Monday, May 4, 2015

Kadir Jasin & Hebahan Umum 'Rasuah' RM 500,000

Portal FMT hari ini mengeluarkan kenyataan Kadir Jasin kononnya 60 ketua bahagian UMNO yang tidak berjawatan ahli Parlimen akan menerima imbuhan sebanyak RM 500,000 dari satu 'dana khas' . Menurut portal itu , Kadir memperoleh maklumat berkenaan dari 'sumber dalaman' UMNO . Hanya berdasarkan maklumat 'sumber dalaman' berkenaan , Kadir Jasin berani membuat hebahan sedemikian sedangkan kesahihannya belum dipastikan lagi .



Mari kita berfikir dengan menggunakan logik akal , di kala ini boleh dikatakan wujud perang dingin di antara kumpulan yang menyokong Najib dan kumpulan yang menyokong Mahathir . Apa-apa tindakan 'luar biasa' yang dilakukan oleh salah satu pemimpin pasti akan menjadi peluru kepada penyokong kumpulan satu lagi.  

Misalnya dalam 60 ketua bahagian UMNO yang dikatakan akan memperoleh 'imbuhan' berkenaan , adakah kesemuanya menyokong kepimpinan Najib ? Waima kesemua mereka menyokong Najib pun , pasti cerita pemberian 'ole-ole' RM 500,000 akan menimbulkan ketidak puas-an hati pihak lain. Ini secara tidak langsung akan menjarakkan sokongan terhadap Najib . Jadi secara logiknya, kenapa Najib perlu melakukan tindakan yang hanya akan memberi kesan yang tidak baik pada beliau ?

Penulis berpendapat, apa yang disampaikan oleh Kadir Jasin hanyalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati mereka yang sememangnya menyokong Najib tetapi tidak mendapat 'imbuhan' RM 500,000 yang diwar-warkan . Akhirnya mereka yang pada mulanya menyokong Najib akan meninggalkan beliau . Mungkin itu lah yang diharapkan oleh Kadir Jasin yang pada satu ketika dahulu kekenyangan kerana menjadi barua yang setia semasa Malaysia di bawah pentadbiran Mahathir. 

Dalam keadaan perang dingin yang berlaku sekarang, penulis cuma mengharapkan agar ahli-ahli UMNO samada di peringkat cawangan , bahagian tidak terpengaruh dengan berita fitnah sogokan-sogokan wang supaya menyokong Presiden . Sekarang zaman IT dan social media , apa saja tindakan kita yang 'pelik' akan menjadi viral dalam sekelip mata, tambahan lagi kalau ada 'screen shot' , bukti CCTV dan sebagainya . Kita pun tak tahu siapa kawan atau siapa lawan dalam lingkungan kita , sebab tu boleh tersebar printscreen Whatsapp group, emel dan lain2. Penulis pasti Najib sebagai PM sedar mengenai hakikat ini dan tuduhan Kadir Jasin itu hanyalah fitnah propaganda air liur yang ketinggalan zaman..

7 comments:

Kesian admin...trruskan menjilaat dan burukkan orang lain... ha ha

Kalau betul 60 KBU terima RM 0.5 mil each financed through tax payers' money, I will appeal to all tax payers JANGAN HALALKAN WANG TERSEBUT DUNIA FAN AKHIRAT.....

Dlm bentuk geran pembangunan da....kata nak memajukan kebajikan rakyat.biasa tu.azmin kasi 200k takde plak nak bising2.

Dlm bentuk geran pembangunan da....kata nak memajukan kebajikan rakyat.biasa tu.azmin kasi 200k takde plak nak bising2.

Dia ni lagilah kaki pengampu. Tapak kaki Mahathir pun dia sanggup jilat. Zaman dia dulu bolehlah dia kerah konco-konco dia tulis apa yang dia susun.

Bila dah tamat tempoh, duduk rumah mulalah rasa diri tak ada kuasa macam dulu. Apa lagi mabuk dalam bloglah pulak. Mabuk dalam blog mana sama mabuk kuasa dalam press rasalah pulak kena hentam.

Sumber-sumber tak mainlah macam dulu. Bagi buktilah, Hang siapa nak main dengan sumber-sumber. Siapa puh boleh guna sumber dalaman, contoh mengikut maklumat dari sumber dalaman Kadiq Jasin tu main belakang macam Anwar juga.

Haloo bro.orang m'sia ni lagi percaya fitnah dari kebenaran bro.itu padal melayu mundur.
terlalu lama d sogok dgn fitnah,sampai kn.jadi mainan di laman sosial. tk takut neraka dh sbb perasan masuk syurga.renung2 kn n muhasabah diri.

ini lah kerja2 fitnah Dajjal yahudi geng batuapi FoxNews

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu