Monday, June 22, 2015

Melayu Singapura atau Melayu Taliban?

Tun Mahathir buat kenyataan kononnya orang Melayu akan menerima nasib macam Melayu Singapura sekiranya Najib terus jadi Perdana Menteri Malaysia. 


Pada penulis sesiapa pun bebas melontarkan apa saja pandangan mereka, namun bagi penulis senario bangsa Melayu Singapura dan Malaysia adalah berbeza. 

Di Singapura, orang Melayu adalah kaum minoriti maka adalah sesuatu yg dijangka apabila kaum majoriti Cina dilihat lebih dominan di negara itu . 

Berbanding Malaysia, kaum majoriti adalah Melayu, malah keberadaan orang2 Melayu itu juga ditunjukkan Melayu Raja dan Sultan2 Melayu. Malah dalam perlembagaan negara ini sendiri menyebut tentang hak istimewa Melayu dan Bumiputera. 

Adakah orang2 Melayu hanya akan mendiamkan diri tidak berbuat apa2 bila ada usaha untuk menekan orang Melayu negara ini seperti yang berlaku di Singapura? 

Penulis pasti akan wujud  tentangan kaum Melayu dari pelbagai parti politik. Keputusan pemilihan PAS baru-baru ini saja boleh dijadikan ukuran betapa orang Melayu parti itu menolak usaha anasir2 'chauvanis' dalam memperkudakan organisasi mereka.

Bagi Melayu "celup" seperti Zaid Ibrahim, tentulah seronok kalau Melayu di Malaysia jadi macam Melayu Singapura. Zaid berpendapat kalau benar telahan Tun Mahathir itu maka beliau akan menyokong Najib sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Zaid berpendapat Tun Mahathir silap kerana Melayu di Malaysia lebih berpotensi menjadi Taliban di bawah Najib? Pulak dah??!!

Seperti yang penulis nyatakan sebelum ni, mana2 orang bebas menyuarakan pendapat masing2. Pendapat yang disuarakan adalah bagi menimbulkan ketakutan yang akhirnya dapat menyokong agenda yg memberi pendapat. 

Penulis pula berpendapat, toleransi politik  memainkan peranan penting dalam pentadbiran Najib, sehingga menimbulkan 2 pendapat yang berbeza oleh Tun dan Zaid. Mungkin lebih ramai lagi yang ada pendapat berbeza.

Pendapat Tun menunjukkan seolah-olah Najib "lupa" akan agenda memperkasakan Melayu, manakala pendapat Zaid pula menunjukkan Najib "taksub" dengan agenda Melayu dan Islam hingga timbul idea Taliban itu. Oleh yg demikian, ia hanya menunjukkan keseimbangan dalam sesebuah pentadbiran itu.


1 comments:

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu