Saturday, September 27, 2014

'Dendam' DAP Terhadap PAS Berlarutan Hingga Ke Pulau Pinang

Hari ini seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS telah dilucutkan jawatan beliau dari badan milik kerajaan negeri yang ditadbir oleh DAP itu . Tindakan yang dibuat oleh DAP itu nampaknya mempunyai agenda 'balas dendam' terhadap PAS yang dilihat tidak sependapat dan selari pandangan dengan gabungan PR kebelakangan ini. Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mula menunjukkan sikap kuku besi terhadap PAS dan seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu sedar siapa yang lebih berkuasa dalam gabungan PR . Amat malang sekali bagi PAS, kerana disebabkan sifat bongkak mereka yang terlalu menjunjung kesepakatan dalam PR akhirnya menyebabkan bala menimpa parti itu dengan barisan tertinggi kepimpinan parti dimalukan secara tidak langsung. PAS seolah-olah seperti tidak ada harga lagi dalam PR , yang menimbulkan tanda tanya mengapa mereka menebalkan kulit muka dan masih menunggu lagi dalam gabungan PR sedangkan sudah ada isyarat-isyarat bahawa kehadiran mereka dalam PR tak diperlukan lagi. Sifat egoistik terhadap UMNO terlalu tinggi hingga mereka lebih sanggup diperbodohkan rakan sekutu dalam PR .


dari Rakyatnews.my

Tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang menggantung tugas Iszuree Ibrahim sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapat kecaman dari rakan parti itu sendiri sungguhpun ahli PAS itu mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatannya.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata, tindakan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) terhadap Iszuree disifatkan sebagai tidak demokratik, berat sebelah dan tergesa-gesa.

"Tindakan ini dipercayai susulan dari ucapan bernada teguran membina dan memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Iszuree Ibrahim.

"Beliau juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Pulau Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewsakili PAS Pulau Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.


Iszuree menerusi surat yang ditandatangani Pengerusi kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow, digantung tugas serta-merta pada 25 September lepas dan segala peruntukan terhadap ahli PAS itu turut dibekukan.

artikel penuh di sini

Wednesday, September 24, 2014

Percaturan Anwar Gagal, Jawatan Timbalan Presiden PKR Faktor Azmin dipilih Jadi MB

Artikel yang ditulis oleh kolumnis Utusan ,Datuk Zaini Hassan mengenai Langkah 2A, kisah Tan Sri dan RM3.2 billion, bila diteliti tidak mempunyai asas yang kuat untuk menyokong dakwaan-dakwaan yang dikemukakan beliau. Menurut Zaini dalam artikel yang berkenaan, 'Langkah Kajang' sebenarnya merupakan 'Langkah 2A' untuk mengabui mata Wan Azizah dalam proses melantik Azmin bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Melalui 'sumber yang sahih' , Zaini turut menyatakan penglibatan 2 orang Tan Sri yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Istana telah melobi keras Azmin untuk menjadi MB Selangor yang baru.


Secara peribadi, penulis cukup pantang bila ada penulisan menyebarkan sesuatu perkara itu dengan menggunakan modal 'sumber yang sahih' , 'sumber yang boleh dipercayai' , dan lain-lain sumber yang tidak dinamakan hanya semata-mata untuk menyokong kandungan artikel yang ditulis . Bila ada penulis guna modal 'sumber yang sahih' , integriti artikel yang ditulis oleh penulis berkenaan secara otomatis dah menurun kecuali untuk pembaca-pembaca yang kurang kemampuan untuk menganalisa dan hanya menelan 100% isi kandungan artikel berkenaan.

Merujuk pandangan Datuk Zaini kononnya Langkah Kajang adalah 'camouflage'  Langkah 2A (Anwar-Azmin) dengan alasan bahawa perangkaan itu dibuat oleh Anwar untuk mengabui mata Wan Azizah dengan niat sebenar beliau untuk melantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru adalah tidak tepat. Alasan Anwar ingin menjaga hati Azizah dengan menggerakkan Langkah 2A secara 'underground' dilihat agak dangkal kerana hanya disebabkan kesungguhan beliaun untuk menjaga hati isteri, beliau sanggup memperjudikan hubungan beliau dengan istana dan sekutu parti PAS .

Adalah tidak masuk akal hanya disebabkan drama 'Azizah-Azmin' ini memungkinkan PR terpaksa menghadapi satu  pilihanraya negeri yang baru. Benarkah Anwar begitu sensitif dalam soal menjaga hati isteri ? Mungkin kita boleh imbas kembali cerita-cerita lama mengenai hubungan dingin antara Anwar dan Wan Azizah. Beberapa 'peristiwa' jelas menunjukkan Azizah dengan mudah diperkotak-katikan Anwar. Anwar boleh terus saja menamakan Azmin sebagai pengganti Khalid sebagai Menteri Besar pada peringkat awal 'Kajang Move' dilaksana daripada menghadapi risiko yang boleh memecah-belahkan gabungan PR itu sendiri. Lagipun umum sedia maklum, selain Wan Azizah , Azmin adalah calon paling ideal untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

Sementara itu niat Azmin untuk menjadi MB Selangor selepas PRU-13 sememangnya telah dijangka umum, Namun disebabkan PR gagal menawan Putrajaya, plan asal mungkin telah berubah, impian Anwar untuk menjadi PM musnah. Dalam masa yang sama juga beberapa keputusan yang dibuat oleh Khalid dalam beberapa isu juga tidak disenangi Anwar, bagi Anwar , Tan Sri Khalid bukanlah seseorang yang mudah dikawal maka gerak kerja untuk menyingkirkan beliau dibuat secara sistematik. Niat Anwar untuk menggantikan Khalid boleh dihidu apabila Langkah Kajang dimulakan, namun disebabkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes liwat, Anwar menjadikan Wan Azizah sebagai alternatif yang dilihat ramai sebagai proksi.

Penglibatan 2 orang Tan Sri yang mempunyai hubungan rapat dengan istana dalam mempengaruhi keputusan Sultan melantik Azmin sebagai Menteri Besar hanyalah semata-mata persepsi yang lemah dari kolumnis Utusan itu . Penulis tak rasa pendapat Tan Sri yang disebut oleh kolumnis itu mampu mempengaruhi keputusan pihak istana sebaliknya jelas keputusan pihak istana adalah berdasarkan senarai calon MB yang dikemukakan oleh PKR, PAS dan DAP. Sekiranya hanya 3 nama yang dikemukakan, Sultan melalui budi bicara beliau hanya terpaksa memilih salah satu calon berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri . Dalam hal ini, calon dari PKR mempunyai kelebihan memandangkan situasi dimana 2 ADUN 'pengkhianat PAS' bersama-sama dengan lain-lain ADUN PKR dan DAP. Jelas sekali, penglibatan 2 orang Tan Sri seperti yang dinyatakan itu relevan dengan perlantikan Azmin sebagai MB yang baru.

Kesimpulannya, Anwar GAGAL dalam meletakkan 'proksi' beliau Wan Azizah dalam mengetuai pentadbiran Selangor  , walaupun Azmin sebelum ini dilihat rapat dengan Anwar , beberapa individu lain yang berpengaruh dalam PKR juga tidak begitu menyenangi Azmin Ali misalnya Chegubard yang secara terang-terangan menghentam Azmin . Semasa pemilihan PKR yang lepas misalnya 'team' Saifuddin/Nurul Izzah/ Rafizi yang dibentuk menunjukkan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dalam PKR ini tidak sekepala dengan Azmin. Andainya pada pemilihan PKR yang lepas jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Saifuddin Nasution dan bukannya Azmin , penulis pasti salah satu nama yang akan dicadangkan oleh PAS ialah Saifuddin Nasution di atas kapasiti beliau sebagai Timb. Presiden.

Maka, hipotesis Datuk Zaini mengenai 'Langkah 2A' itu sendiri menjadi tidak betul. Adakah kita akan kata Anwar 'mengatur' Azmin untuk menjadi Timbalan Presiden pula bagi memastikan kelangsungan 'Langkah 2A' sedangkan di kalangan pemimpin PKR beliau merupakan seorang yang tidak popular ? Adakah Anwar mampu mengatur jawatan Timbalan Presiden ini untuk Azmin sedangkan banyak mata (musuh-musuh Azmin) memantau semasa pengiraan undi untuk jawatan itu dibuat sehingga memakan masa berbulan-bulan lamanya?

Tuesday, September 23, 2014

MB Baru Selangor Nak Kaji Semula Perjanjian Air ?

Bila dapat maklumat ni ramai yang tentu resah gelisah , disebabkan Projek Langat 2 yang sepatutnya selesai tahun 2013 terbantut dek birokrasi PR Selangor yang main tarik tali , akhirnya rakyat Selangor yang terima padah . Tentu ramai masih ingat macam mana suasana air dicatu ? Nak berak pun berkira-kira , terpaksa tahan melepas kat ofis je ? Kalau yang dah ada cirit birit lagi lah sengsara . Lubang jamban confirm dengan objek2 terapung ... terpaksa dibiarkan 2 hari sebelum di 'flush' , maklum lah nak JIMAT air . Tiba-tiba selepas pertukaran MB baru , drama lama bersambung semula .. Azmin Ali yang baru dilantik sebagai MB nak kaji semula pengstrukturan air . Nampak dah dia punya bunga-bunga nak panjangkan lagi hal ni ... silap2 5 tahun lagi . Please lah .. korang nak berpolitik pasal apa sekali pun buat lah , jangan lah cari pasal dengan air.. sekali dah kena cukup ler..


Dari artikel Rakyatnews.my

"Menteri Besar Selangor , Mohamed Azmin Ali berkata semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu.

Azmin berkata semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini."

Berita penuh di sini

http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/penstrukturan-air-selangor-akan-dikaji-semula-azmin


Monday, September 22, 2014

'Shit Inside His Head' Tabung Haji Nafi Fitnah Pelaburan Detroit

Masa blogger Syed Outside the Box keluarkan story pasal pelaburan di Detroit, ramai penyokong kerajaan melompat sebab kata mereka itu tindakan bodoh dan sebagainya. 

Aku pun baca jugak dan terlintas di fikiran untuk pelaburan yang besar seperti ini takkanlah takde pengumuman dari kerajaan atau setidak tidaknya dari portal2 berita berkaitan ekonomi dan hartanah di Detroit. 

Jadi pada aku untuk maklumat 'hear say' yang selalu blogger Syed Outside The Box keluarkan kira tak boleh pakai, kena monitor dulu dengan fakta2 yang lebih jelas baru buat komen.

Pelik jugak aku, cybertrooper pembangkang takde pulak galak bercerita tentang hal ini. Yang sebelah kerajaan ni pulak yang terlebih-lebih .

Cerita pasal Detroit ni dah keluar 2-3 hari lepas dan kita faham, respon rasmi yang dikeluarkan bukan boleh dibuat macam tulis blog. Hari ni kena fitnah, hari ni buat penafian. Cuma kita harap ada mekanisme yang lebih efektif dan cepat untuk menjawab tuduhan-tuduhan seperti ini.

Akhir sekali buat semua, eloklah buat kajian dan carian fakta terlebih dahulu sebelum komen. Kalau fakta 'hear say' , ramai yang boleh buat cerita "hear say' . Contohnya kalau orang buat cerita 'hear say' dari orang dalam SPRM pasal Syed Outside The Box ni, kononnya dia ni kuat mengketedarah duit yang disalurkan pada Bloghouse masa jadi ketua di situ dulu, atau cerita dia dapat projek juta2 sebab jadi penjilat tegar pemimpin atau ex-pemimpin tertentu, marah tak? Sebab blogger tu tulis artikel dalam Bahasa Inggeris korang rasa dia bijak , IQ tinggi??

Saturday, September 20, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Pengundi Jelak Dengan Kempen PAS


Berikut adalah cetusan pendapat seorang pengundi di PDM Kg Geting mengenai perkembangan PRK Pengkalan Kubor untuk kita semua nilaikan,

Sepanjang seminggu tempoh berkempen berlalu di Pengkalan Kubor menyaksikan pasukan kempen BN tidak begitu agresif menyerang PAS. Dalam bahasa mudah pasukan kempen BN berkempen dalam kedaaan yang begitu ‘sopan dan lembut’.

Sebaliknya pasukan kempen PAS lebih agresif menyerang BN/UMNO. Situasinya menjadi terbalik sedangkan di Kelantan PAS adalah sebuah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Sepatutnya pembangkang yang menyerang kerajaan. Bukannya kerajaan yang menyerang pembangkang.

Dipendekkan cerita, BN lebih banyak membuang masa menjawab serangan PAS baik dalam isu royalti atau GST.  Yang saya tidak faham kenapa begitu susah untuk pemimpin-pemimpin BN menyerang PAS diatas kegagalan-kegagalan mereka menunaikan janji secaranya khususnya di  Pengkalan Kubor serta Tumpat dan di Kelantan secara amnya ?

Salah satu pembohongan besar PAS yang melekat dalam diri rakyat Pengkalan Kubor ialah pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan 18 tahun lalu. Selain pembohongan itu, PAS juga turut berbohong untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu serta pembohongan PAS untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat.

Tanggal 26.Oktober.1996 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan di Pengkalan Kubor untuk dijadikan Bandar Baru Pengkalan Kubor. Dalam sidang DUN berkenaan beliau menyatakan dengan terbinanya bandar baru berkenaan akan wujud 6000 peluang pekerjaan, 4000 buah rumah yang berharga RM 35,000.00 sebuah akan dibina, Pusat dagangan islam, masjid, institut pengajian tinggi dan pasar borong.

Bukan setakat mengumumkan projek berkenaan dalam DUN Kelantan, malah pada 22.Disember.1996 kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pemaju projek berkenaan di sebuah hotel di Kota Bharu, dan mula menjual borang kepada rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli rumah-rumah yang bakal dibina.

Pada masa itu saya masih belajar di tingkatan 5. Saya masih ingat bagaimana rakyat Pengkalan Kubor dan Tumpat berebut-rebut membeli borang rumah berkenaan dengan harga RM 1.  Begitu tingginya harapan rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah rumah di kawasan yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat.

Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi. Begitu juga dengan Jambatan Palekbang. Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu. Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan.  

Itu antara pembohongan PAS yang dekat dengan masyarakat Pengkalan Kubor dan Tumpat. Tidak perlu untuk saya huraikan satu persatu pembohongan PAS di Kelantan. Perkara yang saya nyatakan diatas pun sudah cukup untuk BN gunakan bagi menyerang PAS. Sebab semuanya sudah terbukti di depan mata masyarakat Pengkalan Kubor dan dekat dihati mereka. Apabila dekat dengan mereka maka senang untuk meyakinkan mereka bahawa PAS adalah pembohong. Tetapi sayangnya isu ini belum digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menyerang PAS.

Bukan niat saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN, tetapi sekadar mengingati. Jika peluru sudah ada mengapa perlu disimpan. Sebaliknya sibuk menepis peluru yang dilepaskan musuh.

Sekian

Pengundi Pusat Daerah Mengundi Kg Geting

Wednesday, September 17, 2014

Apa yang ada pada wajah orang PAS hingga buat Nurul Izzah naik geli?

Baru baca blog MSO , penulis veteran PAS .. artikel terbaru dia balun Pemuda PAS yang protes keluar dewan bila Mat Sabu mula nak berucap , cara penulisan dia ni kita nampak memang lebih sayangkan PKR berbanding parti PAS yang dia isi borang untuk jadi ahli. Senang cerita, MSO ni boleh dikatakan geng Anwarinas dalam PAS la . Tak susah nak buktikan benda ni , tak payah belek artikel-artikel lama dalam blog dia, tengok je artikel sebelum tu , tajuknya "Jiwa wanita Azizah terus teruji"  . Siapa Azizah yang dimaksudkan kalau bukan isteri Anwar Ibrahim .


Sebagai penulis, MSO menulis dengan harapan dapat menyentuh hati pembaca mengenai kesusahan yang dilalui oleh Wan Azizah , lesu , pasrah etc ... tapi tetap berjiwa pemimpin . Psttt itu ayat standard kalau ko nak membodek , dengan harapan Wan Azizah dapat promote buku terbaru MSO tu . Yea lah.. dah terang-terang ditulis dalam artikel tu ;

"Kak Wan,  ini buku baru saya, " hulur saya kepada Wan Azizah. Serentak itu juga dia menguncikan langkah.
  
Beliau mencapainya dan menatap wajah kulit buku berkenaan beberapa juru. "MSO...! " kemudian terloncat perkataan itu menyeru nama saya. Ada nada semacam sedikit terkejut dan saya pula terbias rasa bangga.


Pandai penulis veteran ni ambik kesempatan untuk melariskan buku terbaru beliau. Takpe lah itu marketing strategi , tapi yang lebih menarik perhatian aku dalam artikel MSO itu ialah bila dia tulis semula dialog yang kononnya dikeluarkan oleh YB Lembah Pantai , Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Dialog Izzah yang ditulis MSO bunyinya macam ni ;

"Hei geli lihat wajah orang Pas," begitulah reaksi spontan Nurul Izzah sebaik sahaja menghulurkan buku berkenaan untuk dipostkan dalam Facebook. Pandai juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bergurau dan menggeletek hati."

MSO kata Izzah bergurau ? Betulke bergurau? Bagi aku, ini satu sindiran tajam Nurul pada orang-orang PAS , dan MSO turut sama bersekongkol dengan Nurul bila sengaja menyiarkan sindiran itu dalam blog beliau . Kalau dia sayangkan PAS , kenyataan Nurul tu takkan disiarkan , nampaknya MSO lebih sayangkan Nurul , Azizah dan Anwar bila mana sengaja mencara 'point-point' untuk menyakitkan hati 'sahabat' seperjuangan . Mungkin lepas ni PAS dah perlu siap-siap kenalpasti siapa golongan pengkhianat dalam parti itu, siapa yang lebih mengutamakan pemimpin parti luar berbanding parti sendiri . Takkan ahli-ahli PAS masih nak duduk senyap dan ikut macam lembu dicucuk hidung oleh puak-puak Anwarinas dalam PAS?

768,773 Ahli PBB Sarawak & UMNO Sabah Lawan 18,051 Tandatangan Petisyen SSKM

Penulis hari ni nak ulas sikit pasal gerakan yang dibuat oleh kumpulan kecil tertentu untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Yang kerap diperkatakan sekarang ialah penggerak kumpulan itu Doris Jones atau Doris Alfred Yap yang sekarang dikatakan bergerak aktif dari London . Kumpulan ini menyebarkan propaganda mereka melalui media sosial, menggunakan Facebook Fanpage dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia , Fanpage ini sehingga artikel ini ditulis mempunyai 10,915 likes . Sekiranya benar 10,915 likes itu betul-betul datang dari orang Sarawak dan Sabah , maka ternyata sokongan yang diberikan dalam media sosial tak lah sekuat mana.


Merujuk kepada 'petition online' yang dibuat sejak tahun 2011 lagi, jumlah yang dikumpulkan hanyalah sebanyak 18,051 . Itu 3 tahun punya kerja baru dapat 18 ribu lebih tandatangan. Jadi benarkah majoriti rakyat Sabah dan Sarawak benar-benar mahu keluar dari Malaysia atau hanya sebahagian kecil yang kuat suaranya . Orang Penang kata depa saja dok buat ramai .. padahal tak ramai mana pun. 


Penulis tertarik dengan satu pendapat di ruangan komen blog SSKM yang dikendalikan Doris Yap. 'Printscreen' komentar adalah seperti berikut ;


Komentar itu antaranya mengajak pembaca supaya berfikir kemungkinan-kemungkinan negatif yang timbul sekiranya pemisahan Sabah Sarawak keluar dari Malaysia . Apa akan berlaku sekiranya negara seperti Filipina yang pernah membuat tuntutan ke atas Sabah meneruskan tuntutan mereka . Kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya kejadian serangan oleh orang Suluk berulang dan pada ketika itu siapa akan membantu ? Akhirnya yang akan mendapat bala ialah rakyat Sabah sendiri sedangkan mereka yang menggerakan pemisahan ini mungkin lari dan bersenang lenang di luar negara seperti yang dilakukan oleh Doris Yap sekarang. 

Penulis berpendapat anak Bumiputera Sabah dan Sarawak mungkin perlu menunjukkan suara mereka dengan jelas dan tenggelamkan suara-suara petualang ini. Penulis percaya lebih ramai anak Sabah dan Sarawak masih mahu kekal bersama Malaysia. Dari satu artikel yang dikeluarkan oleh UMNO Online pada 5 Disember 2013 ,jumlah ahli UMNO ialah 3,430,750 dengan Sabah mencatatkan jumlah ahli yang paling ramai iaitu sebanyak 518,773 . Parti komponen Barisan Nasional PBB pula mempunyai 250,000 ahli seperti yang dilaporkan dalam satu artikel oleh UtusanSarawakOnline.

Dengan gabungan kekuatan ahli UMNO di Sabah dan PBB di Sarawak saja, Malaysia Timur mempunyai sokongan padu dari 768,773 anak-anak Bumiputera negeri Sabah dan Sarawak. Itu belum lagi dicampur dengan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. Oleh itu,anak-anak bumi Sabah dan Sarawak perlu bangkit dengan kekuatan dan suara yang ada ini untuk tenggelamkan dan jahanamkan agen asing yang cuba menjajah Sabah dan Sarawak melalui proksi mereka.


Monday, September 15, 2014

Imej apa di bawah tapak kaki pramugari Firefly ?

Mempromosikan sesebuah perniagaan itu biarlah kena pada tempatnya , kadang-kadang tanpa kita sedari ada perkara dalam promosi yang dibuat itu tidak sensitif dengan persekitaran . Penulis bangkitkan hal ini untuk menegur syarikat penerbangan Firefly yang dilihat tidak sensitif dengan rekabentuk 'flyer' yang disebarkan oleh syarikat itu baru-baru ini.


Memang di akui, syarikat penerbangan Firely adalah 100% milik orang Malaysia seperti yang digambarkan dalam promosi di atas , cuma yang tak sedapnya bulan sabit dan bintang yang dipaparkan dalam iklan itu macam tak kena pada tempatnya . Penulis memang tak reti bab-bab design ni, cuma bila sekali pandang kita tahu bulan sabit dan bintang tu merupakan antara elemen yang ada dalam bendera kita jalur gemilang . Nampak agak biadap bila bulan dan bintang itu berada bawah tapak kaki pramugari Firefly.

Mungkin isu ni nampak remeh, cuma kita harap syarikat-syarikat korporat ambil perhatian mengenai perkara-perkara seperti ini bila nak buat promosi . Teguran ini bukan lah untuk membunuh atau menjatuhkan imej Firefly kerana penulis akui perkhidmatan yang diberikan oleh Firefly kepada para penumpangnya sangat memuaskan, cuma hal-hal sensitif seperti ini perlu lebih dititik beratkan .  
 

Friday, September 12, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Kontraktor Binaan Asal Kedah Pilihan PAS

PAS semalam mengumumkan Wan Rosdi sebagai calon parti itu untuk PRK DUN Pengkalan Kubor yang akan berlangsung 25 September ini. Wan Rosdi ialah Setiausaha PAS Kawasan Tumpat. Menurut MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Wan Rosdi yang juga merupakan seorang kontraktor binaan dipilih kerana latar belakang dan pengalaman yang dikenali masyarakat setempat.  Memetik artikel Star Online yang bertajuk "PRK Pengkalan Kubor: PAS Pertaruh Kontraktor Binaan" , antara kenyataan Datuk Ahmad Yakob ialah ;

""Dia berwibawa dari segi kontraktor binaan."

Bila cakap pasal kontraktor binaan ,ia mengimbau kembali kenangan penulis di PRK Kuala Besut yang lepas di mana PAS turut mempertaruhkan seorang kontraktor binaan (Che Long) , namun beliau tewas kepada calon muda BN , Tengku Zaihan . Terlintas dalam fikiran penulis kenapa PAS gemar benar meletakkan calon kontraktor binaan . Adakah beliau dapat meluangkan masa dengan rakyat ditambah pula dengan kerja2 sebagai kontraktor binaan tu? Kalau kita ingat dalam PRK Kuala Besut alasan yang diberikan Che Long bila ditanya tentang perkara itu agak menggelikan hati. Masih ingat lagi?

OK berbalik kepada cerita pasal calon PAS, penulis terfikir samada beliau adalah calon pilihan Anwarinas di dalam PAS atau dipilih di kalangan yang pro-ulama ? Mungkin para wartawan boleh mengajukan pertanyaan kepada calon PAS ini mengenai pandangan beliau mengenai perbalahan yang berlaku di dalam PAS sekarang. Satu lagi perkara ialah mengenai status anak tempatan calon PAS ini. Dikatakan beliau bukan anak tempatan memandangkan daerah mengundi di tempat lain. 


Kalau tak silap penulis lah, PAS pernah mengeluarkan kenyataan akan mengutamakan anak tempatan samada dalam jawatan tertinggi negeri, atau calon dalam pilihanraya. Walau bagaimanapun, dari semakan SPR menunjukkan sebaliknya. 


Jadi dengan berdasarkan perkara ini, kita serah saja kepada budi bicara pengundi DUN Pengkalan Kubor untuk buat prnilaian.






PRK Pengkalan Kubor : Haji Mat Razi Belum Jadi Wakil Rakyat Pun Dah Banyak Berbakti Pada Masyarakat

Berikut adalah rekod keputusan pilihanraya DUN Pengkalan Kubor . Dari rekod yang ditunjukkan, BN melalui Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar telah memenangi kerusi DUN berkenaan sejak tahun 2004 . Pada tahun 2004, majoriti undi yang dimenangi ialah 714, tahun 2008 menurun kepada 100 dan 2013 jumlah undi majoriti meningkat kepada 1756.
 

Kemenangan BN selama 3 penggal berturut-turut di DUN Pengkalan Kubor boleh dikatakan atas faktor calon kerana pada tahun 1999, calon PAS memenangi kerusi DUN berkenaan dengan jumlah undi majoriti yang agak besar iaitu 2432 undi . Walau bagaimanapun, apabila Allahyarham Datuk Noor Zahidi bertanding di kerusi DUN berkenaan  pada tahun 2004, BN berjaya merampas DUN berkenaan dan mengekalkan kemenangan selama 3 penggal berturut-turut walaupun pada tahun 2008 hanya memenangi dengan majoriti tipis 100 undi. 

Dengan rekod kemenangan 3 penggal berturut-turut itu, penulis berpendapat pengundi Pengkalan Kubor mengiktiraf kerja-kerja Allahyarham Datuk Noor Zahidi di DUN berkenaan . Oleh itu faktor calon BN untuk PRK di DUN Pengkalan Kubor memainkan peranan penting bagi parti itu untuk mendapat mandat rakyat. Calon yang diumumkan TPM beberapa hari lepas dilihat memenuhi kriteria ini , selain merupakan anak tempatan Haji Mat Razi cukup dikenali dikalangan penduduk kerana merupakan pengasas salah sebuah sekolah pondok di negeri itu. Haji Mat Razi juga mempunyai latar belakang pendidikan dan profesionalisme yang mengagumkan. 


Berikut adalah petikan dari artikel Utusan Malaysia online menyatakan latar belakang calon BN itu ;

"Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Razi dilahirkan di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor pada 19 November 1965.

Bapa kepada enam cahaya mata dan suami kepada Khairos Husin itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mat Razi mula bergiat dalam politik sejak 1990 dan sepanjang tempoh itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO cawangan Simpangan, AJK Pemuda UMNO Bahagian serta AJK UMNO Bahagian.

Selain terlibat dalam dunia politik, Mat Razi yang pernah menimba ilmu di sekolah pondok juga merupakan bekas guru al-Quran, qari, AJK dan imam sambilan di Masjid Simpangan sejak 2003 dan aktif menguruskan jemaah yang ingin mengerjakan umrah sejak dua tahun lalu.

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Simpangan, Tumpat di atas tanah wakafnya sendiri di Kampung Simpangan yang memberi pendidikan agama percuma kepada para pelajar."

Penulis berharap pengundi Pengkalan Kubor membuat keputusan yang tepat memberikan undi kepada calon BN . Kalau pun tak suka UMNO atau BN , pertimbangkan saja kriteria yang ada pada Haji Mat Razi ini. Beliau banyak berbakti kepada masyarakat walaupun belum menjadi wakil rakyat dan penulis percaya beliau akan lebih mampu untuk membuat lebih banyak kebaikan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat di Pengakalan Kubor. 




Tuesday, September 9, 2014

PAS AMBIK PENGKALAN KUBOR, PKR AMBIK JAWATAN MB ? DEAL ?

PKR hari ini melalui Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah membuat kenyataan bahawa calon PR dalam PRK Pengkalan Kubor akan diberikan kepada PAS walaupun sebelum itu kerusi berkenaan adalah milik PKR . Azizah dalam satu kenyataan yang dipetik melalui portal Rakyatnews.my berkata ;

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," 

Sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/pkr-serah-kerusi-pengkalan-kubor-kepada-pas


Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR itu seolah-olah menyindir PAS tentang konsep tolak ansur dan saling memahami di dalam gabungan Pakatan Rakyat. PAS sebelum ini bertegas untuk mengikut titah Tuanku Sultan Selangor yang meminta sekurang-kurangnya 3 nama untuk calon Menteri Besar di negeri itu walaupun diajak bersekongkol oleh PKR dan DAP supaya menghantar 1 nama sahaja.

Keputusan yang dibuat oleh PKR melepaskan kerusi calon DUN Pengkalan Kubor kepada PAS dilihat sebagai satu cara halus dalam memujuk Presiden PAS, atau Mursyidul AM PAS sendiri supaya berkolaberasi dengan mereka dalam menentukan jawatan MB Selangor di negeri Selangor. Strategi PKR ini walaubagaimanapun dilihat tidak merugikan mereka kerana DUN Pengkalan Kubor sebelum ini dimenangi oleh calon BN selama 2 penggal berturut-turut . PKR mungkin menjangka untuk PRK yang bakal diadakan nanti akan turut memberi kelebihan kepada calon BN, tambahan pula dengan isu perbalahan di antara PAS-PKR baru-baru ini . Penyokong PAS di DUN Pengkalan Kubor semestinya menjadi marah dengan perkembangan terbaru ini , dan besar kemungkinan tidak akan memberikan undi pada calon PKR.

Penulis berpendapat, kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti PKR mengenai penyerahan calon kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS itu seharusnya di jawab oleh Presiden PAS sendiri . Sekiranya Wan Azizah bercakap tentang prinsip tolak ansur dan saling memahami , kenapa PKR gagal memahami pendirian PAS dalam isu MB di Selangor ? Malah pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Presiden nya Datuk Seri Abd Hadi Awang yang diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP ? Adakah itu yang dikatakan prinsip tolak ansur dan saling-memahami seperti yang dilaungkan Wan Azizah ? Penulis percaya apa yang berlaku di antara PAS dan PKR adalah retak menanti belah, setelah pelbagai penghinaan dilemparkan adakah pemimpin-pemimpin PAS (bukan Anwarinas) boleh berdiam diri dan melupakan saja ?

Sunday, September 7, 2014

Akta Hasutan Tak Jadi Mansuh ?

Berikut ialah emel yang penulis terima dari seorang pembaca blog ini ;

Semak kepala bila baca di media sosial pasal Akta Hasutan , baik daripada pendapat sebelah
penyokong kerajaan atau pendapat pembangkang sendiri . Yang di sebelah pembangkang beria-ia mahu Akta Hasutan dimansuhkan di sebelah penyokong kerajaan pula nak ia dikekalkan . Bila baru-baru ini PM buat kenyataan bahawa Akta Hasutan yang sedia ada ni akan tetap dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Harmoni seperti yang pernah dinyatakan beliau pada tahun 2012 , maka berbondong-bondonglah mereka di kalangan penyokong kerajaan mengecam kenyataan itu walaupun tak tahu apa isi kandungan Akta Harmoni yang akan menggantikan Akta Hasutan.

Sebelum aku meneruskan coretan ini, aku ajak para pembaca meneliti semula petikan ucapan berikut yang dibuat oleh pemimpin pembangkang seperti yang dipetik dari portal milik DAP , Roketkini . Artikel bertajuk "  Akta Hasutan: Najib atasi rekod 22 tahun ‘zaman gelap’ Dr Mahathir" antaranya memetik kenyataan Lim Kit Siang



"Menurutnya lagi, berbanding enam tahun pentadbiran Najib, sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kerana akta berkenaan, iaitu Lim Guan Eng."

sumber : http://www.roketkini.com/2014/08/28/akta-hasutan-najib-atasi-rekod-22-tahun-zaman-gelap-dr-mahathir/

Kenyataan yang dibuat di atas mengakui bahawa pada zaman Najib , Akta Hasutan lebih banyak digunakan terhadap ahli parlimen berbanding zaman Tun.M . Selain artikel di atas, banyak lagi artikel2 lain yang pertikaian Najib kerana Akta Hasutan yang digunakan sekarang untuk tujuan pendakwaan makin menjadi-jadi . Selain ahli parlimen , pensyarah fakulti undang2 UM , Azmi Shahrom dan penulis Malaysiakini, Susan Loone turut didakwa di bawah Akta yang sama.

Jadi secara logiknya sekarang kita boleh nampak Akta Hasutan ni dah aktif digunakan untuk mendakwa individu-individu yang berpotensi mencetuskan kekacauan dan pada masa yang sama Najib mengulangi pendirian bahawa Akta Hasutan akan dihapuskan . Cuba kita fikir kejap, kalau Akta Hasutan nak dihapuskan dan nak digantikan dengan akta lain yang kononnya lebih 'bertoleransi' , pendakwaan terhadap individu-individu ini sebenarnya tak perlu tapi kenapa Akta Hasutan ini digunakan secara agresif sekarang ? Pendapat aku lah, ini tak lain dan tak bukan nak bagi 'signal' Akta Harmoni yang akan diperkenalkan tak kurang lebih macam Akta Hasutan dan mungkin lebih 'strict'

Seperti yang kita tahu, Akta Hasutan digubal pada tahun 1948 , dipinda pada tahun 2006 . Senario 2006 dan 2014 berbeza . 'Style' orang sekarang menghasut bukan saja di ceramah2, tabloid, majalah,,tetapi ramai yang galak menghasut di media sosial . Tahun 2006, berapa ramai yang pakai Facebook, Twitter. Blog berbanding tahun 2014 ? Konsep 'viral' dalam masa yang amat singkat wujud di era sekarang , tak sama macam tahun 2006 dulu . Kalau rajin lah, cuba belek kembali Akta Hasutan yang dipinda pada tahun 2006 , tidak ada perincian mengenai hasutan di laman sosial . Apa yang ada , hanyalah isi kandungan yang umum mengenai penerbitan berbaur hasutan yang boleh saja di 'spin' oleh peguam-peguam si penghasut .

Satu lagi point, melalui Akta Hasutan yang sedia ada bagaimana Mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk menghentikan pengedaran bahan2 berbentuk hasutan di media sosial seperti yang tertera di Perkara 10 dalam Akta Hasutan ? Apabila hasutan dalam media sosial dah jadi 'viral' adalah agak mustahil untuk mana-mana pihak menyekat hal sedemikian . Jadi seperti yang terkandung dalam ucapan Najib pada tahun 2012 , Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Harmoni yang memberikan lebih perincian terutamanya dalam hal-hal yang dinyatakan ini , selari dengan perkembangan teknologi dalam sebaran media.

Antara petikan ucapan Najib pada tahun 2012 yang menyentuh mengenai Akta Harmoni ;

"Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. "

Jelas sekali apa yang dinyatakan adalah lebih kurang dengan Akta Hasutan yang sedia ada cuma Akta Harmoni akan digubal menjadi lebih spesifik atau terperinci dan bukan bersifat umum seperti Akta Hasutan , kita tahu kalau sesuatu perkara itu bersifat umum , maka mudah untuk peguam menggunakan alasan teknikal mengenepikan pertuduhan terhadap si penghasut. Dan akhir kalam, janganlah mudah melompat sebab penggubalan Akta Harmoni yang akan menggantikan Akta Hasutan akan mengambilkira perkara2 berikut seperti yang dinyatakan Najib dalam satu wawancara,

"Perdana menteri berkata, kerajaan akan memastikan bahawa peruntukan akta baharu itu akan mengekalkan tiga prinsip utama dalam menangani perbuatan yang mendatangkan kebencian dan penghinaan kepada institusi dan peruntukan perlembagaan sedia ada.

Katanya, prinsip pertama merujuk kepada soal menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perbuatan yang tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

"Kedua, bagi menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan dalam negara," katanya.

Najib berkata, prinsip ketiga pula merujuk kepada soal menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoal apa-apa perkara mengenai hak taraf kedudukan keistimewaan kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 153, 151 dan 181 Perlembagaan Persekutuan."

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-akta-keharmonian-nasional-tidak-jejas-kuasa-kerajaan-jaga-perpaduan#sthash.JIkF45pD.dpuf

Senang cerita , Akta Hasutan dan Akta Harmoni adalah sama , cuma Akta Harmoni lebih diperincikan untuk selaraskan dengan perkembangan teknologi penyebaran elemen-elemen hasutan/

Thursday, September 4, 2014

Penyakit U-Turn PAS Berulang Lagi, PKR dah Berjangkit !

Keputusan kepimpinan tertinggi PAS mengenai Menteri Besar Selangor makin memeningkan kepala ramai pihak .Kalau sebelum ini banyak benar U-turn yang dibuat PAS dalam keputusan mereka mengenai MB Selangor . Hari ini perkara yang serupa berlaku lagi . The Star Online hari ini dalam satu artikel mereka yang bertajuk "Hadi wants Selangor MB Post for PAS" menyatakan bahawa 3 nama pemimpin PAS Selangor yang diserahkan ialah   Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.



Rujuk artikel Star Online disini : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/09/04/Selangor-MB-crisis-Hadi-MB-post/

Walau bagaimanapun, selepas berita itu tersiar , Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata laporan yang dikeluarkan oleh Star Online itu tidak tepak kerana cadangan ketiga-tiga nama itu telah dibatalkan . Kenyataan Mustafa itu disiarkan oleh portal online RakyatNews . Artikel berkenaan boleh dirujuk di sini : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140904228722/politik/pencalonan-tiga-exco-pas-sebagai-mb-dibatalkan



Pada masa yang sama Mustafa enggan mengulas mengenai senarai calon yang dinamakan PAS pada pihak istana Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan , PKR semalam telah menerima surat dari istana yang meminta parti itu supaya mengemukakan lebih daripada 3 nama calon MB setelah gagal berbuat demikian . Dalam satu respon Setiausaha Agung PKR , Saifuddin Nasution telah mengedarkan kenyataan media mengenai surat yang diterima oleh istana itu tetapi menarik kembali kenyataan tersebut selepas 20 minit kemudian. Hal ini diwar-warkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel beliau kepada pelbagai agensi media.

Komen aku, nampak banyak sangat U-turn yang dibuat oleh PAS kebelakangan ni dalam isu MB Selangor . Semalam PKR pun dah terkena jangkit U-turn PAS bila tarik balik kenyataan media yang dibuat. Yang kita boleh nampak sekarang, dalam PAS ada perbalahan sesama sendiri mengenai pendirian dalam isu MB Selangor, puak Erdogan atau pro-Anwar dalam PAS cukup kuat mendesak Presiden PAS . Bukan dalam PAS aja ada isu ni, dalam PKR pun ada tetapi PKR dengan cara kuku besi mereka terus pecat ahli-ahli yang melawan Ketua Umum . Pelik juga kenapa PAS tak berani buat perkara yang sama ?

Wednesday, September 3, 2014

"Trending" Rasis, Biadap, dan Menghasut Makin Menjadi

Kebelakangan ni banyak betul kenyataan-kenyataan berbaur hasutan di keluarkan , samada dalam bentuk perkauman atau keagamaan . Ada juga hasutan yang dibuat sampai nak keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia . Mereka yang menghasut ni buat kenyataan seolah-olah majoriti rakyat sokong dengan apa yang dibuat mereka , walhal dalam realiti yang bersuara ni hanyalah segelintir kecil tapi disebabkan 'lantang' nampak lah macam ramai . Orang Penang kata , dok buat ramai...


Contoh terkini pasal PPS di Pulau Pinang , setelah sekian lama bermaharajalela, akhirnya anggota2 pertubuhan haram itu telah diangkut polis dan disumbat dalam lokap. Kalau dulu polis tak buat apa2 tindakan terhadap pertubuhan ni walaupun ada ahlinya yang mencederakan orang awam beberapa tahun lepas, dan seorang lagi orang awam dicederakan baru-baru ini hingga menimbulkan kekecohan di kalangan kaum Cina sendiri . Persatuan akhbar Cina di Pulau Pinang dikatakan mengkritik keras PPS dengan mengaitkan penglibatan kongsi gelap dalam PPS.

Dari siasatan polis, memang benar ada ahli-ahli PPS itu mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk membunuh ! Walaupun begitu, manusia-manusia 'liberal' dalam negara ini seolah-olah membutakan mata mereka dengan perkara2 ini . Kerajaan dituduh zalim kononnya tak menghormati hak asasi manusia, hak bersuara dan sebagainya . Portal-portal pro-pembangkang juga dilihat terus menghasut rakyat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan liberal beberapa individu. Mereka tak ramai, cuma mereka pandai buat bising dan bangkitkan amarah orang ramai dengan fakta-fakta tak betul.



Tindakan yang dibuat KPN mengheret beberapa pemimpin pembangkang ke mahkamah di bawah Akta Hasutan amatlah bertepatan , dan ia seharusnya di lakukan secara berterusan . Kita tengok walaupun dah diheret ke mahkamah di bawah Akta Hasutan ini, pemimpin2 ini masih lagi angkuh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina sistem perundangan di negara ini . Itu cerita di Semenanjung Malaysia, di Sabah Sarawak pula kita tahu ada kumpulan yang didalangi individu2 tertentu dari Semenanjung untuk pisahkan kedua-dua negeri itu dari Malaysia . Kita tahu tujuannya adalah untuk melemahkan kerajaan yang ada pada hari ini. Mudah bagi mereka untuk menggerakkan agenda2 lain apabila Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia



Sekali lagi, mereka ini kumpulan kecil tapi terancang dan ada hubung kait antara satu sama lain.. masing2 mempunyai peranan. Media, jurucakap, 'funder' dan penyokong . Kita harap polis terus menggerakkan usaha bagi menyekat elemen-elemen hasutan ini terus berleluasa . Ramai lagi rakyat yang punya pandangan berbeza dari kumpulan-kumpulan kecil ini . Bimbang jikalau perkara sebegini berterusan akan menyebabkan pertelagahan antara kumpulan. Kita juga harap Akta Hasutan dikekalkan atau akta baru yang digubal bersifat lebih tegas , juga supaya ISA dikembalikan atau gunakan SOSMA secara efektif. Perkembangan terbaru dalam negara menunjukkan perlakuan-perlakuan biadap dan melampau makin menjadi-jadi!