Friday, October 31, 2014

Blogger Perasan Intelek Kena Balun di Belakang

Gua memang anti betul dengan sorang blogger ni..bila menulis seolah olah dia lah saja yang betul dia lah paling bijak...segala gala pasal dia. Gua pernah gelar blogger ni "Shit Inside His Head" , sebab dalam kepala hotak dia penuh informasi2 najis yang kononnya dia dapat info dari orang dalam...konon boleh dipercayai...blah la lu, hari tu kantoi tulis artikel fitnah lepas tu delete..ingat orang lupa ke?

Ok artikel ni aku copy paster dari blog ni..

http://asas2020.blogspot.com/2014/10/apa-motif-najib-razak-lantik-orang-gila.html

Banyak juga penjelasan yang membalas tuduhan blogger "shit"

Salah satu tanda soal besar dalam keputusan kerajaan Najib Razak ialah tindakan melantik orang yang tidak sihat mental seperti Syed Akbar Ali yang juga dikenali sebagai Blogger "Outsyed the box" ke dalam panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Jika dulu-dulu Syed Akbar gila membelasah ulama dan mufti kononnya beliau paling bijak dalam hal agama biarpun sepatah bahasa arab pun tidak boleh difahaminya.

Sekarang kegilaan terbaru Syed Akhbar ialah memberi fakta bohong dan palsu berkenaan dengan kerajaan.

Dalam artikel terbaru "We're Witnessing The End Of The Oil Era", beliau menulis, 

Pendek kata oil is going to go lower throughout 2014 and into 2015. Goldman Sachs even forecasts US80 per barrel up to 2016.

So when is the price of petrol going to go down in our country, which produces 650,000 barrels a day? Or at least RON 97 which is not subsidised. Since RON 97 is not subsidied why doesnt the price of RON 97 decrease?

The oil price in the rest of the world has decreased. 2016 is the UMNO elections. 2018 is the General Elections. If oil prices remain weak throughout 2014 to 2016 (which I think they will) Petronas' revenue will be severely affected.

The gomen's revenue will be affected. Macam mana nak bayar gaji kakitangan kerajaan?

Macam mana nak pergi shopping di London untuk beli handbag?

How to keep burning billions for projects that DO NOT MATERIALISE like AES (money spent project batal), fuel subsidy management (money going to be spent project batal), 1MDB (black hole), sturgeon farming (money spent tapi project batal), or going into cost overruns (RM4 bil for KLIA2), money spent tapi rumah tak jadi (PR1MA housing).

It is just endless. All this is going to come to a head around 2016-2018. After that the BN will lose the elections. Rotunda will have to cook her own rice.
Keseluruhan tulisan Syed ini merupakan satu penyelewengan fakta yang bertujuan menghasut orang ramai membenci kerajaan.

Pertama Syed mengaitkan pemilihan UMNO 2016 dan pilihan raya 2018 dan isu pendapatan PETRONAS dan Negara akan berkurangan. Apa tujuan? Memang susah mahu faham tulisan blogger "mental" macam Syed ini yang perasan beliau paling hebat dan paling pandai.

Mungkin beliau mahu memberitahu UMNO ambil duit kerajaan untuk pemilihan dan pilihan raya? Bagaimana tuduhan ini boleh dibuat oleh seorang ahli panel SPRM? 

Panel penasihat SPRM ini pula membuat mengaitkan pula kejatuhan pendapatan kerajaan dengan gossip mengenai "kegiatan membeli belah beg tangan di London." 

Apakah kenyataan ini bukan ingin membuat saranan secara tersembunyi bahawa pemimpin Negara menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi sesuka hati?

Kedua, Syed memberi fakta yang salah dan mislead pembaca dengan menyatakan 

1. AES dibatalkan. Adalah tidak benar AES dibatalkan kerana sehingga sekarang ia diteruskan. Apa yang berlaku hanyalah perubahan pengurusan AES.

2. Pembatalan pengurusan sistem subsidi petrol merugikan wang Negara yang banyak. Ini juga merupakan satu pembohongan. Sistem Susbsidi petrol masih diperingkat kajian dan kerajaan tidak pernah membayar kepada mana-mana syarikat pun. 

3. 1MDB (Black hole). Apa maksud Syed dengan kenyataan ini? Orang akan beranggapan 1MDB mengalami masalah kewangan yang besar dan bakal meruntuhkan Negara. 

Sedangkan fakta sebenar 1MDB merupakan konglomerat besar yang sungguhpun mempunyai hutang besar tetapi juga asset besar. Kerajaan hanya memberi jaminan kepada sebanyak RM 5.8 billion atas hutang 1MDB. Ini bermakna jika ditakdirkan 1MDB muflis pun, ia hanya membabitkan tidak sampai 5 peratus bajet Negara. Bagaimana ia boleh dianggap "black hole"?

4. Projek ikan sturgeon juga bukan projek kerajaan. Dan menyatakan projek ini telah dibatalkan menyebabkan berlaku kerugian atas perbelanjaan ADALAH SATU PEMBOHONGAN lagi.

5. Syed juga mendakwa perbelanjaan RM 4 billion untuk KLIA2 merupakan satu perbelanjaan yang melampaui. Malangnya sekali lagi dakwaan Syed ini langsung tidak disokong oleh kiraan yang munasabah atau pandangan yang berwibawa.

6. Dakwa syed, Wang dibelanjakan tetapi Rumah Prima tiada! Kita mahu tahu fakta dan statistik mana menyatakan wang telah dibelanjakan tetapi rumah PRIMA tidak siap?

SEHINGGA KINI BELUM ADA SEBUAH PROJEK PERUMAHAN PRIMA YANG TERBENGKALAI. TIDAK PASTILAH KITA JIKA SYED ADA KEPAKARAN MENGURUSKAN PROJEK PERUMAHAN YANG BOLEH SIAP SEKELIP MATA.

Sejak kebelakangan ini Syed Akhbar telah membuat pelbagai kenyataan memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan tanpa sebarang bukti. 

Sekali sekala Syed perlu ukur baju di badan sendiri. Apakah kejayaan beliau yang begitu hebat sehingga melayakkan beliau membuat pelbagai kenyataan dan tuduhan tanpa disokong oleh bukti?

Cukuplah Syed! Muhasabah diri, jangan rosakkan imej kerajaan kerana Perdana Menteri tidak mahu mengikut cakap anda!

Mungkin kerana terlalu banyak berfikir luar kotak, akhirnya blogger ini sudah jadi gila!

"Kami Mahu Anwar ke Penjara" - Rakyat

Hari Jumaat, 31 Oct 2014 .. mungkin hari ini adalah hari terakhir dan hari penentuan samada Anwar Ibrahim akan disumbat ke dalam penjara Kajang atau dibebaskan . Segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan Hakim Mahkamah Persekutuan . Kalau dulu Hakim di Mahkamah Rayuan mengatakan Hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam membuat keputusan membebaskan Anwar berdasarkan rekod dan bukti-bukti , besar kemungkinan perkara yang sama mungkin dipersetujui Hakim Mahkamah Persekutuan, namun segala-galanya tidak mustahil . Mungkin ada yang berpendapat keputusan Hakim boleh dipengaruhi dengan sentimen rakyat terhadap orang kena tuduh, Sebab itu lah Anwar bijak mengatur strategi dengan mengarahkan penyokong-penyokong beliau supaya memenuhi Istani Kehakiman , tindakan ini mungkin untuk menggerakkan momentum bagi menarik lebih ramai orang berhimpun dengan tujuan untuk 'menekan' mahkamah .


Hal yang serupa turut dibuat oleh penyokong2 Saiful Bukhari. Masing-masing mengatakan bahawa keadilan perlu ditegakkan terhadap orang yang mereka sokong. Dalam keadaan sekarang, boleh dikatakan sokongan 'rakyat' terhadap kedua-dua individu ini berdasarkan jumlah 'penyokong' yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya, agak seimbang . Penulis yakin, berdasarkan perkembangan ini faktor tekanan dari 'penyokong-penyokong' yang berhimpun di luar Istana Kehakiman tidak akan mempengaruhi hakim. Tambahan pula, jumlah yang hadir tidaklah seramai mana, tapi yang hadir kita faham ... saja cuba buat ramai dengan terpekik, terlolong dengan aksi yang ala-ala pemberontak, apa pun perkara yang cuba dibuat itu gagal. .... kalau menjadi dah lama portal-portal pro-pembangkang akan hi-lite benda-benda ni.

Walau bagaimanapun, penulis berasa agak pelik kerana jumlah sokongan terhadap Anwar untuk kes liwat 2 tidah se-gah kes liwat yang pertama , malah jumlah sokongan atau kehadiran semasa keputusan pendengaran di Mahkamah Tinggi untuk kes Liwat 2 lebih ramai manusia yang hadir. Penulis yakin ramai di kalangan penyokong Anwar dah makin meluat dengan drama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni . Mana tak nya, dengan isu Kajang nya yang nampak sangat sikap hipokrit nak menaikkan bini sendiri, itu kronisma secara terang-terangan . Jangan lupa dari isu Kajang Move tu , pemimpin dan penyokong PAS yang begitu kuat menyokong beliau dahulu dah naik menyampah .

Penyokong2 setia Tan Sri Khalid , bekas MB Selangor pun dah tentu simpan dendam dengan Anwar and the gang . Si Azmin Ali pula, kalau Anwar masuk ke dalam maka lebih mudah untuk beliau mengambil alih kepimpinan tertinggi PKR , tapi sekarang sementara tak masuk lagi ke dalam dia 'berlakon' lah .. . dari sudut sokongan rakyat sendiri mungkin dah berpuluh-puluh ribu menyesal tak sudah bagi sokongan pada Anwar , mungkin ramai lagi masih jelas dalam ingatan bagaimana babak video seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang budak lelaki lembut 'bersembang' dalam sebuah bilik menggunakan kata ganti diri "I" dan "U" (Rafizi bagi alasan ... Anwar memang peramah orangnya dalam respon terhadap video ittew..)

Apa pun ... pasti ramai yang berdebar-debar menunggu keputusan penghakiman hari ini. Harapnya janganlahh tangguh , dah terlalu banyak tangguh menangguh ni . Lagi tangguh lagi banyak kerosakan di muka bumi Malaysia dibuat dek Anwar and the kronis . Anwar memang cukup cekap belit sampai orang dah 'confuse' antara perkara betul dan tipu . Penulis secara peribadi harap Anwar masuk ke dalam , kalau tak masuk .. si mangsa Saiful Bukhari memang teraniaya lah .

Tapi kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah sebab segalanya berkaitan dengan teknikaliti kes , kalau pandai peguam main bab-bab teknikal , memang Anwar ada can untuk lepas . Bagi penyokong-penyokong Saiful , pemimpin2 pembangkang yang minta Najib campur tangan kes Saiful , korang jangan jadi blur...sebab kalau ada campur tangan kes ni, samada untuk lepaskan Anwar atau sumbatkan Anwar maka apa yang dilaungkan pembangkang selama ini bahawa institusi kehakiman negara ini 'dikawal' kerajaan jadi betul dan sampai bila-bila pun sentimen itu akan lekat.

Monday, October 27, 2014

Anwar Nak Membaruakan Mahasiswa Lagi

Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh portal milik DAP, Roketkini.com . Naib Pengerusi DAP, Theresa Kok mengecam tindakan UM menghalang program bersama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa universiti berkenaan. Teresa berkata Anwar berhak berucap dimana2 atas kapasiti beliau sebagai seorang wakil rakyat dan ketua pembangkang di Parlimen Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh mana2 pemimpin pembangkang dalam mempertahankan Anwar lebih2 lagi dengan keputusan penghakiman kes liwat 2 yang tinggal sehari saja lagi memang boleh dijangka. Segala isu akan sengaja diperbesarkan bagi meraih simpati rakyat. Bagi penulis, tindakan UM adalah wajar berdasarkan 'history record' Anwar yang cukup bijak menyusun kata2 menghasut pelajar untuk memberontak.

Kalau kita perhatikan sekarang, sokongan orang ramai terhadap Anwar semakin merosot, kalau dulu sekiranya ceramah politik beliau mampu menarik ribuan manusia, keadaan sekarang adalah berbeza sama sekali..kadang-kasang yang hadir pun ratusan orang saja. Dari segi sokongan di kalangan PR sendiri pun kita boleh lihat dah ramai yang tolak Anwar, lebih2 lagi sejak isu penggantian MB Selangor.

Anwar kini mungkin terdesak untuk mendapatkan sokongan. Beliau perlukan 'gelombang' yang pernah dicipta pada tahun 1998 dulu.  Bila ada 'gelombang' seperti ini, mungkin pada beliau keputusan mahkamah pada 28hb nanti dapat dipengaruhi. Mungkin sedar sokongan terhadap beliau semakin berkurangan, idea mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan beliau diolah semula, cuma Anwar lupa mahasiswa zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Majoriti lebih sayangkan masa depan sendiri melainkan beberapa ekor barua yang dah 'diasuh' sejak awal lagi. 

Dalam menuju status negara maju, majoriti mahasiswa lebih bimbangkan masa depan dan karier mereka. Mereka lebih bimbangkan samada mereka akan dapat pekerjaan bila dah habis belajar lagi. Kalau yang habis belajar pun susah nak dapat kerja apa lagi yang kena buang universiti.

Entah apa yang diracun atau ada 'deal' antara beliau dengan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol sehinggakan pelajar itu rela memperjudikan status sebagai mahasiswa UM. Bagi penulis, sekiranya Persatuan Mahasiswa UM itu benar2 mahu mengadakan program bersama Anwar, buat saja di mana2 lokasi luar dari UM. Tak perlu guna kemudahan universiti untuk jadi tempat mengapi apikan mahasiswa. 





Thursday, October 23, 2014

Dyana dan Zairil 'Kontrol' Gelabah

Gambar kontroversi Dyana dan Zairil yang tersebar baru-baru ini membuatkan 2 'anak emas' DAP ini mula melatah. Kenyataan akhbar dibuat kononnya penyebaran gambar berkenaan adalah hasil perbuatan politik kotor. 





Istilah politik kotor yang digunakan pembangkang ni bukan perkara baru kita dengar, asal ada di kalangan mereka yang kantoi maka istilah ini akan diulang-ulang. 

Secara peribadi penulis berpendapat, apa korang nak buat itu korang punya pasal...pandai makan pandai simpan, ini bila kantoi korang nak cari silap orang lain. Tolonglah..dah jelak dengar alasan politik kotor tu, lepas tu salahkan orang lain. 

Bukannya penulis minat sangat isu skandal2 ni, cuma apa yang kita meluat ialah bila pemimpin-pemimpin muda DAP ni cuba ditonjolkan sebagai individu yang suci murni walhal ada jugak 'skeleton in the closet' . 

Penulis tertarik dengan satu komen FB yang mendakwa gambar itu sebenarnya tersebar dari FB milik Zairil sendiri. Komentar berkenaan mendakwa keintiman kedua-dua selebriti DAP itu memang dah lama dihidu, tetapi didiamkan saja oleh mereka yang tahu mengenai perkara ini. 

Sejauh mana kebenarannya, penulis pun tak pasti. Cuma apa yang melucukan ialah bila ada dakwaan mengatakan itu gambar edit? Seriously gambar edit? I dont think so..dan ibu kepada Dyana pun melatah bila isu ini timbul, bermatian-matian mengatakan Dyana dan Zairil takde hubungan lovey dovey ni. 

Well makcik ... I tak tahulah kalau dalam dunia ni ada anak mengaku dekat dia punya mak yang dia ada skandal dan dah sampai tahap kissing2 n cuddle2. Ok  my point is...hangpa nak kissing2 ke, cuddle2 ke, lovey dovey ke...itu hangpa punya pasal, aku cuma meluat bila ada perangai hipokrit..tambahan2 pula dari mereka yang bergelar pemimpin, yang mempengaruhi rakyat dengan macam2 ucapan. Kalau orang lain punya silap sedap je korang jaja dalam ceramah, bila sendiri punya silap mulalah nak saman bagai. Duhh


Monday, October 20, 2014

Ikon Anak Muda 'Caras' Suami Orang!

Orang dah cerita lama pasal gambar Dyana Sofea dan Zairil, media arus perdana pun pick-up. Aku mulanya malas nak layan cerita-cerita macam ni, memang dah naik meluat dengan budak2 Melayu DAP yang 'feeling cool' ni. 

Tapi hari ni terpikir, Zairil yang dikatakan ada dalam gambat sensasi berkenaan tu single ke dah kawin. Mula2 aku ingat budak bujang, sekali dari maklumat yang ditunjukkan di Wikipedia dia ni rupanya dah kawin. 

Perghhh...menarik, apa agaknya perasaan si isteri Zairil ni bila nampak Dyana dan Zairil punya gambar yang tersebar tu? Takkan nak merelakan je demi parti?

Untunglah kalau ada perempuan yang sanggup biar si suami bercuddle cuddle dengan perempuan lain. Soo scandalicious! anyway...posting aku ni sebenarnya nak highlite pasal attitude ikon anak muda PR atau lebih spesifik DAP. 

Dengan kejadian gambar yang tersebar bersama suami orang tu...bolehlah kita katakan ikon anak muda  yang dibanggakan DAP ni juga berpotensi untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.


 Buat isteri2 pemimpin PR, khususnya DAP...hati hatilah bila nampak ikon-ikon anak muda ni dekat2 dengan suami anda. Kalau masih sayang suami , korang 'cantas' dulu sebelum depa 'caras' .

Sunday, October 19, 2014

Tak habis-habis dengan isu 'pendatang'

KENYATAAN MEDIA

Saya mengutuk keras kenyataan Tan Lai Soon, perwakilan PGRM Johor yg dibuat didalam Perhimpunan Agong PGRM hari ini yang mendakwa konon orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaya ini sama seperti kaum Cina & India.

Kenyataan ini lahir mungkin kerana kebodohan beliau dalam sejarah Malaya ataupun kejahilan dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.

Mendakwa bangsa Melayu daripada Indonesia yang berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan beliau.

Bangsa Melayu sudah menduduki arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.

Pergerakan bangsa Melayu di arkipelago ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina & India ke arkipelago nusantara Melayu.

Pergerakan bangsa Melayu dalam wilayah nusantara Melayu itu adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa didunia ini yang mendiami benua sendiri.

Sebaliknya kaum Cina datangnya daripada benua Cina; manakala kaum India datang daripada benua India. Kedua-duanya benua yang tidak termasuk dalam arkipelago nusantara Melayu - sebab itu mereka dipanggil pendatang sebab mereka melakukan perpindahan benua.

Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu didalam nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina daripada benua Cina dan perpindahan kaum India daripada India ke nusantara Melayu adalah satu putar-belit fakta & sejarah.

Isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensiitiviti isu seperti ini.

Persoalan anak watan bangsa Melayu dalam negara ini; ataupun persoalan kewarganegaraan kaum Cina & India dalam negara ini tidak sepatutnya lagi dibangkitkan atau dijadikan bahan politik murahan mana-mana pihak.

Saya mendesak tindakan keras dibawah Akta Hasutan diambil terhadap Tan Lain Soon kerana ucapan ini berbaur hasutan dan menghina bangsa Melayu.

Malahan ucapan seperti ini perlu dihentikan serta merta kerana ini bukan pertama kali wakil PGRM membuat dakwaan seperti ini. Sebelum ini saya percaya  Ketua Wanita PGRM juga pernah membuat dakwaan yang sama.

Oleh itu saya juga mendesak Presiden PGRM, Datuk Mah supaya mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas termasuk dipecat sbg ahli terhadap Tan Lai Soon kerana memainkan isu perkauman seperti ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
24 Zulhijjah 1435
19 Okt 2014

Wednesday, October 15, 2014

FITNAH : Editor KeadilanDaily Bakal Kena Siasat?




Lidah rasmi PKR, Keadilan Daily mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang setelah menulis dan menyiarkan artikel yang bertujuan memburukkan reputasi PERMATA. Ini berikutan satu laporan polis yang telah dibuat oleh PERMATA merujuk kepada artikel bertajuk "Subsidi dipotong demi PERMATA Rosmah RM711 juta".

Syabas penulis ucapkan kepada team PERMATA kerana segera bertindak dengan membuat laporan polis. Kalau dibiarkan saja mereka akan jadi makin galak, tengok saja artikel2 fitnah yang pernah disiarkan oleh portal ini yang mana dibiarkan hingga menjadi satu persepsi kuat dikalangan penyokong pembangkang. Laporan polis yang dibuat agak lewat dan akhirnya memberi imej buruk kepada pemimpin dan organisasi dalam kerajaan.

Penulis harap polis dapat menyiasat kes ini sebaik mungkin dan membawa pihak2 bertanggungjawab ke muka pengadilan secepat mungkin. Mungkin juga pihak PERMATA boleh ambil tindakan yang serupa terhadap mana2 lagi portal atau terbitan bercetak yang menyiarkan artikel berbaur fitnah terhadap PERMATA. 

Agensi2 lain yang turut dan pernah difitnah oleh media pembangkang mungkin boleh ikut jejak langkah PERMATA, SPR misalnya, sampai bila nak terus diperkotak katikkan?


Sunday, October 12, 2014

Edisi Sarban Ketat: HARAKAH Fitnah PERMATA



Sejak pembentangan bajet 2014, lidah rasmi PAS , Harakah melalui portal online telah mula melakukan serangan terhadap Rosmah hanya berdasarkan komentar dari seseorang yang mengaku kakitangan PERMATA. 

Komentar itu seperti yang dipetik Harakah menyatakan bahawa PERMATA langsung tidak mendapat peruntukan untuk mengadakan majlis bahkan kena cari dana sendiri.  Harakah juga mempersoalkan pemberian bajet kepada PERMATA sedangkan ia bukanlah pertubuhan yang didaftar di bawah ROS.

Artikel yang dikeluarkan Harakah dilihat sengaja untuk mengelirukan pembacanya dan seperti menunjukkan kedangkalan pemikiran si penulis. Ada beberapa isu yang perlu dijelaskan disini. 

Isu pertama, bajet RM711 juta bukanlah hanya untuk PERMATA sahaja, tetapi meliputi 3 badan pendidikan awal2 kanak iaitu tadika KEMAS, tadika perpaduam dan PERMATA. Ramai yang seperti tidak mahu ambil tahu kandungan program PERMATA membuat tuduhan melulu tanpa ada kefahaman mengenainya.

Isu kedua iaitu dari komentar yang kononnya kakitangan PERMATA. Bagaimana penulis artikel dapat membuat kesimpulan hanya dengan komentar seorang kakitangan? Sekiranya tiada bantuan oleh kerajaan dalam program2 PERMATA perkara ini pasti menjadi buah mulut ibu bapa kepada anak2 PERMATA ini, namun ini tak berlaku malah pujian yang diterima dengan keberkesanan program PERMATA ini, malah negara2 luar juga turut mahu mengadaptasi PERMATA di negara mereka dengan mendapatkan khidmat nasihat Isteri PM , DS Rosmah.

Isu ketiga, seperti yang dinyatakan oleh seorang sahabat di FB ialah 
PERMATA adalah sebuah agensi kerajaan. Namanya BAHAGIAN PERMATA. Sebuah agensi yg terletak dibawah JPM sejak zaman Tun Abdullah PM. Di bawah JPM ada pelbagai bahagian lagi. Bahagian Istiadat, Bahagian Perumahan, Bahagian Kewangan dan mcm2 lagi. Mana ada agensi kerajaan berdaftar dgn ROS ?

Oleh itu, jangan sempitkan pemikiran kita hanya dari sudut persepsi semata-mata. Sekurang kurangnya luangkan masa untuk buat kajian dengan tulisan2 picisan berbaur politik yang lebih kepada andaian dan persoalan semata mata

Thursday, October 9, 2014

RM44.67 Billion Dana 1MDB dari Pelaburan Asing dan Terbitan Bon

Selama ini kita sering disajikan dengan pelbagai cerita kurang enak mengenai dana 1MDB, pelbagai tuduhan dan andaian dilemparkan terutama daripada pihak pembangkang dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Perdana Menteri, DS Najib Razak semalam dalam sidang parlimen telah memberikan penjelasan mengenai sumber dana 1MDB . Berikut adalah artikel yang diperoleh dari Bernama ;


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Nilai aset terkumpul 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditubuhkan kerajaan pada 2009, berjumlah RM44.67 bilion pada 31 Mac tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata agensi itu yang ditubuhkan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara dan menerbitkan bon, turut menerima pinjaman daripada institusi kewangan domestik dan antarabangsa.

"1MDB mempunyai pinjaman sebanyak RM5.8 juta yang dijamin kerajaan, namun tidak menerima jaminan kerajaan bagi bon atau pinjaman lain. "RM5 bilion ialah jaminan yang diberikan untuk bon-bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 30 tahun yang diterbitkan oleh 1MDB dan RM800 juta bagi pinjaman 1MDB," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mengenai kaedah 1MDB mengumpul dana, jumlah dana terkini serta pencapaian 1MDB sejak ditubuhkan.

Sementara itu, Najib berkata 1MDB menerajui projek jangka panjang untuk memanfaatkan pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi pelaburan yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan inovasi.

Beliau berkata antara projek yang sedang dijalankan ialah Projek Bandar Malaysia, yang sebahagiannya membabitkan pembangunan rumah mampu milik, khusus untuk golongan eksekutif muda.

Perdana Menteri berkata projek Bandar Malaysia, projek pembangunan bersepadu memajukan semula Lapangan Terbang Sungai Besi, akan menjadi ikon kepada kelestarian kehidupan di bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, Najib berkata 1MDB juga memberi tumpuan ke atas sektor tenaga dengan membeli aset-aset tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd. Ini bagi memenuhi aspirasi kerajaan untuk memastikan jaminan tenaga mampan dalam jangka panjang, katanya.

"Konsortium 1MDB-Mitsui juga memenangi Projek 3Boleh Suruhanjaya Tenaga yang akan melibatkan pembinaan dan operasi 2000 megawatt loji arang batu bersebelahan loji jana kuasa Jimah di Negeri Sembilan," katanya.

Justeru, 1MDB kini merupakan pengeluar tenaga bebas (IPP) kedua terbesar di Malaysia dari segi kapasiti pengeluaran tenaga.

Selain itu projek Tun Razak Exchange yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan masa depan, mempunyai matlamat untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan ibu kota ini sebagai bandar raya global.

Projek berkenaan yang dijangka memakan masa pembinaan selama 15 tahun, dikenal pasti oleh kerajaan sebagai projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi untuk mencapai pendapatan per kapita lebih dua kali ganda menjelang 2020, kata Najib.

"Perjanjian yang ditandatangani 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan Lend Lease ini dijangka menarik sehingga US$1 bilion (RM3.2 bilion) dalam bentuk pelaburan langsung asing ke Malaysia," kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Najib berkata penubuhan 1MDB mengikut Akta Syarikat 1965 bertujuan menerajui inisiatif strategik pembangunan ekonomi jangka panjang yang mampan dan menggalakkan pengaliran masuk pelaburan asing ke dalam negara.

"1MDB ditubuhkan untuk memacu pembangunan ekonomi mampan jangka masa panjang yang berimpak tinggi bagi Malaysia dan untuk menjalin perkongsian strategik global dalam menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia yang memberi fokus utama kepada sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti," katanya.

sumber : Bernama

Wednesday, October 8, 2014

Subsidi Minyak Sampai Rizab Petroleum Habis?

Berikut adalah satu artikel yang diperoleh dari status FB yang di email kepada penulis untuk dikongsi bersama-sama pembaca ;

Bilangan kereta di atas jalanraya dari tahun ke tahun semakin bertambah. Bilangan kereta di jalanraya pada tahun 1980-an tak sama dengan bilangan kereta tahun 2014. 

Oleh yang demikian, permintaan terhadap bahan bakar kenderaan semakin bertambah. Dari sudut teori ekonomi asas, harga akan meningkat bila permintaan tinggi dan stok terhad. Kenapa stok terhad? Sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak? 

Sekadar satu pencerahan minyak di Malaysia adalah dari jenis "sweet crude" yang bermutu tinggi, minyak yang digunakan untuk kereta yang biasa kita pakai adalah dari jenis "sour crude" yang diimport dari negara luar, "sweet crude" yang dikeluarkan oleh negara kita pula dijual pada harga yang tinggi ke negara luar untuk kegunaan industri-industri berkaitan. Pun begitu "sweet crude" yang diperoleh bukanlah dari jenis yang boleh diperbaharui, ia akan menyusut dari tahun ke tahun dan ini adalah fakta yang rakyat Malaysia perlu tahu.

Sekiranya simpanan minyak negara terus menyusut dan pada satu ketika tiada lagi subsidi yang boleh diberikan oleh kerajaan adakah rakyat negara ini akan memberontak? Antara hasil pendapatan negara yang utama ialah minyak dan hasil minyak ini digunakan untuk subsidi-subsidi tertentu antaranya minyak. 

Kalau bilangan kereta pada tahun 2014 bertambah berkali ganda berbanding tahun 80-an adakah kita jangkakan pada tahun 2034 bilangan kereta akan berkurangan? Sedangkan pada ketika itu saya pasti rizab minyak negara akan semakin menyusut. 

Jadi dari sumber mana lagi kerajaan pada ketika itu nak korek untuk bagi subsidi minyak pada rakyat yang dah tentu pada ketika itu lebih besar jumlahnya dek pertambahan kenderaan? Dari segi politik, baik BN atau PR memerintah hal ini akan tetap berlaku. Harga minyak akan terus naik dek faktor pertambahan kenderaan dan kesusutan sumber minyak negara yang mana hasil daripada sumber itu selama ini digunakan untuk memanjakan rakyat dengan subsidi terutamanya minyak.

Jadi bagaimana seharusnya perkara ini ditangani? Saya mempunyai beberapa cadangan yang dah lama difikirkan, cuma tergerak hati untuk luahkan pandangan ini selepas melawat negara matahari terbit baru-baru ini. Antara perkara yang saya rasa wajar dipertimbangkan kerajaan ialah meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan di negara ini. Jepun adalah negara pengeluar kereta, dan bilangan pemilikan kenderaan di negara itu agak tinggi.Walaupun begitu, jumlah kenderaan yang ada di jalanraya sangat kurang. Penduduk di sana mudah untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. 

Subsidi seharusnya disalurkan untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan untuk rakyat, semua pihak perlu memainkan peranan secara aktif bermula dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri hingga ke peringkat pihak. berkuasa tempatan. Jaringan LRT perlu diperbanyakkan, selain feeder bas yang disediakan PBT secara percuma untuk orang awam ke stesen LRT berdekatan.

Subsidi juga seharusnya digunakan untuk meningkatkan mutu sistem pembelajaran dan perubatan untuk rakyat. Kita tidak mahu jika satu hari nanti kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk pendidikan tinggi dan perubatan dek kerana subsidi yang banyak telah dibazirkan untuk perkara yang "hangus" atau tidak mendatangkan hasil.

Insentif atau mekanisma tertentu mungkin perlu diwujudkan untuk kenderaan yang mengangkut hasil tani, ikan, dan lain-lain keperluan asas untuk kegunaan rakyat bagi mengatasi faktor kenaikan harga barang atas alasan kenaikan harga minyak. Kementerian Pertanian mungkin boleh memikirkan kaedah dalam meningkatkan keluaran hasil tani tempatan, negara perlu mengorak langkah dalam menghasilkan dan meningkatkan "sumber makanan" untuk rakyat tanpa kebergantungan pada hasil import. Ia bukan beerti kita mahu menuju ke arah negara hasil tani namun ia lebih tertumpu kepada persediaan "bekalan makanan" untuk negara ini yang semakin meningkat jumlah rakyatnya.

Saya akui, perkara ini mudah untuk diperkatakan daripada dilaksanakan. Namun, ia perlu dilakukan demi masa depan negara. Kebergantungan hasil pendapatan negara terhadap keluaran minyak hanyalah sementara, ironinya hasil minyak ini juga digunakan untuk memanjakan rakyat dengan pelbagai subsidi. Persoalannya apa akan berlaku sekiranya hasil minyak ini susut atau habis? Adakah anak cucu kita bersedia menghadapi semua ini setelah nenek moyang puas dimanjakan dengan subsidi?

Thursday, October 2, 2014

Pengurangan Subsidi Minyak Mampu Tangani Ketirisan - Tun Dr Mahathir

KOTA BAHARU 2 Okt - Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di sini, Khamis.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Rabu mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis.

Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.

"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya.

artikel penuh 

http://www.rakyatnews.my/index.php/umum/pengurangan-subsidi-minyak-mampu-tangani-ketirisan-tun-mahathir

Harga Minyak Naik, Rakyat Marhein Perlu Dapat LEBIH dalam Bajet 2015

Harga minyak naik RM0.20 seliter. Kalau tak silap aku lah, ini kenaikan yang pertama dibuat setelah beberapa tahun. Reaksi rakyat memang dah dijangka, memang lah orang rasa marah bila memikirkan kenaikan harga minyak ni akan turut beri kesan dengan kenaikan harga2 barangan yang lain. 

Aku jangkaan, peniaga2 yang nak ambil kesempatan dengan berita ini akan turut menaikkan harga barang jualan mereka. Kementerian yang jaga harga barang harap dapat pantau kenaikan harga barangan ini. 

Tentu ramai antara kita masih ingat kenaikan harga minyal pada tahun 2006-2007 yang mencecah hingga RM2.70/liter, peniaga2 ambil kesempatan naikkan harga barang. Kemudian bila harga minyak turun, tak pulak mereka turunkan harga barang yang dijual?

Subsidi minyak dan gas pada tahun 2012 ialah RM24.7 billion, subsidi tahun 2013 ialah RM24.8 billion, lagi tinggi CC sesebuah kereta itu lagi banyak subsidi yang dimanfaati pemilik kereta CC besar ni. Aku setuju memang lebih ramai orang kaya dapat subsidi minyak lebih berbanding rakyat biasa. Tapi bila dikurangkan subsidi, yang terima kesan adalah semua orang.

Oleh itu, adalah wajar sekiranya satu mekanisme dikaji untuk lebih banyak subsidi minyak disalurkan kepada golongan2 rakyat biasa ni. Kita tak nak kenaikan2 ni bagi tekanan pada rakyat, contohnya kenderaan pengangkutan seperti bas sekolah, van sekolah, dan lain2 pengangkutan berkaitan yg memungkinkan kenaikan harga barangan atas alasan kos operasi (minyak) meningkat.

Kita faham dengan pengurangan subsidi sebanyak RM0.20 seliter ini, kerajaan dapat menjimatkab RM3.3 billion setahun. Cuma pada pandangan aku, 'timing' pengumuman kenaikan macam tak kena, tambahan pula raya haji dah nak dekat. Keluarga akan berkumpul dan bercerita mengenainya. Harapan aku ialah , apabila bajet 2015 dibentangkan nanti lebih banyak berita2 yang menggembirakan akan rakyat terima.