Saturday, June 27, 2015

Pemilihan Lagi 18 Bulan , Penganjur #nothing2hide Letak Semua Jawatan UMNO Lebih Awal

Penganjur program #nothing2hide yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat telah melepaskan semua jawatan dalam UMNO .Kenyataan beliau yang dikeluarkan hari ini (2/6/2015) dipetik melalui portal pro-pembangkang Malaysiakini . Alasan perletakan jawatan adalah bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan di luar negara serta perluasan operasi korporat firma milik beliau.


Penganjur program #nothing2hide itu sebelum ini terpalit dalam kontroversi apabila forum anjurannya yang mengundang Perdana Menteri, Najib Razak dan beberapa NGO sebagai jemputan bagi mengulas isu 1MDB. Walau bagaimanpun, pengajuran forum berkenaan menjadi agak panas apabila beberapa kumpulan pro Mahathir yang tidak dijemput memecah masuk ke dalam dewan bagi bersama-sama menyertai forum. Khairul sendiri turut menjadi mangsa dalam rempuhan berkenaan.

Tun Mahathir yang turut hadir walau bagaimanapun disediakan tempat duduk khas oleh Khairul. Penulis faham sebagai penganjur, apabila seseorang yang berprofil tinggi seperti mantan Perdana Menteri walaupun tidak dijemput sekiranya ingin hadir dalam sesuatu program itu, meletakkan penganjur itu sendiri dalam keadaan serba salah dan terpaksa menyediakan tempat duduk bagi menghormati bekas pemimpin berkenaan.

Tindakan Khairul walau bagaimanapun ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai cubaan mensabotaj program Perdana Menteri. Sebelum majlis dilangsungkan, telah berlaku kekecohan apatah lagi sekiranya majlis berlangsung dan kemungkinan berlaku pergaduhan antara penyokong Mahathir dan Najib amat tinggi. Semua ini tidak mustahil, dan akhirnya kejadian seperti ini akan lebih memalukan UMNO itu sendiri . PM membuat keputusan bijak untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan mengikut nasihat polis untuk tidak hadir walaupun dilabel sebagai pengecut oleh penyokong Mahathir.

Selepas insiden berkenaan, kecaman terhadap Khairul mula dibuat. Penulis pasti kecaman itu bukan sahaja dari penyokong pro-Najib , malah ia juga datang dari penyokong pro-Mahathir sendiri. Khairul mungkin cuba bersikap neutral namun tindakan-tindakan beliau disalah tafsirkan. Mungkin kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam UMNO kini yang mana 2 pihak bertelagah hingga menyebabkan perpecahan dan tuduh menuduh , maka beliau akhirnya memilih untuk berundur secara terhormat.


4 comments:

Patut letak jawatan lama dah. Menyusahkan orang. Pasal kamu orang kena keji fan hina.

Najib yang patut letak jawatan, banyak sangat buat taik dalam Umno. Jho Low, Tabung Haji, TNB, FGV, Mara. Kata ada ramai yang sokongnya dalam UMNO, kenapa takut hingga nak tangguhkan pemilihan?

No jantan men....berani kerana benar

Najib tak nak tenggelam sendirian, biar BN lingkup sekali. BN tak mampu lagi nak mendokong biawak hidup lama-lama.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu