Thursday, August 28, 2014

Buat Report Polis Lagi Ke?


Aku tak faham bahasa Inggeris, malas nak guna Google translate. Tapi bila aku tengok gambar2 screen capture kat bawah ni buat aku rasa panas hati . Siapa pulak nak buat report polis lepas ni? Siapa pulak nak ludah lepas ni? Lepas tu apa? Orang melayu, bumiputera tolonglah buang kejap prejudis politik tu . Yang nak jadi liberal boleh pi mampos dan melingkop!









Tuesday, August 26, 2014

Khalid Samad Diludah Selepas Keluar Mahkamah

Sekumpulan pemuda Melayu dikatakan meludah Khalid Samad selepas beliau keluar dari mahkamah . Perbuatan itu dilakukan selepas beliau mengaku identiti diri bila ditanya salah seorang pemuda Melayu itu .



Menurut portal Malaysiakini yang melaporkan insiden itu ;

“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.

“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.

sumber lain : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140826223442/politik/khalid-samad-kena-serang-diludah-di-luar-mahkamah

Komen aku , padan muka ... lain kali kalau nak bercakap biar berlapik . Khalid datang menumpang di negeri orang tapi berlagak macam negeri Selangor ni dia yang punya . Tahniah anak Melayu , masih ada yang berani bertindak terhadap pengkhianat2 macam ni .

Khalid Samad Mungkin Masuk Jel 3 Tahun Kalau Didapati Bersalah

MP Shah Alam , Khalid Samad yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atas beliau . MP Shah Alam itu dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) berkaitan isu rampasan Bible yang dicetak dalam bahasa Melayu . Khalid sebelum ini membuat kenyataan bahawa kerajaan Selangor seharusnya mempertimbangkan untuk mengubah undang-undang yang menyatakan bidang kuasa MAIS.


Mahkamah telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 . Sekiranya didapati bersalah Khalid boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun atau denda sebanyak RM5.000 atau kedua-duanya sekali. Bersama-sama Khalid hari ini di mahkamah ialah Presiden BERSIH , Ambiga, Timbalan Presiden PAS , Mat Sabu dan AJK PAS Pusat , Dr. Hatta Ramli. Perbicaraan akan disambung pada 22 September 2014.



Sebenarnya, ramai yang dah tertanya-tanya kenapa masih tidak ada tindakan dari pihak berkuasa sejak kenyataan berunsur hasutan itu dibuat oleh Khalid Samad . Disebabkan tidak ada tindakan , Khalid punya 'statement' makin berapi-api . Baru-baru ini dia buat keluarkan satu lagi kenyataan umum katanya Sultan sepatutnya tak boleh diberikan kuasa untuk membuat kata putus berkenaan perlantikan MB. Untuk selamatkan diri sendiri Khalid kata itu pendapat yang dibuat oleh Netizen. Aku rasa 'statement' yang dibuat oleh Khalid Samad ini pun boleh menyebabkan dia dikenakan satu lagi pertuduhan.


Apa pun, kita harap lepas ni kalau iye pun nak jadi 'vokal' dan kononnya nak jadi 'popular' di kalangan bukan Melayu , ini bukan caranya . Khalid duduk menumpang di negeri Selangor, bukan anak jati Selangor tapi diberikan peluang untuk bertanding jawatan MP di Selangor , masih berani nak kacau hal ehwal negeri Selangor . Sepatutnya orang macam ni di-nyahkan dari Selangor . Bila datang bertandang tempat orang tak reti nak hormat orang . Sekarang padan muka , pemimpin-pemimpin tertinggi PAS pun malas nak campur .

Mat Sabu yang datang bagi sokongan pun kita tahu jenis kepala otak liberal dalam PAS , penyokong tegar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng jadi tak hairan lah tu. Kalau jenis pemimpin yang betul-betul disanjung dalam PAS , dah tentu ramai pemimpin2 tertinggi PAS yang datang bagi sokongan . Si Khalid Samad yang mendokong perjuangan Ambiga ,Anwar dan seangkatan pun mungkin dah jadi objek yang dibenci oleh ahli-ahli PAS peringkat akar umbi sendiri . Terkenal dengan perangai angkuh dan bongkaknya, mungkin unit-unit amal PAS pun naik meluat benar dengan si 'erdoganis' ni.





Monday, August 25, 2014

Anwar Pening , PAS Buat Hal Lagi ...

Dalam keyakinan tinggi kononnya komponen-komponen parti dalam Pakatan Rakyat sehati dan sejiwa . Kenyataan PAS hari ini sekali lagi menggusarkan 5 serangkai dalam PKR iaitu Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Safuddin Nasution . Keputusan mesyuarat PAS tempoh hari yang mencadangkan 2 nama untuk menjadi MB Selangor yang baru iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali tampak konsisten, walaupun dikatakan sebelum ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah PAS akan bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah selepas Azmin Ali secara jelas menolak pencalonan yang dibuat oleh PAS itu.


Biasalah, orang politik memang banyak helah mereka . Mungkin PAS meletakkan 2 nama calon MB untuk menimbulkan suasana tegang dalam PKR yang diketahui sekarang mempunyai beberapa kem, dan kem Azmin Ali di lihat semakin berpengaruh. Ini bukan soal kepimpinan tertinggi , ini soal sokongan ahli-ahli biasa dalam kem berkenaan . Pemimpin tertinggi seperti biasa akan 'playsafe' , yang di bawah ni lah yang akan buat bising . Senang cerita tengok je semasa persidangan PKR , mungkin dah tak tahan dengan bunyi2 dari akar umbi PKR yang persoalkan nepotisma , Rafizi Ramli minta siapa  yang tak setuju boleh keluar dari PKR dan cari parti lain.

Selepas PAS mengumumkan 2 nama calon MB itu, PKR di bawah telunjuk Anwar tidak kurang cerdiknya . Maka tak mustahil Azmin didesak untuk menyatakan bahawa beliau tak nak jadi MB , walhal sebelum ni kita tengok dia punya cara memang berharap sangat nak jadi MB . Mungkin kerana masih rasa ada hormat terhadap Pak Sheikh maka Azmin terpaksa melupakan cita-cita beliau itu . Hangpa masih ingat gambar di mana Anwar seolah-olah tengah maki Azmin Ali ? Itu boleh jadi dia punya 'klu' . Kumpulan-kumpulan Anwarinas dalam PAS , macam Mat Sabu, Khalid Samad dan beberapa orang lagi dah tentu jadi macam cacing kepanasan dalam PAS sendiri .Kelebihannya , dalam AJK PAS Pusat ramai yang dah jadi Anwarinas walhal ahli-ahli biasa PAS yang dibawah ni dah berbakul mengutuk Anwar dan PKR.


Hari ni , PAS sekali lagi bikin cerita , mula-mula sokong lepas tu tak sokong, lepas tu sokong balik .. .lepas tu tak sokong . Ramai yang pening , jadi U turn berkali-kali ni bukan sebab apa , puncanya geng2 Anwarinas dan geng2 Ulamak dalam PAS mungkin ada pandangan berbeza . Sekarang bukan dalam PKR je ada kem Anwar , dalam PAS pun ada jugak kem Anwar . Geng-geng Anwarinas dalam PAS ni tak berani keluar parti PAS walau perjuangan depa dah tak selari dengan agenda PAS ditubuhkan sebabnya jawatan . Ye lah kalau masuk PKR depa kena bersaing dengan nama-nama yang dah gah dalam PKR. Rugi beb..

Apa pun Setiausaha Agung PAS , Mustafa Ali umumkan hari ni bahawa 13 lagi ADUN PAS takkan tandatangan apa-apa dokumen untuk sokong Wan Azizah . Perkembangan terbaru ini pasti memeningkan lagi kepala ketua umum , Anwar Ibrahim dan ketua dedah , Rafizi Ramli .  Sebelum ni ada beberapa pemimpin PR berkata kalau ada PRN , parti yang paling rugi ialah PAS sebab akan makin kurang sokongan terutama dari pengundi Cina , dan pemimpin2 PR (PKR dan DAP) ini berkata kalau buat PRN sekali lagi pun mereka tak heran sebab akan dapat lebih banyak kerusi DUN. PAS dibuat seolah-olah menumpang populariti PKR dan DAP . Apa pun nasihat aku pada UMNO, tak payah masuk campur dan jadi je pemerhati , tengok je 'wayang' kerajaan PR yang dipilih oleh orang-orang Selangor ni.


Rafizi Pandang Rendah Kritikan Ahli PKR



Rafizi Ramli baru-baru ni nampaknya buat kenyataan angkuh lagi. Kalau dulu dia punya angkuh boleh kita lihat dengan mereka yang punya pandangan politik yang berbeza, kini dengan ahli parti sendiri pun dia kasi hamtam.

Dengan berbekalkan kemenangan tipis untuk dapat jawatan Naib Presiden PKR selepas beberapa bulan undi dikira, Rafizi buat kenyataan kalau siapa yang kritik dan tak suka dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti itu boleh meninggalkan parti itu.

Berbeza dengan UMNO, sejak dulu lagi kepimpinan tertinggi parti bebas dihentam oleh mana2 ahli dari yang tak ada jawatan hingga yang berjawatan tinggi . Tapi mereka yang mengkritik ni tak pulak disuruh tinggalkan parti seperti mana yang dibuat oleh Rafizi ni.

Boleh jadi kenyataan Rafizi dibuat atas sebab percaya suara akar umbi dalam PKR masih kuat menyokong beliau, tapi kalau benar kuat kenapa hanya mampu dapat keputusan cukup makan utk jawatan Naib Presiden yang baru dimenangi tu? Kalau cukup kuat kena bermasalah di Kemaman?

Harapnya selepas ni ahli-ahli PKR buka mata dan nilaikan taraf anda pada pandangan pemimpin anda macam si Rafizi Ramli ni. Bila dah ada kenyataan seperti tu dibuat maksudnya nilai anda tak dipandang sangat oleh pemimpin. Hanya diperguna untuk berdemo dan berguling atas jalanraya saja.

Wednesday, August 20, 2014

Lu Kena Ikut Cakap Gua Kalau Tak Nak Kena Cantas

Aku baca komen2 dalam posting lepas, bukan main ramai hentam kata bodoh le, bangang la , apa la sebab pertahankan Najib. OK ni aku nak habaq sikit ;


Pertama, aku respek Tun sebagai negarawan, sama seperti aku respek Perdana Menteri yang lain. 

Kedua, Tun berhak mengkritik atau menegur Perdana Menteri , sama seperti bekas2 Presiden UMNO yang lain mengkritik Tun semasa beliau jadi Perdana Menteri.

Ketiga, kritikan Tun kepada Najib tak sekeras yang berlaku pada Pak Lah kerana Tun tahu Najib masih melakukan kerja dengan baik cuma tak mengikut acuan atau kehendak Tun. Kenaikan harga minyak dan barang2 lain pada zaman Najib masih terkawal. Sebab tu tak ada desakan melampau dari rakyat atau pemimpin UMNO sendiri minta Najib letak jawatan seperti yang berlaku semasa zaman Pak Lah.


Keempat, semasa akhir2 zaman Tun memerintah. Penggunaan internet masih di peringkat awal, pun begitu peranan email berantai pada ketika itu amat penting sehingga berlaku Reformasi untuk bebaskan Anwar. Masa tu banyak sokongan Melayu dah beralih dari BN. Tun sendiri mengaku orang Cina yang selamatkan BN untuk terus memerintah. Siapa yang olah sempadan kawasan pilihanraya pada ketika itu hingga memungkinkan BN menang dengan sokongan orang Cina?

Kelima, kalau pada zaman Tun yang mana hanya dengan email berantai gerakan Reformasi wujud dan menyebabkan kerajaan BN goyah hingga terpaksa diselamatkan pengundi Cina. Apa pulak kalau nak dibandingkan dgn keadaan sekarang dimana penggunaan internet lebih maju? Dengan Facebook, Tiwtter dan Whatsapp? Persepsi lebih mudah disebarkan, bukan macam zaman dulu kandungan bahan yang nak disebarkan pada umum ditapis.


Keenam, pada pendokong2 yang kononnya punyai semangat jati diri Melayu yang tinggi dan salahkan Najib kononnya tak jaga Melayu. Ingat balik apa yang Tun pernah kata dulu? Sampai bila orang Melayu nak bertongkat ? Itu Tun yang kata bukan Najib yang kata, pun begitu Najib tetap perkenalkan dasar2 yang terus bagi tongkat pada orang Melayu, jangan malas..cuba Google kalau apa aku tulis ni hanya auta semata.

Ketujuh, di zaman PM Najib Razak, ramai Melayu dah tak macam Melayu. Melayu dah berpecah belah pada macam2 peringkat. Ada Melayu UMNO, Melayu DAP, Melayu PKR dan Melayu PAS. Keempat fraksi Melayu ini bergocoh sesama sendiri bila tak bersetuju dalam sesuatu isu tengok saja Melayu PKR dan Melayu PAS bergaduh sebab isu MB Selangor. 


Kelapan, BN menang sebab Melayu sokong UMNO? Memang betul, tapi kalau tak kerana pertolongan dari Sabah dan Sarawak dah lama bungkus. Jangan perasanlah, cuba fikir lagi 5 tahun    adakah pola pengundian Melayu masih sama bila generasi2 lama digantikan dengan baru? Kita jangan lupa antara parti yang dapat sokongan ramai orang muda Melayu ialah PKR dan PAS . Dan orang2 muda ini bukan jenis lemau macam yang sokong UMNO/BN . Tengok saja SAMM dan Unit Amal PAS, macam mana diaorg mobilize orang2 kalau ada perhimpunan2 haram? Ini bukan pasal soal perhimpunan haram atau tidak, ini soal macam mana semangat ditiupkan dalam diri orang2 muda ni. Ada diantara mereka ni tak kisah tongkat yang didambakan Melayu2 UMNO ni dibuang. Sebelah kita pulak berapa kerat je yang ada semangat macam ni contohnya saudara Razlan . KP UMNO WP , yang lain cuma berdegar degar jadi keyboard warrior itu tak betul ini tak betul, 

Kesembilan, Lu buat apa? Pergi turun ground lahh , melancap syok sendiri depan komputer , ipad , android pun tak guna. Berdegar degar kat kedai kopi, restoran2 mamak cakap orang itu orang ini tak betul. Tak puas hati dengan satu cantas satu, lama2 lu sendiri yang naik. Bukan aku nak kata apa, kote pemimpin parti lawan yang terjulur dan tersebar luas di merata tempat pun orang masih terus sokong demi kelangsungan parti. Najib tak adalah sampai tahap macam tu tapi dah ada puak2 dalam parti sendiri cuna buat onar. Pergi mampos lah dengan puak2 yang kononnya  perasan bijak, kononnya kalau tak ikut cakap hangpa UMNO akan bungkus. Deyyy, UMNO dah memang hampir bungkus sebab ada golongan yang fikir hanya depa saja betul . Apa depa cakap kena ikut. Kalau tak ikut depa akan hasut orang gulingkan Presiden. Kalau Presiden  baru naik tak ikut cakap depa akan buat benda yang sama jugak. Cehhh lancunlahh

Kesepuluh, nak berhujah bidas apa yang aku tulis ni biar berfakta. Jangan tulis kosong macam orang bodoh. Menulis sebab..."dengar khabar..bla bla bla" ,that is seriously bullshit. Compare Apple to Apple bukan Apple to Banana . Last but not least don't bloody divert the issue.


Monday, August 18, 2014

Buat Ayahanda Tun Dr. Mahathir

Penulis hormat Tun Dr.Mahathir sebagai antara pemimpin yang paling penulis sanjungi, malah Tun adalah idola penulis sejak dulu lagi. 

Teguran Tun terhadap PM baru2 ini boleh dikatakan agak keras, cuma penulis pasti teguran yang dibuat itu mungkin terlepas beberapa pertimbangan2 tertentu.

Membandingkan cabaran politik,ekonomi dan sosial yang dihadapi pada zaman Tun dan DS Najib adalah agak tidak adil memandangkan terdapat perbezaan 'suasana' dalam 3 elemen yang penulis nyatakan sebelum ini.

Perbedaan elemen2 ini telah dihuraikan dalam satu mesej berikut untuk sama2 kita renungkan;



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahnda Tun kerana sudi untuk memberikan padangan, kritikan dan teguran kepada pemerintahan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

Ybhg Tun,

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju apabila Ayahnda Tun meletakkan kesalahan kepada DS Najib atas keputusan buruk pada pilihanraya umum ke 13 yang lalu. Bagi saya, tidak adil jika menyalahkan DS Najib semata-mata. Beliau mewarisi kepimpinan negara dan parti ketika pembangkang cukup kuat. 

Pada zaman Tun, pembangkang cumalah serpihan kecil di Parlimen berbanding dengan sekarang ini. Mereka mempunyai berpuluh kerusi dan BN tidak lagi memiliki 2/3 majoriti. Ketika zaman Tun juga, pembangkang cuma memiliki 2 buah negeri, yakni Terengganu dan Kelantan berbanding sebelum PRU13, mereka menguasai 4 buah negeri dan dua daripanya adalah antara negeri terkaya di Malaysia. 

Saya sendiri sebagai seorang pemerhati politik (yang pernah juga bersama pembangkang) tidak meletakkan harapan yang tinggi ketika PRU lepas, pada perkiraan saya keputusan mungkin lebih buruk. Alhamudlillah, mungkin kerana DS Najib kita mampu untuk terus bertahan sebagai kerajaan. 

Sewaktu pemerintahan Ayahnda Tun, kerajaan dan parti mempunyai kekuatan media yang cukup hebat. Segala media arus perdana boleh digunakan bagi tujuan penerangan program-program kerajaan dan menahan tohmahan pihak pembangkang. Tetapi pada hari ini, media arus perdana bukanlah lagi medium utama untuk rakyat mencari maklumat. Mereka lebih bergantung kepada media-media sosial dan internet yang mana kerajaan tidak mempunyai kuasa atau peruntukan undang-undang untuk mengawal/menapis sebaran di media sosial yang lebih meluas dan laju. 

Tun seharusnya lebih arif bahawa kebencian yang menular di kalangan rakyat pada kerajaan Barisan Nasional pada hari ini bukanlah disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan. Tetapi kerana fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan dan pemimpin. Lumrah manusia, menyebarkan fitnah adalah lebih seronok dan mudah dari menyebarkan kebenaran. Begitu juga mempercayainya. 

Maka fitnah ini dibantu dengan medium penyebaran yang lebih cepat dan berkesan seperti media sosial. Untuk pengetahuan Tun, mereka juga telah berjaya mempengaruhi majoriti rakyat untuk mengatakan bahawa segala beban pada Malaysia hari ini adalah kerana dasar-dasar yang Tun laksanakan. (Boleh semak ratusan komen di Msian Insider mengenai kritikan Tun terhadap DS Najib)

Ybhg Tun, 

Saya juga antara orang yang tidak bersetuju ketika kerajaan memansuhkan ISA dan Akta Buang Daerah, terutama apabila kes jenayah meningkat begitu tinggi. Tetapi pada hari ini saya juga terkejut apabila Tun masih membangkitkan isu ini, bukankah kita telah menemui jalan penyelesaian dengan adanya akta baru dan operasi-operasi anti jenayah secara besar-besaran seperti Ops Cantas 1 & 2? Yang mana kita dapat melihat solusi ini cukup berkesan. Malah kita telah membuktikan pada dunia bahawa kita mampu hapuskan undang-undang ‘drakonian’ ini tetapi pada masa yang sama mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Bukankah ini satu kejayaan yang patut dibanggakan?

Saya tidak merasakan DS Najib tunduk dengan permintaan pihak lawan, tetapi ianya lebih merupakan satu pendekatan baru untuk rakyat.

Tun juga menyentuh soal gaji minima. Oleh kerana saya mempunyai sebuah kilang maka saya adalah antara orang yang terkesan dengan dasar kerajaan menaikkan gaji minima (RM900) ini. Tetapi saya rasa ianya satu dasar baru yang adil memandangkan ini bukanlah lagi tahun 90’an, nasi lemak cuma 30 sen. Saya sebagai seorang pemilik kilang sendiri kasihan dengan operator-operator kilang tempatan yang membuat kerja berat tetapi dibayar gaji yang rendah. Saya dengan hati terbuka mengikut saranan kerajaan untuk memberikan gaji minima kepada mereka. 

Apa yang saya lihat sebelum ini, tauke-tauke kilang yang membuat untung ratusan ribu malahan jutaan ringgit setahun masih lagi memerah keringat anak-anak tempatan siang dan malam dengan gaji yang tidak sepadan. Maka, wajarlah kerajaan membela golongan majoriti pekerja ini daripada memelihara tauke-tauke yang sudah senang lenang dengan untung. 

Ayahnda Tun,

Saya merasakan kita lebih beruntung apabila cara DS Najib melayan negara-negara jiran dengan lebih lembut dan santun. Kita ambil iktibar sewaktu Sabah di serang, oleh kerana hubungan baik dan santun kita dengan kerajaan Filipina, maka mereka telah bertindak untuk membantu kita dan bukannya menambahkan lagi masalah atau melakukan sabotaj. Mungkin kita nampak lemah, tapi saya percaya atas kesantunan yang tinggi ini pada satu hari ianya memberikan pulangan lebih besar pada negara. 

Mungkin keranan kesantunan dan kemesraan DS Najib dengan negara luar ini membuatkan ramai yang selesa untuk berunding dengan Malaysia. Termasuklah ketua pemberontak di Ukraine! 

Saya merasakan DS Najib telah melakukan kerja yang baik dalam menguruskan negara. Cuma keadaan tidak memihak kepada beliau, maka tidak adil untuk kita menyalahkan DS Najib. Mungkin jika pemimpin lain, BN dan kerajaan sudah menjadi sejarah pada PRU yang lepas. 

DS Najib mampu menarik golongan anak muda Melayu untuk kembali bersama kerajaan, DS Najib juga dilihat telah dapat menghapuskan monopoli 2-3 kerat tauke-tauke besar yang membolot kekayaan negara. Jika dahulu Anwar menggunakan modal bahawa 2-3 tauke ini merupakan kroni kerajaan, kita perhatikan hari ini beliau tidak lagi mengulangi tuduhan yang sama dalam ceramahnya. Nampaknya, kerajaan hari ini tidak lagi terpalit dengan tuduhan dikuasai oleh tauke-tauke ini. Alhamdulillah. 

Ayahnda Tun,

Kami rakyat Malaysia sangat sayangkan pemimpin kami termasuklah Ayahnda Tun, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib. Harapan kami adalah pemimpin-pemimpin terbilang seperti Tun dapat memberikan kerjasama yang baik pada kerajaan. Mungkin ada pendapat Tun yang tidak diambil kira, tetapi saya rasa Tun sendiri faham bahawa untuk menyelesaikan sesuatu perkara terdapat banyak jalan. Sepertimana nak masuk dalam rumah, kita boleh masuk ikut pintu depan, pintu tepi atau pintu belakang. Mungkin secara kebiasaanya kita masuk pintu depan tetapi jika ada bayi yang tidur di ruang depan, maka wajarlah kita masuk melalui pintu lain untuk mengelakkan bayi itu terjaga. Tun mempunyai padangan, DS Najib juga begitu. Kami percaya walaupun caranya berbeza, jangkamasanya berlainan, tetapi objektifnya tetap sama.

Sekian,
Muhammad,
Ahli UMNO.


Waran Tangkap Ke Atas N Surendran

Dipetik dari mesej yang tersebar, kalau benar. Memang padan muka N Surendran. Sebelum ni pun dah ada laporan polis dibuat terhadap N Surendran kerana hina mahkamah oleh GERAM tapi takde apa2 tindakan. Apa pun berita hari ni menunjukkan badan penguatkuasaan kita memang menyiasat dalam senyap. Emm pasal buku Rafizi yang lebih kurang menghina mahkamah pulak bila agaknya ya?

Makluman Media: Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap YB N Surendran, peguam DS Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Fitnah 2. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah Jln Duta esok, Selasa 19hb Ogos jam 9pg di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yg melibatkan DS Najib Razak.

---

Press Alert: Police have issued a warrant of arrest against N Surendran, Anwar Ibrahim's lawyer in Fitnah 2 Appeal. Surendran will be charged tomorrow, Tues 19/8, 9am for Sedition at Jalan Duta court for stating that Anwar's sodomy 2 charge is a political conspiracy involving Najib Razak.

Thursday, August 14, 2014

SULTAN SELANGOR DIDESAK JANGAN CAMPUR TANGAN OLEH NGO BANGSAT

Aku tau , baca je tajuk korang yang masih ada jati diri sebagai orang Melayu , Islam dan rakyat Selangor yang menghormati undang-undang tubuh kerajaan Selangor mesti panas hati . Aku yang menumpang di Selangor ni pun panas hati juga bila baca gesaan NGO-NGO ni . Rasa menyampah meluat dan jijik. Paling jijik bila tengok ketua yang mewakili semua NGO-NGO ini orang Islam berketurunan Melayu . Entah mana sikap hormat pada Sultan Selangor . Kepala otak terlalu liberal hingga sanggup dipergunakan oleh puak-puak yang ada di belakang beliau . Korang tengok je gambar kat bawah , seribu satu kemungkinan dan jawapan dah ada .

Apa ke bodoh NGO-NGO ni semua ? Tak boleh ke seorang Sultan buat keputusan di sebuah negeri yang turun temurun ditadbir beliau ,malah sejak sebelum merdeka lagi . Sejak zaman negeri Selangor ni dibuka ? Buta sejarah , buta adab . Demi kepentingan individu tertentu , simbol pemerintahan Melayu di negeri Selangor ini diperlekehkan ! Ingat ya , Selangor adalah negeri yang ber-Sultan , negeri Selangor bukan macam negeri-negeri Selat , Melaka , Pulau Pinang dan Singapore yang mana negeri-negeri ini juga satu ketika dulu dibawah pemerintahan Sultan sebelum dirampas penjajah ! Pemikiran generasi baru mula diterapkan untuk memperlekehkan institusi Sultan dan Raja , jangan sampai negeri-negeri yang masih ada Sultan ini jadi macam Melaka, Pulau Pinang dan Singapore bila di 'rampas' oleh penjajah alaf baru !

Penulis harap NGO-NGO yang menyokong Sultan Selangor tak kiralah samada NGO Melayu atau bukan Melayu bersatu , bersoladiriti, buat kenyataan media , mengecam tindakan biadap NGO-NGO bangsat yang memperlekehkan peranan Sultan . Penulis harap mulai saat artikel ni diterbitkan , NGO-NGO yang menyokong peranan Sultan dalam kerajaan negeri Selangor bersatu kecam tindakan NGO-NGO di atas . Harap dapat mulakan gerakan ini dengan segera dan buat kenyataan media bidas tindakan biadap mereka tu . Kita tak peduli sebenarnya mengenai kemelut Menteri Besar Selangor , itu masalah yang dicipta oleh Pakatan Rakyat sendiri , tapi bila dah mula biadap terhadap institusi kesultanan, kita patut bersoladiriti pertahankan Sultan .

rujukan artikel rakyatnews : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140814217472/ekslusif/sultan-didesak-tidak-campuri-urusan-kerajaan-selangor



KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diminta agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Teo Beng Hock Trust For Democracy, Faisal Mustaffa berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai pemilihan pucuk pimpinan negeri itu tidak seharusnya menerima campurtangan dari Sultan Selangor.

"Kita mohon agar Sultan Selangor untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan keputusan mengenai pemilihan pucuk pimpinan kerajaan  negeri," katanya pada sidang media 'Kembalikan Selangorku' A Black Ribbon Campaign di sini, hari ini.

Beliau yang juga Koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim meletakkan jawatan selepas memberhentikan lima exco negeri itu.

"Kami terkejut dengan pemecatan lima orang exco negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dibuat oleh beliau (Khalid Ibrahim).

"Keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu tidak demokratik ia betul-betul menghina pengundi di Selangor," ujarnya.

Dalam pada itu Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal disetiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada PR.

Wan Azizah 'Presiden' Baru PAS

Akhirnya puak-puak 'anwarinas' dalam PAS dah menyerlahkan diri . Kalau sebelum ini kita hanya dengan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maideen dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoalkan tindakan Presiden PAS menyokong Khalid Ibrahim. Hari ini 2 orang ADUN PAS iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin menunjukkan kesetiaan mereka kepada Presiden PKR , Wan Azizah berbanding Presiden PAS sendiri . Tahniah aku ucapkan kepada PAS kerana dapat 'Presiden' baru .


Dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ADUN PAS ini , maka Wan Azizah mendapat 30 sokongan ADUN berbanding Khalid hanya 26. Mungkin selepas ini DUN akan dibubarkan ? atau mungkin Khalid ambil langkah untuk mengalah ? Cuma mesyuarat 17hb akan datang ni kita jangkakan Presiden dan Mursyidul AM mungkin akan dihenyak dan dibantai teruk oleh golongan-golongan Anwarinas dalam PAS . Selamat membuat keputusan :)

Dari rakyatnews.my

http://www.rakyatnews.my/index.php/20140814217382/politik/azizah-umum-majoriti-adun-selangor-tentang-khalid

"Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan penuh majoriti ADUN Selangor untuk menjadikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Azizah, jumlah majoriti tersebut selepas mengambil kira dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar."

Wednesday, August 13, 2014

Khalid Move musnahkan Kajang Move - Zainuddin Maidin

Khalid Move musnahkan Kajang Move

SUATU persefahaman tersirat selama ini antara Pas dan UMNO ialah; kedua-duanya tidak dapat menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM). Penolakan UMNO kerana dia seorang homoseksual telah lama diketahui umum tetapi penolakan Pas hanya baru diketahui sekarang.

Krisis dalam Pakatan Rakyat yang berpunca daripada Khalid Move membantah penyingkirannya sebagai Menteri Besar (MB) telah membuka pandora box yang mendedahkan pekung dan paling menggemparkan sekali ialah Pas tidak bersetuju Anwar menjadi PM malah sedia menerima bekas pemimpin besar UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini adalah antara lain rahsia dalaman yang didedahkan oleh Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam interviu dengan wartawan The Sunday Star, Shahanaaz Habib yang perlu dibaca oleh semua peminat politik tanah air. Di antara yang didedahkan ialah:

Sebulan sebelum Pilihan Raya Umum 2013, Pas menemui pemimpin-pemimpin PKR dan memberitahu mereka tidak setuju Anwar sebagai PM kerajaan Pakatan Rakyat, walhal sejak enam tahun sebelumnya telah bersama dengan PKR dalam majlis-majlis ceramah di atas pentas yang sama.

Kegagalan mendapat persetujuan ini menyebabkan Pakatan Rakyat hanya dapat mengumumkan pembahagian kerusi dan tidak bakal PM.

Dalam masa sama, Pas juga menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk bertanding sebagai calon Pas untuk menjadi PM. Ini adalah gelombang yang tidak diketahui rakyat dalam masa Pilihan Raya Umum 2013.

Sekarang barulah saya tersedar rupa-rupanya poster gergasi Pakatan Rakyat gambar besar Anwar sebagai PM dalam Pilihan Raya 2013 sebenarnya tidak direstui Pas (saya melihatnya di Tikam Batu, Kedah).

Bagaimanapun sekiranya PR menang, maka PKR boleh mendakwa poster gergasi itu membantu kemenangannya, kerana Anwar dijanjikan sebagai PM. Dengan itu DAP dan PKR boleh memaksa Pas menerima Anwar sebagai PM.

Dalam masa sama, suara Pas Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah memperkecilkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mempromosikan bahawa beliau hanya mahu menjadi nelayan.

Anwar memang memandang rendah Abdul Hadi kerana tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sewajarnya sekarang, rakyat terutama orang Pas insaf dan sedar bahawa kasih sayang yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Anwar hanyalah kasih palsu semata iaitu "di depan cakap lain, di belakang cakap lain," kata Saifuddin. Kasih sayang itu hanya atas persefahaman antara Nik Abdul Aziz dan Anwar untuk membalas dendam pada UMNO.

Tetapi Allah maha kuasa, Khalid Move telah mendedahkan nilai yang sama antara Pas dan UMNO, iaitu tidak dapat menerima Anwar dari segi moral untuk menjadi PM, menolak homoseksual sebagai pemimpin tertinggi negara. Jika bukan kerana ini, apalagi sehingga sanggup menerima Tengku Razaleigh dari UMNO untuk jadi PM.

Maka itu Kajang Move atau "Langkah Kajang" diperlukan sebagai strategi Anwar untuk menjadi PM kerana sekiranya boleh menjadi Menteri Besar maka tidak ada alasan lagi atau tidak logik bagi Pas untuk menolaknya sebagai PM.

Maka itu jugalah Kajang Move tidak dirundingkan lebih dahulu dengan Pas kerana seperti kata Saifuddin kepada The Sunday Star - "So when people ask why we didn't seek consensus,tell me how we can do that because you can't even agree on Anwar as the choice for PM".

Semoga Khalid Move yang mendedahkan persetujuan dan persamaan nilai dalam perkara moral antara Pas dan UMNO ini, akan membuka laluan yang lebih besar bagi kerjasama kedua parti itu di masa akan datang yang tidak seharusnya dititik beratkan atas soal Melayu dan Islam tetapi atas kepentingan moral dan integriti rakyat Malaysia berbagai kaum dan agama.

Dalam pada itu, saya mengangkat topi pada saudara Saifuddin kerana bercakap secara terus terang mendedahkan masalah dalaman PR khususnya mengenai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim demi untuk mengawal kemusnahan (Damage Control) lebih besar, kerana percaya jika Abdul Khalid terus menjadi MB maka Pakatan Rakyat pasti akan kalah.

Pada peringkat ini Khalid Move telah pun memusnahkan Kajang Move dan membawa malapetaka yang besar kepada PR.

Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas Menteri

Penerangan.

Oleh Zainuddin Maidin

Saturday, August 9, 2014

Minggu Saman : Lepas Chegu Bard dan Lim Guan Eng , Khalid Ibrahim Ibrahim Ikut Serta

Makin rumit .. makin pelik dan makin kelakar krisis yang berlaku sekarang , dah terlalu banyak belitnya sampai ramai orang naik 'confuse' . Blog The Unspinner mendedahkan sebentar tadi Pengerusi Lembaga Disiplin PKR dapat surat lawyer dari peguam Khalid .

Gambar dari The Unspinners ;




Hahaha , sekarang musim saman-saman je , semalam Chegubard dikatakan saman Hadi Awang , hari ni Khalid pulak surat lawyer . Sebelum tu Lim Guan Eng nak saman Nasaruddin . 

Hmmm fikir sendirilah




Friday, August 8, 2014

Kes Khalid Ibrahim PKR Nak Cepat , Kes Anwar Ibrahim PKR Nak Tangguh...

Salam Jumaat semua ... aku baru je lepas baca surat balasaan MB Selangor , Khalid Ibrahim atas notis tunjuk sebab yang diserahkan Lembaga Disiplin PKR kepada beliau . Surat tu dah tersebar secara meluas kat media sosial , jadi aku saja tampalkan dalam blog ni untuk jadi rujukan pada masa akan datang . Yea lah ... manusia mudah lupa kan ? Dalam isi kandungan surat , Khalid Ibrahim minta ditangguhkan perbicaraan Lembaga Disiplin PKR yang sepatutnya di adakan pada hari ini . Khalid kata dia sebagai MB banyak lagi kerja-kerja lain nak buat .

Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah dalam memberi alasan untuk menangguhkan tarikh perbicaraan ke tarikh 15hb Ogos akan datang ni , Khalid tak lupa kasi satu 'smash' dekat Anwar Ibrahim . Halus je dia punya sindiran tapi makan dalammm wooo . Khalid kata kenapa perlu tergesa-gesa nak masuk perbicaraan ni ? Situasi yang dia hadapi sekarang tak ubah macam situasi yang Anwar kena dengan Mahkamah Rayuan dalam kes liwat beliau .

Ini lah hipokrasi PKR , kalau depa nak hantam orang lain takde masalah . Disuruhnya orang masuk perbicaraan Lembaga Disiplin dengan tergesa-gesa . Ceritanya mudah ... senang depa pecat , dan senang depa jalankan rancangan jahat yang seterusnya. Tapi dalam cerita kes liwat pulak , hang pa tengok sendiri lah berapa banyak kali depa dok mintak tunda . Konspirasi ke hulu , konspirasi ke hilir . Apa yang depa dok buat kat Khalid Ibrahim ni bukan konspirasi ka ? Ptuiii..







Wednesday, August 6, 2014

Mat Sabu : Anwar Lebih Ganas Dari Mahathir

Sempena perbalahan PAS - PKR yang semakin hangat diperkatakan hari ini , aku tak nak menambahkan rencah dan perisa atau orang kata jadi batu api dengan penulisan-penulisan yang mungkin membuatkan mereka di sana menjadi lagi sakit hati... jadi posting hari ni aku nak letak gambar-gambar je . Harap pembaca budiman semua terhibur , dan mungkin bagi yang kenal Mat Sabu tolong 'forward' artikel bergambar ni kat dia . Klik imej-imej di bawah ni untuk besarkan supaya baca tulisan ittew..







SPRM Perlu Siasat Status 'Surat' dari Pejabat Setiausaha Agung PKR Cuba Rasuah Khalid Ibrahim

Mohon SPRM/Polis atau agensi2 berkaitan siasat samada surat ni tulin atau palsu . Aku dapat ni pun kat laman Facebook je , jangan siasat aku dah ler sebab siarkan sebab benda ni dah tersebar di media sosial yaaa... Apa pun kalau surat ni tulen , boleh kah dianggap tawaran-tawaran terhadap MB Selangor , Khalid Ibrahim tu semacam rasuah ??? Yea lah , siap dinyatakan lagi kalau terima tawaran segala salah guna kuasa oleh Menteri Besar itu akan di 'kowtim' kan oleh PKR . Aku nampak tu macam rasuah , korang tak rasa tu macam rasuah ? Saifuddin Nasution cuba merasuah ke ? Buat MB Selangor , Khalid Ibrahim .. kalau benar terima surat sebegini dan memang surat ni tulen , elok lah buat laporan SPRM dengan segera .


Monday, August 4, 2014

Saifuddin Nasution Guna Modal Blogger & UMNO Selangor untuk Bedal Khalid


Dari petikan portal Rakyatnews.com ;

"Dalam perkara yang berkaitan dengan rundingan penyelesaian hutang iaitu bersama Bank Islam yang telah menimbulkan beberapa keraguan terhadap integriti menteri besar.

"Kita mengesan beberapa pengumuman urus niaga membabitkan nilai jutaan ringgit yang Eco World dan Tan Sri Rashid Mahaf menguntungkan selepas penyelesaian bersama bank itu," 

Kalau korang ingat cerita pasal hutang Khalid dengan Bank Islam dah lama blogger2 dan pengguna media sosial mainkan , sejak 2008-2009 kalau tak silap aku . Masa tengah panas pasal cerita hutang Khalid tu apa strategis-strategis PKR buat ? Takkan buta kan mata je sebab masa tu korang semua masih 'geng' ? Dulu aku pernah dengar ceramah Hannah Yeoh dari DAP yang bukan main lagi lambung dan puji Khalid Ibrahim ni melangit kononnya dia sebagai MB yang bijak hebat dan segalanya..sekarang apa sudah jadi ??

http://www.malaysiakini.com/news/125579

Cerita pasal Eco World pulak dah dibangkitkan oleh Noh Omar , April 2014 . Dah dibangkitkan keraguan masa tu , tapi apa juak-juak PKR yang lain buat ? Dok senyap ja ? Hari ni Saifuddin Nasution , orang luar Selangor yang dijemput masuk dalam pentadbiran Selangor akhirnya dah tunjuk taring ... orang yang dijemput masuk ni lah yang 'tikam' Khalid Ibrahim balik . Katanya Khalid ada masalah integriti dan salah guna kuasa . Bukan sebelum ni bermatian-matian ke depa protect Khalid bila ada macam-macam pendedahan dibuat ?

http://www.umno-online.my/?p=104312

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/28/Your-call-Tropicana-Developer-has-right-to-decide-on-accelerated-payment-for-Selangor-land/

Ini lah PKR , bila depa dah tak nak seseorang tu , modal musuh pun depa boleh guna balik untuk menjatuhkan orang berkenaan. Depa punya spin punya lah dahsyat...nak bagi Khalid nampak jahat padahal depa lah dulu yang dok jadi tukang sanjung. Kalau dah tahu cerita salah guna kuasa ni , kenapa sekarang baru nak dedahkan ? Patut dari dulu lagi , patut Exco-exco yang lain pun tahu cerita ni. Pasal apa depa senyap ? Konon kerajaan Selangor berintegriti dan sebagainya tapi bila 'geng' sendiri yang terkena batang hidung buat tak tahu pulak ? Apa cerita SELCAT ?

Saturday, August 2, 2014

Lagi Hasil Kajian 'Sampah' Professor Kangkung PR

Bukan lah aku nak memandang rendah sangat bidang Sains Sosial ni, tetapi boleh dikatakan kalau nak senang dapat Degree, Master atau PhD ambil lah jurusan Sains Sosial ni. Bidang Sains Sosial ni lebih kepada pemerhatian dan kajian kelompok sosial sesebuah masyarakat. 

Tak ada yang betul dan tak ada yang salah sebab sosio budaya masyarakat sentiasa berubah mengikut zaman. Orang yang tak ada latar belakang pendidikan dalam bidang Sains Sosial boleh saja berdebat dengan mana2 Professor Sains Sosial mengenai isu sosial sesebuah kelompok masyarakat, malah individu yang hidup dalam kelompok sosial sesebuah masyarakat lebih faham keadaan sosial maayarakat itu berbanding mana2 pensyarah Sains Sosial. 

Sebab tu aku lebih respek kajian Professor Matematik, Sains, Kejuruteraan,Ekonomi dan Perubatan berbanding Professor2 dalam bidang2 subjektif ni sebab kajian mereka lebih logik dgn menggunakan data2 yang lebih "reliable" . Kaedah kajian juga diterangkan dengan jelas menggunakan kaedah2 statistik. 

Aku pun dulu masa belajar buat juga kajian melibatkan data, guna numerical analisis (orang sains sosial tak belajar benda ni)data yang sikit tak boleh bagi keputusan yang tepat. Jangan cuba nak perbodoh orang ramai dengan hasil kajian sampah tu...

Tulisan dibawah adalah pandangan seorang rakan blogger mengenai satu lagi hasil ujikaji sampah dari pensyarah akademik Sains Sosial, kalau dulu kita dimomokkan dengan hasil2 kajian sampah dari UMCEDEL yang digunakan untuk mempopularkan Anwar, sekarang seorang lagi pensyarah dari Malaysia Timur cuba buat perkara yang lebih kurang sama. Lepas diselidiki, rupa-rupanya si penganalisis adalah Penasihat Institut Rakyat yang merupakan perkakas Anwar Ibrahim. 


dari rakan blogger cetusan kenyalang..


Hanya bermodalkan 100 orang respondan atas talian (online), seorang pensyarah UNIMAS di Fakulti Sains Sosial, Prof Dr Andrew Aeria boleh membuat kesimpulan bahawa 72 peratus rakyat Sarawak bersetuju untuk Sarawak keluar Malaysia.

Hebat sungguh Andrew Aeria ini kerana hanya dengan sampel 100 orang responden atas talian sudah boleh menggambarkan majoriti rakyat Sarawak bersetuju untuk keluar Malaysia.

Bagaimana, seorang pensyarah yang bertaraf Profesor boleh menggunapakai sampeling 100 orang bagi mewakili lebih 2 juta rakyat Sarawak dalam mengandaikan keputusan mahu keluar Malaysia?


Di manakah letaknya taraf akademik Profesor itu yang seolah-olah cuba untuk memberikan gambaran buruk terhadap golongan setarafnya di universiti?

Biarpun mengetahui terdapat pensyarah di universiti tempatan di Malaysia yang cenderung menyokong pembangkang, tetapi dengan kajian yang berat sebelah dan tidak memenuhi piawaian akademik maka ia tidak boleh mewakili suara rakyat Sarawak.

Seperti biasa, kajian Andrew Aeria ini telah mendapat perhatian portal pembangkang The Malaysia Insider yang telah disiarkan pada 1 Ogos dengan tajuk 'Straw Poll Gives Peek Into Restive Feeling In Sabah dan Sarawak'.


Melihat kepada latar belakang Andrew Aeria ini yang cenderung kepada pembangkang dengan menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi PKR dan Pakatan Rakyat.

1. Penasihat Institut Rakyat yang diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

2. Salah seorang pemimpin dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aliran yang menyokong hak kemanusiaan dan sejagat (memperjuangkan hak pesalah ISA)

3. Pemimpin NGO Aliran merupakan sebahagian daripada pemimpin NGO Negaraku yang dipimpin Datuk S. Ambiga yang pernah mengetuai Perhimpunan Haram BERSIH.


Maka, dengan itu tidak hairanlah sekiranya pensyarah UNIMAS itu membuat analisis dengan mempersoalkan kenapa rakyat Sarawak masih mahu menyokong BN Sarawak sedangkan BN itu merupakan sebahagian daripada BN Pusat dengan merujuk kepada keputusan rakyat Sarawak yang mahu keluar dari Malaysia.

Nama Najib Razak Disebut Dalam Sidang Kongres US



Ahli kongres Amerika Syarikat, Faleomavaega dari American Samoa dalam satu ucapannya pada 24 Julai yang lepas telah memuji diplomasi yang digunakan oleh PM Malaysia, Najib Razak dengan pihak pemisah di Ukraine. 



Beliau berucap semasa sidang kongres dan ucapan itu telah dimuatnaik di laman web http://capitolwords.org. Dalam ucapan itu beliau berkata Najib telah meletakkan satu standard diplomasi di peringkat antarabangsa apabila secara peribadi terlibat dalam rundingab dengan pihak pemisah di Ukraine bagi menuntut mayat dan kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak.

Berikut ialah teks ucapan asal yang diekstrak dari laman web capitolwords.org

Del. Eni F. H. Faleomavaega

Mr. Speaker, I rise today to commend Prime Minister Najib Razak of Malaysia for his leadership in negotiating the release of the remains of the victims killed in the downing of flight MH17 in eastern Ukraine.

Prime Minister Najib held a series of secret talks with the separatists to broker an agreement for the return of the bodies and the promise of safe passage for recovery teams going to the crash site. He also secured the return of the black boxes of flight MH17 so that a full investigation may ensue.

Prime Minister Najib's personal involvement in the negotiations sets the standard for diplomacy around the world. I commend Prime Minister Najib for not leaving negotiations to aides.

Some matters in life are sacred, and I am pleased that Prime Minister Najib recognized this situation as such. I thank him for setting aside politics for a higher purpose--to return the bodies of fathers, mothers, brothers, sisters, sons and daughters to the families who lost and loved them. I praise him for doing what others would not or could not.

My thoughts and prayers are with all those who have been affected by this tragedy. After a full and fair investigation, I am hopeful that those responsible will be held accountable.

Friday, August 1, 2014

Dr. Zuhdi Jawab Rafizi Ramli, Anthony Loke, Tony Pua

Mohd Zuhdi Marzuki, The Malaysian Insider

Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang ‘Pertembungan Peradaban’ (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut.

Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan.

Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama.

Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim.

Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan ‘Islam and Confucianism’.

Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut.

Berikutan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas).

Kurikulum Titas ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.

Ketika Titas mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks Titas berkaitan dengan ‘Pengenalan kepada Peradaban’ dan Bab Terakhir berkaitan dengan ‘Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini’.

Harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme.

Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum Titas ini seterusnya menyarankan Titas tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus Titas ini?

Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum Titas di seluruh negara.

Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar Titas dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan.

Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.

Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selebriti politik. Saya hanya seorang akademik yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme.

Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertas kerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif.

Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan ‘Madani’ itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban.

Semenjak saya berperanan sebagai penyumbang fikiran kepada orang politik, saya pernah beberapa kali duduk sepentas dengan Rafizi Ramli. Saya pernah duduk sepentas dengan beliau dalam wacana sumbang saran penyediaan budget kerajaan negeri Selangor beberapa tahun lalu.

Kami diminta membincangkan tajuk bagaimana memperkasakan demokrasi di Selangor. Dalam wacana itu, saya sekali lagi menyebut tentang kepentingan peranan Masyarakat Madani sebagai rakan kongsi kepada kerajaan negeri ke arah mencapai sebuah pemerintahan yang bertatakelola baik (good governance).

Selain daripada itu, saya membangkitkan sekali lagi tentang kepentingan berdialog ke arah mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum yang harmoni dan terhindar dari sikap perkauman yang melampau.

Sebelum puasa yang lalu, saya berkesempatan pula duduk sepentas dengan Anthony Loke dalam satu program anjuran WADAH Negeri Johor, dan kebetulan saya diminta untuk bercakap soal perpaduan.

Saya bercakap di hadapan Anthony Loke sendiri, bahawa Islam sama sekali tidak membenarkan sikap perkauman sebaliknya saling berdialog (bertaaruf) antara satu sama lain.

Saya menegaskan pendirian saya, bahawa sekolah-sekolah vernakular yang merupakan satu institusi membentuk jatidiri kaum masing-masing tidak boleh ditutup sebaliknya diperkasakan.

Setiap kaum tidak boleh dihakis jati diri mereka sebagaimana pendekatan banyak negara yang menghakis jatidiri kaum atau etnik demi membentuk satu identiti bangsa. Di atas pentas itu, saya menyebut pendekatan Islam dalam perpaduan ialah bersatu dalam kepelbagaian, justeru tidak boleh menghakis jaatidiri sesebuah kaum yang sebenarnya juga anugerah dari Allah.

Mereka yang pernah mengenali saya, pernah menjadi anak murid saya dan pernah bersama di atas pentas, saya yakin dapat mengenali pendirian saya yang konsisten tentang Agenda Dialog, iaitu mencari titik-titik persamaan antara peradaban dan saling menghormati titik-titik perbezaan yang ada.

Rakan-rakan media sosial saya di Facebook dapat mengetahui bagaimana pendirian saya ketika muncul isu berkaitan dengan kalimah suci nama Allah. Saya konsisten mempertahankan pendirian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bahawa dalam sesebuah pemerintahan Islam orang bukan Islam tidak boleh dihalang menggunakan kalimah Allah atas prinsip “Lakum Dinukum Wa Li Yadin”, selama mana penggunaan itu tidak bertujuan penghinaan.

Artikel saya dalam Facebook tentang isu kalimah suci nama Allah turut dikongsi banyak pihak di samping juga diterbitkan dalam portal akhbar maya. Saya yakin rakan-rakan dalam PKR dan DAP mengetahui pendirian saya tentang perkara itu.

Saya juga beberapa kali membela DAP yang dituduh sebagai punca Tragedi 13 Mei dan juga dicop sebagai small brother PAP Singapura. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA menjelang PRU 13 yang lalu, saya dijemput menjadi ahli panel bersama rakan saya Dr Mazlee malik (UIA), Dr Yusri Mohamad (Pembela) dan Tun Faisal Ismail (Umno), dan soalan-soalan yang sedemikian turut ditanya.

Saya menjawab bagi pihak DAP dengan memberikan hujah-hujah membersihkan nama parti itu sebagai punca Tragedi 13 Mei dan small brother kepada PAP.

Klip video yang memuatkan jawapan saya tentang tuduhan terhadap DAP ini sudah lama dimuatnaik oleh pihak pengajur dalam laman YouTube.

Jelasnya, saya yakin mereka yang mengenali saya, anak-anak murid saya dan yang pernah duduk sepentas dengan saya mengetahui pendirian saya tentang isu kalimah Allah dan sikap saya terhadap DAP.

Malang sekali, apabila bocornya Printscreen WhatsApp AJK PAS Pusat, sebahagian rakan kenalan saya, segelintir anak-anak murid saya dan mereka yang pernah duduk sepentas dengan saya seperti Rafizi Ramli dan Anthony Loke dengan pantas menghukum saya sebagai racis atau ekstremis.

Saya bukan ahli politik dan jauh sekali sebagai selebriti politik yang memilih kenyataan media untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu, malah saya tidak berminat pun nama saya dipopularkan di akhbar sepertimana diidamkan oleh kebanyakan ahli politik yang lain.

Saya juga tidak boleh mendedahkan keseluruhan perbincangan dalam WhatsApp itu yang disimpan oleh sahabat saya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, sehingga menurut beliau jika dicetak atas kertas A4 dengan font bersaiz 12, perbincangan itu memakan 115 mukasurat. Kalaulah saya boleh mendedahkan kesemua 115 mukasurat itu, saya yakin kesemua mereka dapat memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam printscreen yang dibocorkan itu.

Saya menjelaskan beberapa kali bahawa perenggan-perenggan yang dibocorkan itu tidak mewakili pendirian dan sikap saya.

Ketika saya mengemukakan analisis senario tersebut, ada ahli-ahli perbincangan menegur saya tentang pemilihan bahasa yang kasar, lalu saya jelaskan bahawa bahasa yang saya pilih itu bukan mewakili pendirian dan sikap saya sebaliknya perkataan-perkataan yang akan dihamburkan oleh pihak-pihak dalam PAS yang selama ini tidak berpuashati terhadap DAP dan lain-lain isu yang mereka merasakan sepertu dikunci mulut untuk bersuara, sedangkan sebelum ini mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan sedemikian.

Kalaulah saya boleh bocorkan printscreen yang berkaitan dengan jawapan saya itu, saya yakin ramai akan memahami apa yang saya ingin sampaikan.

Malangnya, akhlak mengikat kita untuk membocorkan perbincangan sulit sesama ahli kumpulan WhatsApp, meskipun ada segelintir yang sewenang-wenangnya melakukan pembocoran tersebut.

Sewaktu perbincangan tentang usul keluar PR di dalam kumpulan WhatsApp itu, unsurnya bercampur-campur, sekejap humor, sekejap provok, sekejap sindir dan kadangkala tegang.

Sewaktu perbincangan ada ahli perbincangan yang menyebut, memang segelintir ahli PAS akan lega bila PAS keluar dari PR sebab selama ini mereka begitu marah dengan DAP dan lain-lain, terutama dalam isu nama Allah dan serbuan gereja.

Seperti yang dimaklumi PAS ambil tindakan disiplin kepada beberapa orang seperti ini, tetapi masih ada ahli PAS yang masih bersikap marah kepada DAP dan lain-lain pihak berkaitan.

Apabila saya buat analisis senario apa berlaku kalau PAS keluar PR, maka saya sebut tentang kemungkinan yang boleh berlaku di Selangor.

Pada perenggan kedua saya sebut secara imaginatif dan berbentuk sarcasm (sindiran) perkataan yang akan dihamburkan oleh ahli-ahli PAS yang selama ini memendam kemarahan kepada DAP dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan isu nama Allah, isu murtad dan seumpamanya.

Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya, sebab saya tidak berada dalam senarai yang ahli-ahli perbincangan yang menyokong keluar PR.

Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu.

Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur-unsur imaginatif dan sarcasm tersebut, melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor.

Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.

Saya ingin menegaskan, bahawa saya tiada cita-cita politik yang tinggi sepertimana ahli-ahli politik, melainkan hanya sekadar menyumbang fikiran supaya politik Malaysia membawa kepada keharmonian kaum dan persaingan demokrasi yang sihat.

Saya melihat ‘Kajang Move’ sebagai langkah yang tidak memenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan orang-orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan kerajaan negeri seperti mudahnya menukar pakaian.

Ahli-ahli politik perlu menyedari bahawa jawatan MB itu bukan sekadar hak parti, tetapi ada hubungannya dengan hak Istana yang memperkenankan perlantikan seseorang dan hak rakyat Selangor yang memberi mandat bukan hanya berdasarkan kepartian.

Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak dapat mengerti pendirian dan sikap saya tentang isu perkauman dan memahami apakah ‘game’ sebenar pihak pembocor printscreen tersebut.