Wednesday, June 3, 2015

Plan Proxy Dajal Berjalan Lancar Di Malaysia , 'Penyagak Matawang' Balas Dendam

Sarawakrepot adalah portal yang beroperasi sejak tahun 2010 lagi , pada mulanya banyak kisah yang disiarkan berkaitan dengan mantan Ketua Menteri Sarawak , Taib Mahmud . Pelbagai kisah dan tuduhan dilemparkan kepada mantan ketua menteri ini , namun di sebalik semua tuduhan itu Taib Mahmud masih berjaya mengemudi Barisan Nasional Sarawak untuk memenangi 2/3 kerusi DUN di negeri itu .  Strategi Sarawakreport walau bagaimanapun gagal , segala dokumentasi dan gambar2 yang disiarkan tidak menjadi batu penghalang untuk BN terus berkuasa di negeri itu . Selepas kejayaan mengekalkan kemenangan di Sarawak, Taib Mahmud memilih untuk bersara dan jawatan Ketua Menteri itu kemudian diambil alih oleh Adenan Satem.


Sebaik dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru, Adenan Satem menjalankan tugas beliau dengan cemerlang sekali , malah rata2 rakyat Sarawak berbangga dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Adenan dalam membawa sesuatu isu berkaitan kepentingan rakyat Sarawak di peringkat persekutuan . Kalau dipantau komentar-komentar pembaca artikel di portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today , majoriti pandangan pembaca terhadap Adenan Satem adalah sangat positif , walaupun komentar-komentar pembaca yang sama sebelum ini dilihat keras menentang kerajaan . Ia adalah petanda baik berkaitan penerimaan rakyat Sarawak terhadap pentadbiran Adenan Satem .



Respon sebegini adalah sesuatu yang tidak baik untuk portal Sarawak Report , mereka tiada isu yang boleh dibangkitkan untuk memburukkan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak yang baru itu. Maka portal yang dikemudi oleh Clare Rewcastle Brown, seorang warga British ini kemudiannya menumpukan serangan di peringkat Persekutuan pula . Berbekalkan beberapa dokumentasi yang dibekalkan pengkhianat , Sarawakreport menyiarkan artikel-artikel berkaitan 1MDB beberapa tahun lepas namun hanya menjadi hangat dikalangan rakyat baru-baru ini apabila mantan Perdana Menteri bersama-sama menyertai serangan yang dibuat beberapa pemimpin pembangkang terhadap syarikat itu. PM walau bagaimanapun yakin tiada yang perlu disembunyikan dengan mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap syarikat itu.

Dalam tempoh beberapa minggu sebelum ni, rakyat disajikan mengenai cerita-cerita mengenai 1MDB , setelah pelbagai penafian dibuat ada pula pertuduhan baru yang dibuat . Maka lama-kelamaan cerita berkenaan 1MDB ini semakin hari makin hambar dek kerana cerita yang sama diulang berkali-kali. Mungkin berpegang dengan teori yang diperkenalkan oleh pakar propaganda Nazi iaitu jika sesuatu perkara itu diulang berkali-kali maka apa yang palsu pun akan dianggap benar.  Ini lah taktik yang digunakan oleh portal Sarawakreport , artikel yang disiarkan mencampur adukkan kebenaran dan kepalsuan bagi memperoleh kepercayaan orang ramai.

Jika dulu Sarawakreport hanyalah dilihat sebagai agen propaganda "Dajal" dalam memecahbelahkan umat Islam, malangnya kini ramai orang Islam terpengaruh dengan propaganda "Dajal" ini . Tentu semua tak lupa bagaimana Tun Mahathir label Soros sebagai penyangak matawang ? Berikut adalah artikel yang dikeluarkan oleh rakan blogger The Unspinner baru-baru ini bagaimana Sarawak Report dibiayai oleh Soros untuk mereka terus beroperasi. Agenda mereka sangat halus menggunakan proksi-proksi tertentu, puak-puak ini hanya perlu bertindak sebagai batu api dan kerja-kerja kemusnahan seterusnya akan dilakukan oleh rakyat negara itu sendiri. Ini lah apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang.

http://theunspinners.blogspot.com/2015/06/george-soros-dalang-dan-wang-belakang.html


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu