Monday, April 6, 2015

Panas Dengan Najib, Kadir Jasin Fitnah Rosmah !

Wartawan veteran Kadir Jasin sekali menyerang kepimpinan Najib , cuma artikel Kadir kali ini cuba menunjukkan beliau mempunyai kemampuan untuk membaca fikiran orang lain . Seperti ada cubaan untuk menanam benih-benih kebencian orang ramai terhadap Rosmah , Kadir dalam artikel beliau mendakwa Rosmah tak akan membenarkan Najib untuk letak jawatan sebagai PM . Penulis agak pelik apabila seorang wartawan yang kononnya mempunyai berpuluh tahun pengalaman membuat tanggapan sebegitu , entah apa silap Rosmah pada dia pun penulis tak pasti . Cuma yang penulis pasti, Kadir Jasin ni pernah mendapat kesenangan melimpah ruah semasa menjadi "barua" kepada pemimpin ketika itu.


Kalau seseorang pemimpin parti politik itu nak berhenti atau letak jawatan , alasan paling logik adalah atas kehendak sendiri atau atas desakan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam parti . Boleh ambik contoh mudah , Tun Dr. Mahathir letak jawatan adalah atas sebab dirasakan terlalu lama memegang jawatan PM manakala Tun Abdullah Badawi pula terpaksa meletak jawatan setelah 'tsunami amarah' pemimpin-pemimpin UMNO dan komponen BN yang lain yang mendesak beliau meletak jawatan . Jadi alasan perletakan jawatan hanya ada dua iaitu atas kehendak sendiri untuk berhenti atau dipecat.

Dalam kes Najib , beliau masih mempunyai masa dalam mentransformasikan pentadbiran yang diwarisinya , sekiranya Najib letak jawatan sedangkan hasil untuk projek-projek yang dilaksanakan hanya akan menampakkan hasil selepas beberapa tahun maka ia adalah sesuatu yang tidak adil . Mungkin disebabkan atas alasan itu, tiada desakan oleh pemimpin2 tertinggi UMNO dan parti komponen yang lain meminta Najib lepaskan jawatan . Kalau mereka boleh buat semasa zaman Pak Lah kenapa mereka tidak boleh pada zaman Najib ? Ini kerana rata-rata daripada mereka percaya Najib perlu diberi peluang dan rata-rata daripada mereka tahu Najib sememangnya bekerja keras, ia adalah senario yang berlainan di zaman Pak Lah.

Jadi apa yang dibebelkan Kadir Jasin dalam artikel beliau mengenai kononnya Rosmah tidak setuju sekiranya Najib letak jawatan hanyalah satu tanggapan bodoh yang berniat jahat dan menghasut. Najib nak letak jawatan atau tidak tak ada kaitan dengan Rosmah , ia lebih kepada faktor yang dinyatakan di atas . Artikel Kadir itu cuba menunjukkan seolah-olah Rosmah Mansor tergila-gilakan dengan jawatan dalam politik sedangkan apa yang kita sedia maklum Rosmah tak pernah jadi calon2 di mana2 pilihanraya pun malah tidak ada jawatan dalam mana2 parti politik. Penulis nampak Rosmah lebih sibuk dengan kerja-kerja amal berkaitan perkembangan kanak-kanak misalnya dalam projek Program Permata Negara.

Tak cukup serang PM , isteri PM pulak terus diserang . Kalau dulu penampilan Rosmah dipersoalkan kini apabila isteri PM itu cuba bersikap "low profile" beliau masih terus diserang . Kalau kurang mesra dikatakan sombong , kalau bersikap mesra pula dikatakan melebih-lebih daripada PM . Tapi itu lah 'kempen' yang sedang dijalankan golongan wartawan/blogger veteran yang dah puas memperoleh kemewahan pada satu ketika dulu. Penulis hanya nampak kewujudan golongan-golongan seperti ini hanya akan memecah-belahkan lagi orang Melayu . Mereka hanya mahu pemimpin yang "dengar" cakap mereka ,andaikata PM selepas Najib pun gagal ikut "arahan" mereka maka gerakan yang sama akan dibuat . Lama kelamaan disebabkan mangkuk-mangkuk ayun ni, semua sekali tergolek. Masa tu padan muka kat semua orang.




5 comments:

Aku memang meluat dengan malaun sekoq ni. Dia sendiri pun semasa pegang jawatan bukan bagus sangat cuma ada sokongan dari bos2 dalam UMNO dia naik.

Kaki ampu jugak dia ni pun. Dia punya ampu sembunyi di sebalik tulisan dia. Kadiaq hang patut ingat sejarah akan mencatat satu hari nanti hang juga adalah diantara penyebab perpecahan di kalangan bangsa.

Najib bukan pemimpin di era hang seperti Tun maupun Anwar. Oleh sebab itu jarum hang tak beberapa nak masuk lubang maka hang mulalah buat perangai.

Hang ingat orang tak tahu cara hang punya dok melakar corak politik menjatuhkan Najib. Bertaubatlah Kadiaq.

boodh punya kadir jasin....dah tua Bangka pun bodoh giler...

rasanya lebih elok buat amal dan bersangka baik....

umur tak lama lagi....tapi hati penuh dgn kebencian dan kesumat....Ya Allah bukakan pintu hamba mu ini yg dah sesat

1. SIAPA ARAHKAN SIRUL UNTUK BUNUH ALTANTUYA?
2. MANA WANG RM45 BILLION 1MDB PERGI?
3. APA JADI DENGAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370?
4. MENGAPA MH17 DITEMBAK JATUH?
5. SIAPA PEREMPUAN DALAM HELIKOPTER YANG TERHEMPAS ITU?

Dua ayat terakhir tu sungguh mencuit hati hehehe tapi memang terasa2 macam tu lah

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu