Wednesday, April 30, 2014

Alasan Rafizi Mengenai Isu Undi di Kemaman

Seronok sebenarnya bila baca twitter2 pemimpin ni. Ada yang menggelupur bila kena asak , ada yang cool dan ada yang bo layan terus. Seperti yang dikecohkan baru2 ni cerita pasal kekecohan yang berlaku semasa proses pengundian jawatan2 PKR di cabang Kemaman.

Menurut yang diceritakan di laman media sosial Rafizi dan pengikut2 beliau semacam tak berpuas hati dengan proses pengundian yang berlaku dan berlaku beberapa drama yang mencemaskan.

Aku tak pasti lah sejauh mana kebenaran cerita ni sebab kadang2 orang yang menulis suka tambah garam dan gula dalam cerita mereka untuk menyedapkan lagi pembacaan. Ada jugak yang paparkan beberapa "gambar hiasan" untuk kasi dia punya artikel tu tangkap "thrill" .

Menariknya , Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pun jadi tukang bakar bila retweet gambar yang diletakkan dalam blog2 sampaikan buat Rafizi Ramli sentap dan sound KJ.

Rafizi minta KJ jangan rendahkan taraf diri sendiri dengan menjadi penyebar gambar fitnah. Dan beberapa ketika lepas kena "sound" dengan Rafizi barulah KJ perjelaskan dalam twitter beliau yg gambar disebarkan beliau tak betul. Kemudian dalam satu tweet balas pada KJ , Rafizi bagi alasan isu di Kemaman adalah kerana nombor calon tak sama dengan nama calon. 

Pandangan aku, Rafizi mungkin jadi agak sensitif dalam isu pemilihan PKR di Kemaman. Maklum lah kalau dia kalah jatuh lah standard. Yea lah, di peringkat nasional dia punya taring bukan main gah lagi. Tiba-tiba di peringkat cabang kiraan undian membuatkan beliau jadi seolah olah menggelupur mintak nyawa. Nak jaga peringkat nasional macam mana sedangkan peringkat cabang pun tak boleh jaga?

Satu lagi maklumat dari twitter Rafizi yang agak menariklah. Kita nampak Azmin Ali sedang mendahului pencabar terdekat Saifudin Nasution. Nampak percaturan 'kartel' yang dibuat sebelum pemilihan yang menampilkan Rafizi , Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution buat masa ni kurang berjaya. Apa pun secara peribadi aku harap orang-orang PKR ajar sikit team yang dibentuk ni. Nampak sangat nak menjaga kepentingan orang2 tertentu.

Friday, April 25, 2014

Isu Bajet Tambahan : Ahmad Maslan bandingkan Anwar & Najib Untuk Sekolahkan Rafizi

Pakar strategik PKR dimalukan Ahmad Maslan dalam sesi parlimen apabila mempersoalkan tindakan Najib,sebagai Perdana Menteri yang tak pernah gagal membentangkan bajet tambahan sepanjang jadi Menteri Kewangan. Ahmad Maslan dalam jawapan beliau kepada Rafizi tentu menyebabkan ahli Parlimen Pandan itu tersentak.

video

Mana tak tersentak kalau nak dibandingkan dengan bajet tambahan yang dibentangkan Anwar Ibrahim semasa jadi Menteri Kewangan lebih banyak berbanding semasa Najib jadi menteri. Nampaknya Rafizi selalu kantoi apabila tak buat kajian yang mendalam apabila nak mendedahkan sesuatu.

Khabarnya pendedahan Rafizi yang terbaru mengenai PM dan MOSTI juga penuh dengan fitnah hingga menyebabkan syarikat yang difitnah beliau tu nak ambik tindakan undang-undang terhadapnya. Malah sebelum tu, beberapa report polis terhadap Rafizi yang menulis buku Reformasi 2.0 yang mempersoalkan sistem kehakiman negara telah pun dibuat atas sebab kandungan buku yang punyai kencenderungan hina mahkamah.

Tentu ramai masih ingat bagaimana seorang blogger pro-UMNO disumbat kedalam penjara atas sebab menghina mahkamah juga. Rasanya kes tu dibuka atas laporan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim and the gang jugak. Rasanya tindakan yang sama mungkin dikenakan pada Rafizi juga. Takkanlah disebabkan dia ahli parlimen ada keistimewaan diberikan?

Tuesday, April 22, 2014

PRK Bukit Gelugor : Logik Untuk BN Bertanding Atau Tidak

Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia berkata BN tak perlu letak calon untuk PRK Bukit Gelugor nanti ekoran kerusi parlimen berkenaan dikosongkan dengan kematian penyandangnya , mendiang Karpal Singh baru baru ini. Alasan Ahmad Fadhli Shaari ialah majoriti yang diperoleh oleh mendiang Karpal pada PRU yang lepas adalah terlalu tinggi berbanding calon BN.

Ahmad Fadhli juga berkata jumlah wang lebih kurang RM2 juta yang terpaksa dibelanjakan kerajaan untuk urusan PRK Bukit Gelugor nanti boleh lah dijimatkan dan disalurkan untuk pembinaan 40 buah rumah kos rendah yang harganya lebih kurang RM50k sebijik. Geleng kepala aku bila baca 'nasihat' Exco Pemuda PAS Malaysia ni. Tujuan memang baik, tapi kurang analisis sebelum buat kenyataan.

Pandangan penulis pula BN patut letak calon untuk PRK Bukit Gelugor nanti kerana pada ketika ini lah akan muncul beberapa calon bebas untuk cuba nasib. Kalau calon bebas nak bertanding, mahu atau tidak SPR tetap kena buat PRK sebab ini pemilihan demokrasi biar pun BN tak ambik bahagian. SPR akan tetap kena belanja RM2 juta seperti yang didakwa Ahmad Fadhli itu.

Bila ada calon bebas masuk bertanding, diaorang akan kena bayar sejumlah wang deposit. Diaorang tak kisah samada kalah atau menang sebab tentu ada kecenderungan pihak2 tertentu untuk bayar supaya calon bebas ini tarik diri. Yea lah daripada belanja RM 2 juta untuk pilihanraya, lebih baik bayar beberapa puluh ribu untuk calon bebas ni tarik diri. Dapat la jimat untuk perbelanjaan PRK.

Tapi bagi penulis, individu2 yang mungkin cuba ambil kesempatan cari keuntungan dengan cara ini perlu disekat. Nanti makin menjadi-jadi pulak hal2 macam ni. Contohnya kalau ada 4 calon bebas, deposit sorang bayar lebih kurang RM10k . Kalau nak tarik diri mesti kelima-lima sekali kena kowtim. Kalau salah sorang tak kowtim pun tetap PRK kena dijalankan jugak.

Oleh yang demikian, daripada melayan kerenah calon-calon bebas yang entah datang dari mana dan dengan bermacam feelnya , maka eloklah BN bertanding dalam PRK Bukit Gelugor nanti. Tapi kalau semua calon bebas ni jenis mata duitan dan sanggup tarik diri kalau dibayar pihak tertentu , mungkin itu dah jadi cerita lain. Percaya atau tidak masa PRK lah banyak pihak akan ambil kesempatan memanipulasi keadaan untuk keuntumgam diri sendiri.

Monday, April 21, 2014

Kes Anwar Antara Prinsip & Professionalisme Mendiang Karpal Singh

Kemalangan yang meragut nyawa ahli parlimen Bukit Gelugor telah mengejutkan seluruh negara. Ramai yang seolah-olah tersentak dengan pemergian pemimpin DAP yang lantang bersuara ini. Penulis sejak di zaman kanak-kanak lagi telah mengenali Karpal Singh. Karisma yamg ditunjukkan beliau berbeza dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Mendiang ialah individu yang cukup kuat mempertahankan prinsip.

Kelantangan beliau dalam mempertahankan prinsip yang dipercayainya bukan setakat kepada pemimpin-pemimpin di pihak parti pemerintah tetapi di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang juga. Disebabkan ketegasan Karpal itu juga, pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah dilihat terpaksa melupakan perlaksanaan hukum hudud yang dicanang mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

Tentu ramai pemimpin PAS yang masih terasa bisa penangan ayat mendiang iaitu langkah mayat kalau mahu laksana hudud atau negara Islam. Lebih kurang begitulah bunyinya. Mendiang Karpal Singh juga diingati penulis disebabkan beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab buat statement mengenai kegiatan songsang Anwar. Masa tu penulis belajar lagi kat universiti, pada fikiran penulis itu semua fitnah nak jatuhkan Anwar dan anggap mendiang Karpal hanya merepek.

Namun kini, apa yang dinyatakan mendiang Karpal beberapa belas tahun lepas ternyata benar dengan keputusan Mahkamah Rayuan (Kes Liwat Anwar Ibrahim) yang diumumkan baru-baru ini. Walaupun mendiang Karpal bertindak sebagai peguambela Anwar Ibrahim, penulis percaya tindakan itu dibuat atas dasar professionalisme beliau sebagai pengamal undang-undang. Itu merupakan salah satu prinsip yang dipegang oleh mendiang Karpal iaitu bersikap professional selagi khidmat guaman beliau ditagih.

Simpati penulis buat keluarga Karpal dan parti DAP. Dalam parti DAP, hanya mendiang yang dilihat kaum bukan Cina yang dominan dalam parti. Dengan ketiadaan Karpal maka elemen kecinaan parti DAP makin menyerlah. Dengan ketiadaan Karpal ini juga pasti hiruk pikuk parlimen tidak lagi kedengaran kenyataan-kenyataan sensasi seperti "Anwar Ibrahim harus bertaubat..." , iaitu kenyataan MP pembangkang kepada MP pembangkang yang lain. Penulis pasti pemergian Karpal akan dikenang rakyat.

Thursday, April 17, 2014

'Anak Saudara' Mendiang Karpal Mengamuk di Facebook

Takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Kemalangan yang berlaku semalam benar2 mengejutkan rakyat Malaysia. Mendiang Karpal merupakan antara ahli politik yang lama berkhidmat sebagai ahli parlimen di negara ini. Beliau juga dikenali sebagai ahli parlimen yang vokal dalam mempertahankan pendiriannya sehingga menimbulkan beberapa kontroversi termasuklah isu perlaksanaan hukum hudud dan kes mendiang mempertikaikan titah Sultan Perak.

Kemalangan yang berlaku di Tapah, Perak itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai. Kebanyakkan daripadanya melahirkan rasa sedih. Walau bagaimanapun, hari ini juga tersebar di laman Facebook yang mana pemilik akaun berkenaan yang mengaku anak saudara kepada mendiang Karpal seolah-olah menuduh kejadian kemalangan seperti dirancang.

Kita faham kesedihan yang dialami keluarga mendiang, tetapi bila membuat tuduhan melulu seperti ini, ia adalah sesuatu yang melampau. Melalui apa yang dilaporkan media, kemalangan berlaku mungkin disebabkan kenderaan dibawa terlalu laju, tambahan pula dengan rekod kesalahan jalanraya kenderaan berkenaan. Kenapa kaitkan segalanya dengan politik?

Penulis rasa elok penulis kongsikan komen2 pemilik FB berkenaan untuk tatapan ramai. Jelas beliau mencabar pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan atas dirinya. Polis takkan soal siasat kalau bukan sesuatu yang serius. Tapi kalau dah siap memfitnah kata kononnya kemalangan adalah sesuatu yang dirancangkan memang sesuatu yang agak serius memandangkan ia melibatkan individu berprofil tinggi! Individu berkenaan perlu ditahan untuk siasatan kerana melalui apa yang ditulis dalam FB seolah olah dia tahu mengenai sesuatu yang berlaku hingga mengakibatkan kemalangan itu.

Wednesday, April 16, 2014

MH370 : Najib Bidas Kenyataan Merepek Anwar

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini membidas kenyataan Anwar yang dikeluarkan media dari China, Southern Weekly . Najib dalam kenyataan beliau seperti yang dilaporkan portal Bernama berkata kenyataan yang dibuat oleh ketua pembangkang itu adalah tidak logik dan menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia bodoh. Kenyataan Najib itu dibuat pada perjumpaan bulanan di Kementerian Kewangan (15 Apr 2014). Walau bagaimanapun, Anwar pada hari ini membalas kenyataan Najib dengan berkata PM memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan beliau di Southern Weekly. Anwar berkata kenyataan beliau sepatutnya menerangkan bahawa tindakan segera akan diambil untuk memastikan penyaluran sumber maklumat mengenai tragedi yang berlaku.


Komen penulis apabila Anwar cuba membetulkan persepsi dengan mengatakan sekiranya beliau jadi PM , beliau akan memastikan tindakan segera diambil untuk pastikan saluran maklumat yang cekap dengan tragedi yang berlaku. Bukankah ini yang dibuat oleh PM Najib Razak? Anwar hanya mengulang mengenai tindakan yang sememangnya telah dilakukan oleh kerajaan. Sidang media segera diadakan apabila ada maklumat terbaru mengenai kehilangan pesawat MH370 . Anwar dilihat seperti cuba ambil kesempatan dengan tragedi yang berlaku sekarang, bersama-sama bersekongkol dengan media asing menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat ?

Sejak awal tragedi ini berlaku, penulis tertanya maklumat apa yang begitu bernilai sangat sehinggakan kerajaan beria-ia nak sembunyikan ? Penulis sependapat dengan Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussin iaitu sebelum timbulkan apa-apa spekulasi, eloklah pesawat tersebut dijumpai terlebih dahulu. Lagipun proses pencarian ini melibatkan banyak negara, mustahil maklumat-maklumat terbaru yang ditemui boleh disorok dalam era kemajuan teknologi maklumat pada hari ini. Kenyataan Anwar di Southern Weekly hanyalah satu usaha murahan untuk mempopularkan diri sendiri di mata dunia sekaligus canang satu dunia mengenai 'ketidakadilan' terhadap beliau berhubung hukuman penjara 5 tahun kerana didapati bersalah dalam kes liwat 2.

Kedudukan Kroni Untuk Jawatan Presiden PKR Terjamin, Anwar atau Azizah Mungkin Tarik Diri Bertanding

Seperti yang tertulis dalam laman web FMT hari ini , Ketua Umum PKR menyatakan bahawa tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi (Presiden) . Pencalonan Azizah dan Anwar itu sendiri merupakan satu strategi sendiri . Anwar berkata salah seorang daripada mereka akan menarik diri dari pertandingan itu , sekiranya Anwar bertanding Azizah akan tarik diri dan sebaliknya . Penulis berpendapat tindakan itu hanya sekadar untuk mengukuhkan legasi anak beranak dan kroni-kroni Anwar dalam kepimpinan PKR .


Penulis mengikuti kronologi pertandingan jawatan tertinggi dalam PKR ini dan dapat mengagak tindakan Anwar mencalonkan diri untuk jawatan Presiden bersama-sama Wan Azizah mungkin hanya untuk memberi isyarat kepada pemimpin-pemimpin lain dalam PKR untuk bertanding merebut jawatan Presiden PKR menentang Wan Azizah . Ia juga mungkin sebagai "acid test" bagi melihat mana-mana pemimpin-pemimpin PKR yang berani lawan "towkay" . Jesteru selepas beberapa pemimpin-pemimpin besar PKR mencalonkan diri untuk jawatan-jawatan selain Presiden , maka Ketua Umum PKR itu mungkin berasakan selamat untuk beliau menyatakan bahawa tiada pertandingan untuk jawatan Presiden kerana individu-individu yang berpotensi dah calon diri untuk jawatan lain.

Apa yang dilakukan adalah satu tindakan yang secara terang-terangan mengatur kroni dalam parti. Kalau dulu Anwar begitu berdegar-degar menuduh UMNO mengamalkan kronisma ,apa yang berlaku dalam PKR sendiri adalah sesuatu yang lebih teruk . Sekurang-kurangnya kita tidak pernah melihat dalam kepimpinan UMNO di mana lengkap suami, isteri dan anak memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam parti . Jadi tak perlu lah penyokong-penyokong PKR membangkitkan lagi soal kronisma dalam UMNO kerana ia bak meludah ke atas terkena muka sendiri. Walau bagaimanapun, penulis berasa sedikit hairan dengan ahli-ahli PKR yang seolah-olah membutakan mata dengan apa yang berlaku sekarang. Baru di peringkat parti politik dah mengamalkan kronisma melampau , kalau berjaya ambil alih kerajaan entah apa pula yang akan dilakukan.

Thursday, April 10, 2014

IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!! - LIAU CHOW WAN

Berikut adalah satu isu yang panas di mainkan di FB dan laman twitter sejak semalam . Rakan blogger The Flying Kick turut membangkitkan isu ini . Penulis tidak pasti sejauh mana kebenarannya tapi oleh kerana ada report polis, apa yang diperkatakan mungkin benar . Penulis membangkitkan isu ini dengan niat pihak polis menyiasat kebenaran cerita yang telah tersebar meluas di media sosial . Sekiranya apa yang diperkatakan itu benar , maka pegawai bank berbangsa Cina yang mengeluarkan kata-kata rasis terhadap kerani bank berbangsa Melayu itu wajar di siasat. Peliknya wanita Cina itu mengaitkan Melayu dengan PM Najib (merujuk kata2 di bawah ini:)



"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Mana dia tahu orang yang diherdiknya itu bukan Melayu penyokong PAS, PKR dan DAP ? Kalau benar lah apa yang di laporkan itu , wanita itu adalah manusia rasis di peringkat tertinggi . Dia punya rasis bukan atas dasar parti politik tapi atas dasar warna kulit , dalam kepalanya orang Melayu dikaitkan dengan pemimpin Melayu PM Najib Razak , orang Melayu dianggap bodoh , taraf bank milik Cina dan milik Melayu dibanding-bandingkan . Gua baca pun panas sial ! Tapi biarlah polis siasat kesahihannya secepat mungkin.

Dari sahabat blogger The Flying Kick

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yang merupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodoh, yer?

Dari rakan Facebook Pena Kulaijaya pula menulis seperti berikut

BUAT KALI KEDUANYA BERLAKU DI NEGERI JOHOR..! MELIBATKAN SYKT PERBANKKAN YANG TERKENAL IAITU HONG LEONG BANK.

KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN KAKAK BESAR SEBUAH SYKT PERBANKAN DI NEGERI JOHOR MEMANG BERADA DITAHAP MAKSIMUM DAN SANGAT TERLAMPAU.

ADAKAN INI HASIL DIDIKAN OLEH DAP DAN PKR DI JOHOR UNTUK MENKUCAR KACIRKAN NEGERI JOHOR YANG TELAH TERSEDIA AMAN DAN DAMAI.

(1) Xpuashati Bbaur Perkauman
Tmn Pelangi Rpt 3294/14
9/4 jm 1009
Pgdu : Zulkefli b. Zainal -49 thn / Kerani Hong Leong Bank
Saspek : Liau Chow Wan (P) - Manager Head of Department Hong Leong Bank.
Klsfksi : dlm sistn
Kes : 7/4 di Hong Leong Bank Bhd (HLBB), Level 5, Wisma Tiong Hua, Jln Keris, Tmn Sri Tebrau, JB, pgdu trma notis dr saspek supaya pindah ke HLBB KL tanpa sbrg alasn. 8/4 pgdu jumpa saspek utk mohon ikhsan krna kerja tpt tsbt slama 28 thn. Saspek dgn angkuh bkata 'This is Hong Leong!!! Hong Leong!!! Chinese Bank you know??? It is not Your Najib's Bank, Bank Bumiputra stupiddd!!!'. Pgdu xpuas hati saspek main sentiment pkaumn thdp pkerja bwhnnya n desak PDRM majukn pkara tsbt ke JPM.

SEBARKAN.............!

Monday, April 7, 2014

Ku Seman Utusan Punya Bodoh, Najib Yang Kena Tempias

Penulis pernah kritik Ku Seman dalam satu artikel dahulu sebab memandai menulis berkenaan media sosial . Macam-macam andaian dibuat oleh Ku Seman mungkin hanya disebabkan dengar cerita daripada sesetengah pihak . Sebagai seorang wartawan media arus perdana, tulisan Ku Seman sepatutnya lebih berlapik dan sumber penulisannya seharusnya berasaskan beberapa fakta . Kalau dulu Ku Seman memandai kata UMNO dah ada tentera cyber tetapi di kacau oleh 'blogger hanturaya' (baca sini) kini dakwaan Ku Seman lebih serius apabila menulis di akhbar arus perdana dengan mengaitkan kehilangan #MH370 ,teori konspirasi, dan CIA .

Bagi pemain media sosial pro-kerajaan , tak pernah wujud kumpulan cybertrooper terancang milik UMNO , apa yang ada hari ini adalah sukarelawan. Mereka tak di bayar untuk buat kerja dan tindakan pertahan kerajaan adalah kerja sukarela . Ku Seman dah dapat salah info tetapi memandai menulis dalam salah satu ruangan media arus perdana Utusan Malaysia untuk memburuk-burukkan pihak tertentu dengan info-info yang ternyata terpesong dari fakta . Artikel penulis 'bantai' Utusan dan Ku Seman boleh dibaca di sini . Alahaii apalah sangat Ku Seman kalau Kadir Jasin pun penulis boleh 'bantai' ?


Artikel Ku Seman yang menulis mengaitkan teori konspirasi, CIA ,dengan kehilangan pesawat #MH370 dalam ruangan Utusan Malaysia telah menimbulkan rasa tidak senang Amerika Syarikat . Ini diluahkan melalui bekas duta negara itu (John Mallot) yang kita sedia tahu memang berpotensi untuk jadi barua parti pembangkang di negara ini . Mallot yang berada di Malaysia sepanjang perkhidmatan beliau di negara ini tentu sudah masak selok belok permainan media di negara ini , apatah lagi di nasihatkan oleh barua-barua PR bahawa antara media pro-kerajaan yang perlu diberi perhatian ialah Utusan Malaysia .

Penulis tak kata salah untuk kita berkonspirasi itu dan ini , malah macam-macam konspirasi yang keluar dari cerita #MH370 ini . Dari cerita tersesat di alam ghaib, Diego Garcia , konspirasi dari China-US dan macam-macam lagi. Hal - hal macam ni kalau nak ditulis bukan dalam media arus perdana macam Utusan Malaysia dan TV3 . Setakat ni penulis tak nampak lagi cerita konspirasi2 ni dalam TV3 harapnya tak terikut lah dengan contoh yang ditunjukkan oleh Utusan Malaysia . Disebabkan kebodohan wartawan yang kononnya berpengalaman ini tulis dalam Utusan Malaysia iaitu media arus perdana , Perdana Menteri Najib Razak yang sememangnya penuh dengan pelbagai tugas nak digalas terpaksa 'bersilat' lagi nak cuci kerja kotor wartawan Utusan ni.

Sebagai seorang wartawan berpengalaman , Ku Seman tak belajar kah apa yang ditulis beliau terutama perkara-perkara yang melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan negara2 lain dalam media arus perdana , lebih2 lagi yang terang-terangan sokong dasar2 kerajaan boleh menimbulkan satu persepsi di kalangan rakyat negara ini , malah juga di negara luar sekiranya artikel tu tersebar dan diterjemahkan maksudnya ? Sekarang dah jadi satu hal Najib nak membetulkan keadaan . Takde beban batu digalas , itulah masalah wartawan macam Ku Seman yang cuba berlagak pandai . Lu nak tulis pasal konspirasi itu dan ini tulis dalam blog je lah bodo ... lu tulis dalam media arus perdana buat apa ? Dah menyusahkan semua orang !!! 

Sekarang mata-mata US yang ada di Malaysia akan tengok apa tindakan Najib terhadap Utusan ? Nak ditelan mati emak sebab Utusan ni diakui memang banyak jasa mempertahankan dasar-dasar kerajaan. Nak diluah pulak hubungan diplomatik US-Malaysia memang penting. Tambahan pula US adalah antara rakan dagangan terbesar di Malaysia . Takkan lah di sebabkan kebodohan seorang wartawan veteran Najib diletakkan dalam dilemma macam ni ? Jadi untuk perkara macam ni kita patut berbalik punca timbul semua ni iaitu penulisan Ku Seman sendiri , adakah tulisan beliau masih berada dalam lingkup professionalism ? Kalau takde , terpulanglah pada Utusan atau Najib nak buat keputusan

Saturday, April 5, 2014

Siasat Segera Individu Sebar Fitnah Kapal Terbang Dinaiki PM 'Terhempas'

Berikut adalah profil 'budak melayu' biadap yang menyebarkan satu gambar photoshop yang agak mengganggu emosi dan jiwa manusia yang waras. Apatah lagi gambar itu pula dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri. Penulis tak sanggup nak letakkan gambar itu disini tetapi biar saja lah penulis letak gambar profil FB budak yang kurang diajar itu.

Namun satu perkara yang perlu kita ingat. Orang takkan saja saja meletakkan gambar mereka dan kemudian membuat posting posting berunsur provokasi. Malah mungkin gambar individu yang digunakan itu adalah psychological war yang cuba digunakan pihak musuh unuk memfitnah individu berkenaan.

Maka sebelum kita naik angin dan ambil tindakan sendiri terhadap individu ini, ada nya lebih elok kita huat siasatan terhadap pemilik sebenar akaun ini dan gambar yang digunakan benar benar gambar beliau. Tak salah kalau penulis kata kaedah ini mungkin juga kaedah yang digunakan oleh2 cynertrooper2 haram penyokong PR bertujuan memperbodohkan kita.

Olrh yang demikian, eloklah disiasat dengan lebih teliti terlebih dahulu. Kita juga harap pihak SKMM memainkan peranan mereka dengan lebih efektif kerana semakin hari dilihat semakin ramai pihak tak bertanggungjawab makin galak menjadi keyboard warrior tanpa memikirkan implikasi yang bakal diteria oleh orang lain

Thursday, April 3, 2014

Institut Rakyat Barua PKR Buat Kajian GST Syok Sendiri

Tajuk artikel Malaysiakini iaitu "Badan pemikir selar cukai tak bermoral GST" hari ini menarik perhatian penulis . Bila dikatakan badan pemikir, dalam fikiran kita tentulah ia sebuah organisasi bebas yang dianggotai oleh cendiakawan-cendiakawan hebat . Dah tentu tertanya apa nama badan pemikir tu dan siapa yang meneraju dan menganggotai badan pemikir tu ? Antara petikan artikel berkenaan ialah ;


"Badan pemikir yang dekat dengan PKR itu membangkitkan Malaysia sebagai negara ketiga di Asean yang masyarakatnya paling tidak seimbang selepas Singapura dan Thailand."

"Menurut Institut Rakyat, seperti cukai pengguna sebegitu, yang akan diperkenal tahun depan, akan membebankan golongan miskin berbanding kaya."



Dari petikan artikel itu kita boleh agak badan pemikir Institut Rakyat ni rupa-rupanya barua kepada PKR . Penulis 'google' nak memastikan telahan itu benar . Jadi dari apa yang ditunjukkan dalam laman web Institut Rakyat ternyata telah itu benar . Malah logo pun ada ciri-ciri bendera PKR.

Kenyataan dalam artikel itu dibuat oleh Azrul Azwar Ahmad Tajuddin iaitu Pengarah Eksekutif dalam Institut Rakyat . Siapa Azrul Azwar ? Beliau ialah bekas pekerja Bank Islam yang buat kenyataan kontroversi mengenai kekalahan BN dan kemungkinan PR akan membentuk kerajaan . Beliau yang bekerja di Bank Islam sedikit sebanyak mempengaruhi imej institusi perbankan itu. Azrul Azwar juga disahkan sebagai ahli PKR .

Kenyataan Azrul berkenaan kekalahan BN melalui analisis-analisis yang dibuat oleh beliau ternyata tidak benar apabila BN masih mampu membentuk kerajaan selepas PRU-13 . Analisis kemenangan BN ini  juga telah dijangka oleh insitut pemikir yang lebih berintegriti iaitu OSK Research. Berbalik kepada pandangan Institut Rakyat mengenai GST yang kononnya cukai tak bermoral , beberapa institut pemikir dan kajian lain punya pandangan yang berbeza misalnya dari  Malaysian Institute of Economic Research (MIER), Kenanga Research, Asia Research Center, RHB Research Institute, CIMB Research dan beberapa yang lain.


GST dah di amalkan di 160 negara dalam dunia ni . Adakah Institut Rakyat barua PKR yang diterajui Azrul Azwar yang dibuang kerja dari Bank Islam sebab bocorkan dokumen sulit ini lebih pandai dari pakar-pakar ekonomi di 160 buah negara yang mengamalkan GST pada hari ini ? Gambar di atas ialah salinan report polis yang dibuat terhadap Azrul , sumber Rockybru

Tuesday, April 1, 2014

Malaysia Ketinggalan Teknologi Satelit : Keselamatan Negara Di Kompromi Sebab Rakyat Nak Jimat ?

Dalam usaha pencarian MH370 , ramai pihak terutama penyokong pembangkang sengaja mencari isu untuk mempersalahkan kerajaan . Antaranya ialah mempersoalkan penggunaan kapal selam Scorpene untuk tujuan pencarian .Walau bagaimanapun, isu yang dibangkitkan itu telah dijawab iaitu kapal selam Scorpene tidak ada kemudahan untuk operasi mencari dan menyelamat maka ia tak sesuai digunakan . Kalau kapal selam perang boleh guna untuk operasi-operasi sebegini tentu saja negara-negara lain yang punyai aset kapal selam terutama China dah terlebih dahulu lakukan tindakan sedemikian. Bila penjelasan diberikan, maka suara-suara sumbang yang buat kenyataan bodoh supaya guna kapal selam perang untuk operasi pencarian dan menyelamat MH370 pun diam seketika.


Tak berapa lama lepas tu, timbul pulak cerita pasal satelit . Puak-puak yang sama macam tak belajar dari tuduhan semberono yang mereka buat mengenai penggunaan kapal selam Scorpene untuk operasi pencarian MH370 . Mereka persoalkan pula kenapa satelit Malaysia tak boleh mengesan objek-objek di selatan Lautan Hindi seperti mana satelit-satelit dari negara-negara lain . Apa yang dipersoalkan itu sebenarnya berbalik kepada isu mengapa Scorpene tak digunakan untuk operasi SAR MH370. Semuanya berkaitan dengan soal spesifikasi . Spesifikasi Scorpene tidak membolehkan kapal selam itu berfungsi sebagai kapal selam untuk operasi SAR , begitu juga dengan satelit RazakSat yang mempunyai kemampuan terhad berbanding kemampuan satelit-satelit dari negara lain.

Malaysia mempunyai tiga jenis satelit iaitu TiungSAT , MaeSAT dan RazakSAT . TiungSAT berfungsi untuk pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi. Fungsi MaeSAT pula seperti yang diperoleh dari laman web ANGKASA ;

"Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur.

Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil.

Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan."

Maklumat dari RazakSAT pula ;

"RazakSAT adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa."

Berdasarkan ketiga-tiga jenis satelit di atas , RazakSAT hanya berupaya memberi data untuk Malaysia dan negara di lingkungan khatulistiwa . Selatan lautan hindi bukan berada di garis latitud khatulistiwa (equator) tetapi di latitud sarta (capricorn). Jadi keupayaan satelit RazakSAT itu sendiri tidak mencapai spesifikasi yang membolehkan ia mengesan objek di selatan lautan hindi . Selain dari itu tak perlu lah membandingkan keupayaan satelit negara Malaysia dengan satelit dari negara2 lain terutama kuasa2 besar memandangkan keupayaan satelit mereka adalah lebih tunggu . Sebagai perbandingan tak boleh nak bandingkan prestasi kereta Proton dengan Volkswagen . Lain lah kalau satelit yang dibeli kerajaan itu adalah model yang sama digunakan oleh negara2 lain.

Penulis teringat dulu, pemimpin-pemimpin pembangkang persoalkan kenapa perlu beli aset ketenteraan pada pengeluar tertentu dengan harga mahal sedangkan pengeluar lain harga lebih murah. Jawapan mudah kepada persoalan ni ialah kenapa ramai yang sanggup berhabis duit beli komputer jenama Apple berbanding jenama-jenama lain walaupun lebih mahal ? Soal ketenteraan dan soal keselamatan negara bukan perkara yang perlu di kompromi , beli murah-murah sebab nak jimat , bila berlaku sesuatu yang tak dijangka kena bedil sekali terus kalah , masa tu baru mau menyesal ! Nak tunding jari kat kerajaan pun tak boleh sebab negara dah hancur sebab kebodohan mereka yang gemar sangat membangkang dan nak kaitkan segalanya dengan politik !

Bila ANGKASA baru-baru ini berpendapat satelit ke-2 RazakSAT perlu dibangunkan dengan spesifikasi yang lebih baik , 2 ahli parlimen DAP di dalam Dewan Rakyat hari ni membantah cadangan berkenaan kerana di katakan merugikan wang rakyat . Penulis pula berpendapat ia adalah satu langkah yang perlu dipertimbangkan namun tak perlu tergesa-gesa dalam membina satelit ini . Kajian yang mendalam harus di lakukan dalam pembinaannya , kita tak mahu ada projek terbengkalai dan membazirkan . Satelit ke-2 yang lebih canggih dengan kapasiti dipertingkatkan bertujuan untuk pencerapan muka bumi adalah penting untuk sesebuah kerajaan itu miliki baik dari tujuan keselamatan negara atau usaha2 penyelamatan seperti yang berlaku sekarang.