Friday, June 27, 2014

Audit Pemborong : KPDNKK Perlu Teliti Masalah Pokok dalam Isu Penyelewengan Diesel

Utusan dalam satu artikelnya bertarikh 27 June 2014 mempersoalkan tindakan KPDNKK dalam mencegah penyelewengan diesel bersubsidi yang didalangi pemborong-pemborong tertentu. Penulis artikel itu melalui satu sumber yang tidak didedahkan identitinya menyatakan bahawa pihak KPDNKK gagal dalam mengaudit pemborong-pemborong  yang sebelum ini dikatakan terlibat dalam penyelewengan bahan bakar itu. Sumber itu juga menyatakan KDPNKK hanya akan membazir wang berjuta-juta ringgit sekiranya hanya menumpukan pada pembangunan sistem untuk pencegahan hal remeh temeh dan bukannya perkara pokok iaitu punca penyelewengan diesel ini berlaku (pemborong) .


Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140627/dn_03/Kenapa-pemborong-tidak-diaudit#ixzz35o9JWeU5

Hal mengenai penyelewengan diesel bersubsidi bukanlah satu perkara baru . Isu ini telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini. Penyelewengan diesel bersubsidi seringkali juga diperkatakan apabila nelayan-nelayan asing menyeludup bahan bakar ini melalui bot-bot yang menggunakan lesen nelayan tempatan. Selain itu, penyelewengan ini juga kerap berlaku di sempadan2 negara apabila ada kenderaan yang diubahsuai untuk tujuan menyeludup bahan bakar bersubsidi dari negara ini. Soalnya adakah pemborong-pemborong diesel ini mengetahui kegiatan ini berlaku ? Penulis berpendapat, sekiranya terdapat kejanggalan dalam volum isian diesel untuk sesebuah kenderaan itu , adalah menjadi tanggunjawab pemborong untuk menyiasat kejanggalan itu. Pemborong boleh dikatakan turut bersubahat dalam kegiatan ini sekiranya mereka hanya membutakan mata apabila perkara seperti ini berlaku.

SPRM yang turut memantau kegiatan penyelewangan diesel ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan perlu mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel atas sebab penyelewengan2 yang berlaku ini. Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi menangani kegiatan penyelewengan diesel ini daripada terus berlaku, namun kegiatan ini terus berleluasa. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan  pemborong diesel turut memainkan peranan dalam penyelewengan diesel yang berlaku. Saranan untuk mengaudit pemborong-pemborong diesel wajar dipertimbangkan oleh pihak KPDNKK untuk mengelakkan subsidi milik rakyat negara ini daripada terus 'dirompak' oleh warga asing.  

Pada 9 June 2014, KPDNKK dalam satu kenyataan akhbar telah membekukan permohonan pemborong diesel dan petrol . Menurut Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata pembekuan itu akan dilakukan selama enam bulan . Tindakan pembekuan permohonan pemborong diesel dan petrol adalah satu langkah yang baik untuk pencegahan penyelewengan diesel dari terus berterusan . Namun apa yang diharapkan ialah dalam tempoh 6 bulan pembekuan itu , pihak KPDNKK harus mengaudit pemborong-pemborong diesel sedia ada bagi mengenalpasti pihak-pihak bertanggungjawab yang melakukan penyelewengan ini. Pemborong-pemborong diesel ini merupakan jawapan dalam mengesan ketirisan yang berlaku, jika tidak bagaimana pihak2 luar dengan sewenang-wenangnya memperoleh diesel bersubsidi dari negara ini ?

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana audit pemborong-pemborong diesel dapat mengesan kegiatan penyelewengan / penyeludupan diesel ini ? Sebenarnya ,hasil audit merupakan satu logik mudah untuk menimbulkan tanda tanya samada sesebuah syarikat pemborong diesel itu terlibat dalam penyelewengan ataupun tidak . Keganjilan ini boleh dipantau melalui statistik volume keluar/masuk antara pemborong-pemborong diesel . Selain itu statistik kekerapan isian diesel oleh kenderaan juga boleh membantu dalam mengenalpasti kejanggalan yang berlaku .Sebagai contoh,  adalah tidak masuk akal jika statistik menunjukkan hanya 10 buah kenderaan yang mengisi diesel di premis pemborong diesel dengan volume yang sepatutnya boleh diisi untuk 20 buah kenderaan. Dari situ pihak KPDNKK boleh mengagak penyelewengan yang berlaku dan boleh menghantar pasukan untuk siasatan menyeluruh.    

Thursday, June 26, 2014

Jangan Melompat Boleh Tak ? Fahamkan Dulu Apa Presiden Petronas Ni Ceritakan

Edge Weekly - Petronas President speaks out fearlessly amid rumours he is under pressure to leave



Aku dah lama juga bekerja dalam bidang minyak dan gas , dan aku tak rasa apa yang dikatakan oleh Tan Sri Shamsul Abas ni salah dan aku sokong kenyataan dia . Baca dan fahamkan betul-betul .



1. He will continue to adopt the open bidding method when dishing out oil and gas jobs to bring down cost for Petronas. He will not bow to political pressure to give jobs to unproven businessmen. He will not be held ransom by greedy well-connected contractors.



2. “It’s not just people outside [who are making things difficult but] also people in the government – the bureaucrats. Bureaucratic interference makes things difficult,” he added.



3. Most of Shamsul’s woes stem from well-connected business owners who have lost out on lucrative jobs after open bidding became the preferred mode, compared with fixed allocation for local firms done previously.



Ni bukan cerita nak tolong Melayu atau tak tolong Melayu . Petronas tu sendiri dah banyak buat kerja-kerja yang tolong Melayu . Petronas sebuah syarikat MNC dan perlu ada dia punya 'standard' dan 'benchmark' tersendiri . Tak boleh nak peruntukkan sesuatu projek itu semata-mata ia syarikat bumiputera . Tahukah korang, sebab syarikat bumiputera yang kecik dan tak perform tetapi masih meminta-minta dengan Petronas , pakai pulak cable politik akan melingkupkan Petronas tu sendiri . Tahukah korang antara sebab kerugian Petronas ialah apabila memberika projek pada syarikat2 yang tak menepati skop dari segi teknikal dan komersil tapi masih mendesak mahu juga projek , akhirnya projek tak jalan dan menyebabkan kelewatan . Tahukan korang, walau hanya satu daripada kerja tak siap buat dan tergendala kadang-kadang menyebabkan seluruh 'plant' kena shutdown ? Tahu tak berapa banyak kerugian kalau sehari O&G related plant kena shut down ?

Faktor Yang Memungkinkan BN Bakal Kehilangan Kerusi di Parlimen Yang Menang Tipis Pada PRU Akan Datang

Keputusan PRU-13 menunjukkan BN memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen . Parti komponen BN yang bertanding ialah UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP , LDP, PBRS, PBS, UPKO, PBB, PRS, SPDB, dan SUPP. Jadual berikut menunjukkan jumlah bilangan kerusi yang dimenangi setiap parti komponen BN. Dari keputusan PRU-13 yang lepas juga jelas menunjukkan pengurangan sokongan undian dari kaum Cina kepada BN . BN juga menang tipis di beberapa buah kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi .


Di Johor misalnya BN menang tipis di 7 kerusi parlimen iaitu Segamat (MIC), Labis (MCA), Ledang (UMNO), Tebrau (MCA), Pasir Gudang (UMNO), Muar (UMNO) dan Pulai (UMNO). Keadaan yang serupa berlaku di negeri Perak apabila BN hanya mampu menang tipis di beberapa Parlimen antaranya Bagan Serai (UMNO) , Padang Rengas (UMNO) , Kuala Kangsar (UMNO), Bagan Dato (UMNO). Seperti di atas juga , faktor kemenangan tipis BN di kawasan2 ini adalah disebabkan kebanyakkan pengundi Cina telah beralih arah menyokong Pakatan.  Kemenangan tipis BN di kawasan2 di atas juga mungkin disebabkan 3 faktor berikut ;


1. Sebahagian besar generasi  lama yang masih setia dengan BN
2. Peratusan kecil pengundi Cina yang setia dengan BN
3. Peratusan kecil pengundi muda yang setia dengan BN

Persoalan sekarang , adakah untuk 4 tahun akan datang untuk PRU-14 'pattern' di atas akan kekal ? Adakah generasi lama ini akan terus hidup selamanya untuk beri sokongan pada BN ? Adakah peratusan kecil pengundi Cina yang setia pada BN akan terus setia apabila UMNO menjadi lebih keras dan bersifat 'racist' terhadap kaum Cina ? Adakah peratusan pengundi muda (pelbagai kaum) yang setia dengan BN ini akan terus setia apabila dasar2 UMNO sebagai peneraju dalam BN dipengaruhi suara ahli-ahlinya yang bersikap ala Ibrahim Ali ? FAKTA , tahukah pembaca2 sekelian bahawa anak-anak muda (neutral/bukan penggemar politik) yang lebih terdedah dengan internet berbanding media arus perdana menganggap Ibrahim Ali tak 'cool' ?

Sekiranya ahli-ahli UMNO atau pemimpinnya memilih untuk bersikap tiada toleransi dalam dasar-dasar yang diperkenalkan, ada kemungkinan parti-parti komponen yang selama ini bersama akan menarik diri dalam gabungan ini . Benar, memang UMNO adalah parti orang Melayu dan Melayu adalah kaum majoriti di negara ini . Tetapi ahli-ahli UMNO juga perlu ingat , Melayu juga berpecah belah mengikut beberapa kumpulan . Apa yang berlaku sekarang ialah Melayu UMNO berlawan dengan Melayu PAS (Islamik) dan Melayu PKR (liberal) . Melayu PAS mampu mempengaruhi minda orang2 di kampung dan kawasan pedalaman , Melayu PKR pula mempengaruhi minda orang2 bandar .

Tidak boleh tidak , ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa pola sokongan terhadap UMNO/BN akan berubah dari masa ke semasa . Adakah anak-anak muda Melayu sekarang cenderung menyokong UMNO ? Berapa ramai anak-anak muda Melayu yang hadir di program2 UMNO berbanding program PAS atau PKR? Suara-suara di media sosial yang mencadangkan supaya UMNO bersikap lebih tegas dengan kaum Cina sebenarnya tidak mampu menarik sokongan orang muda terhadap UMNO . Pemikiran berubah mengikut zaman tambahan pula di zaman internet ini . Penyokong2 tegar UMNO yang berhujah politik di media sosial adalah kebanyakkan di kalangan mereka yang berusia 30 tahun ke atas . Sedangkan pemikiran anak-anak muda yang bakal menjadi pengundi bila mereka berusia 21 tahun nanti pada tahun 2018 sukar dijangka.

Apa yang penulis cuba sampaikan ialah supaya mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan PM dalam melantik Menteri dan Timb. Menteri dari wakil MCA untuk berfikir . Sebagai presiden BN , PM Najib tak boleh berlagak sebagai 'abang besar' dalam gabungan ini . Masing-masing mempunyai penyokong dan menyumbang kepada kemenangan kerusi parlimen/DUN BN . Dan MCA juga secara jelas menyatakan bahawa mereka ingin bersama-sama gabungan BN dalam berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai Menteri / Timb. Menteri . Adakah Najib perlu menolak apabila ada 'permintaan' dari salah satu parti yang turut banyak menyumbang sepanjang BN memerintah negara ini . Kalau bukan kerana sokongan MCA dulu ,mungkin kerajaan BN di bawah Tun Mahathir tumbang apabila berlaku krisis 98 dahulu. Kata kuncinya adalah 'toleransi' .

Penulis terbaca satu pendapat yang mengatakan orang Melayu akan boikot sokong UMNO/BN kerana tindakan Najib melantik Menteri/Timb. Menteri dari MCA/Gerakan . Seperti penulis nyatakan di atas , Melayu dah terbahagi kepada 3 , Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR . Penulis andaikan kata-kata itu datang dari orang Melayu UMNO . Jika mereka boikot UMNO/BN , apa yang mereka dapat? Sebab dengan tindakan ini mereka boleh menyebabkan golongan chauvanist DAP terus berkuasa dan silap haribulan tadbir kerajaan . Nak tukar Presiden UMNO sebab tak puas hati dengan tindakan itu ? Apa jaminan bahawa Presiden UMNO akan datang tidak melakukan tindakan yang serupa ?Fenomena ni cukup biasa dalam UMNO, ada yang sebelum dapat jawatan cakap berdegar-degar macam guruh ,bila dah dapat jawatan hilang lah semua dan akan jadi seperti orang putih cakap 'back to square one' .

Warkah Terbuka Buat Dato' Sri Hasan Malek - M.Faisal R. Ahmad


Kepada:

DATO’ SRI HASAN BIN MALEK
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
ARAS 13 (MENARA) NO 13 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 12
62623 PUTRAJAYA.

26.JUN.2014


PER: CADANGAN RASIONALISASI SUBSIDI BAHAN API


Assalamualaikum WBT

Dato’ Sri,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’Sri kerana masih dikekalkan dalam Kabinet Malaysia walaupun sebelum ini terdapat banyak khabar angin yang menyatakan Dato’ Sri akan digugurkan dari kabinet.

Pengekalan Dato’ Sri dalam kabinet membuktikan Perdana Menteri mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Dato’ Sri dalam menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang berkenaan.

Dato’ Sri, tujuan saya menulis warkah ini bukannya mempunyai agenda yang tersurat atau tersirat, sebaliknya menyambut permintaan Dato’ Sri yang meminta pihak-pihak yang mempunyai cadangan berhubung program rasionalisasi subsidi minyak.

Sebagai seorang ahli UMNO yang bergiat aktif di media sosial saya merasa terpanggil untuk mengemukakan cadangan saya tanpa melibatkan sebarang kepentingan kepada saya. Atas sebab itu saya menghantar warkah ini secara terbuka. Jika saya menghantarnya secara senyap-senyap saya bimbang akan dituduh menghantar kertas kerja atau projek yang akan melibatkan kepentingan kepada saya, dan akhirnya boleh mengundang fitnah terhadap saya oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan Dato’Sri.

Dato’ Sri, laporan muka depan Utusan Malaysia 25.06.2014 memaparkan berita penyeledupan diesel turun 30 peratus. Tahniah diucapkan kepada KPDNKK atas usaha mereka menyelamatkan wang negara daripada mengalir kepada orang asing.

Namun persoalannya di sini, adakah penguatkuasaan hanya dilakukan secara bermusim sahaja ?  Isu ini bukan baru. Ianya sudah berlarutan sekian lama.  Saban tahun rakyat dihidangkan dengan cerita penyelewengan subsidi bahan api. Tapi sampai bilakah ianya akan berakhir ?

Adakah pegawai-pegawai penguatkuasa tidak menjalankan tugas mereka selama ini ? Apabila isu timbul dan SPRM mengamuk barulah penguatkuasa mula tegas. Jika dalam sebulan dua ini penyeludupan dapat dikurangkan 30 peratus, bayangkan jika penguatkuasa bertegas sejak beberapa tahun lepas, tidakkah ianya telah mencapai tahap lebih dari 90 % sekarang ? Berapa billion wang negara telah dapat diselamatkan ? Kegagalan ini berlaku kerana tidak ada ketegasan dan kejujuran pihak berkenaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sekarang ini rakyat dikhabarkan tentang program rasionalisasi subsidi minyak yang baru bakal diperkenalkan kerajaan untuk memastikan hanya golongan sasar yang benar-benar perlu sahaja dapat menikmati subsidi berkenaan.

Mengikut laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 di muka surat 12, tahun 2013 kerajaan mengagihkan 18.6 bilion liter minyak bersubsidi. Namun didapati 6 bilion liter daripadanya digunakan oleh orang asing.

Masalah utama yang menyumbangkan kepada peningkatan subsidi minyak sekarang 3 perkara.

1. Penyeludupan
2. Kenderaan asing
3. Kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi.

Pihak yang terlibat dengan 3 masalah ini bukannya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang benar-benar layak mendapat subsidi kerajaan.

Kita difahamkan untuk mengatasi masalah-masalah ini kerajaan melalui KPDNKK sedang mempertimbangkan beberapa cadangan. Antaranya memperkenalkan sistem belian minyak bersubsidi melalui MyKad, Kad Pintar, Kad Minyak 1Malaysia, Kad Subsidi, biometrik dan kupon atau tunai. Perkara ini telah menimbulkan rasa resah gelisah dan gundah gulana di kalangan masyarakat.

Apabila salah satu cadangan ini diterima pakai ianya akan menyusahkan puluhan juta rakyat dan kos untuk melaksanakannya juga tinggi kerana ianya melibatkan puluhan juta rakyat.

Lain yang bengkak lain yang bernanah. Masalah yang kita hadapi sekarang adalah dengan hanya beberapa kerat pihak yang menyalahgunakan subsidi minyak. Kenapa pula kita perlu susahkan puluhan juta yang lain yang tidak bersalah ? Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya.

Jika kita mempunyai pilihan untuk menyusahkan sedikit pihak dan mengeluarkan belanja yang sedikit, mengapa perlu kita menyusahkan banyak pihak dan perlu mengeluarkan belanja yang banyak ?

Dato’ Sri , masalah GST tidak selesai lagi. Apabila GST berjalan nanti pasti seribu satu lagi masalah akan timbul dan tidak terkecuali sabotaj juga akan turut menjadi satu masalah yang bakal dihadapi kerajaan kelak. Kenapa pula kita nak tambah kesusahan dan kekeliruan rakyat dengan melaksanakan program rasionalisasi subsidi minyak yang baru ? Kenapa kita nak cari masalah untuk memberi ruang kepada musuh memanipulasi keadaan ? Bukankah lebih baik kita selesaikan satu persatu dengan lancar dulu ?

Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan subsidi minyak oleh tiga pihak itu beberapa langkah lain boleh dilaksanakan yang tidak perlu menyusahkan puluhan juta rakyat yang lain.

Masalah penyeludupan boleh dikurang atau diselesaikan dengan kaedah penguatkuasaan berterusan seperti yang sedang dilaksanakan sekarang. Asalkan pegawai-pegawai penguatkuasa tegas dan jujur dalam melaksanakan tugas. Apabila mereka jujur dan tegas dalam menjalankan tugas dan dapat menyelamatkan wang negara, tugas dan peranan mereka perlu dihargai. Apa salahnya jika kejayaan mereka diiktiraf oleh kerajaan dengan pelbagai cara. Seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji, insentif khas, penganugerahan pingat dan sebagainya.

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan dan untuk memudahkan kerja-kerja pendakwaan oleh penguatkuasa adalah dengan cara membezakan minyak bersubsidi dengan minyak tanpa subsidi. Ianya perlu dilakukan di depoh. Minyak ini boleh dibezakan dengan kaedah ‘tagging’. Indonesia juga sedang merancang untuk melakukan perkara ini. Dato’ Sri boleh membaca perkara berkenaan di http://www.bphmigas.go.id/new/en/news/bph-migas-will-apply-tagging-system-for-fuel/

Bagi masalah kenderaan asing dan kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi, ianya boleh diselesaikan melalui pam-pam khas di stesen minyak dan komisyen jualan kepada operator stesen dinaikkan.

Sekarang ini komisyen jualan yang diperolehi oleh operator stesen adalah RM 0.11 per liter samada untuk RON95 atau RON97. Jadi apa mereka peduli jika kenderaan jenis apa sekalipun mengisi minyak RON95. Sebab komisyen mereka sama. Dengan menaikkan komisyen jualan mereka untuk RON97 pasti mereka tidak akan membenarkan kenderaan asing atau mewah mengisi minyak RON95. Dengan peningkatan komisyen itu juga dapat mereka gunakan untuk menggaji kakitangan tambahan atau keselamatan untuk melaksanakan tugas memeriksa kenderaan yang layak dapat subsidi atau tidak.

Begitu juga dengan diesel. Sekarang operator stesen memperolehi komisyen jualan RM 0.06 per liter. Semua stesen minyak di negara kita sekarang hanya ada satu jenis diesel sahaja iaitu diesel bersubsidi. Subsidi yang dikeluarkan kerajaan pula adalah RM0.74 per liter. Kenderaan mana-mana negara sekalipun dapat menikmati diesel subsidi ini.

Untuk mengatasi masalah ini pam diesel tanpa harga subsidi perlu diwujudkan di stesen-stesen minyak untuk kenderaan asing dan kenderaan mewah. Dan komisyen jualan untuk operator stesen juga lebih tinggi daripada komisyen diesel bersubsidi.

Ada juga rakyat negara kita yang menggunakan kenderaan jenama mewah tetapi ianya sudah berusia belasan atau puluhan tahun. Untuk golongan ini mereka perlu memohon dan diberikan kad subsidi khas bagi membolehkan mereka layak mendapat minyak bersubsidi. Jumlah mereka pun bukannya ramai sangat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Untuk memudahkan kerja-kerja menyaring kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak di stesen-stesen minyak ianya boleh dilakukan dengan melihat cukai jalan. Perlu ada perbezaan cukai jalan antara kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak layak. Maklumlah ada kenderaan yang model sama tetapi CC nya berbeza.

Mana-mana operator stesen yang melanggar peraturan itu perlu dikenakan tindakan tegas dengan serta merta. Pam mereka perlu disita sehingga perbicaraan selesai. Tiada amaran pertama, amaran kedua atau ketiga. Tindakan perlu tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada operator-operator stesen lain.

Kempen-kempen kesedaran yang kreatif juga perlu diadakan dan berterusan untuk menyedarkan orang ramai tentang subsidi minyak yang mereka nikmati. Saya pernah lihat di Indonesia beberapa tahun lepas kain-kain rentang dengan ayat-ayat yang meruntum jiwa untuk menyedarkan rakyat mereka tentang subsidi minyak.

Yang penting penguatkuasaan jangan bermusim dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dato’ Sri, laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 menyiarkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr. Mohd Puad Zakarshi yang meminta kerajaan menolak penglibatan syarikat asing dalam program rasionalisasi subsidi ini. Dr. Mohd Puad mempunyai asas yang kukuh dalam kenyataan itu.

Apabila seorang ahli MT UMNO yang membuat kenyataan begitu, ianya telah memberi isyarat kepada rakyat bahawa syarikat asing tersebut telah hampir pasti akan dipilih. Jika perkara yang masih samar-samar atau khabar angin masakan seorang pemimpin tinggi UMNO berani membuat kenyataan sebegitu secara terbuka ?

Dato’ Sri, usia Dato’ Sri sama dengan usia UMNO. Sama-sama dilahirkan pada tahun 1946. Jadi saya yakin Dato Sri menyayangi UMNO lebih daripada orang lain sayang. Sudah tentu Dato’ Sri tidak mahu melihat UMNO rebah dan terkulai layu. Tetapi ada kalanya kuasa dan kedudukan boleh melalaikan kita. Ibu bapa pun manusia sanggup abaikan kerana kuasa dan kedudukan. Tetapi saya yakin Dato’ Seri tidak tergolong dalam jenis itu

Sebagai orang penuh dengan pengalaman Dato’ Sri buatlah yang terbaik untuk parti dan kerajaan Dato’ Sri sendiri. Buatlah perkara yang tidak menimbulkan kemarahan rakyat.  Jika kita berpeluang menyusahkan sedikit pihak, pilihlah jalan itu. Jangan kita mencari musuh dengan memilih jalan untuk menyusahkan banyak pihak.

Saya akhiri warkah ini dengan ungkapan ampun dan maaf kepada Dato’ Sri sekiranya ada mana-mana perkataan atau bahasa dalam surat ini yang mengguris hati dan perasaan Dato’ Sri. Maafkan saya


Sekian

Yang Benar

M.Faisal R. Ahmad
Shah Alam Selangor

Facebook- Sheikh Faisal

Tuesday, June 24, 2014

Kalimah Allah : Komen Sinikal Yeo Bee Yin (ahli DAP) Dengan Keputusan Mahkamah

Dipetik dari portal Free Malaysia Today , artikel "Congrats To Allah Soldier" . Ahli Dewan Undangan Negeri DAP (Damansara Utama) , Yeo Bee Yin menulis dan memberikan pandangan beliau mengenai keputusan hakim dalam isu kalimah Allah semalam . Tulisan berkenaan dibuat dalam Bahasa Inggeris dan disiarkan di portal pro-pembangkang , jadi penulis tak nampak mesej yang cuba disampaikan oleh beliau akan diterima semua orang . Tak semua orang membaca artikel FMT dan tak semua yang faham bahasa Inggeris. Jadi setelah membaca artikel yang ditulis oleh ahli DAP itu , penulis faham dengan ketidakpuasan hati yang ingin disampaikan beliau , ada juga unsur-unsur berbaur hasutan. Penulis cuba terjemahkan beberapa isi kandungan artikel berkenaan ;


Yeo Bee Yin dalam artikelnya menulis dalam nada sindiran seperti berikut ;

1. I would like to congratulate Perkasa and other NGOs who have screamed, shouted, and threatened Malaysians who disagreed that Allah should be exclusive to Muslims. Congratulations! You have won your holy war. Go celebrate.

Beliau mengucapkan tahniah pada PERKASA dan NGO yang lain yang telah bertempik, berteriak dan mengugut rakyat Malaysia yang tidak setuju bahawa kalimah Allah hanya diperuntukkan kepada umat Islam. Dalam sindiran beliau menyatakan bahawa kumpulan ini telah memenangi peperangan jihad dan sepatutnya meraikannya.

2. Second, I would like to congratulate the four judges who dismissed the Catholic church’s application for leave to appeal against a decision upholding the government ban against its use of “Allah” as a reference to God. If you made this judgement to protect your own religion, congratulations for sacrificing your professionalism.

Beliau mengucapkan tahniah kepada empat orang hakim yang menolak permohonan gereja Katolik dalam rayuan penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan untuk tuhan . Katanya sekiranya keputusan hakim dibuat untuk mempertahankan agama mereka, maka beliau mengucapkan tahniah kerana mengorbankan professionalisme mereka dalam bidang kehakiman.

3. Third, I would like to congratulate the Home Ministry, for it was you that filed an appeal against the High Court ruling that the Herald can call on Allah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana bertanggungjawab memfailkan rayuan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

4. Fourth, I would like to congratulate Umno, for you have been successful in engineering the war over Allah to distract Malaysian Muslims from the rising cost of living, your corrupt practices and your inability to govern and lead. Oh, Umno, you are such a political genius.

Beliau mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana dengan jayanya merencanakan agenda isu penggunaan Allah untuk mengalih perhatian orang Islam di Malaysia dengan peningkatan kos sara hidup , korupsi dan ketidakupayaan untuk memimpin kerajaan.

5. Fifth, I would like to congratulate the Christians in Sabah and Sarawak, for you can now see the true colours of the organisation that you’ve so enthusiastically supported for the past 50 over years.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana akhirnya pada hari ini mereka dapat melihat wajah sebenar organisasi yang telah mereka sokong sejak 50 tahun ini.

Yeo Bee Yin dalam artikel itu juga menyatakan bahawa beliau tidak kisah sekiranya apa saja gelaran akan diberikan kepada beliau , atau samada beliau akan ditangkap atau didakwa . Beliau akan terus berpegang kepada prinsip bahawa setiap rakyat dalam negara ini seperti yang dinyatakan Perlembagaan Persekutuan boleh mengamalkan ajaran agama yang mereka percaya. Beliau juga percaya, kalimah Allah tidak ekslusif kepada mana-mana kumpulan tertentu. Berdasarkan artikel Yeo Bee Yin ini, penulis serahkan kepada pembaca untuk buat penilaian masing-masing.

Wednesday, June 18, 2014

PERMATA Negara : MP PAS Cemburu ?

Rupanya program PERMATA yang dinaungi Rosmah Mansor masih cuba dijadikan modal oleh sebilangan MP Pakatan untuk menjatuhkan kredebiliti isteri PM itu. Terbaru , cerita mengenai PERMATA timbul apabila Ahli Parlimen Rantau Panjang daripada PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff bertanyakan soalan bodoh kepada Ahli Parlimen Arau , Shahidan Kasim mengenai penubuhan PERMATA yang kononnya untuk menaikkan imej Rosmah , Siti Zailah juga mempersoalkan kenapa tidak perkasakan saja agensi KEMAS dan Tadika sebaliknya memberikan tumpuan pada PERMATA. Penulis berpendapat sebagai seorang Ahli Parlimen , Siti Zailah sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan mengenai PERMATA sebelum membuat kenyataan membabi buta itu.


Berikut adalah petikan dari artikel Bernama yang dikeluarkan pada 17 December 2009 mengenai PERMATA ,

"Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak.

Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan.

Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal."


Jelas sekali dari petikan artikel di atas, idea mengenai PERMATA telah wujud sejak penghujung tahun 2006 dan mula dilaksanakan pada 1 Mac 2007 . Setelah lebih kurang 7 tahun berlalu dan mencapai pelbagai kejayaan dalam dan luar negara , rupa-rupanya ia masih menjadi isu lagi disebalik hasil-hasil yang ditunjukkan . Seperkara lagi yang mungkin Ahli Parlimen Rantau Panjang itu terlepas ialah Kemas dan Permata itu saling berhubung kait dan wujud program yang merupakan integrasi Kemas dan Permata. Dari artikel yang dikeluarkan Sinar Harian pada 4 Oktober 2012 ; (http://www.sinarharian.com.my/28-lagi-taska-permata-kemas-akan-dibuka-1.91514)

"Sebanyak 28 lagi taska Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara menjelang 2013, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
   
Beliau berkata pembukaan taska Permata Kemas itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak luar bandar serta daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti program pendidikan awal.
   
"Pencapaian ini adalah selaras dengan matlamat penubuhan Permata iaitu memberi peluang kepada semua kanak-kanak mengikuti program pendidikan awal yang berkualiti selari dengan prinsipnya 'no child is left behind' (tiada kanak-kanak yang diabaikan)," katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska Permata Kemas di sini, hari ini.
   
Rosmah, yang juga Penaung Permata Negara berkata sehingga kini terdapat 665 pusat asuhan di seluruh Malaysia dan 345 daripadanya merupakan Taska Permata Kemas."

Oleh yang demikian, penulis berasa yakin tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang (Siti Zailah) itu adalah kerana kurangnya kefahaman beliau mengenai program PERMATA itu sendiri , atau mungkin juga beliau berasa cemburu kerana program asuhan kanak-kanak yang dibina oleh PAS iaitu tadika PASTI gagal mendapat perhatian ibu bapa berbanding dengan program PERMATA .

Sunday, June 15, 2014

Siapa Tanggung Perbelanjaan PI Bala Yang Kononnya Hidup Dalam Buangan Selama 5 Tahun?

Mungkin sengaja nak burukkan reputasi PM dan isteri , hal berkaitan mendiang PI Bala dibangkitkan semula. Kononnya mendiang PI Bala dipaksa berada dalam buangan di India hampir selama 5 tahun, dan mereka akan menyaman Najib disebabkan perkara ini . Hal ini di jaja dalam media-media pro-pembangkang cuba menyakinkan rakyat dengan lakonlayar yang mereka sendiri cipa . Nampaknya ini adalah strategi 're-cycle' puak-puak penjahanam negara nak menjatuhkan kredibiliti PM dan isteri setelah modal yang mereka simpan selama 5 tahun di India tak panjang umur disebabkan serangan jantung. Pastinya apa yang berlaku benar-benar mengecewakan mereka, dek kerana mati akal dan tak ada isu baru boleh dibangkitkan maka isu lama dikitar semula. 


Dari laporan portal berita The Star Online pada 5 Julai 2008, dinyatakan satu laporan polis telah dibuat oleh anak saudara PI Bala mengenai kehilangan penyiasat itu. Sebelum kejadian itu, Bala telah membuat 'statutory declaration' (SD) kononnya TPM (Najib Razak pada ketika itu) mempunyai hubungan dengan Altantuya. Walaubagaimana pun beliau membuat SD kedua selepas itu dan kemudian gagal dihubungi. Plot sebegini seakan-akan dibuat oleh pihak berkepentingan pada ketika itu untuk menjatuhkan imej Najib Razak. Dalam politik pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan termasuk cerita-cerita yang sengaja diada-adakan untuk mengelirukan rakyat. Kalau Anwar boleh kata tuduhan liwat adalah konspirasi pihak kerajaan terhadap beliau, adakah sesuatu yang mustahil untuk pihak di sebelah sana pula berkonspirasi terhadap Najib dan isteri?

Orang dah mati, dah jadi abu kita pun malas nak memburuk-burukkan orang , tapi kalau difikir secara logik kenapa si mendiang Bala ni saja yang nak dijadikan 'mangsa' ? Sedangkan dia ada 'strong back-up' dari peguam-peguam PKR ,kalau lah di tulus ikhlas, dia boleh saja buat laporan polis kononnya diugut untuk buat SD ke-2 , sambil ditemani oleh peguam-peguam hebat PKR . Boleh saja dia minta perlindungan dari polis , secara tak langsung bagi 'political mileage' pada PKR itu sendiri . Tapi kenapa dia boleh terima cadangan SD2 tu , dan kemudian buka pula cerita konon di ugut . Kenapa jadi berani pulak lepas tu ? Kalau dibelek-belek artikel-artikel yang lepas . Nampak si Bala ni agak lama juga di luar negara ? Banyak juga duit untuk berbelanja di luar negara . 


Mengenai penglibatan Najib , Rosmah dengan pembunuhan Altantuya sebenarnya secara tidak langsung telah dinafikan oleh Zul Nordin , bukan sahaja Zul Nordin malah Raja Petra juga . Berikut adalah kenyataan Zul Nordin semasa dalam sesi perbahasan di Parlimen pada 24 March 2010.

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.


Bukan saja Zul Nordin, malah Raja Petra juga telah menyatakan secara jelas bahawa beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian (memfitnah Najib dan isteri) oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri menurut satu petikan diperoleh dari artikel Malaysiakini , pada 13 April 2011 bertajuk "Kes Altantuya: RPK nafi tuduh PM, Rosmah" . Sebenarnya apa ditulis ini telah diterangkan berulang kali tetapi tuduhan yang serupa turut dibangkitkan juga berulang kali . Apabila satu penipuan diulang banyak kali , ia akan dilihat seolah-olah sesuatu yang benar .Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kita yang tahu kebenaran mematahkan penipuan yang dibuat ini biarpun terpaksa berulang kali menulis perkara yang serupa

Tuesday, June 10, 2014

Apa Cerita Penubuhan Akademi Undang-Undang Sebagai Alternatif Bar Council ?

Sebenarnya dah lama kita dengar cerita dan berita mengenai Bar Council atau Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah apabila menyuarakan pendirian mereka dalam sesuatu isu itu. Walau bagaimanapun, apa yang disuarakan oleh Majlis Peguam itu tidak semestinya mencerminkan pendirian keseluruhan ahlinya . Pandangan yang dilontarkan itu sebenarnya adalah dari kepimpinan tertinggi Majlis Peguam itu . Seperti yang disiarkan dalam portal Malaysiakini pada 10/06/2014 , pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz  telah berkata ;

“Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili lebih 2,000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun yang lalu,” 

Saudara Mohd Khairul Azam berpendapat adalah lebih elok sekiranya kuasa Majlis Peguam ini dihadkan oleh Parlimen serta Akta Profesion Undang-Undang dipinda bagi memastikan ia tidak disalahgunakan. Penulis setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh saudara Mohd Khairul Azam ini , selama ini kita dah nampak dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Majlis Peguam berat sebelah . Contohnya baru-baru ini apabila mempersoalkan tindakan PM mahu menyaman Malaysiakini , namun hal yang sama tidak dilakukan apabila pemimpin pembangkang menyaman media yang dilihat pro-kerajaan.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai campur tangan Bar Council dalam isu-isu sensitif, dah lama dah dibangkitkan hal ini , namun hingga sekarang dilihat Bar Council makin naik tocangnya , berikut adalah antara petikan artikel pernah ditulis dahulu .

Senarai campur tangan BAR council dalam soal-soal sensitif dan ketenteraman negara :-

1. Mendesak kerajaan supaya mengkaji semuala hukum sebat yang dikenakan pada Kartika Sari (kerana minum arak) oleh Mahkamah Syariah .

2. Tekanan kepada Hakim yang terlibat dalam kes murtad Lina Joy di Mahkamah Persekutuan.

3. Tekanan kepada kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

4. Mengeluarkan kenyataan media yang menyokong orang bukan Islam untuk menjadi peguam di Mahkamah Syariah.

5. Sokongan kepada Interfaith Council , menuntut kesamarataan dalam beragama. Sila rujuk disini untuk mengetahui 14 tuntutan Interfaith Council.

6. Memainkan peranan dalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam kes Teoh Beng Hock walaupun jelas dalam keputusan Suruhanjaya DiRaja menunjukkan Teoh Beng Hock  membunuh diri.

7. Campurtangan dalam isu JAIS - DUMC

8.  Bantahan terhadap Akta Perhimpunan Aman 2011 (Peacefull Assembly Act 2011)



Cuba tengok gambar di atas  ? No to corruption ? Telus lah kononnya , tapi dengar cerita dalam Bar Council sendiri ada macam-macam politiking. Hinggakan nak pantau pengiraan undi pun tak boleh ? Berikut adalah petikal dari satu artikel yang pernah ditulis dulu oleh saya;

"Kawan aku ni mengeluh dengan pekeliling yang baru dikeluarkan oleh Bar Council pada 22 June 2012 , edaran bernombor 134/2012 / , dalam edaran tu ahli2 Malaysian Bar ni kena pakat2 kutip 'point' . Sistem kutip 'point' ni dinamakan 'Continuing Professional Development Scheme' . Nak dapat 'point' ni senang je .. kena la ikut segala aktiviti2 Bar Council . Tapi kalau dah dinamakan 'aktiviti' faham2 je la.. duit yang nak kena keluar sebab nak join 'aktiviti' bukan sikit ."




"Segala aktiviti2 yang dihadiri akan direkod oleh ahli sendiri dan dalam form yang Bar Council sediakan (CPD Attendance Record Sheet) . Apabila ahli nak mohon Practicing Certificate ,diaorang kena 'persembahkan' berapa banyak point yang dah diaorang kumpul dan juga CPD Attendance Record Sheet sebagai bukti. Agak2 apa nasib peguam yang tak dapat kumpul 'point' ni seperti yang dikehendaki sedangkan dia seorang peguam yang hebat"

Penulis difahamkan sebenarnya ramai juga peguam yang tidak berpuas hati dengan Bar Council , tapi nak buat macam mana ? Badan ni lah yang mengeluarkan lesen pada peguam-peguam untuk cari makan ? Kalau bantah , dan protes mungkin lesen peguam-peguam ini akan ditarik . Maka terpaksalah mereka berdiam diri saja , namun syukur kerana di kalangan peguam-peguam itu saudara Mohd Khairul Azam terus konsisten dengan perjuangan beliau mengecam Bar Council yang dilihat berat sebelah.

Jadi apa yang diharapkan ini ialah tindakan kerajaan untuk mengehadkan kuasa Majlis Peguam serta meminda Akta berkaitan seperti yang dicadangkan untuk kekang manipulasi anasir-anasir politik dalam Majlis Peguam. Dari arkib Utusan Malaysia pada 14/05/2012 , satu artikel bertajuk Ganti Majlis Peguam telah diterbitkan (sumber).

Akademi Undang-Undang telah dicadangkan bagi menggantikan Majlis Peguam, namun hingga sekarang entah apa dah jadi dengan cadangan itu . Mungkin peguam2 yang mencadangkan itu telah ditekan oleh pihak Majlis Peguam yang mungkin berasa 'terancam' sekiranya Akademi Undang-Undang diwujudkan . Berikut adalah petikan artikel dari arkib Utusan ,

"Beberapa lagi ahli Majlis Peguam meminta dipercepatkan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai badan alternatif kepada Majlis Peguam kerana badan yang ada sekarang telah menyimpang jauh daripada peranan sebenar menjaga profesionalisme amalan guaman di negara ini.

Peguam, Nordin Yusoff berkata, satu badan alternatif diperlukan kerana Majlis Peguam telah tersasar daripada tanggungjawab utama untuk menjaga kebajikan peguam dan memartabatkan profesion undang-undang di negara ini."


Penulis berpendapat desakan mewujudkan Akademi Undang-Undang perlu diteruskan lagi bagi menggantikan Bar Council . Perlu ada sistem dan garis panduan supaya tiada pihak atau kroni-kroni yang berkepentingan memanipulasi sesebuah badan yang kononnya dikatakan bebas . Kita tak nak hipokrit-hipokrit yang kononnya bebas dan bersih ini bertenggek di Bar Council . Tengok je contoh surat di bawah, benarkah perkara-perkara ini tak berlaku di Bar Council ?



Thursday, June 5, 2014

Isu Cadburry : Aku Sanggup Makan Sebab Yakin Halal , Korang Was-was Jangan Makan

Isu coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi selepas Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) membuat pengesahan mengenainya menjadi viral di laman-laman media sosial. Tak berapa lama selepas itu JAKIM melalui pasukannya pula membuat kajian sampel dan mengesahkan tiada DNA babi ditemui dan coklat Cadbury halal dimakan . Apabila ini berlaku ia menimbulkan syak dalam diri pengguna , dan menurut Islam apabila timbul syak maka ia menjadi sesuatu yang ditegah . Penulis bukanlah seorang penggemar coklat, tapi dalam isu ini penulis berasa simpati dengan pengeluar coklat Cadbury itu sendiri.


Satu sikap penduduk di Malaysia apabila ia melibatkan soal-soal kesihatan. saintifik dan sebagainya ialah rata-rata daripada kita lebih suka untuk menelan bulat-bulat segala info yang dberikan oleh badan-badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal sebegini . Tidak ramai yang mahu ambil inisiatif untuk 'cross-check' iaitu samada mendapat pandangan pihak lain atau membuat kaji selidik sendiri . Apa saja info yang dikeluarkan wajar dipersoalkan sehingga penjelasan yang diberikan mampu memuaskan hati sendiri. 

Apabila KKM menyatakan sampel coklat Cadbury yang diambil mengandungi DNA babi , persoalan-persoalan berikut timbul dalam fikiran ;

i. Adakah ia merupakan satu prosedur rutin untuk KKM menjalan ujikaji semua produk2 makanan di Malaysia ini . Bayangkan berapa banyak produk makanan di Malaysia yang terpaksa di buat ujikaji oleh KKM ?

ii. Kenapa dalam banyak-banyak produk coklat Cadbury yang menjadi sasaran untuk dibuat ujikaji ? Adakah terdapat aduan dan siapakah pengadu itu ?

iii. Apakah kaedah kajian yang digunakan oleh KKM untuk menjalankan kajian ke atas coklat Cadbury itu hingga menemui DNA babi ? Adakah sampel yang diambil itu tidak tercemar ? 

iv. Berapa banyak sampel yang diambil oleh KKM untuk ujian itu ? Misalnya dari 100 sampel yang diambil adakah 100 sampel itu mengandungi DNA babi atau hanya hanya satu sampel sahaja ? Penulis pernah terlibat dalam bidang penyelidikan dahulu, keputusan dari 1 sampel tidak cukup untuk buat kesimpulan yang serupa untuk keseluruhan batch pengeluaran. 

Kemudian lebih kurang seminggu selepas itu JAKIM pula buat kenyataan bahawa coklat Cadbury itu tak mengandungi DNA babi seperti yang didakwa KKM . Apabila hal seperti ini berlaku, maka timbul bermacam spekulasi kononnya kenyataan JAKIM adalah untuk 'menyelamatkan' GLC yang ada syer dalam Cadbury.  Komen penulis, setakat JAKIM keluar kenyataan tiada DNA babi dalam Cadbury walaupun sebelum itu ada seperti yang dilaporkan KKM adalah tak mencukupi . Sebagai jabatan yang memainkan peranan dalam soal halal haram , JAKIM perlu lebih pro-aktif dalam menyakini masyarakat bahawa Cadburry itu sebenarnya halal dimakan .

Pandangan penulis lah , antara kaedah yang JAKIM perlu buat untuk yakinkan pengguna Islam bahawa Cadburry itu memang tiada DNA babi ialah dengan mengambil 100 atau lebih sampel coklat dari seluruh negara dan sampel itu direkodkan lokasi diambil dan tarikh . Semua sampel itu kemudian dihantar ke dalam makmal untuk dianalisa samada mengandungi DNA babi atau tidak . Kalau nak lebih telus , mungkin sampel2 itu juga dihantar ke beberapa makmal berbeza, dalam dan luar negara . Bila keputusan keluar , sebarkan semua keputusan di satu media arus perdana , atau diemailkan pada portal-portal online dan juga blog. Bandingan juga semua keputusan ini dengan keputusan makmal KKM yang sumbernya hanya dari 1 sampel sahaja, sekaligus membuktikan ada pencemaran. Dengan cara ini penulis percaya keyakinan orang ramai dapat dikembalikan. 

Wednesday, June 4, 2014

Dah Umur 32 Tahun , JAIS Baru Tahu Pasal Status Agama Zarena Abdul Majid ?

Baru-baru ni tindakan JAIS yang menyerbu sebuah majlis perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat Hindu telah mendapat perhatian masyarakat. Dikatakan pihak pengantin adalah seorang wanita berusia 32 tahun yang mana tertera di kad pengenalan beliau sebagai seorang penganut agama Islam . Tindakan JAIS itu walau bagaimanapun dipercayai akibat dari kekeliruan mengenai status agama wanita itu .



Wanita yang bernama Zarena Abdul Majid itu berkata, bapa beliau yang sebelum itu merupakan seorang penganut Hindu telah memeluk agama Islam . Ekoran dari itu status agama Zarena dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dinyatakan sebagai Islam . Walau bagaimanapun, bapa Zarena berpisah dengan ibu beliau pada tahun 1990 dan sejak itu Zarena dan adik beradik yang lain dibesarkan oleh ibu mereka yang beragama Hindu.

Melalui sumber maklumat yang dinyatakan seperti di atas, penulis percaya apa yang berlaku ialah anak-anak yang dibesarkan oleh salah seorang ibu bapa yang berlainan agama akan cenderung mengikut agama yang dianuti oleh samada ibu atau bapa yang membesarkan mereka. Dalam kes Zarena, si bapa sepatutnya bertanggungjawab memberikan anak-anaknya didikan mengenai Islam semasa dalam proses pembesaran walaupun telah berpisah dengan isteri . Beliau juga sepatutnya memaklumkan pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam negeri / Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan.

Apa yang boleh kita harapkan pada seorang kanak-kanak yang hanya pada sijil tertera sebagai beragama Islam tetapi dibesarkan dalam keluarga dengan agama yang berbeza ? Mereka terdedah kepada ajaran agama lain sejak kecil tanpa bimbingan mengenai Islam, dan adakah kita jangka apabila mereka besar kelak boleh menerima diri sebagai seorang muslim ? Dan kepada pihak JAIS kenapa baru sekarang bertindak apabila di peringkat perkahwinan ingin dilangsungkan dan bukan sejak dari Zarena ini masih kecil lagi ?

Penulis tak nak komen lebih-lebih mengenai hal ehwal agama ini kerana ia adalah sesuatu yang sensitif , tetapi kes seperti Zarena ini perlu diberi perhatian di peringkat awal lagi . Contohnya beberapa minggu yang lepas , kes yang hampir serupa iaitu status agama anak yang ditukar oleh bapa kepada Islam tetapi mendapat bantahan dari ibu yang beragama lain . Pada penulis untuk hal-hal seperti ini, mana-mana ibu atau bapa yang lebih dominan kepada anak sedikit sebanyak akan mempengaruhi agama pilihan anak2 itu . Apa lah guna jika hanya di kad pengenalan tertera agama Islam tetapi ajaran lain yang diamalkan , seterusnya mengakibatkan masalah seperti ini yang memberi imej negatif pada agama Islam itu sendiri.

Sunday, June 1, 2014

Kecewa Dengan Kekalahan Dyana, Guan Eng Keluarkan Kenyataan Rasis

Tahniah penulis ucapkan kepada calon BN , Datuk Mah yang memenangi PRK Teluk Intan walau dalam jumlah majoriti yang tipis. Ramai yang pada mulanya tidak menyangka bahawa BN mampu merampas kembali kerusi parlimen Teluk Intan apabila populariti calon DAP, Dyana Sofea mengatasi calon BN, Datuk Mah terutama di media sosial. Namun sebagai anak tempatan Teluk Intan beserta kerja keras jentera BN, Datuk Mah walaupun tidak popular di media rupanya berjaya mendapat kepercayaan lebih dari separuh pengundi yang mengundi hari ini.  

Selain itu penulis juga percaya faktor pengundi PAS yang memboikot Dyana juga antara penyumbang kepada kemenangan BN di Teluk Intan hari ini. Penulis mendapat maklumat dari seorang rakan yang bertugas di Teluk Intan mengatakan bahawa ada di kalangan penyokong PAS yang tidak senang dengan kenyataan Dyana mengenai hudud. Dyana salah percaturan apabila menyangkakan pemimpin PAS yang membantu beliau semasa kempen dapat memujuk ahli-ahli PAS yang protes ini.

Khabarnya sebahagian dari mereka samada akan membuat undi rosak atau tidak datang mengundi.   Hal ini ternyata benar apabila terdapat banyak undi rosak semasa pengiraan undi dilakukan. Ternyata strategi Kit Siang menggunakan faktor Dyana sebagai calon melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi Melayu gagal. Malah kalau dilihat dari keputusan, ramai pengundi melayu yang 'lari'dari Dyana. Tak cukup dengan itu, Dyana walaupun dicanang oleh DAP sebagai calon yang mesra kepada semua bangsa juga gagal memdapat sokongan pengundi cina. Melalui kenyataan Guan Eng yang dipetik dari Malaysiakini, beliau berkata mungkin disebabkan Dyana berbangsa melayu maka gagal dapat sokongan orang cina.  

Jadi adakah dengan kenyataan Guan Eng ini secara tak langsung mahu mengatakan pengundi cina adalah rasis kerana hanya memilih dari kaum yang sama? Bagi penulis, kemyataan berkenaan sepatutnya tidak dikeluarkan oleh Guan Eng kerana selama ini menjaja satu Malaysia mengatakan DAP bukan parti perkauman, namun apabila kemenangan tidak berpihak kepada mereka maka sikap rasis mereka terserlah walau cuba disembunyi pada awalnya.

Mengimbau sehari sebelum pengundian, pentas ceramah DAP dipenuhi berpuluh ribu penyokong (ada kata cecah 20,000), kehadiran yg ramai ini dijadikan modal untuk mengutuk BN yg mana pentas ceramah x dapat sambutan, ini disiarkan dalam laman twitterLim Guan Eng. Jadi bila keluar keputusan hari ini terbukti yg datang semalam kebanyakkannya adalah orang luar yang menyibuk.