Tuesday, May 19, 2015

Angan-angan Kabinet Bayangan PR Mungkin Bakal Jadi Kenyataan ?

Pihak pembangkang sekarang berada dalam posisi yang amat selesa , tugas2 menghentam kerajaan pimpinan Najib Razak telah diambil alih oleh mantan PM , Mahathir dan pengikut-pengikut taksub beliau . Mahathir dan jentera-jenteranya percaya sekiranya Najib Razak diturunkan daripada jawatan PM maka BN akan menang besar di bawah kepimpinan baru .  Tetapi benarkah itu akan berlaku ? Pertelingkahan yang berlaku sekarang di kalangan penyokong Mahathir dan Najib Razak sebenarnya hanya melemahkan BN . Cerita-cerita lama Mahathir yang tak terjawab mula turut dipaparkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mantan PM itu turut mempunyai kisah yang hampir serupa.


Menang jadi arang kalah jadi abu , namun penyokong-penyokong Mahathir percaya majoriti rakyat ada di belakang mereka ? Benarkah apa yang mereka fikir itu atau golongan yang menyokong itu hanya ambil kesempatan untuk jadi batu api atau bahan bakar supaya proses merentungkan UMNO itu berlaku lebih cepat ? Apabila perpecahan berlaku dengan hebat dalam UMNO maka golongan-golongan 'rakyat' yang didakwa menjadi penyokong Mahathir akan menunjukkan rupa mereka yang sebenar . Siapa yang datang di program Mahathir di Perak baru2 ini kalau bukan puak2 PAS yang pada satu ketika dulu teruk menghantam Mahathir ?

Presiden PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh yang baru dilantik semalam menterjemahkan "kegembiraan" beliau dengan membuat kenyataan mengenai perlunya pengstrukturan semula Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat . Wan Azizah telah nampak harapan untuk membebaskan suami beliau Anwar Ibrahim dalam tempoh beberapa tahun lagi . Wan Azizah sedar dgn krisis yang berlaku ini, UMNO sebenarnya sedang berada dalam "self destruction mode" . Mahathir tak nak mengalah dan terus menyerang dan apabila terus diserang takkanlah nak dibiarkan saja ? Jadi apa yang berlaku sekarang ialah UMNO sedang berhadapan dengan peringkat kegilaan dimana wujud sentimen tidak kisah lagi dengan apa yang nak jadi seterusnya.

Dari petikan artikel Sinar Harian ;


"Memulakan tugas sebagai Ketua Pembangkang yang baharu hari ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji akan melaksanakan beberapa perkara untuk mereformasikan Demokrasi Negara Berperlembagaan. Katanya, sebagai permulaan beliau akan kembali melaksanakan jawatankuasa Kabinet bayangan PR. 

 “Setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan timbang tara (check and balance) demi memelihara kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

3 comments:

Tuan admin yg bijaksana...
Persoalan yg dilontarkan oleh Mahathir adalah SAMA DENGAN PERSOALAN yang ingin dipertanyakan oleh Rakyat macam saya....Sebagai contoh Rafizi PKR dah mintak penjelasan dari tahun lepas ..ade PM jawab TETAPI bila dr Mahathir bercakap.. baru kerajaan nak response...bayangkan kalau tiada org berpengaruh menanyakan isu2 ini...

Boleh tanya Si Rafizi mengenai teori TURUN MINYAK = BARANG TURUN. kenapa tetiba senyap bila minyak turun?

Anon 3:35 pm
Jangan salahkan pembangkang kerana itu TUGAS mereka bertanyakakan pelbagai isu..Pokok utama ialah rakyat perlu tahu segala jawapan isu2 berbangkit ... bukannya senyap aje... ape guna ade menteri dan timbalan menteri jika asyik jaga telur sendiri.. mereka sebagai panglima harus kedepan dgn jawapan berfakta...Rakyat yg pilih pemimpin mereka ...Sebagai contoh Isu gst " TOP UP " sampai sekarang x selesai...PADA awal bulan april kerajaan memberi amaran jika ade syarikat yg tidak mendaftar gst...bila dah daftar ade pula isu cukai top up..Persoalannya ape kerajaan buat sebelumnya.... Rakyat sekarang sedang memerhati dan menilai kepimpinan mereka

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu