Wednesday, July 30, 2014

PKR Tak Kenang Budi, Luahan Rasa Bekas Setpol Ustaz Azizan Tersebar

Berikut adalah satu luahan yang dikatakan datang dari bekas Setiausaha Politik Allahyarham Ustaz Azizan, bekas MB Kedah yang tersebar di laman media sosial yang merupakan respon dari sindiran-sindiran sinikal yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin PKR terhadap kepimpinan PAS baru-baru ini;

"Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? 

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang. 

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! 

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat... 

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana? 

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya. 

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! 

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka? 

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini? 

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect... 

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! 

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam... 

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB! 

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu? 

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat. 

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. 

Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

Sanusi eX Setpol Ust Azizan"

Tuesday, July 29, 2014

Latheefa Koya Balun PAS dan Nik Aziz?

Sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140729210142/politik/isu-mb-selangor-perang-latheefa-koya-dengan-pas



KUALA LUMPUR 29 Julai - Ketua Biro Hal Ehwal guaman Parti Keadilan Rakyat, Latheefa Koya kebelakangan ini dilihat kerap menghentam Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di dalam Facebook dan Twitter milik beliau. 

Kenyataan-kenyataan berbentuk sindiran turut dikeluarkan kepada mereka yang secara terbuka menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim.

Hal ini bermula apabila Ketua Umum PKR secara terbuka telah menyatakan bahawa isteri beliau Wan Azizah akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Anwar seolah-olah telah memberi isyarat awal apabila melaksanakan "Langkah Kajang" dengan meletakkan isteri beliau sebagai calon DUN Kajang yang sengaja dikosongkan demi melaksanakan agenda ini.

Latheefa Koya merupakan antara kepimpinan PKR yang dilihat kuat menyokong "Langkah Kajang" ini.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau di laman Facebook dan Twitter boleh dikatakan agak angkuh dan bongkak apabila menyindir secara sinis rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan beliau dalam soal penggantian Menteri Besar baru ini terutama dari PAS.

Latheefa kerap berkongsi tweet pengguna twitter dengan nama akaun lawyers4liberty yang banyak mengeluarkan tweet seolah-olah memperbodohkab rakan kongsi Pakatan iaitu PAS.

Terbaru, Latheefa secara sinikal menulis tweet yang menyindir kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am , Nik Aziz mengeluarkan kenyataan menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dalam tweetnya beliau menulis;

" @LatheefaKoya: kalau nak suruh follow kapten wahai tok guru - kapten ialah @anwaribrahim "

Beberapa tweet lain yang tertera di akaun twitter milik beliau juga cuba memperlihatkan PAS tidak lagi relevan dalam PR kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS adalah mirip UMNO. Antara tweet yang tertera seperti yang dikongai Latheefa Koya ;

"@lawyers4liberty: bagi Pas, Umno ni bagaikan kekasih lama yg tak boleh dilupai walaupun ditipu berkali2."

" @lawyers4liberty: Kalau Pas/ Adun Sgor nak jatuhkan Sgor & kembali ke Umno - silakan. Lebih baik rakyat tau sekarang sebelum PRU akan datang."

Melalui media pro-pembangkang, beberapa artikel ditulis seolah-olah pengguna-pengguna media sosial menghentam PAS apabila mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. PAS seperti ditakut-takutkan atau dalam erti kata lain diugut secara tidak langsung kononnya rakyat takkan menyokong mereka lagi sekiranya mereka terus tetap dengan pendirian dalam kemelut MB Selangor ini.

PAS turut diperlekehkan seolah-olah tidak menyumbang kepada kemenangan Pakatan di Selangor sedangkan parti itu memenangi kerusi yang sama banyak dengan DAP, sebaliknya PKR yang memenangi kerusi paling sedikit cuba mencatur kepimpinan negeri Selangor.

Untuk rekod, Latheefa Koya pernah menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas PRU-12 tetapi telah meletak jawatan pada 2012, beliau sebelum itu dikatakan akan disingkirkan dari jawatan berkenaan apabila timbul beberapa isu antaranya seperti yang pernah ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Latheefa menggunakan kedudukan sebagai Ahli Majlis MBSJ untuk memperkayakan firma guaman Daim & Gamany, milik bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Latheefa Koya.


Wednesday, July 23, 2014

MH17 : PM Buktikan Rakyat & Negara Lebih Utama Dari Segalanya

Selamat hari jadi yang ke 61 Datuk Seri Najib. Diharapkan tabah dan terus cekal dalam mengemudi negara ini di sebalik pelbagai krisis yang menimpa kebelakangan ini. 



Di sebalik 'report card' yang cemerlang dalam memacu ekonomi negara, insiden-insiden besar seperti pencerobohan Sulu, kehilangan MH370 dan MH17 yang sebenarnya menjadi medan ujian kepada kepimpinan Najib.

Kejayaan rundingan dengan kumpulan pemisah Ukraine semalam, Najib membuktikan kemampuan beliau dalam memimpin negara. Walaupun begitu, insiden MH17 yang berlaku ini ternyata memberikan tekanan yg hebat pada Najib. 

Jarang sekali kita melihat lensa kamera dapat merakam wajah Najib yang begitu sugul. Pun begitu, hasil dari kejayaan rundingan semalam, rakyat Malaysia perlu tahu PM telah memberikan sepenuh tumpuan dalam menghadapi krisis ini. 

Dalam satu kenyataan yang dibuat isteri PM, Datin Seri Rosmah berkata sejak insiden MH17 berlaku, PM memberi tumpuan penuh pada kerja sehinggakan tidak bercakap dengan beliau selama 3 hari. Walaupun begitu, sebagai isteri beliau memahami tugas dan tekanan yang dihadapi PM semasa insiden itu mula2 diketahui.

sumber : http://malaysiagazette.com/en/national/i-havent-spoken-my-husband-three-days-rosmah#axzz383aOICIi

Penulis harap rakyat terus berdiri teguh di belakang PM. Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku kini apabila seolah-olah ada 'konspirasi' di sebalik pelbagai insiden yang berlaku. Kita tidak mahu perpecahan yang berlaku di kalangan rakyat menyebabkan lebih mudah bagi musuh luar memperkotak katikan kita.




Tuesday, July 22, 2014

Kejayaan Diplomasi Najib dengan Pemisah Ukraine Mengejutkan Dunia

Dua hari sebelum ini, dunia dikejutkan dengan tindakan puak pemisah Ukraine yang menguasai lokasi pesawat MH17 terhempas apabila enggan bekerjasama dengan pihak siasatan antarabangsa untuk masuk ke lokasi berkenaan.


Kerajaan Ukraine dan Russia yang sebelum itu berjanji kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menguruskan kemasukan pasukan kecemasan ke lokasi berkenaan turut gagal berunding dengan puak pemisah apabila mayat2 yang bergelimpangan di lokasi pesawat itu terhempas terus dialihkan dan dibawa ke satu lokasi rahsia.

Perkembangan itu meresahkan banyak pihak terutamanya kaum keluarga mangsa yang berada di dalam pesawat MH17. Kotak hitam yang berada di dalam pesawat juga dipercayai turut dikeluarkan dan diambil oleh kumpulan pemisah. 


Kumpulan pemisah dilihat tidak terkesan dengan tekanan-tekanan yang diberikan oleh pihak antarabangsa, sebaliknya meneruskan operasi mengumpul mayat dan kotak hitam untuk dipindahkan ke satu lokasi rahsia.

Namun pada lewat semalam, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan satu sidang media khas pada lebih kurang pukul 12a.m (22 Julai 2014) , ramai yang menarik nafas lega apabila beliau menyatakan kerajaan Malaysia telah berunding dengan kumpulan pemisah dan mendapat persetujuan mereka untuk menyerahkan mayat mangsa yang telah dikumpul dan kotak hitam pesawat MH17.

Pengumuman yang dibuat Najib itu turut mendapat perhatian antarabangsa. Portal media dari Amerika Syarikat , The New York Time antaranya memetik seperti berikut;

Prime Minister Najib Razak’s announcement that his government had reached an agreement with pro-Russian separatists in eastern Ukraine, for the transfer of the bodies and so-called black boxes from Flight 17 to Malaysian representatives there, apparently achieved what pressure from far more powerful nations had failed to accomplish.

http://mobile.nytimes.com/2014/07/22/world/asia/malaysia-premier-brokers-deal-to-recover-black-boxes.html?_r=2

Petikan artikel di atas secara tidak langsung menunjukkan kebijaksanan diplomasi yang digunakan oleh Najib dalam menguruskan situasi ini adalah amat membanggakan apabila diplomasi dari pemimpin negara2 besar yang lain tidak dilayan oleh kumpulan pemisah Ukraine ini. 

Dalam rundingan bersama Alexender Barodai iaitu komander ketua pemisah di Donetsk, Ukraine, persetujuan telah dicapai untuk membawa mayat2 yang dikumpul ke bandar Kharkiv, Ukraine . Mayat2 itu akan diserahkan kepada wakil kerajaan Belanda dengan disaksikan 6 orang wakil dari Malaysia. Manakala 2 buah kotak hitam akan diserahkan kepada wakil kerajaan Malaysia di Donetsk.

Najib sebelum itu berkata  dalam tempoh beberapa hari sebelum itu ada ketika beliau ingin memberi kenyataan-kenyataan keras mengenai kejadian di Ukraine tetapi beliau memilih untuk melakukan segala kerja "senyap" supaya hasil yang diperoleh adalah lebih baik.

Mr. Najib said that at times over the past few days he had wanted to be more outspoken about events in Ukraine, “but sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome.”

Penulis berpendapat, mungkin Ini lah sebenarnya cara Najib bekerja, beliau tidak perlu beretorik seperti tin kosong apabila sesuatu isu itu berbangkit, segala perancangan di buat dengan senyap sehingga ianya membuahkan hasil yang lebih baik. 

Masalah kita di Malaysia ialah sebahagian rakyat lebih gemar dengan pemimpin yang kuat beretorik seperti tin kosong dan berjanji itu ini. Segala-galanya demi populariti . Sekarang terbukti, walaupun Najib dilihat banyak berdiam diri dalam isu-isu tertentu, namun sebenarnya ada gerakan-gerakan dan perancangan yang dilakukan secara senyap.

Friday, July 18, 2014

Putin call Najib sebab Rosmah suruh? Seriously?


Tersedak penulis bila baca tajuk artikel Malaysiakini kononnya Rosmah Mansor hantar pesan kat Presiden Russia untuk buat phone call kat Najib berhubung insiden pesawat MH17 yang dikatakan ditembak di ruang udara Ukraine. Tak pelik ke ? 

Apa power sangat ke Rosmah sampaikan Presiden Rusia iaitu ketua pada sebuah negara yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB kena dengar cakap dia? Macam mana portal Malaysiakini yang kononnya top boleh mencedok artikel dari tabloid berbahasa Cina Sinchew Daily yang entah kesahihannya tak dapat dipastikan.   

Tapi kan kalau ikut logik , takkan lah Presiden Russia takde akal sampai terpaksa tunggu arahan Rosmah untuk buat phone call pada PM . Bodoh la Malaysiakini, kalau ye pun nak jahanamkan imej Rosmah jangan tulis pick ip article2 sampah macam ni. Terserlah kebodohan editor yang benarkan artikel macam ni diterbitkan. 

Tak lama lagi boleh la keluar cerita pasal Rosmah call Obama suruh melutut kat Najib pula. What's next ? Rosmah arahkan Benjamin Netanyahu hentikan serangan atas Gaza? Makin lama makin pelik artikel2 spin nak menjatuhkan orang. 

Kalau ye pun bagi la masuk akal sikit. Prftt... Putin call Najib sebab Rosmah suruh??? Seriously???

Wednesday, July 16, 2014

Terus Angkuh, Bongkak dan Sinikal Selepas di Murkai Sultan Selangor

Kenyataan yang dibuat oleh Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam berkenaan isu rampasan Bible terjemahan Melayu yang diarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menimbulkan kemarahan orang Islam di negara ini . Khalid dalam satu sidang media di Parlimen yang turut di sertai dua MP Pakatan Rakyat (Dr. Mariah & Hanipa Maidin) pada 18 Jun 2014 antaranya berkata ;


“Kami ahli Parlimen PAS mengharapkan agar kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada MAIS dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berperlembagaan,”

“Harap tidak beri kuasa eksekutif kepada institusi raja kerana ia mungkin boleh cemarkan institusi itu sendiri.

“Kaji semula fungsi eksekutif supaya MAIS tidak akan celarukan pentadbiran Selangor atau rosakkan imej kesultanan Selangor,”

Kenyataan Khalid itu dibuat selepas kecewa dengan MAIS yang bertegas tidak akan memulangkan Bible terjemahan Melayu yang dirampas sebelum itu walaupun telah diarahkan kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran daripada kenyataan itu , beberapa NGO Melayu telah memberikan reaksi antaranya PERKASA yang mahukan Sultan Selangor mengarahkan supaya Bilble terjemahan Melayu yang dirampas sebelum itu agar dilupuskan. 


Selepas beberapa ketika kenyataan angkuh dan bongkak yang dibuat oleh Khalid Samad , Sultan Selangor dalam titah baginda semalam menganggap tindakan Khalid Samad itu biadap dengan institusi Kesultanan Selangor. Antara titah yang jelas menunjukkan kemurkaan beliau terhadap Khalid Samad adalah seperti berikut;

"Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor."

"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang."

"Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan Mais di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam."

Pun begitu, Khalid Samad dalam satu reaksi beliau dalam laman twitter seolah-olah masih cuba bersikap bongkak dan angkuh apabila menulis status twitter yang bernada sindiran atau sarcasm terhadap Sultan Selangor. Antaranya seperti berikut


"Jangan kerana hendak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah," 

"Doa Rasulullah (SAW) balik dari Taif setelah dilempar batu. "Asalkan Kamu tak murka terhadap ku, maka aku tak kisah," 

Penulis berpendapat elok lah Khalid Samad ni sedar diri , beliau bukan anak jati Selangor . Datang bertanding di Parlimen Selangor walaupun asal orang luar . Dah dapat kuasa, cuba tunjuk lagak memperlekehkan institusi yang dah wujud berzaman di Selangor . Lebih elok Khalid Samad letak jawatan sebagai MP Shah Alam dan balik ke negeri asal . Datang tempat orang, berlagak macam tempat sendiri. 


Sunday, July 13, 2014

Ancaman Pengganas di Perairan Sabah , Mungkinkah Kaedah Perangi Komunis Boleh Digunapakai ?

Kejadian yang meragut nyawa seorang anggota polis marin  di Pulau Mabul semalam mengejutkan negara . Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan keselamatan di perairan Sabah sejak berlakunya insiden pengganas di Lahad Datu , masih terdapat lagi ruang-ruang kosong yang membolehkan anasir-anasir jahat dari luar menggagu gugat keselamatan rakyat terutama di beberapa kawasan perairan di Sabah. Entah di mana silapnya , penulis tak berani nak komen sangat dengan soal strategi pertahanan negara kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, cuma kita perlu akui ia adalah satu tugas yang sukar bagi pihak polis dan tentera apabila terpaksa berhadapan dengan ancaman-ancaman berbentuk militan ini.


Penulis melihat kejadian-kejadian serangan dan penculikan bersenjata di Sabah mempunyai pergerakan yang hampir serupa seperti zaman komunis berleluasa di Malaysia . Kerajaan Malaysia mengambil masa yang agak lama untuk menghapuskan saki baki komunis di negara ini sehingga tahap terpaksa mengadakan rundingan . Semasa era komunis menentang kerajaan , mereka bergerak secara berkumpulan di dalam hutan dan pergerakan mereka sukar di kesan . Mereka juga menghantar pengintip2 di kawasan bandar dengan berpakaian serupa seperti orang awam. Melalui maklumat yang dihantar oleh pengintip-pengintip ini, tidak mustahil kumpulan-kumpulan komunis yang berada di dalam hutan dapat mengetahui pergerakan pihak berkuasa.

Secara relatifnya, ancaman pengganas di perairan Sabah dan ancaman komunis pada satu ketika dahulu mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa . Apa yang membezakan ialah ,pergerakan kumpulan ini di laut dan di hutan , namun penulis percaya modus operandi adalah serupa . Kalau dahulu ,helikopeter Nuri digunakan untuk menyekat pergerakan dan memerangi komunis , kita mungkin aset ketenteraan di kawasan laut perlu dipertingkatkan . Apa yang menjadi kebimbangan ialah , apabila ada saja ura-ura untuk membeli aset-aset ini, maka terdapat pelbagai bantahan yang kononnya pembelian aset ini hanya membazir wang rakyat. Namun apabila kejadian seperti semalam berlaku , ramai yang cuba menunding jadi pada pihak kerajaan .

Selain itu penulis berpendapat, mungkin sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menggunapakai semula kaedah yang pernah digunakan pada satu ketika dahulu dalam memerangi komunis dalam menghadapi ancaman pengganas2 di lautan Sabah kini. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam memerangi komunis di dalam hutan mungkin boleh diubahsuai untuk menghadapi pengganas2 di lautan Sabah ini. Seperti yang dinyatakan di atas, adalah wajar untuk aset polis dan tentera yang digunakan untuk berkawal di kawasan lautan di pertingkatkan selain bilangan anggota pasukan keselamatan yang berkawal perlu ditambah . Penduduk-penduduk setempat pula boleh memainkan peranan dengan diberi latihan keselamatan sekiranya penempatan mereka menghadapi ancaman .

Saturday, July 12, 2014

MKPN Tidak Ada Hak , Kata Akhir RUU Harmoni Nasional dari Kabinet - Najib Razak

Perdana Menteri, DS Najib yang mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu berkata Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948 . Kata akhir dalam penentuan penggantian RUU  itu adalah bergantung kepada Kabinet Malaysia.


Penulis percaya kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu secara jelas menunjukkan MKPN hanyalah sebuah badan penasihat kepada kerajaan mengenai dasar2 yang melibatkan penyatuan nasional . Kabinet yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kini tak akan menjadi bodoh seperti lembu dicucuk hidung sekiranya cadangan-cadangan yang diberikan oleh MKPN ini hanya merugikan BN. Soal yang berkaitan penggubalan RUU  Harmoni Nasional menggantikan Akta Hasutan 1948 sepatutnya dilihat pada skop yang lebih luas.

Cadangan-cadangan yang dibuat oleh MKPN untuk RUU Harmoni Nasional sekiranya memberi peluang untuk individu-individu tertentu secara terbuka membuat kenyataan berupa provokasi terhadap isu-isu sensitif seperti kaum, agama, adat resam dan raja , seharusnya ditolak oleh kabinet dan kedudukan ahli MKPN yang sedia ada perlu dipertimbangkan semula kerana tidak membantu kepada penyatuan nasional seperti yang dicanangkan semasa penubuhan badan itu.

Berikut adalah senarai 29 ahli majlis MKPN ;

Tan Sri Samsuddin Osman (Pengerusi) - Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP)
Tan Sri Lee Lam Thye - (Timbalan) - Malaysia Crime Prevention Foundation

Senarai AJK yang lain :

1. Ramon Navaratnam - Pakar ekonomi , Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan
2. Pheng Yin Huah - Federation of Chinese Associations Malaysia (Hua Zong)
3. Napsiah Omar - Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
4. Michael Yeoh Oon Kheng - Chief Executive Officer of The Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI)
5. Johan Jaafar - Bekas Pengerusi DBP dan Pengerusi Media Prima Berhad
6. Boon Som s/o Inong  - Senator Dewan Negara, (komuniti Siam)
7. Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS
8. Clarence Bongkos Malakun - Pengerusi IDS (Sabah)
9. John Sikayun - Persatuan Undang-Undang Sabah
10. Lim Kok Cheong - Presiden, (Acccim)
11. Saifuddin Abdullah - bekas MT UMNO yang mesra PR
12. Haji Zainal Abidin Haji Abdul Kadir - bekas MT UMNO
13. Rugayah Abdul Majid - Aktivis, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS)
14. Dr Kantayya Mariappan - Pensyarah UMS
15. Dr Madeline Berma - Pensyarah Ekonomi UKM
16. Dr Suresh Kumar Govind - Pensyarah UM
17. Dr Bilson Kurus @ Belson Bingku  - R&D . POIC Sabah
18. Tan Yew Sing  - Director INTI Universal Holdings Bhd
19. Lim Chee Wee - Bekas Presiden Bar Council
20. Liaw Lam Thye - Institution of Surveyors Malaysia (ISM) Sabah Branch
21. Sardar Jagir Singh - Malaysian Gurdwaras Council
22. Marina Mahathir - Activist
23. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee - Presiden Majlis Belia Malaysia
24. Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy  - Aktivis, Penulis , Blogger
25. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot - Bekas Model , Pelakon , VJ , Pengacara
26. Mohamad Ariff Irwani Azahari - Pengerusi , Azam Youth Development
27. Audrey Goh- Sarawak Federation of Women's Institutes

Kalau dilihat dalam senarai ramai juga Melayu dalam MKPN dari pelbagai latarbelakang , cuma harapnya dapat bersuara dengan lebih tegas dan bukan seperti lembu dicucuk hidung kerana tekanan ahli-ahli lain . Bila berbincang soal penyatuan nasional , apa saja yang akan dicadangkan elok lah terlebih dahulu merujuk kepada perlembagaan negara , dan akta-akta mengenai hak istimewa Melayu dan  Pribumi Sabah Sarawak. Acuan yang ditinggalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dah cukup elok dalam menyatukan kaum , jangan dibiarkan elemen2 asing mempengaruhi untuk menempa semula 'acuan' yang ditinggalkan itu.  

Tuesday, July 8, 2014

Pengenalan Kad Fleet Untuk Elak Penyelewengan Diesel, Petrol Bersubsidi Hanya Bazir Wang Rakyat

Dari petikan artikel Utusan Malaysia bertarik 3 June 2014 ;

"Kerajaan semalam mengumumkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat-peringkat, mulai 1 September ini sekali gus mampu memberi penjimatan subsidi sebanyak RM9.8 bilion."



Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) , langkah itu antaranya diperkenalkan bagi mengatasi masalah penyelewengan bahan bakar bersubsidi itu . KPDNKK dikatakan akan mempertimbangkan penggunaan kad fleet bagi penjualan petrol dan diesel bagi pengguna yang layak . Walaupun dikatakan masih dalam peringkat pertimbangan , penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan pengenalan sistem baharu penjualan bahan bakar ini.



Apabila sesuatu sistem baharu diperkenalkan, kita sedia maklum akan terdapat kos tambahan dalam melaksanakan sistem itu . Untuk sistem penjualan bahan api, penulis agak yakin ia melibatkan kos yang agak besar . Tambahan pula untuk kad fleet bagi mereka yang layak perlu didefinasikan ? Jangan pula ada cadangan kad fleet hanya boleh digunakan pada kenderaan 2000cc ke bawah , kononnya persepsi kenderaan yang berkapasiti 2000cc ke atas hanya mampu dimiliki orang kaya . Banyak juga2 kenderaan lama berkapasiti 2000cc ke atas digunakan oleh orang2 tua di kampung-kampung yang hidupnya tak semewah mana pun . Selain itu, sekiranya rancangan ini dilaksanakan maka untunglah kereta2 berjenama mewah mempunyai kapasiti engin 2000cc ke bawah.

Penulis berpendapat, KPDNKK seharusnya memikirkan kaedah lain dalam merombak sistem pembelian bakar bersubsidi ini . Tak perlu memperkenalkan sistem yang bakal menelan belanja berjuta-juta ringgit sedangkan keberkesanannya tidak terbukti lagi . Tak masuk lagi bab siapa yang akan mendapat kontrak menguruskan sistem yang akan diperkenalkan ini . Kita tak nak timbul kemudian hari dari kem pembangkang soal pemberian kontrak pada kroni-kroni, yang akhirnya kerajaan BN dilihat tidak telus . Macam mana nak jawab dengan rakyat kalau penyelewengan bahan bakar bersubsidi tetap berlaku sedangkan sistem baru dah diimplementasi ? Takkan lah nak buat sistem baru pulak lepas berjuta-juta ringgit dihabiskan dengan sistem sebelum ini . Adalah lebih elok sekiranya langkah penguatkuasaan diperketatkan terutama di petrol stesen berhampiran sempadan negara .

Pemilik stesen minyak juga perlu diberi amaran keras oleh KPDNKK untuk ditarik lesen mereka sekiranya membiarkan kereta asing mengisi petrol RON95.  Seperti yang pernah penulis cadangkan pada artikel sebelum ini , pemantauan dalam jumlah jualan diesel perlu dilakukan dengan kerap . Pihak KPDNKK sekiranya serius dalam menangani masalah ini perlu melakukan audit yang berkala kepada syarikat pembekal bahan bakar ini bagi mengesan samada wujud keculasan dan penyelewengan dalam penjualan bahan bakar bersubsidi ini . Jangan lah disebabkan sikap tidak bertanggunjawab mereka ini , maka kerajaan perlu berbelanja besar untuk memperkenalkan sistem yang baru yang kita tahu keberkesanannya , dan rakyat-rakyat yang jadi pengguna pun kena tempias .

Pada 19 June 2014, PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) melalui Datuk Nur Jazlan berkata penerangan yang diberikan wakil kementerian kepada PAC hari ini tidak memuaskan hati mereka, memandangkan terdapat banyak kelemahan dalam sistem yang membolehkan penyelewengan subsidi diesel berlaku. Melalui kenyataan beliau itu, jelas sekali telah wujud sistem bagi mengekang penyelewengan subsidi diesel sebelum ini , tetapi masih juga berlaku . Jadi perlukah membazir lagi dengan sistem-sistem lain2 ? Pokoknya ialah kenalpasti masalah dari akar umbi dan basmi di situ terlebih dahulu. Dah ada beberapa aduan mengenai senarai pemborong bahan api bersubsidi yang menyeleweng , tapi dari respon yang diterima KPDNKK bersikap acuh tak acuh dengan aduan-aduan itu ? Apakah perlu ada rombakan dalam KPDNKK itu sendiri bagi mengatasi masalah ini?

Friday, July 4, 2014

CEO Khazanah Nasional : Tidak Timbul Soal 'Conflict of Interest' , Nazir Razak Memang Layak

Perlantikan Nazir Razak CEO Khazanah Nasional mendapat perhatian ramai pihak memandangkan status beliau yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Perdana Menteri Malaysia. Ramai yang berpendapat perlantikan itu merupakan satu 'conflict of interest' . Walaupun begitu, Nazir Razak juga mempunyai latar belakang yang cukup kuat untuk melayakkan beliau menerima perlantikan sebagai CEO Khazanah Nasional. Seperti yang dipetik dari portal berita Rakyatnews.my ;


"Nazir sudah berkhidmat selama 25 tahun di CIMB Group selepas menyertai jabatan kewangan korporat CIMB Investment Bank pada 1989. Pada 1993, beliau ditukarkan ke cabang pembrokeran kumpulan itu yang mana beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif sebelum kembali ke CIMB Investment Bank sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 Jun 1996.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank pada 1 Jun 1999 dan sudah menjawat jawatan itu selama 15 tahun.

Di bawah kepimpinan Nazir, CIMB sudah berkembang menjadi antara Bank Universal ASEAN utama berikutan beberapa pengambilalihan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand."

Ternyata pengalaman Nazir selama 25 tahun dalam bidang perbankan dan pelaburan tidak dapat dinafikan dengan kejayaan beliau mengembangkan perniagaan CIMB hingga ke peringkat negara-negara ASEAN. Penulis berpendapat, Nazir lebih suka meletakkan diri beliau sebagai seorang 'businessman' serta mengelakkan diri dikaitkan dengan hal-ehwal politik . Penulis juga melihat dengan perlantikan Nazir Razak sebagai CEO Khazanah Nasional , institusi itu diharapkan dapat berkembang dengan lebih baik . Melalui satu artikel dari Financial Times bertajuk 'When toil is as strong as family ties' , Nazir Razak digambarkan sebagai seorang eksekutif biasa yang bermula dari peringkat bawah sehingga ke kedudukan beliau sekarang. 

http://www.ft.com/cms/s/0/ce42a9f4-bb98-11e1-90e4-00144feabdc0.html#ixzz36TSnTUHj

"Hugo Young at Aberdeen Asset Management, the UK fund manager that is CIMB’s biggest private shareholder with a 10 per cent stake, says that while Mr Razak may be high-born, he has worked his way up from the bottom at CIMB. “He has earned his position and he has professionalised the business in a way that few other Malaysian businesses have been,” he says."

Nazir Razak juga dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Tan Sri Azman Mokhtar yang merupakan Pengerusi Khazanah Nasional . Khazanah Nasional mempunyai pegangan-pegangan saham yang besar di bebeberapa institusi kewangan iaitu ACR Capital Holdings Pte Ltd, Bank Muamalat (Bank Muamalat Malaysia Bhd) , CIMB Bank dan Valuecap (Valuecap Sdn Bhd) . Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila Nazir Razak yang memimpin CIMB Bank dilantik sebagai CEO Khazanah. 

Jelas sekali perlantikan yang dibuat adalah  kerana merit yang ditunjukkan oleh Nazir Razak , namun penulis akui skeptik masyarakat mengenai hubungan kekeluargaan itu tetap wujud . Itu lah dilemma yang perlu dihadapi oleh mana-mana ahli keluarga (pemimpin) yang berjaya kerana akan wujud satu pemikiran dalam masyarakat yang mengaitkan kejayaan mereka berkait rapat dengan status hubungan kekeluargaan mereka dengan pemimpin negara. Namun perlu dingati bahawa Nazir Razak telah menerajui CIMB Investment Bank sejak tahun 1999 berbanding Najib Razak yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009 . Dalam tempoh 10 tahun sebelum itu, Nazir Razak terlah berjaya mengembangkan sayap CIMB ke luar negara. Bagi yang gemar membaca majalah-majalah The Edge, The Star Biz, Wall Street Journal , nama Nazir Razak bukanlah satu nama yang asing. 

Dari satu sudut lain, ramai di kalangan orang-orang politik (penyokong UMNO) berpendapat Nazir Razak merupakan liabiliti kepada abangnya apabila membuat kerana beberapa polisi CIMB dilihat tidak 'berjiwa' Melayu . Beliau lebih berpegang kepada prinsip perniagaan untuk menjana keuntungan , contohnya kontroversi urusan pinjaman CIMB kepada syarikat penerbangan Air Asia yang dilihat kerap kali menimbulkan isu dengan kenyataan-kenyataan yang dikatakan tidak mesra kerajaan. Penulis melihat ini antara kualiti yang menyebabkan beliau dilantik menjadi CEO Khazanah kerana ketegasan dan tidak tunduk pada desakan . Mungkin juga orang-orang sekeliling PM yang cuba mengambil kesempatan untuk menggunakan dana khazanah akan berfikir dua kali untuk 'menjual nama Perdana Menteri' . 

Wednesday, July 2, 2014

Polemik Politik Hipokrit Pakatan antara Isu Letak Jawatan MB Selangor Khalid Ibrahim & Pengarah Umcedel

Sebenarnya bila timbul cerita mengenai wujudnya tekanan supaya pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan meletak jawatan , penulis berasa agak gembira kerana akhirnya orang-orang tertentu akhirnya membuka mata bahawa data-data kajian yang dikeluarkan oleh Umcedel hanyalah sampah belaka . Hasil-hasil kajian yang dibuat terutama mengenai pilihanraya terpesong dengan keputusan yang sebenar . Hasil-hasil kajian Umcedel juga dilihat hanyalah sebuah mainan persepsi atau propaganda semata-mata untuk menguntungkan satu pihak . Salah satu kaedah propaganda ialah persepsi yang ditimbulkan supaya orang ramai "join the bandwagon" , maksudnya (dalam kes Umcedel) persepsi ditimbulkan untuk menunjukkan dari hasil kajian Umcedel kononnya "orang ramai menyokong PR" , mesej yang tersirat ialah rakyat seharusnya bersama-sama dengan "majoriti" ini.


Apabila dikatakan timbul tekanan yang memaksa pengarah Umcedel , Dr. Redzuan, untuk meletak jawatan , bekas Timb. Menteri Pendidikan yang juga ahli UMNO , Saifuddin Abdullah turut meletakkan jawatan beliau sebagai felo Umcedel bagi menunjukkan bantahan terhadap tekanan itu . Menurut Saifuddin Abdullah , tekanan itu wujud kerana dikatakan hasil kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan . Bagi penulis, sekiranya benar apa yang didakwa Saifuddin itu benar , tidak salah tindakan Kementerian Pendidikan itu kerana hasil kajian Umcedel adalah sampah ! Malah ada kajian yang dibuat oleh Umcedel juga tidak konsisten dengan kajian yang dibuat oleh institut pengajian tinggi yang lain . Kaedah kajian yang dibuat oleh Umcedel juga dipersoalkan , jelas sekali metodologi kajian mempunyai banyak kelemahan serta data untuk analisa statistik tidak mencukupi.



Penulis pernah menulis mengenai institut2 kajian di IPT dipergunakan untuk kepentingan politik beberapa bulan lepas . Satu kajian yang dibuat oleh UNISEL semasa PRK Kajang dahulu menyatakan majoriti penduduk Selangor tidak mahu Menteri Besar digantikan . Dalam beberapa tempoh sebelum itu , Umcedel juga mengeluarkan hasil kajian mereka kononnya mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Agak jelas di sini keputusan kajian yang dibuat oleh UNISEL dan Umcedel bercanggah , maka timbul soal kaedah kajian yang dilakukan ?

 Bagi penulis kajian-kajian seperti ini mudah dimanipulasi sekiranya pengkaji atau 'researcher' itu sendiri berat sebelah dalam mendapatkan data kajian mereka . Nak buat kajian yang hasilnya pro-PR dapatkan saja data2 dari kawasan2 yang pro-PR begitu juga kalau nak buat kajian yang pro-BN . Jadi sebab itu penulis kata kajian2 seperti ini mudah dimanipulasi melainkan kita diberikan data-data mentah kajian yang dilakukan untuk menentukan samada ia kajian yang baik atau lemah.

Bekas ahli kepimpinan tertinggi PKR, Zaid Ibrahim juga pernah mempersoalkan pengarah Umcedel , Dr. Redzuan yang dikatakan terlalu taksub dengan kajian mengenai Anwar . Adakah Umcedel ni ditubuhkan hanya semata-mata untuk kajian mengenai Anwar ? Jadi tekanan untuk singkirkan Dr. Redzuan sebagai pengarah Umcedel adalah sangat-sangat wajar , dan Saifuddin Abdullah meletak jawatan juga di alu-alukan kerana dia hanyalah liabiliti yang cakap untuk cari populariti . Entah kenapa masih bertenggek dalam UMNO. Antara yang dipetik oleh Zaid Ibrahim dalam ulasan beliau adalah seperti berikut ;


"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kajian Umcedel cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

"Apabila Anwar kalah dalam PRU-13, kajian Umcedel cuba membaik pulih imej Anwar yang telah berjanji untuk meletak jawatan jika kalah dengan berkata rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan,"  - entri bertajuk Zaid Jilat Anwar? dari www.zaid.my

Dah terang lagi bersuluh UM melalui Umcedel hanya buang duit dengan mengeluarkan kajian-kajian sebegini walhal banyak lagi kajian sosial yang boleh dibuat . Kenapa hanya perlu tumpu pada politik, lebih-lebih lagi kajian yang menjulang-julang ketua pembangkang , Anwar Ibrahim . Kalau tekanan supaya meletakkan jawatan ini tak dibuat kepada Dr. Redzuan , lama kelamaan ia hanya mencerminkan kebodohan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan kredit percuma kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim . Penulis bukan lah nak kata , institut2 kajian ni perlu buat kajian yang menjilat kerajaan tetapi kajian yang dibuat mestilah berintegriti dengan data-data yang mantap .

Survey bukan dilakukan sesama puak sendiri , survey yang dibuat hendaklah melangkaui semua peringkat. Apa pun , harapnya 'pembersihan' dalam Umcedel tak terhenti di sini . Kalau masih wujud petualang pun tak guna . Biarlah badan kajian seperti ini 'bebas' dalam menjalankan kajian mereka . Sains sosial adalah antara kursus yang paling mudah untuk belajar di universiti2 , jadi tak perlu lah berlagak intelek sangat bila buat kajian2 yang hanya berdasarkan pemerhatian pada masyarakat , lain lah kalau yang buat kajian tu pun ada background mathematic atau sains tulen.