak sgt komisyen tu......kongsi ramai2 ke?

SELAMAT HARI RAYA

Cina balas duit hampa awat tak kalut. Cakap bodoh marah hahaha

Kalau berkenaan melayu semua heboh, melayu kaya heboh,melayu miskin heboh, tapi cina india kaya kenapa tak heboh..kenapa tak tanya dari mana kekayaan yg mereka dapat..jalan elok ke tak elok...yg pasti bangang dan bodoh adalah melayu sendiri mempersoalkan kekayaan melayu..pintu rezeki terbentang luas di malaysia, rebut lah peluang tu..bukannya asyik nak berdengkur aje.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu