Wednesday, January 28, 2015

Kes Altantuya : Langau Politik Mula Ambil Kesempatan

Cerita pasal kes Altantuya menjadi panas semula apabila mereka yang terlibat dalam kes ini dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini . Walau bagaimanapun, salah seorang tertuduh iaitu Sirul Azhar berada di Australia semasa hukuman dijatuhkan.  Dari laporan2 portal-portal berita, difahamkan Sirul Azhar kini sedang ditahan pihak berkuasa Australia .

Beberapa pihak dilihat cuba mengambil kesempatan dengan situasi yang dihadapi Sirul , portal-portal berita terutama yang pro-pembangkang mula memainkan semula cerita kononnya Sirul menjadi kambing hitam pihak tertentu. Salah seorang pemimpin PAS (Mahfuz Omar), cuba bermain dengan sentimen kekeluargaan apabila mengunjungi ibu Sirul berasama-sama dengan wartawan Harakahdaily untuk temubual .

Seperti biasa, Sirul cuba diletakkan dalam situasi tak bersalah dan hanya menjadi kambing hitam . Soalnya sekarang, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman . Sirul harus sedar walau apa pun cerita yang cuba diolah, ia nya sudah terlambat, keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditentukan . PAS sebaliknya lebih mengharapkan 'mileage' politik atau modal untuk mereka terus menghentam seteru politik. Berikut adalah ulasan seorang pengguna FB mengenai kes ini ;


Apabila seseorang tertuduh didapati bersalah dan perlu membela diri dalam mahkamah, mereka ada beberapa pilihan. Dua antaranya seperti berikut

1.Memberi keterangan membela diri secara BERSUMPAH dari dalam kandang SAKSI dan boleh disoal balas pihak pendakwa.

 2. Memberi keterangan membela diri TANPA bersumpah dari dalam kandang TERTUDUH dan TIDAK boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Keterangan dgn cara nombor 1 lebih berwibawa. Cara nombor 2 untuk orang yang membohong dan takut. Keterangan yang tidak berwibawa. 

 Dua kes sebagai contoh;

1. Kes pembunuhan Altantuya – 4 Febuari 2009 Sirul Azhar telah memilih untuk memberi keterangan membela diri dgn cara no 1 seperti di atas. Memberi keterangan BERSUMPAH dari dalam kandang SAKSI. 

2. Kes liwat Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari – 22 Ogos 2011,Anwar telah memilih untuk memberi keterangan TIDAK bersumpah dari kandang TERTUDUH dan tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Apabila Sirul memilih cara nombor 1 beliau tidak boleh lagi menipu mahkamah. Beliau kena bercakap benar 100 % sepertimana sumpah yang beliau lafazkan. Jika Najib yang suruh maka mereka kena kata Najib. Jika Rosmah yang suruh, maka beliau kena kata Rosmah. Peluang untuk mereka membela diri diberi seluas-luasnya. Adalah satu kerugian jika beliau memilih untuk tidak bersungguh2 membela diri kerana beliau berhadapan dgn tuduhan yang boleh membawa hukuman mati.

Manakala keterangan Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan fakta dan diambilkira oleh mahkamah kerana keengganan dia bersumpah dan disoal balas oleh pendakwa. Keterangan yg tiada kredibiliti. Negara2 komanwel gunapakai undang2 yg sama, iaitu keterangan yg berwibawa atau berkredibiliti adalah cara no 1. 

Setelah meneliti balik keterangan Sirul semasa membela diri melalui carian di google, saya dapati tidak ada sebaris ayat atau sepatah perkataan pun yang beliau kaitkan pembunuhan itu dgn Datuk Najib atau isteri. Paling kuat pun melalui keterangannya pada 4 Feb 2009 Sirul berkata seperti berikut, “SAYA SEKADAR KAMBING HITAM” –www.bernama.com 4 feb 2009.

Tetapi tidak dinyatakan dengan lanjut kambing hitam kepada siapa ? Sepatutnya Sirul menggunakan kelebihan yang ada padanya ketika itu untuk menyatakan dgn terus terang apa yang berlaku dan menyebut nama satu persatu orang yang mengambing hitam beliau. Biar semuanya terdedah. Tapi sayangnya Sirul tidak mengambil kesempatan yang terbuka luas itu dan menggunakan kekebalan mahkamah serta sumpahnya sebaik mungkin. 

Sekarang sudah terlambat JIKA Sirul hendak mengikut ‘nasihat-nasihat’ drp puak2 Parti Ajaran Sesat agar Sirul mendedahkan perkara itu kepada media Australia. Sebab peluang untuk beliau dedahkan segalanya dengan berwibawa telah terbuka luas sebelum ini. 

Setakat ini ibu Sirul telah dicucuk oleh puak2 Parti Ajaran Sesat. Sejauh mana ibunya tahan dgn cucukan itu belum pasti lagi.

Sebagaimana syaitan tidak puas hati selagi tidak menyesatkan umat manusia, begitulah dgn puak2 Parti Ajaran Sesat.Mereka tidak akan puas hati selagi tidak keluar perkataan Najib atau Rosmah yang suruh drp mulut Sirul.

Keterangan Sirul secara bersumpah dalam kandang saksi yang TIDAK menyebut atau mengaitkan sikit pun dengan Najib dan Rosmah, mereka pertikaikan dan racuni permikiran rakyat agar percaya bahawa Najib dan Rosmah yang terlibat. Tapi keterangan rakan mereka yang meliwat yang diberi TANPA bersumpah dari kandang TERTUDUH dan TIDAK boleh disoal balas , dianggap berwibawa dan diberitahu kpd rakyat bahawa rakan mereka tidak meliwat. Itu semua fitnah Umno. 

Amalan apakah itu jika bukan amalan syaitan ?

Sumber : fb faisal bin rohban

3 comments:

SETUJU 100% DENGAN FAISAL ROHBAN.......MEMANG AMALAN SYAITAN PEGANGAN MEREKA.........BELAJAR PUN SETAKAT SRP.....NAK BELAGAK MACAM ORANG U......YANG HAIRANNYA TU ORANG TERPELAJAR BOLEH TERBODAH DENGAN MAHFUZ BEAN....MAHFUZ NI ORANG KEDAH KATA BODOH PIANG.

Syaitan yg tk berkata2 pun ramai pengikut,ini kan pula pengikut syaitan yg yg pandai berkata2.fikir2 kn lah penganut tegar oii.

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085_260_482_111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI


Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu