Wednesday, May 28, 2014

Chegubard Kena Gantung Keahlian PKR

Hari ni portal pro-pembangkang , Malaysiakini telah melaporkan bahawa Chegubard telah digantung keahliannya dalam PKR . Ini disebabkan kenyataan beliau yang mendakwa proses pemilihan parti adalah kotor dan tidak telus . Chegubard digantung keahlian beliau dalam PKR serta merta sehingga siasatan selesai dibuat menurut  Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong. 


Bagi yang ikut perkembangan Chegubard, tentulah tahu yang dia ni antara ahli yang berpengaruh dalam PKR dan individu yang bertanggungjawab mengasaskan SAMM . Kalau kita imbas balik cerita dulu-dulu apabila sebuah video klip yang dikatakan menyerupai Ketua Umum parti itu apabila dipertontonkan kepada Chegubard , beliau memberikan respon yang agak keras . Ini dapat dibaca dalam laman twitter beliau dalam bentuk kenyataan2 sindiran, mungkin setelah dipujuk dan di'psiko' oleh lelaki 'anugerah tuhan' itu maka Chegubard dilihat sedikit 'tone down' .

Semasa pemilihan PKR berlangsung, kita dapat tengok dalam laman twitter Chegubard beliau cukup kuat menghentam calon-calon tertentu . Malah beliau juga antara yang lantang mempersoalkan ketelusan pemilihan yang berlaku semasa pemilihan. Tindakan Lembaga Disiplin PKR menggantung Chegubard kerana mengkritik proses pemilihan parti menunjukkan satu tindakan yang hipokrit . Mana kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan sehinggakan ahli sendiri tak boleh mengkritik ? Kalau Chegubard boleh mengkritik SPR kerana beberapa kelemahan , kenapa pula beliau tidak boleh mengkritik sistem pemilihan parti sendiri ?

Walau bagaimanapun, secara peribadi penulis harap tidak ada di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO cuba 'memancing' Chegubard untuk menyeberang ke sebelah sini . Mana lah tahu ini hanya 'game' dari PKR sendiri untuk menutup kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa proses pemilihan ? Kita hanya berharap dengan tindakan Lembaga Disiplin PKR terhadap Chegubard ini, maka lebih ramai yang buka mata mengenai 'ketelusan' yang ada dalam PKR . Dalam mereka sibuk memperkatakan mengenai kelemahan2 UMNO, kelemahan2 dalam parti mereka itu sendiri terdedah.  

Thursday, May 22, 2014

PRK Teluk Intan : Pengamal Media Sosial Perlu Fokus Pada Masalah Setempat Berbanding Calon Bertanding ?

Barisan Nasional dilihat mempunyai peluang 50-50 untuk PRK Teluk Intan yang akan diadakan beberapa hari lagi . Sejak dari awal lagi, iaitu sebelum penamaan calon ramai yang berpendapat pembantu kepada Setiausaha Agung DAP , Lim Kit Siang akan menjadi calon . Malah di pihak penyokong BN, terutama di kalangan pengguna media sosial telah mengangkat nama Dyana Sofea sebagai calon yang mungkin diletakkan DAP untuk bertanding. Ramai yang berpendapat Dyana hanyalah 'boneka' kepada DAP. Tindakan DAP meletakkan calon Melayu hanyalah sebagai taktik untuk menarik sokongan pengundi Melayu.



Namun Dyana tersilap langkah semasa berkempen apabila dengan jelas menyatakan bahawa tidak akan menyokong perlaksanaan hudud sekiranya diberikan mandat oleh pengundi untuk menjadi ahli parlimen Teluk Intan. Kenyataan yang dibuat oleh Dyana ini sudah pasti membingungkan penyokong-penyokong PAS yang juga dilihat turut sama membantu dalam kempen DAP di Teluk Intan. Dyana yang juga merupakan graduan Uitm dalam jurusan undang-undang juga menimbulkan kontroversi apabila mempersoalkan kewujudan Uitm yang dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera . Beliau berpendapat peluang yang serupa harus diberikan pada bangsa-bangsa lain. Kenyataan beliau ini sedikit sebanyak telah menyinggung sensitiviti sesetengah orang Melayu.

Sejak awal lagi apabila isu Dyana dibangkitkan, penulis mengambil sikap tunggu dan lihat respon-respon di kedua-dua belah pihak BN (khususnya UMNO) dan PR (khususnya DAP) . Di kala Dyana dihentam oleh penyokong-penyokong BN , DAP mengambil kesempatan itu untuk melonjakkan populariti calonnya . Malah ibu bapa Dyana turut terkena tempias kerana dikatakan tidak tahu mendidik anak walaupun merupakan telah lama menjadi ahli UMNO dan pernah memegang jawatan dalam parti. Bagi penulis soal mendidik anak adalah perkara kedua kerana jati diri seseorang individu itu bergantung kepada persekitaran dan orang-orang yang dicampuri. Ibu bapa tidak akan berada 24 jam disisi anak-anak untuk terus memantau mereka. Pandangan dan pemikiran politik seseorang itu dibentuk melalui pengalaman2 yang akan dilalui mereka.

Itu yang terjadi pada beberapa bekas orang UMNO yang menyertai DAP dan PKR , tak terkecuali juga beberapa ahli dan pemimpin DAP yang keluar dari parti antaranya seperti Tungku Aziz . Mereka ini telah melalui satu pengalaman yang tidak memberi keuntungan pada diri atau mungkin berasa diri dipergunakan setelah berada beberapa ketika dalam parti maka pandangan mengenai politik telah berubah . Tidak mustahil pada satu hari nanti , Dyana juga mungkin akan turut keluar dari DAP dan persoalan sekarang adakah mereka yang mencemuh beliau pada ketika ini akan mempunyai pandangan yang berbeza ? Tentu masih ramai ingat bagaimana Ezam Mat Nor dicemuh oleh UMNO ketika beliau masih berada di PKR dan situasi itu berubah apabila beliau menyertai UMNO semula.

Berbalik kepada cerita PRK Teluk Intan , sehingga hari ini penulis masih tidak pasti apakah isu-isu rakyat di kawasan itu yang dimainkan di media . Banyak yang bercakap mengenai isu2 nasional seperti GST , perangi rasuah , kenaikan harga barang dan isu-isu bersifat nasional . Penulis percaya dalam keadaan peluang 50-50 ini , adalah lebih baik pasukan BN menjuarai isu-isu rakyat setempat . Mungkin pasukan-pasukan penyelidik di pihak BN boleh mencari isu-isu khusus setempat . Calon adalah faktor yang penting namun bagi rakyat adalah lebih elok memilih calon yang faham selok belok dan masalah rakyat itu sendiri . Apakah isu-isu setempat yang gagal diselesaikan sepanjang tempoh DAP memegang parlimen itu ? Adalah lebih elok media menumpukan pada aspek-aspek berkenaan , dan mungkin juga boleh menguji kefahaman calon yang bertanding mengenai masalah setempat parlimen yang ditandingi daripada menumpukan kontroversi calon itu sendiri. Sekadar pandangan.

Saturday, May 17, 2014

Rafizi & Amenoworld 'Berjoget' Dek Artikel The Malaysian Insider

Ada satu kisah menarik hari ni. Portal pro pembangkan The Malaysian Insider kononnya telah menerbitkan satu artikel psycholgical war nak pecah belahkan UMNO. Motifnya tak lain tak bukan nak burukkan kredibilti PM Najib Razak. Tajuk artikel tu "Najib Berlepas Ke Dubai Bersama Idris Jusoh selepas berjanji hadir majlis Ahmad Said". Apabila artikel iti diterbitkan, maka melompat lompat lah kegembiraan penganut2 PR.

Kegembiraan di zahirkan dalam bentuk twit oleh pemimpin strategi PKR, Rafizi Ramli yang menyindir dan mempersendakan PM dan Ahmad Said dek kerana artikel yang disiarkan TMI itu. Tak cukup dengan itu, blogger fofular PR Amenoworld turut pick-up artikel TMI itu. Dia punya ulasan tersangatlah happy dengan kejadian itu, cuba tengok screen capture di bawah ni berapa banyak dia punya KAH KAH KAH .

Walau bagaimanapun, kegembiraan itu tak lama apabila gambar Najib sampai ke rumah Mad Said untuk hadiri majlis kenduri kawin tersebar. Kelam kabut TMI padamkan artikel fitnah tadi dalam portal mereka. Rafizi Ramli yang berjoget kegembiraan sebelum itu jadi bodoh sekejap setelah mengetahui apa yang disebarkan beliau sebelum itu hanyalah fitnah semata mata.

Hal yang serupa berlaku pada blogger Amenoworld, tapi sebab nak cover malu punya pasal dia tundingkan jari dekat TMI. Penulis tak nak komen lebih lebih , cuma nak kata manusia hipokrit memang sangat bahaya. Ini semua golongan munafiqun, beria-ia tunding jari orang itu dan ini sebar fitnah, tapi bila kena batang hidung sendiri pandai pulak depa buat buat bodo?

Tuesday, May 13, 2014

Apa Di Sebalik Perjanjian Setahun antara Ahmad Said dan PM ?

Lebih kurang setahun yang lepas , apabila keputusan PRU-13 diumumkan Barisan Nasional Terengganu yang diterajui oleh mantan MB , Dato' Seri Ahmad Said memperoleh 17 kerusi DUN berbanding pada keputusan PRU-12 yang diterajui Dato' Seri Idris Jusoh yang berjaya memperolehi 24 kerusi DUN . Di sebalik kecemerlangan prestasi memperoleh 24 kerusi DUN pada PRU-13 , Dato' Seri Idris Jusoh tidak dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sebaliknya Dato' Seri Ahmad Said dipilih untuk mengemudi pentadbiran negeri dan BN negeri bagi menghadapi PRU-13 . Walau bagaimanapun, keputusan PRU-13 menunjukkan BN hilang tujuh kerusi di Terengganu. Walaupun menang, Dato' Seri Ahmad Said masih terus di lantik menjadi Menteri Besar Terengganu oleh PM walaupun ada sedikit suara-suara yang mempersoalkan perlantikan itu dengan keputusan yang diperoleh.


Tindakan PM melantik Dato' Seri Ahmad Said pada ketika itu dipersoalkan sesetengah pihak , namun PM kekal dengan pendirian tanpa memberikan sebab musabab jelas perlantikan itu walaupun kerusi DUN yang dikuasai BN telah hilang sebanyak 7 buah berbanding PRU sebelum ini . Kemudian semalam kecoh di laman media mengenai perletakan jawatan MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang kemudiannya digantikan dengan MB baru . Ramai tertanya-tanya dan tak kurang juga yang mencemuh tindakan yang dibuat oleh kepimpinan tinggi negara. Selepas beberapa ketika , timbul lah cerita bahawa ada perjanjian yang dibuat dengan Dato' Seri Ahmad Said untuk melepaskan jawatan selepas setahun dan tempoh setahun itu telah tamat dan sudah semestinya Dato' Seri Ahmad Said sedar mengenai perkara ini apabila tarikh perjanjian yang dibuat semakin hampir.

Secara rasionalnya , sekiranya Dato' Seri Ahmad Said menghormati perjanjian yang telah dibuat setahun lepas beliau seharusnya membuat beberapa persediaan dengan memaklumkan kepada pengikut-pengikut beliau , ahli-ahli UMNO dan rakyat yang menyokong BN umumnya supaya keadaan yang penuh tanda tanya dan spekulasi seperti yang berlaku pada hari ini dan semalam tidak wujud . Sudahnya ramai yang menghentam Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Razak tanpa mengetahui benar-benar apa yang berlaku di sebalik episod pemilihan Menteri Besar Terengganu yang baru . Apabila penulis menyatakan Dato' Ahmad Said seharusnya bersedia apabila tarikh tamat khidmat beliau sebagai MB Terengganu semakin menghampiri , beliau seharusnya merancang untuk mengelakkan pelbagai spekulasi timbul atau merancang perkara-perkara yang boleh menyusahkan diri sendiri seperti perancangan majlis kenduri kahwin .

Kalau benar-benar beliau ikhlas menghormati perjanjian yang dibuat setahun lepas , hal-hal yang melibatkan urusan peribadi beliau harus di atur dengan lebih baik .  Ahmad Said seharusnya memberikan 'signal' kepada orang ramai mengenai pengunduran beliau , mungkin sebulan sebelum tarikh bagi mengelakkan kejutan seperti ini . Apa yang penulis tahu , Dato' Seri Ahmad Said adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan banyak membantu rakyat , namun beliau harus menghormati perjanjian yang telah dibuat setahun lepas tanpa menyusahkan parti . Jika sebelum ini mantan MB Terengganu , Dato Seri Idris Jusoh tidak dipilih menjadi MB dan menghormati keputusan itu walaupun di bawah pimpinan beliau BN menang banyak kerusi DUN , Dato' Seri Ahmad Said seharusnya mampu melakukan perkara yang serupa , biarpun tanpa jawatan penulis percaya kepakaran beliau masih lagi mampu menyumbang pada parti . Jangan lah hanya kerana salah faham majlis kenduri kahwin anak , seluruh UMNO digegarkan . Harap Dato Seri Ahmad Said kembali semula pada UMNO , buang yang keruh dan ambil yang jernih

Monday, May 12, 2014

Lagi Pemilihan PKR Berantakkan, UMNO Jadi Dalang?

Seperti yang dijangkakan, kekecohan telah berlaku di beberapa cabang pemilihan PKR. Kecoh bukan kecoh sikit-sikit punya , dia punya kecoh sampai bawak bertumbuk..kerusi berterbangan . Jadi tidak kah kita rasa pelik kalau parti yang selama ni sibuk mencari kesilapan-kesilapan dan kelemahan SPR dalam menguruskan pilihanraya umum rupa-rupanya mempunyai lebih banyak kelemahan dalam pemilihan parti sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, TV3 turut menyiarkan kekecohan2 yang berlaku semasa pemilihan cabang. Bukan setakat TV3 saja, malah beberapa portal online turut menyiarkan kekecohan yang berlaku. Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR dalam satu respon twitter menjawab kekecohqn yang berlaku adalah sesuatu yang diatur. Jawapan Anwar itu seperti cuba menegakkan benang yang basah. Takkan lah ahli PKR cabang tak kenal antara satu sama lain hingga membolehkan pihak luar atur kekecohan?

Disebabkan kekecohan yang berlaku ini akibat ketidakpuasan hati dengan proses pemilihan yang dijalankan, pemilihan di 12 cabang PKR di Selangor telah dibatalkan. Senarai 12 cabang PKR yang dibatalkan pemilihan ialah Kota Raja, Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Sg. Besar, Subang, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kapar, Selayang, dan Shah Alam. 

Tuesday, May 6, 2014

Pemilihan Lepas Zaid Ibrahim Keluar PKR, Pemilihan 2014 Siapa Pula yang akan Keluar?

Kecoh 2-3 hari kebelakangan ni mengenai isu pemilihan PKR yang dikatakan ada cacat cela. Hal ini dibangkitkan oleh ahli-ahli PKR sendiri. Ramai yang tidak berpuas hati cara pemilihan dilakukan dan ramai juga berpendapat terdapat beberapa kelemahan ketara semasa pemilihan yang memberi lelebihan kepada individu-individu tertentu.

Tak perlulah penulis ulas panjang lebar mengenai insiden2 yang berlaku semasa pemilihan dalam PKR yang sedang berjalan. Boleh baca samada di media arus perdana atau di media-media sosial. Banyak calon yang ambil bahagian dalam pemilihan ni tak berpuas hati termasuklah Rafizi Ramli yang mempersoalkan pemilihan cabang di Kemaman.

'Tag team' yang dibentuk antara Saifuddin, Rafizi dan Nurul Izzah demi untuk memastikan kemenangan masing-masing dalam jawatan yang ditandingi nampaknya terbantut dengan insiden ini. Ahli parti mula persoalkan kaedah pengundian yang tak telus . Malah sudah ada suara dari ahli PKR sendiri yang menempelak kepimpinan parti yang sibuk mempersoalkan kaedah pemilihan SPR yang kononnya tidak telus semasa PRU tetapi kepincangan dalam pemilihan parti sendiri gagal diatasi.

Sudah semestinya beberapa insiden yang berlaku di beberapa cabang PKR ini memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan parti. Mungkin masih ramai yang ingat mengenai insiden yang hampir serupa berlaku pada pemilihan PKR yang lepas hingga membuatkan bekas menteri UMNO, Zaid Ibrahim keluar parti PKR dan menubuhkan parti KITA.

Nampaknya PKR masih tak ambik iktibar untuk membuat penambahbaikan dari insiden yang lepas. Apa yang berlaku sekarang adalah ulang tayang dari insiden yang berlaku sebelum ini. Dalam keghairahan mereka menunding jari pada SPR yang kononnya lemah dalam menguruskan pilihanraya, apa yang berlaku sekarang menunjukkan PKR sendiri gagal dalam menguruskan pilihanraya yang dibuat mereka sendiri.

Mana Ambiga dan lain karekter yang mengepalai BERSIH? Apa komen anda pula dengan insiden yang sedang berlaku dalam pemilihan PKR sekarang? Inilah hipokrasi jelek yang ditunjukkan oleh BERSIH. Mana tidak? Orang orang di dalam kumpulan BERSIH itu sendiri ada hubungan yang baik dengan pemimpin2 PKR. Hipokrit !