Friday, May 15, 2015

Teruk Digasak Namun Dunia Iktiraf Pencapaian

Gerakan nak menjatuhkan PM Najib Razak bukan lah sesuatu yang baru , dah bermula sejak keputusan pilihanraya umum ke-13. Cabaran yang dihadapi dari luaran iaitu musuh yang nyata tidak lah membimbangkan , namun sejarah membuktikan kejatuhan sesebuah organisasi berlaku disebabkan perpecahan dalam organisasi itu sendiri. Usaha-usaha giat dijalankan oleh segelintir "batu api" dalam parti untuk mendesak supaya Najib berundur selepas PRU-13 .


Didalangi oleh beberapa bekas pemimpin, tekanan demi tekanan diberikan terhadap Najib melalui tulisan blogger-blogger 'elit' yang diberi upah. Namun sehingga kini, perancangan yang dilakukan gagal memaksa mereka menggunakan buah catur terakhir iaitu bekas PM , Tun Dr. Mahathir untuk mendesak supaya Najib berundur. Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana tidak seperti zaman Pak Lah, majoriti dari MT UMNO menyokong Najib . TS Muhyiddin juga dilihat tidak begitu vokal terhadap Najib berbanding apa yang dilakukan beliau semasa zaman Pak Lah .

Respon dari MT, Menteri2 dan beberapa pemimpin tertinggi kerajaan yang lain mungkin disebabkan keyakinan mereka terhadap Najib lebih tinggi berbanding keraguan dengan apa yang berlaku di 1MDB. Malaysia mempunyai banyak GLC-GLC di bawah Kementerian Kewangan dan banyak daripada GLC-GLC ini Najib samada berada di peringkat Pengerusi, Penasihat , atau Lembaga Pengarah . Penulis pasti dengan kesibukan tugas sebagai PM , Najib tak akan mempunyai banyak masa untuk meneliti setiap transaksi GLC-GLC ini , tugas-tugas yang sepatutnya di bawah pengurusan.

Selain Pengerusi 1MDB, Najib juga merupakan BOD Khazanah Nasional, Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera PNB dan lain-lain lagi syarikat berkaitan kerajaan . Jadi disebabkan satu isu yang berlaku di salah sebuah GLC ini, ia sepatutnya tidak menjadi sebab untuk menjatuhkan Najib . Kita juga pernah dengar kontroversi yang hampir serupa berlaku di GLC Khazanah Nasional semasa pentadbiran Perdana Menteri yang sebelumnya, namun dek kerana ketiadaan media sosial pada ketika itu maka kontroversi berkenaan tidak dilihat besar .

Walau bagaimanapun, di sebalik tekanan-tekanan yang diberikan terhadap Najib bermula semasa beliau menjawat jawatan PM ,penulis kongsikan beberapa pencapaian beliau yang diiktiraf dunia dalam tempoh yang singkat sahaja ;


* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. 

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

 * Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

 * Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

 * World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

 * Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

 * Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

4 comments:

Najib isteri boros negara.

Anony, ko nak beli rumah pun hutang kan?

Once a Red Indian chief told off his wife in astonishment ……..
“Wife come.. many moon come.. big chief no come.. but baby come.. how come…??????”.

In other words…
Look Jibby.. many years passed by.. Tun has left pm office.. but big scandal & scam come.. so, HOW COME…..?????

Humpty Dumpty sat on the wall.
Fatty Jibby shall have a big fall.
Oh tweetle dee.. Oh tweetle dum.
The cries get bigger with the beat of drum.
Jibby & Semah have got to go.
Goons So Taxing we can’t take it no more.

GST – Goons So Taxing.
Jibby & the gang are stupid goons/gundus.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu