Monday, April 6, 2015

Pengalaman Tun Mahathir , Najib Hampir Sama

Tun Dr. Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang kritis . Sejak zaman pemerintahan PM yang pertama Tunku Abdul Rahman lagi , Tun tidak gentar untuk mengkritik kepimpinan yang ada pada ketika itu. Sehingga Tunku meletak jawatan , beliau digantikan dengan ayahanda kepada Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Abdul Razak . Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak , Tun Mahathir memegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran (1974-1977) . Beliau kemudian menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (1978-1981) semasa Tun Huseein Onn menjadi Perdana Menteri . Jarangan diperkatakan kritikan-kritikan panas yang dilemparkan Tun Mahathir terhadap kedua-dua PM selepas Tunku ini.  Selepas itu beliau mengambilalih jawatan PM (1981-2003)


Sama seperti yang dialami PM Najib Razak pada ketika ini , Tun semasa memegang jawatan PM Malaysia turut menerima pelbagai tuduhan daripada pihak pembangkang mengenai cara urus tadbir yang dikatakan boros dan mementingkan kroni . Namun begitu, serangan terhadap Tun Mahathir adalah sangat minimal memandangkan media pada ketika itu sangat mudah dikawal . Permainan persepsi adalah hampir 100% memihak pada kerajaan .Pembangkang pada ketika itu memainkan isu PERWAJA , "bail-out" syarikat-syarikat kroni dan pelbagai tuduhan lain. Malah Tun juga turut menerima tekanan daripada orang parti sendiri iaitu Tengku Razaleigh (sebelum penubuhan S46) bagi menjelaskan isu-isu berkenaan. 








Walaupun pelbagai penjelasan telah dibuat oleh Tun pada ketika itu, alasan-alasan tidak diterima oleh 'blogger' pada zaman itu yang menggunakan domain-domain popular pada ketika itu seperti tripod.com . Salah satu url adalah seperti berikut;

 http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm


Namun kerana penggunaan media sosial pada ketika itu tidak berapa popular dan menyeluruh seperti apa yang berlaku sekarang , maka impaknya adalah sangat kecil . Selain isu yang dinyatakan di atas isu-isu lain adalah seperti tuduhan mengenai MISC iaitu tuduhan penglibatan kroni-kroni beliau di dalam syarikat berkenaan.  Baca di url berikut tuduhan/fitnah untuk rujukan ;

http://proojeet.tripod.com/mm.htm

Kalau kita teliti semula , apa yang berlaku semasa pentadbiran Tun Mahathir sama seperti apa yang berlaku pada Najib . Kalau dulu Mahathir pernah dikritik pentadbirannya oleh PM sebelumnya iaitu Tunku Abdul Rahman , kini Najib pulak dikritik oleh Mahathir.  Kalau dulu Mahathir terpaksa berdepan dengan duri dalam daging UMNO (Tengku Razali) , Najib juga terpaksa berdepan dengan beberapa duri dalam daging UMNO (pemimpin UMNO bernada pembangkang) .  Kalau dulu Mahathir dikaitkan memainkan peranan dalam jatuh naik anak-anak beliau dalam bisnes (MISC) , Najib pula dikaitkan dengan pelbagai tuduhan terhadap isteri beliau. Kalau zaman Mahathir dahulu negara ini pernah mengalami krisis ekonomi yang menyebabkan ramai usahawan Melayu gulung tikar (krisis kewangan 80-an dan 98) , di zaman Najib juga berlaku turun naik dalam ekonomi. Pola yang berlaku terhadap kedua-dua pemimpin ini hampir serupa.

Walau bagaimanapun, ujian yang diterima oleh Najib sebagai PM lebih besar memandangkan kerajaan pada ketika ini tidak mempunyai kawalan penuh terhadap media , apabila media sosial digunakan secara meluas . Tahap penyebaran berlaku sangat cepat , dan serangan demi serangan dilakukan secara berturut-turut . Sekiranya media sosial wujud dan digunakan secara meluas di zaman pemerintahan Tun Mahathir penulis percaya , perkara yang sama turut akan berlaku terhadap mantan PM itu. Rakyat akan terus mendesak bertanyakan mengenai isu PERWAJA & MISC walaupun telah diberi penjelasan. Penulis sebagai penyokong setia Tun pada ketika itu menerima penjelasan yang diberikan disebalik keraguan-keraguan yang dinyatakan, disebabkan alasan itu juga penulis menerima penjelasan yang diberikan untuk isu-isu yang dibangkitkan Tun Mahathir baru-baru ini. 

Penulis mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap kedua-dua pemimpin ini . Penulis juga yakin, masih ramai kepimpinan dalam UMNO menyokong Najib . Senario Najib dan Pak Lah adalah 2 perkara yang berbeza , ramai yang sedar tentang perkara ini . Sebab itu ramai yang terus menzahirkan sokongan terhadap Najib , terbaru pagi ini BNBBC turut melahirkan hasrat yang sama . Kalau Najib dikatakan lebih lemah dari Pak Lah , tentu perkara yang sama dibuat sejak awal-awal lagi untuk menjatuhkan Najib . Namun gelombang yang cuba dibuat oleh beberapa blogger veteran yang khabarnya puas mendapat laba yang besar sebelum ini gagal . Mungkin tak keterlaluan jika penulis katakan yang blogger-blogger veteran ini antara golongan yang menjadi punca teguran yang dibuat Tun terhadap Najib , mereka sendiri sebelum ini gagal menyampaikan fakta kebenaran mengenai manipulasi pembangkang berhubung isu PERWAJA dan MISC dan sekarang mereka pula mempersoalkan isu-isu lain ? Bukankah itu sesuatu yang sangat bias ??!!  



1 comments:

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu