Tuesday, July 7, 2015

Hasil Siasatan Forensik Dokumen Menunjukkan WSJ di Pihak Benar ...

Pernah tengok dokumentasi palsu tak ? Sekali lalu tengok dokumen palsu ni memang kadang-kadang kita tak tahu benda tu palsu , cuma terserlah kepalsuannya bila siasatan lebih teliti melalui kaedah-kaedah tertentu dijalankan keatas dokumen . Zaman sekarang zaman digital, ramai yang dah cukup hebat dengan photoshop , tahun 1998 aku baru kenal dengan perisian Adobe Photoshop , seronok edit itu ini dengan perisian berkenaan . Masa zaman student faham2 je lah memang sengkek , kadang2 roadtax moto mati masa tengah "gerhana" atau "krismos a.ka money crisis" .



Ada sorang sahabat aku ni sebab takut kantoi dengan polis roadtax mati . Dia guna kaedah photoshop untuk "renew" dia punya roadtax . Hanya perlu sediakan scanner dan printer . Hasilnya memang nampak macam real , tambah2 lagi roadtax tu di-cover dengan sarung kunci . Zaman sekarang sepatutnya teknik photoshop lebih dahsyat , cuma kadang-kadang bila sesetengah individu nak buat fitnah nampak kecacatan dalam kemahiran individu berkenaan bermain photoshop.

Hari ni Wall Street Journal telah keluarkan satu dokumentasi transaksi amaun jutaan ringgit kedalam akaun yang mereka dakwa sebagai akaun Perdana Menteri . Beberapa orang kawan aku yang bekerja dalam industri perbankan dan kewangan bagi komen , pindahan amaun jutaan ringgit kedalam akaun peribadi seseorang itu bukan boleh buat senang-senang ja . Ada deklarasi dan sebagainya lah , hal berkaitan tax lagi dan macam-macam prosedur . Selain tu, depa bagi komen juga , kalau betul nak songlap duit.. orang takkan masuk dalam akaun sendiri sebab boleh jadi "easy target" . Sebab tu lah orang selalu dok cerita pasal "money laundring"

Berbalik kepada dokumentasi transaksi yang didedahkan Wall Street Journal , entah mana depa dapat dokumen berkenaan , cuma bila diteliti balik memang ada beberapa keraguan . Sebelum ni masa bekerja dalam bidang gas dan minyak, aku pernah nampak cetakan pemindahan wang ke akaun syarikat sebagai bukti pembayaran dalam sesuatu urusniaga . Cetakan komputer  pastinya menunjukkan konsistensi dalam huruf dan nombor yang dicetak . Dalam bahasa mudah .. font kena sama. Itu lah trick atau angle yang aku pantau sebelum buat photoshop dalam sesuatu dokumentasi tu , kena pastikan font sama, pattern dokumentasi tu dikekalkan.

Berikut adalah siasatan forensik untuk dokumen yang didedahkan WSJ itu , aku tak pasti siapa yang menyiasat tetapi individu berkenaan pastinya mahir dalam kerja-kerja mengenalpasti dokumen yang diubahsuai . Terlalu banyak kecacatan "photoshop" yang ditunjukkan oleh penyiasat berkenaan hingga menimbulkan keraguan samada dokumen yang disiarkan WSJ itu adalah palsu .  Konklusinya , hasil siasatan forensik dokumen menunjukkan WSJ di pihak yang benar MENIPU.

10 comments:

hebat nye photoshop ko nih.. dah terang kat doc tu straight line dari atas sampai bawah 1-2 hurup mesti font lari.. tu kesan lipat la tu.. lepas tu photostat or scan memang la nmpk lari.. basic jer nih.. kalau nmpk bende lain selain dari penemuan "forensik" ni cer bgtau..

buang masa cakap fasal dokument tu betul atau palsu, kena edit dengan photoshop ler, font tu tak sama, bold, senget, terlipat dan mcm lagi. Ini semua tak penting bro. Yang penting ada betul ker duit tu dah masuk dan sememangnya duit tu betul wujud dan boleh ditunaikan ke atau tidak. Jika tidak ada fitnah namanya jika betul ada mmm....apakan daya no komen ler..

Kalau betul2 fitnah kau percaya ke? Orang macam kau tak akan percaya punya. Bila hati dah gelap susahlah.

Nik Faisal Siapa?
Mengaku 3 acc tu dia punya..
Hebat dia punya acc bnyk mcm tu..
Hebat dia transaksi bnyk mcm tu Bank Negara diam..
Nampak ada salah guna kuasa oleh pihak2 atasan.
Intitusi Bank Negara & Perbankan Malaysia hilang kredibialiti menghalalkn semua ni berlaku sekian lama.

pe punya bangang ni PDF file atau scan/photocopy document korang nak buat evidence. Suruh bank print balik la document asal. Ade record pe. ni korang nak bertekak pasal PDF file PDF file atau scan/photocopy document. Klau nak bertekak pun biar lah kena gaya. Otak senget sumer.

..aku selalu scan dokumen...so far kalau lari satu bahagian ms scan..straight sampai bwh akan lari...
tidak la lari 1-2 nombor or abjad di tmpt tertentu...lg satu..lipatan takkan nmpk ketara dlm scan sbb biasan cahaya scan kuat kecuali ada tindihan or tampalan kertas berbeza ketebalan yg tak betul...

-SMH-

scan ko cap ape..cap ayam nke..kui..kui

nama pun rambang..ikut otak berkarat ko..ikut hati busuk ko memang la..berita dari si kafir pun cepat percaya..

setuju bro! mesti ade slip asal bukti transaksi

Tolak jauh isu betul atau x dakwaan WSJ tu. Tp tanya hati kita, kalau nama org yg d dakwa tu bkn Najib tp Arwah TG Nik Aziz atau Anwar Ibrahim. Apa tanggapan rakyat terhadap mereka. Sedangkan Anwar dgn jenayah peribadi, di hukum macam tu sekali. Arwah TG Nik Aziz dgn hanya perbezaan ijtihad d tiduh wahabi, malah ada yg cop dia kafir. Tgk sikap kita dulu sblm menilai WSJ. Bg aku, kalau WSJ tu keluarkan dokumen edit, itu hanyalah konspirasi dgn org yg d tuduh(najib). Bygkan lepas ni terbukti dokumen tu palsu apa yg Najib akan ckp?tidakkah dia dgn bangganya akn ckp dia xbersalah.

Kita rakyat yg mahukan keadilan xkan percaya dgn konspirasi WSJ. Kalau betul Najib xterlibat, tunjukkan bukti yg lebih kukuh lagi.

Sekiranya juga dokumen yg d paparkan oleh WSJ ni betul, xkan hanya 10M jer? Mn lagi Berbilion2 yg xtahu pergi ke mana. Adakah cukup bukti dgn 10M ni tuk turunkan Najib?

Mudaj mudahan Allah swt percepatkan urusan kita demi kegemilangan Malaysia pd zaman Tun Mahadhir.. wallaa hu a'lam!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu