Friday, May 8, 2015

GEMPAQ! Tabung Haji (TH) atau Tabung Haji Property (THP) ?

Ni aku copy paster dari FB...mana la cek nak faham benda2 berkaitan hartanah ni, cek belajaq takat SPM ja...tak faham sangat risk2 analysis ni, jadi kita copy paste orang punya info ja lah, siapa nak betah dipersilakan.



Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.

Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?

THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.

Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?

Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.

Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.

Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.

Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.

Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?

Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.

Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.

Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.

Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.

Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Mohon sebarkan

4 comments:

Tanah tu dibeli 1MDB dengan harga murah. Mustahil THP tak boleh nak selidik. Tapi kenapa dibeli juga? Untuk bail-out 1MDB. Senang-senang 1MDB dapat modal cash. Dah untung besar. THP dah dbodohkan. Orang bodoh je beli tanah murah dengan harga mahal. Modal THP daripada sapa kalau bukan TH? Ingat TH nama THP tu saja-saja letak ke? Duit TH tu dari mana datangnya kalau bukan penyimpan?

1MDB beli tanah tu 4 tahun lepas. Pikir la logik sikit. X kan la nk jual dgn harga sama. Lgpun tanah tu siap ada mrt undergorund lg. TH kena iinvest duit tu utk gandkan duit tu. Mmg la TH tmpt simpan duit tp klu setakat simpan je buat apa. Senang cite mcm ni la. Ko beli umah 4 thn lepas. KO rasa ko nk jual umah tu dgn harga yg ko beli tu ke? Dan ko x nk dpt untung?

1MDB telah membeli 70 ekar tanah TRX dari kerajaan untuk RM320 juta atau RM62 per kaki persegi.

Tetapi anda tidak boleh meletakkan kos sebenar pada RM62 per kaki persegi.

Pertama, sebagai peraturan, apabila anda membeli bahagian tanah yang sangat besar, harga adalah lebih rendah kerana tidak semua keseluruhan 70 ekar boleh dibangunkan dan dijual. Kebanyakannya akan digunakan untuk jalan, kuasa pencawang, penyimpanan air dan loji rawatan, kolam pembetungan dan lain-lain.

Biasanya hanya 60-70% (42-49 ekar) tanah yang kekal.

Kedua, dari baki 60-70%, 20 ekar telah diperuntukkan untuk sebuah taman awam – tinggal hanya 22-29 ekar yang boleh dijual.

Ketiga, 1MDB terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar pampasan dan penempatan semula penduduk di tanah itu dan membina kediaman gantian. Dan kemudian 1MDB juga perlu menghabiskan banyak wang untuk melakukan perancangan, reka bentuk dan mendapatkan kelulusan yang diperlukan dan perintah pembangunan.

Keempat, sebagai sebahagian daripada komitmen jualan untuk TH, 1MDB juga terpaksa membina infrastruktur yang tidak ditentukan termasuk terowong akses bawah tanah, jalan dan lain-lain.

Dijangka bahawa 1MDB dengan mudah menghabiskan sejumlah RM3 bilion ke RM4 bilion untuk semua ini. Walau apa pun, kita menanti 1MDB untuk menunjukkan kepada kita jumlah angka yang dibelanjakan dan yang akan dibelanjakan untuk membangunkan TRX hingga tersedia untuk pakej boleh dijual – yang bermakna kos sebenar tanah adalah jauh lebih tinggi daripada RM62 per kaki persegi.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu