Monday, May 11, 2015

1MDB dan IPP : RM 19 Billion Setahun .. Berapa Tahun Perjanjian IPP ?

Satu ketika dulu bila ditanya tentang IPP , kita sebagai penyokong kerajaan yang memerintah terkial-kial memikirkan rasional keputusan yang dibuat semasa pemerintahan PM sebelumnya . Menteri yang menjawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang pun terkial-kial . Jawapan yang diberikan seolah-olah memperbodohkan diri sendiri atas sesuatu keputusan berat sebelah yang dibuat lama dahulu. Semua sedia maklum keuntungan yang diperoleh oleh IPP bukan sikit tapi cukup banyak, daripada keputusan yang dibuat itu hanya 4 individu yang juga antara orang terkaya di Malaysia ketika ini memperoleh keuntungan besar . 1 orang Melayu, 1 orang India dan 2 orang Cina.  Berikut ialah kenyataan yang dibuat oleh Menteri pada 2011 .  Berita penuh http://www.malaysiakini.com/news/165116



IPP dijadikan 'modal tetap' pembangkang untuk menghentam kerajaan secara berterusan walaupun orang yang bertanggungjawab memulakan idea IPP sudah tak lagi berada dalam perkhidmatan. Maka terkial-kial lah mereka (pemimpin sekarang) yang mewarisi idea IPP ini berhadapan dengan kritikan-kritikan pembangkang. Antaranya kita tahu Rafizi cukup gemar menggunakan modal IPP ini untuk menyerang pimpinan kerajaan . Antara dakwaan Rafizi ialah Petronas terpaksa tanggung RM21 billion kerugian setiap tahun dari perjanjian IPP. 





Oleh yang demikian, perlu ada mekanisme untuk membersihkan 'sial' IPP supaya tidak terus dijadikan bahan untuk serang UMNO/BN secara berterusan. TNB selama ini terpaksa membeli elektrik dari IPP ini pada harga yang agak tinggi, sehingga memaksa tarif elektrik dinaikkan. Bila tarif elektrik naik isu IPP akan ditimbulkan lagi dan semua jari akan menunding kepada kerajaan yang memerintah. Pembuat dasar sebelum ini pula tak perlu sakit kepala menjawab dan sibuk mencari silap orang lain.  Dalam satu sidang media, si Rafizi berkata

“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,”

Secara tak langsung menunjukkan sekiranya IPP itu dimiliki oleh entiti kerajaan, kenaikan tarif elektrik boleh dikawal. Seperti yang telah kita semua sedia maklum sekarang kebanyakkan IPP yang ada sekarang telah diambil alih oleh 1MDB menjadikan syarikat itu sebagai IPP yang kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff. Apabila kesemua IPP di negara ini dimiliki syarikat berkaitan kerajaan maka adalah lebih mudah untuk mengawal kenaikan tarif elektrik dan secara tidak langsung juga RM21 billion setahun kerugian yang ditanggung Petronas dapat diselamatkan .


Bayangkan setahun RM21 billion , 2 tahun RM 42 billion ? tiga tahun ?? berapa tahun dah IPP beroperasi ? Dah berapa puluh billion 'hangus' kepada IPP ? Dan sekarang orang yang menyebabkan IPP dimulakan ini bertanya kemana wang 1MDB pergi ?


2 comments:

Mahathir MahaLanun, MahaPetompak, Mahazalim, MahaCelako, bila Nak Mampos!!!

Mampos maka akan Malaysia lebih aman tanpa Iblis/Syaitan bernama Mahatir mamakkutty ali pitcey.

Ada puak yang marah di atas paksaan ambilalih IPP okeh 1MDB. Bukan kah 1MDB di adakan untuk menumpu kepada pelaburan strategik? Kenapa amat sukar untuk huru-harakan pihak PR, tetapi amat mudah pulak puak PR menghuru-harakan kerajaan dan UMNO/BN? Sekarang ini (1) sebarang fitnah PR mudah di percayai dan orang melayu bersedia melenting (2) mudah percaya dengan apa-apa document yang di layangkan oleh PR, dan entah dari mana diciplak nya dokumen. Kerajaan dan UBN kalau remain bangang, maka hancus lah negara.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu