Saturday, March 29, 2014

Taraf Kadir Jasin Sama Macam Red Bean Army?

Melihat tajuk artikel ni saja penulis pasti ramai puak2 penyokong Kadir Jasin melompat macam beruk marah sebab artikel ni memang bertujuan untuk tibai Kadir Jasin. Mungkin pembaca tertanya sebab apa penulis kata taraf Kadir Jasin dah jadi serupa Red Bean Army ? Sebabnya dalam keadaan negara tengah bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, mangkuk-mangkuk ayun macam Kadir Jasin, sesetengah pemimpin pembangkang dan Red Bean Army ambik kesempatan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan pimpinan Najib Razak. Tak ke bangsat namanya tu?

Dalam keadaan sekarang bila kerajaan Malaysia diserang media-media asing proksi dajjal laknatullah seperti CNN, ABC, Fox News dan beberapa media lain lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik seharusnya teguh bersatu memberi sokongan pada kerajaan bukannya tumpang sekaki dengan proksi2 dajjal ini untuk jatuhkan kerajaan ! Simpan dulu segala niat buruk terhadap kepimpinan kerajaan demi mempertahankan maruah negara . Ini tidak , ada jugak yang ambik kesempatan bersoladiriti dengan proksi-proksi dajal laknatullah untuk menjatuhkan imej kerajaan yang ada sekarang.

Tindakan Kadir Jasin penulis tengok macam menangguk di air yang keruh bersama-sama sekutu dajal ni menjadikan taraf beliau seperti bangsat bangsat dalam Red Bean Army. Apa tak sabar sangat kah nak mengkritik sehingga isu MH370 ini selesai ? Kadir Jasin dalam artikel beliau menyatakan dalam UMNO dah tiada pelapis sebab tak berani cabar Najib ? Itu F**K-ta dan F**K-tor kosong dan semberono dari Kadir Jasin.

Bukan lah nak menjilat dan membodek UMNO, kalau ada salah kita henjut jugak. Tapi bila mengatakan UMNO tak ada pelapis disebabkan tak berani cabar Najib maka Kadir Jasin dah tunjukkan kebodohan melampau untuk seorang wartawan berpengalaman. Kalau si bodoh tak lulus SPM cabar Najib untuk jawatan Presiden UMNO, adakah Kadir Jasin nampak si bodoh tu sebagai seorang pemimpin ? Tak ke bangang namanya tu ?

Penulis tak heran sangat pemikiran wartawan macam Kadir Jasin, kalau zaman dulu takde internet takde Facebook, takde blog boleh la hang nak gebang orang dalam paper. Rasa hebat kononnya diri dah setaraf 'king maker' . Kadir Jasin lupa zaman dah berubah, cara menghasut dan nak melaga-lagakan pemimpin dah lain. Orang boleh balas kritikan hang balik tak sampai sejam hang keluarkan artikel.

Penulis ni boleh dikatakan terdiri daripada golongan orang muda, dan level pemikiran orang tua feeling feeling intelek macam Kadir Jasin kitaorang dah tak layan . Hang tua ka..hang muda ka...cakap benda bodoh kami balunnn. Kami dah faham sangat fa'el orang orang lama yang frust tak dapat projek kemudian menyalak. Haizz takkan lah gua nak korek lagi cerita sebab apa si Kadir ni kuat benar menyalak walhal dia dah puas dapat keuntungan masa jadi balaci dekat NST dulu?

Berbalik dengan cerita pelapis dalam UMNO dan 2 sebab utama mereka tak cabar Najib. Pertama, Najib tak dicabar sebab beliau melakukan tugas dengan baik. Zaman Pak Lah dulu ramai bising sebab hasil kerja tak bagus , TPM sekarang TS Muhyiddin agaj lantang ketika itu. Kedua, pemimpin2 pelapis ni sedar kekurangan sokongan rakyat terhadap UMNO sekarang bukanlah disebabkan sentimen pemimpin, tetapi lebih kepada keberkesanan jentera pembangkang memberi maklumat fitnah dan palsu pada rakyat menggunakan media siber. 
Kita pun sudah sedia maklum ada beberapa tokoh dan pelapis muda dalam UMNO yang berkredibiliti macam Hishamuddin Hussin, Khairy Jamaluddin, Abd Rahman Dahlan dan Mukhriz Mahathir. Semua pemimpinyang dinamakan ini ada latar belakang pendidikan yang mantap, disukai anak2 muda dan gaya yang lebih segar bagi seorang pemimpin UMNO. Hanya disebabkan mereka menghormati kepimpinan Najib sebagai PM, maka Kadir Jasin gagal melihat nama2 ini? Macam saya tulis tadi...mungkin Kadir Jasin hanya nampak seseorang tu layak ganti Najib kalau dia pandai menyalak macam tin kosong, komplen sana sini...latar belakang pendidikan takat UPSR pun takpa, janji 'havoc'..puiii.

Thursday, March 27, 2014

Angkara Fitnah Red Bean Army, Artis Terkenal China Zhang Ziyi Turut Menyalahkan Kerajaan Malaysia


Berikut adalah sebahagian petikan sidang media yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia , DS Najib Razak mengenai kehilangan pesawat MH370 dalam menuju destinasi ke Beijing.

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

Dari petikan di atas, jelas sekali Najib hanya menyampaikan maklumat yang beliau peroleh dari analisis Inmarsat dan AAIB yang menyatakan lokasi terakhir berdasarkan data yang di analisa, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi . Beliau hanya menyampaikan maklumat kepada umum yang menuduh kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta . Bagi maklumat salah , tak bagi pun salah.

Media-media tempatan dan barat pula memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ini dengan tidak menggunakan frasa asal iaitu penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi tetapi dalam laporan yang dikeluarkan menyatakan MH370 terhempas.




Laporan-laporan sebegini telah mengundang kemarahan ramai pihak terutama waris2 penumpang MH370. Kini dengan kenyataan Najib yang diputarbelitkan itu, kemarahan orang ramai terutama dari rakyat negara China semakin menular . Mereka berpendapat kerajaan Malaysia menyembunyikan siasatan-siasatan yang diperoleh.  Penulis yakin laporan media yang sengaja diputarbelit telah menimbulkan keadaan ini. Antara beberapa komen yang sempat penulis baca dalam beberapa laporan media antarabangsa ialah kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mengumumkan pesawat MH370 terhempas dan kesemua penumpang mati sehingga ada bukti cebisan2 pesawat ditemui. 

Beberapa artis terkenal dari negara China termasuk Zhang Zi Yi turut memberikan respon yang serupa dan mengutuk pengumuman kerajaan Malaysia itu . Zhan Zi Yi dalam laman Weibo (twitter versi China) berkata

 "Malaysian government, you are wrong not to take the due responsibility for the international community. You are wrong not to revere life. You are wrong not to respect the universal quest for truth,"

Penulis berasa pelik sekali dengan sikap yang ditunjukkan oleh golongan sebegini . Mereka kata kan kerajaan Malaysia kononnya menyembunyikan kebenaran mengenai kehilangan pesawat MH370 , tetapi apabila PM membuat pengumuman mengenai perkembangan terbaru bahawa dari maklumat yang diterima dari pakar yang pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi mereka tanpa berfikir berterusan menghentam kerajaan Malaysia dek kerana sentimen media yang mengubah perkataan hilang/berakhir itu kepada terhempas .

Sikap yang ditunjukkan dilihat tidak adil kepada kerajaan Malaysia . Media-media barat terutamanya dilihat dengan sedaya upaya cuba memutar belitkan cerita untuk memberikan imej yang negatif kepada kerajaan Malaysia . Dalam keadaan yang mencabar ini , apa yang paling diharapkan ialah supaya seluruh rakyat daripada pelbagai latar belakang bersama-sama menyokong kerajaan Malaysia. Kita tahu ada di antara rakyat negara ini sendiri mengambil peluang untuk menjadi batu api dalam memburuk-burukkan imej kerajaan di mata dunia melalui laman media sosial . Mereka ini adalah Red Bean Army yang menjadi batu api bagi menimbulkan kebencian dunia kepada Malaysia. Red Bean Army adalah pengkhianat negara dan patut dihukum sekeras-kerasnya ! Itu adalah harga yang wajib dibayar bagi pengkhianat negara.


Wednesday, March 26, 2014

Protes Kedutaan Malaysia di Beijing angkara Hasutan Red Bean Army

Protes yang berlaku di Kedutaan Malaysia di Beijing semalam oleh ahli keluarga penumpang pesawat MH370 semalam boleh dikatakan berpunca dari gerakan2 yang dibuat oleh penyokong2 Pakatan Rakyat dalam media sosial yang disampaikan mereka menggunakan tulisan Cina.

Tindakan ini seolah-olah menghasut ahli keluarga penumpang yang berada dalam pesawat MH370 untuk menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta sebenar daripada ahli keluarga.Salah satu page Facebook pro Pakatan yang ditulis dalam bahasa Cina sengaja memainkan gambar isu yang kononnya disorokkan kerajaan iaitu tragedi yang menimpa Altantuya dan Teoh Beng Hock.

Pemilik page ini sengaja ambil kesempatan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 untuk mengaitkan dengan tragedi yang menimpa Altantuya dan Teoh Beng Hock. Tindakan mereka ni nampaknya bukan saja mengugat keamanan dan keharmonian dalam negara, malah telah menyebabkan timbul ketegangan antara rakyat dua negara (China dan Malaysia).

Apa yang berlaku sekarang dah melangkaui permainan politik. Imej negara terjejas teruk di mata dunia akibat daripada permainan kotor orang2 dari Malaysia ini sendiri. Tak mustahil hubungan diplomatik antara Malaysia dan China mungkin terjejas kerana kebiadapan makhluk2 Red Bean Army ini.

Penulis mohon Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama SKMM ambil tindakan segera sebelum perkara ini jadi lebih buruk lagi. Fitnah yang dibuat mereka ini dah melangkaui luar daripada Malaysia dan secara tak langsung ancam keselamatan negara. Mohon tindakan segera di ambil !

Tuesday, March 25, 2014

Individu Dipercayai Kakitangan Air Asia Celupar Maki & Tuduh Kerajaan Sembunyi Fakta Kehilangan MH370

Hari ni penulis ternampak gambar yang di 'share' dalam timeline seorang sahabat Facebook tentang keceluparan seorang individu yang menggunakan akaun FB dengan nama Krish Jajendira menuduh kerajaan menyembunyikan fakta mengenai kehilangan pesawat MH370 . Pelik dengan sikap sesetengah orang ni bila memandai buat andaian kononnya kerajaan sembunyikan fakta . Macam mana nak sembunyikan fakta sedangkan yang terlibat dalam operasi Search and Rescue (SAR) ni melibatkan banyak negara . Apa yang ditulis beliau benar-benar menyakitkan hati, di kala orang bertungkus lumus membuat misi pencarian, beliau dengan selamba menyalahgunakan media sosial memaki hamun usaha yang dilakukan kerajaan.


Penulis petik apa yang ditulis beliau itu disini ;

"For fuck's sake la .. is there any concrete proof that MH370 has indeed crashed ? It's not right to simply assume when you have no evidence to back up your claims !!

Supposed debris that isn't confirmed to be from the plane yet ! Show us the proof then tell us the MH370 has crashed. Till then , stop hiding facts ! It's still obvious to even a blind man that there is ton of info the gov definitely knows and isn't sharing yet"


Samada benar atau tidak kerajaan menyembunyikan maklumat berkenaan pencarian pesawat ini ia adalah bukan satu isu . Sekiranya ada maklumat yang disembunyikan mungkin ia berasaskan alasan2 yang konkrit . Contohnya seorang perompak yang ada tebusan meminta polis tidak menyebarkan kejadian rompakan itu atau tebusan akan dibunuh . Jadi patutkah polis sebarkan maklumat rompakan itu kepada umum ?

Berbalik kepada isu kehilangan MH370 , ia melibatkan pencarian terbesar dalam sejarah dunia dan banyak negara terlibat . Untuk menyembunyikan sesuatu penemuan yang besar itu terutama di waktu sekarang di mana teknologi penyebaran maklumat pesat berkembang adalah sesuatu yang mustahil . Kalau ada pun yang disembunyikan pasti akan ada kebocoran maklumat sedikit sebanyak . Tengok saja sejarah Wikileaks , sesuatu perkara yang cuba disembunyikan pada zaman sekarang adalah agak sukar dengan kewujudan internet bilamana si pemberi maklumat diberikan 'topeng' untuk merahsiakan identiti.

Apa pun tujuan sebenar artikel ni ditulis bukan lah nak berceloteh panjang lebar mengenai ketelusan kerajaan dalam menyampaikan fakta berkenaan MH370 , tetapi lebih kepada untuk memperkenalkan kepada umum individu yang sesedap hati memaki dan memperlekehkan usaha kerajaan dan negara2 lain yang terlibat dalam SAR MH370 dengan harapan mereka yang kenal individu ni boleh tolong bagi nasihat sikit.  Dalam beberapa gambar beliau , tertera tag leher yang tertera logo AirAsia . Mungkin beliau bekerja dengan syarikat penerbangan itu . Penulis tak pasti tapi nampaknya ramai yang 'speculate' di adalah pilot Air Asia . Kalau benar Tony Fernandes kena bagi nasihat sikit, kalau dibiarkan mulut akan jadi makin celupar.

Monday, March 24, 2014

Tak Guna Beribu-Ribu 'Post-Mortem' Kalau Tak Ada Usaha Penambahbaikan

Keputusan PRK Kajang memang telah dijangkakan bahawa kerusi DUN berkenaan akan kekal menjadi milik PKR , walau bagaimanapun melalui keputusan yang diumumkan semalam jumlah undi majoriti PKR dikurangkan . Ia mungkin disebabkan faktor tak ramai pengundi berdaftar yang keluar mengundi . Dari keputusan PRK Kajang juga di fahamkan peratusan pengundi Cina memilih BN juga meningkat .


Peningkatan ini mungkin disebabkan faktor BN meletakkan calon MCA yang berwibawa iaitu Chew Mei Fun atau mungkin juga disebabkan pengundi Cina mulai jelak dengan permainan politik PKR. Namun ada sesuatu yang agak memeranjatkan apabila 2 PDM yang sebelum ini memberi sokongan kepada BN (pada PRU-13) beralih sokongan kepada PKR, begitu juga dengan pengundi-pengundi di kalangan orang-orang muda yang lebih condong menyokong PKR .

Macam-macam teori di keluarkan di media sosial, post-mortem dan segalanya bila keputusan diumumkan semalam . Pada penulis, sekarang bukan masa nak menunding jari pihak mana yang salah atau mana yang betul. Jangkaan kalah itu telah pun dibuat sejak awal lagi , tetapi jangkaan itu dibuat dengan mengatakan sokongan kuat pengundi Cina pada PKR . Namun keputusan yang dilaporkan semalam memberikan satu lagi pandangan supaya BN dan UMNO Selangor terutamanya muhasabah diri sendiri, apa lagi yang tak kena?

Walaupun penulis bukan lah lama sangat berkecimpung dalam hal ehwal politik ni , tapi untuk mengenalpasti kelemahan diri kita sendiri , bukan dengan mengadakan program 'mendekati rakyat' di kalangan penyokong2 sendiri . Bila berada dalam keadaan itu , kita akan merasakan seolah-olah ramai yang menyokong..ini 'placebo effect' yang negatif . Satu keadaan diwujudkan , seperti program2 yang kononnya menunjukkan sokongan rakyat . Ini tak betul kerana pengajuran program-program seperti ini bersifat lapuk. Sesiapa sahaja boleh hadir , malah orang2 dari luar pun boleh hadir ke program itu menunjukkan seolah-olah ramai dapat sokongan masyarakat setempat.

Pendapat ikhlas penulis , kalau nak memenangi hati rakyat . Tolong berlaku jujur pada diri sendiri . Pemimpin-pemimpin atasan tolong jauhkan diri dari kaki-kaki pengampu dan bodek di sekeliling anda . Berjumpa dengan rakyat biarpun tahu bakal kena maki , kena sindir atau apa saja . Tolong rakyat bukan untuk disembah oleh rakyat , pergi ke kawasan2 yang memang diketahui kuat pengaruh pembangkang di situ. Dengar masalah mereka dan dengar apa pandangan ikhlas mereka mengenai BN/UMNO , memang ada perkara yang tak betul hasil dari fitnah PR , tapi ada juga perkara yang mereka meluat dengan UMNO disebabkan sikap beberapa pemimpin2 UMNO itu sendiri .

Seperti yang penulis katakan tadi, kita bukan mahu menyalahkan sesiapa cuma kita harap perubahan-perubahan yang dilaungkan selama ini benar-benar dilakukan . Penulis percaya segala list mengenai perubahan mengenai BN/UMNO dan pemimpin-pemimpinnya dah ada melalui 'post-mortem2' yang lepas cuma kita tertanya-tanya adakah mereka mengubah corak kepimpinan dan gaya mendekati rakyat melalui beribu-ribu 'post mortem' yang dibuat ? Lagi satu tumpang tanya , betul ke Penyelaras BN Kajang tak dilibatkan dalam kempen PRK ni ? Kalau betul, mungkin ini lah salah satu lagi perkara yang perlu dikaji .

Thursday, March 20, 2014

Guna IPT Untuk Kepentingan Politik : Azmin Ali Tak Setuju Kajian UNISEL , Khalid Ibrahim Tak Setuju Kajian UMCEDEL

Berdasarkan artikel Malaysiakini yang bertajuk "Azmin : Tinjauan Tak Cerminkan Sentimen" menunjukkan bahawa Timbalan Presiden PKR itu tidak bersetuju dengan hasil kajian UNISEL yang menunjukkan kebanyakkan penduduk Kajang mahu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut artikel berkenaan , Azmin berpendapat kajian yang dibuat oleh UNISEL itu  tidak mencerminkan sentimen rakyat dan sampel kajian juga kecil .


Tindak balas Azmin itu secara tidak langsung mengesahkan ura-ura bahawa Khalid Ibrahim mungkin akan disingkirkan daripada memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Alasan 'Kajang Move' ini sendiri seolah-olah memberikan pentunjuk kepada rakyat Selangor bahawa barisan kepimpinan dalam negeri ini mungkin akan di-rombak . Di tambah pula dengan sentimen antara kem Khalid Ibrahim dan Azmin Ali . Beberapa tindakan Khalid Ibrahim yang sebelum ini (pemecatan Azmin sebagai Pengerusi PKNS dan MoU dengan kerajaan pusat untuk penstrukturan air di negeri itu) dilihat membelakangi kepimpinan tertinggi PKR juga memungkinkan beliau 'dipecat' dari jawatan Menteri Besar.


Mengenai komen Azmin bahawa beliau tidak bersetuju dengan hasil kajian yang dikeluarkan oleh UNISEL itu berdasarkan alasan sampel , penulis suka untuk mengimbas kembali hasil kajian yang dibuat oleh UMCEDEL yang dikeluarkan pada 3 Feb 2014 bahawa Anwar Ibrahim akan menang besar di DUN Kajang. Kenapa Azmin tidak pertikai hasil kajian UMCEDEL itu dengan alasan sampel juga ? Penulis pasti hasil kajian UMCEDEL juga berdasarkan bilangan sampel yang kecil.


Selain itu kalau kita ingat kajian UMCEDEL sebelum ini juga menunjukkan bahawa  Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.  Hasil kajian UMCEDEL ini dibidas oleh Khalid Ibrahim.  Khalid berkata hasil kajian tersebut tidak menggambarkan keinginan rakyat Selangor secara keseluruhannya dan bersifat akademik Universiti Malaysia (UM) semata-mata, seperti yang dilaporkan dalam satu artikel oleh Berita Harian. Sekarang kita nampak 'team Anwar' gunakan Universiti Malaya melalui kajian2 'feeling' ilmiah untuk mengangkat populariti beliau dan 'team Khalid' juga gunakan pendekatan yang serupa dengan menggunakan UNISEL.

Sebelum itu pada 20 Feb 2014, Pengarah Umcedel Prof Datuk Mohammad Redzuan mengulas kajian pusat itu yang menunjukkan pengundi DUN Kajang menyambut baik pencalonan Anwar sekali gus memberi laluan kepada ketua pembangkang menjadi menteri besar Selangor. Seperti yang kita tahu , UMCEDEL ni boleh dikatakan sebagai badan kajian khas yang ditubuhkan untuk 'menjilat' Anwar . Prof Datuk Mohammad Redzuan ni mungkin juga boleh dikatakan 'barua' kepada Anwar apabila beberapa program berkaitan politik dibenarkan untuk diadakan dalam UM, seperti program penjelasan Kes Liwat 2 oleh Latifah Koya yang diadakan dalam salah sebuah dewan di UM .

Tuesday, March 18, 2014

Politik 'Edit' Gambar Red Bean Army Makin Melampau, Hal Ehwal Agama Turut Diperolokkan !

Makin dibiarkan makin biadap , makin dibiarkan makin menjadi kalau dulu ia bermula dengan gambar "Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh" , kemudian kecoh pula gambar "Head Roast Pork with Ketupat" , sekarang makin galak gambar-gambar yang sengaja di 'edit' untuk membangkitkan lagi ketegangan kaum dan agama . Tak perlu lah sengaja membuat perkara yang boleh memecah belahkan rakyat terutama dalam keadaan sekarang rakyat bersatu hati berdoa supaya kapal terbang MH370 selamat kembali. Semasa penulis melayari laman Facebook sebentar tadi , hal-hal yang sama berulang kembali.


Melalui gambar di atas yang tersebar secara meluas di Facebook sejak semalam , wanita ini seolah-olah tak reti nak menghormati agama yang di anuti orang Islam di negara ini . Status wanita ini kononnya menulis beliau mahu menghabiskan masa dalam hutan, dan diluar bising kerana "melayu mahu panggil tuhan" . Tak ke kurang ajar namanya tu ?. Melalui gambar, kita pasti wanita ini dah berumur lebih kurang dalam lingkungan 40-an . Kalau tak puas hati pun , simpan saja lah dalam hati tu , tak perlu nak melalak di Facebook . Penulis cuba buat carian Facebook wanita ini tetapi gagal jumpa , mungkin telah ditutup kerana bimbang keselamatan diri. 


Di atas adalah gambar edit PM , digambarkan seperti seorang sami Hindu yang sedang melakukan upacara , gambar ini secara tak langsung menghina agama Hindu dan agama Islam itu sendiri kerana PM adalah seorang Islam. Berikut adalah satu lagi gambar edit oleh puak2 yang sama , ni kerja budak-budak Red Bean Army (RBA) . Jumlah mereka ramai . Dia tulis dalam bahasa Cina , diaorang ingat kita tak pantau ? Calon BN dalam PRK Kajang yang juga berbangsa Cina tak terkecuali kena serangan RBA ini . Kerja mereka meng'edit' dan menjatuhkan maruah individu , ada yang melampau bila bukan saja menghina individu malah agama melalui kerja2 edit yang mereka buat.


Kita tahu program Selawat Perdana akan diadakan tak lama lagi , semalam satu lagi gambar kerja-kerja RBA tersebar di internet. Profil Facebook individu yang bernama Shinchan Lee meletakkan gambar edit program Selawat Perdana dengan beberapa jongkong emas di samping gambar bekas PM Tun Dr. Mahathir. Dalam gambar berkenaan diletakkan beberapa 'caption' tulisan Cina . Gambar berkenaan seolah-olah menghina program yang akan berlangsung di Putrajaya itu nanti.  


Bebebrapa gambar seperti di atas yang ditulis dalam bahasa Cina banyak diedarkan samada melalui admin page pro Pakatan itu sendiri atau melalui komen2 individu di situ . Ini lah kerja budak2 RBA yang makin kurang ajar . Selagi tak dikenakan tindakan selama itu lah makin menjadi jadi . Kerja mereka meracuni pemikiran pengguna-pengguna FB berbangsa cina , kalau di lihat posting2 yang dibuat ditulis dalam bahasa cina . Mungkin kita tak ada kebolehan untuk memahami apa yang mereka bincangkan , tetapi kita boleh agak permainan kotor mereka melalui gambar2 yang disebarkan . Harap lebih banyak pemantauan di buat dalam page pro pakatan berbahasa Cina kerana terlalu banyak kebencian dan perkara2 sensitif disebarkan di laman2 itu. 

Monday, March 17, 2014

Tian Chua Sibuk Menghasut Rakyat Pertikai Keputusan Mahkamah Dimana Rakyat Malaysia Bersatu Hati Tanpa Mengira Fahaman Politik dan Agama Berdoa Supaya MH370 Selamat

Sehari selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun melalui para hakim kes liwat 2 , kita dah diwar-warkan akan ada satu demonstrasi secara besar-besaran di Dataran Merdeka . Malangnya demonstrasi itu tak mendapat sambutan , mungkin ramai yang sudah muak dengan cerita Anwar dan demonstrasi atau mungkin juga kerana masing-masing sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370. Selepas lebih kurang seminggu kegagalan menganjurkan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 8 March 2014 , konco-konco Anwar sebentar tadi dilihat sekali lagi cuba membangkitkan semangat reformasi di kalangan penyokong PR.


Timbalan Presiden PKR , Tian Chua yang sebelum ini mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Najib dalam tempoh 5 bulan dengan kebangkitan rakyat sebentar tadi meminta peserta-peserta pehimpunan yang akan diadakan memakai baju berwarna hitam bertujuan membantah ketidakadilan keputusan mahkamah dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. Perhimpunan itu dijangkakan akan diadakan pada 21 March 2014 (Jumaat) secara tertutup di Stadium Kajang , pukul 9:00 malam . Tak apa lah kalau nak berhimpun di stadium , sekurang-kurangnya tak menyusahkan orang macam selalu.


Cuma pada pandangan penulis , kenapa konco2 Anwar ini masih bersemangat dalam hal ehwal politik ekstrem sedangkan seluruh negara sedang berduka dengan kes kehilangan pesawat MH370 ? Bagi PKR kes kehilangan pesawat ini seolah-olah tidak ada makna pada mereka apabila masih bernafsu membuat perhimpunan untuk menghasut rakyat . Benar, kehidupan perlu diteruskan . Tak salah buat perkara2 seharian yang normal , bersosial , membeli belah , tengok wayang , berekreasi dan seumpamanya . Namun untuk perkara2 yang 'tak normal' seperti menyebarkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan yang mana  berlaku dalam tempoh seluruh rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik bersatu hati berdoa supaya MH370 terus selamat menunjukkan sikap barua-barua Anwar yang sangat tidak sensitif.

Penulis juga berpendapat , mereka yang bertanggungjawab menghasut rakyat supaya mempertikaikan keputusan hakim mahkamah supaya dikenakan tindakan menghina mahkamah . Bukan kah sebelum ni ramai yang dikenakan tindakan menghina mahkamah malah ada yang dipenjarakan . Jangan lah disebabkan Tian Chua berstatus ahli parlimen maka tiada tindakan dikenakan . Mohon supaya satu laporan polis diadakan terhadap Tian Chua kerana ucapan beliau yang boleh dikatakan menghina mahkamah , melalui perhimpunan yang diwar-warkan itu , beliau secara tak langsung mengajak orang ramai supaya bersama-sama beliau mempertikaikan keputusan mahkamah . Jadi tunggu apa lagi ???

Thursday, March 13, 2014

Mat Taib Kata Anwar Jenis Lelaki Tak Duduk Bawah Ketiak Isteri , Keputusan Perbicaraan Liwat 2 Membuktikannya !

Tahun 1997 , masa tu penulis baru menjejakkan kaki ke UTM , no kad matrik AM97xxxx . Masa tu masih mentah dalam soal berpolitik, malas nak ambik tahu hal ehwal politik negara . Tapi jauh di sudut hati, penulis cukup kuat menyokong kerajaan yang pada ketika itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad . Pada tahun tu juga kecoh cerita pasal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang ditahan dan dibicarakan di Australia kerana membawa sejumlah besar matawang asing (Malaysia, Singapura dan New Zealand) . Kawan-kawan se-asrama dengan penulis membicarakan hal itu, dari cara percakapan, jelas mereka cukup jijik dengan apa yang berlaku terhadap Muhd Taib itu. .

Dari petikan The Economist , 17 April 1997

On April 11th, the Australian authorities said Mr Muhammad would face a second charge—of making a false currency declaration on entering the country. Meanwhile, a Brisbane newspaper, which Mr Muhammad has threatened to sue, claimed he and his wife owned several million dollars-worth of property in Queensland. There followed a meeting of the supreme council of Mr Muhammad's party, the United Malays National Organisation (UMNO), which dominates the governing coalition. Mr Muhammad said he resigned as chief minister of Selangor to spare UMNO embarrassment. But, curiously, he has not relinquished his post as one of the party's three vice-presidents, which still makes him one of Malaysia's most powerful politicians. - full article here

Dek kerana salah laku Mat Taib di Australia , seluruh ahli dan pemimpin UMNO terpalit sama , malah pada ketika itu mereka juga mengaitkan tuduhan 'al-juburi' oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim. Secara jujur, penulis agak terpengaruh dengan kebencian-kebencian yang cuba ditanam itu tetapi mujur lah karisma Tun Dr. Mahathir pada ketika itu agak kuat sehingga timbul rasa dalam hati bahawa Tun Mahathir mampu mengawal 'parasit-parasit' yang wujud dalam UMNO pada ketika itu . Telahan penulis ternyata benar bila Muhd Taib sendiri telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada tahun yang sama , kemudian setahun kemudian Anwar dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas beberapa kesalahan dan disumbat ke dalam penjara.


Selepas kes beliau di Australia, Mat Taib dilihat seperti makin dipinggirkan di dalam UMNO. Beliau juga gagal memenangi jawatan Naib Presiden UMNO yang ditandingi, boleh dikatakan imej beliau sedikit sebanyak telah rosak kerana kes di Australia itu, ditambah pulak dengan khabar angin yang tidak enak didengar iaitu isu peribadi beliau dengan istana Selangor beberapa tahun sebelum itu . Mat Taib kemudian duduk 'statik' dengan peranan beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya . Walaupun bertaraf Ketua Bahagian , UMNO Kelana Jaya lesu dan akhirnya terpaksa digerakkan oleh Timbalan Ketua Bahagian. Mat Taib lepas tangan, nak kata dia kecewa dengan UMNO tak boleh jugak sebab dia lah antara salah satu sebab UMNO dicerca. Mungkin sedar dia tak boleh kemana-mana dalam UMNO dek kerana 'langkah sumbang' sendiri , maka Mat Taib umum keluar UMNO dan masuk PAS pada 2013.

Mat Taib sedar mengenai hakikat penerimaan positif PAS terhadap pemimpin2 UMNO yang pernah mereka laknat dan caci maki pada satu ketika dulu. Kalau PAS boleh menerima Anwar Ibrahim yang pernah digelar oleh salah seorang pemimpin mereka sebagai 'al-juburi' , apa lah sangat respon PAS terhadap kes beliau di Australia itu. Kini Mat Taib dah jadi kuda tunggangan PAS, tanpa apa-apa jawatan dalam PAS, taraf beliau sama seperti Abby Abadi , Bob Lokman dan Hairie Omar dengan menjadi penceramah untuk mengutuk dan memaki UMNO dan BN . Dalam satu ceramah sempena PRK Kajang baru-baru ini , Mat Taib menyindir PM kononnya beliau 'duduk di bawah ketiak bini' . Mat Taib mengulang lagu atau tuduhan yang sama dimainkan bertahun-tahun lalu oleh beberapa pemimpin PR dan hal ini ternyata tak beri kesan pada PM.

Kalau benarlah tuduhan yang dilemparkan itu , penulis pasti orang2 seperti Mat Taib, Anwar Ibrahim , Tian Chua , Mat Sabu, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat tak akan bersuka-suka berceramah seperti hari ini . Mereka ini semua pasti disumbat dalam penjara untuk tutup mulut , namum itu bukan lah cara PM . Walau pelbagai tohmahan dan cacian dibuat , masing2 bebas buat tuduhan2 dan fitnah2 yang berat terhadap PM dan isterinya. Penulis berasa pelik kenapa orang seperti Mat Taib yang ada sejarah hitam berani bercakap dan membuat fitnah terhadap orang lain ? Berikut adalah 'screen caption' yang diambil dari blog Chegubard , seorang pemimpin PKR mengenai Mat Taib . Adakah tuduhan-tuduhan Chegubard terhadap senarai pemimpin2 UMNO yang ditunjukkan boleh dipersoalkan sekarang ? Adakah tuduhan2 terhadap Mat Taib tidak dipersoalkan selepas dia menyertai PAS / PR ?




Mat Taib patut cermin diri sendiri dahulu sebelum melabelkan orang dengan gelaran-gelaran tertentu . Orang macam Mat Taib lah yang menyebabkan UMNO dilabel dengan gelaran parti rasuah dan korup ! Dalam ceramah beliau Mat Taib dilihat cuba membandingkan autoriti Anwar dan Najib terhadap pasangan masing2 . Mat Taib berkata dia kenal Anwar sejak tahun 60-an dan orang macam Anwar tak duduk di bawah ketiak isteri . Dalam erti kata positif , 'duduk bawah ketiak isteri' melambangkan seorang lelaki yang setia kepada isteri iaitu 'One Woman Man' dan melalui perbicaraan kes Anwar sejak 1998 hingga kini kita boleh iya kan kenyataan Mat Taib bahawa Anwar memang bukan jenis lelaki yang 'duduk di bawah ketiak isteri' kerana dia ...... (sambung ikut kehendak pembaca)

'Peluru Besar' Pakatan Rakyat Sekiranya Kontrak Percetakan DBP Dapat Lagi Pada DAWAMA !

Penulis sebelum ini pernah mengeluarkan satu artikel mengenai nasib malang pengusaha-pengusaha percetakan Melayu sejak tahun 2002 akibat kerja-kerja percetakan oleh DBP dimonopoli oleh satu syarikat iaitu DAWAMA .  Artikel yang bertajuk "RM 120 JUTA SETAHUN DUIT RAKYAT BAKAL 'HANGUS' LAGI SEKIRANYA KONTRAK DBP-DAWAMA DITERUSKAN ?" antaranya menyentuh beberapa perkara berikut :-


i. DAWAMA walaupun mendapat kontrak 12 tahun oleh DBP (lebih kurang RM120) juta boleh mengalami kerugian . Bagaimana boleh rugi sedangkan mereka dah punyai jaminan untuk peroleh pendapatan yang begitu besar, ia hanya bergantung kepada kecekapan pengurusan syarikat itu.

ii. DAWAMA pernah pada satu ketika gagal melaksanakan kerja-kerja percetakan oleh DBP menyebabkan pengusaha-pengusaha percetakan Melayu terpaksa mengambil alih untuk sementara waktu menyiapkan kerja-kerja percetakan itu bagi memastikan buku-buku sempat di edarkan di seluruh negara dalam waktu yang ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung mencalarkan imej DBP dan sudah semestinya perbelanjaan meningkat disebabkan ketidakcekapan DAWAMA.

)

iii. DAWAMA dikatakan mengalami masalah kewangan hingga tidak mampu membayar wang kepada vendor2 . Malah pada satu ketika, pekerja2 dari syarikat itu terpaksa diberhentikan kerana masalah kewangan . Ada sumber menyatakan bahawa beberapa vendor masih tidak menerima bayaran daripada DAWAMA untuk kerja-kerja yang telah mereka lakukan sehingga ke hari ini. Penulis tidak pasti kesahihan fakta ini tetapi melalui komen2 di blog2 yang memainkan isu ini,  memang wujud hal tidak menerima bayaran ini.

Oleh yang demikian, penulis berharap agar pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab dalam memutuskan hal ehwal percetakan bahan-bahan terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) tidak lagi terkhilaf seperti keputusan yang pernah dibuat pada tahun 2002 . Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan majoriti yang dipilih oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera , maka kerajaan wajib mempertahankan pengusaha-pengusaha percetakan Melayu / Bumiputera . Pemberian kontrak kepada DAWAMA atau lain2 syarikat tunggal hanya menggalakkan monopoli sesebuah syarikat walaupun ia bertaraf Bumiputera . 

Bila berlaku monopoli maka akan berlaku kornisma , salah guna kuasa dan rasuah . Kesemua faktor ini bila digabungkan akan menjurus kepada kerugian sesebuah syarikat . Kita tak mahu dengar lagi cerita sebuah syarikat induk Bumiputera yang sepatutnya membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera yang lain memberi lebih banyak 'bahagian' kepada syarikat bukan Bumiputera . Sekiranya hal ini berlaku sekali lagi , ternyata masih ada parasit-parasit dalam pentadbiran kerajaan yang lebih mementingkan tembolok sendiri , percaya atau tidak gerak kerja parasit-parasit ini lah yang telah menyebabkan BN gagal mendapat 2/3 pada PRU-12 & 13 . 

Sekiranya parasit-parasit ini dibiarkan lagi dalam menentukan hak kontrak diberikan terutama yang melibatkan pengusaha Melayu dan Bumiputera , maka tak mustahil pada PRU akan datang kerajaan yang ada pada hari ini boleh tersungkur. Oleh itu penulis berharap pihak bertanggungjawab jangan jadi bodoh dan terus membutakan mata.

Wednesday, March 12, 2014

Di kala Rakyat Berduka Dengan Kehilangan MH370, Anjing2 Politik Terus Sebarkan Kebencian

Beberapa buah pasaraya beberapa bulan sebelum ini telah menyahut seruan kerajaan dalam menawarkan harga barangan runcit dan basah pada kadar yang lebih murah daripada harga yang biasa ditawarkan. Antara pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen ini ialah TESCO, AEON BIG, 99 Mart dan NSK. Penulis sendiri gemar membeli belah di TESCO kerana lebih menjimatkan.

Kadang2 pasaraya2 ini membuat promosi yang tak masuk akal samada mungkin untuk menarik lebih ramai pelanggan atau mereka mempunyai stok yang berlebihan untuk dihabiskan. Penulis pernah membeli ikan selar kuning pada harga diskaun RM3 sekilo! Jauh lebih murah dari harga yang biasa ditawarkan. Hal seperti ini biasa berlaku namun bergantung pada nasib pengunjung.

Baru-baru ini, portal pro-pembangkang (Malaysiakini) mungkin sengaja mahu mensensasikan pembelian ayam pada harga RM1 oleh PM Najib Razak. Kesempatan ini digunakan oleh blogger2 dan pemain media sosial pembangkang untuk memperlekehkan Najib. Sama seperti isu kangkung, pembelian ayam RM1 oleh Najib cuba disalahertikan oleh mereka.

Dalam artikel yang dikeluarkan Malaysiakini sendiri jelas menyatakan pasaraya NSK kebetulan mengadakan promosi ayam RM1 untul 1,000 orang pembeli pertama pada hari Naijib melawat pasaraya itu. Penulis tak nampak Najib membuat apa2 kesalahan di situ malah mempromosikan pada orang ramai seekor ayam boleh dibeli pada harga RM1 pada 1,000 pembeli pertama.

Mesej yang cuba disampaikan PM ialah pengguna mampu menjimatkan wang mereka untuk membeli barangan keperluan sekiranya bijak merancang pembelian. Misalnya promosi harga diadakan di pasaraya pada tempoh tertentu, mereka yang bijak berbelanja akan memilih untuk membeli belah pada ketika tempoh diskaun atau harga istimewa itu berlangsung. Ia adalah 'common sense' .

Walaupun perkara ini dilihat cuba dibangkitkan oleh media dan blogger pembangkang, dilihat rata2 rakyat Malaysia tidak memperdulikan kempen kotor mereka ini. Rakyat pada ketika ini masih berada dalam keadaan sedih dan tertanya-tanya berikutan misteri kehilangan pesawat MH370. Membangkitkan satu perkara remeh pada ketika ini, seolah-olah tidak menghormati keadaan suram yang menyelubungi negara pada ketika ini.

Monday, March 10, 2014

I now don't see her as Prima Minister's wife, but as a woman, as a mother.

Kehilangan pesawat MH370 telah melebihi 2 hari dan sehingga kini masih belum ada apa-apa petunjuk. Kita dapat melihat melalui lensa kamera wartawan betapa ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal begitu sugul menantikan berita . Penulis terkilan bila terbaca beberapa komen individu di media sosial yang seolah-olah tidak menghormati perasaan ahli-ahli keluarga bagi penumpang yang berada dalam pesawat MH370. Tak kurang juga sikap sesetengah 'anjing politik' yang terus menyalak bercakap soal politik dan terus menyebarkan kebencian sedangkan seluruh negara kini berada dalam debaran menunggu berita terkini mengenai pesawat yang hilang itu.


Penulis sempat melihat video isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang melawat keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat. Terpancar keikhlasan dalam menunjukkan simpati pada keluarga yang sedang menunggu. Perasaan hiba muncul secara tiba2 bila melihat suasana itu dan pastinya perasaan yang sama dikongsi bagi majoriti mereka yang menonton video itu. Sangkaan penulis tepat bila di laman Twitter , 'caption' gambar Rosmah berkongsi kesedihan bersama-sama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat
MH370 itu menjadi viral dan banyak komen-komen positif yang ditulis malah dari mereka yang sebelum ini tidak begitu menggemari isteri Perdana Menteri itu .



Antara komen Twitter yang menunjukkan sokongan dengan tindakan Rosmah melawat keluarga penumpang dan anak kapal MH370 itu adalah dari seorang pengguna Twitter dengan id @AnisAshaari , beliau juga merupakan seorang blogger. Petikan twitter Anis itu mendapat 2,300 retweets dan 920 favourite sehingga artikel ini ditulis ;

Anis Ashaari ‏@AnisAshaari  22h
I now don't see her as Prima Minister's wife, but as a woman, as a mother. pic.twitter.com/HRK6SWZ5Ml


Malangnya seekor 'anjing politik' chauvanis nampaknya masih tak reti berhenti menyerang walaupun dalam keadaan majoriti rakyat yang sedang berada dalam kesedihan . Nga dilihat masih cuba menyebarkan kebencian terhadap Rosmah dalam tweet beliau yang ditulis dalam bahasa Cina .


Penulis menggunakan Google Translate untuk mengetahui apa yang 'anjing politik' ini tulis dan mendapati ia berubah tuduhandan penghinaan yang berat. Nampaknya 'anjing politik' seperti ini akan terus menyalak menabur fitnah tak kira tempat dan masa . Apa masalahnya dalam keadaan sekarang ni kita bersatu, ketepikan soal politik dan bagi semangat kepada satu sama lain? Perangai yang dipamerkan oleh pemimpin DAP ini terlalu bangsat hingga kalau di zaman dulukala mungkin orang yang bersikap sebegini layak disula.


Selain Nga, ada seekor lagi chauvanis yang menunjukkan sikap kurang ajar apabila mengeluarkan tweet seperti mengharapkan pesawat MH370 yang hilang itu diganti dengan pesawat yang dinaiki PM dan isterinya . Apa 'didikan' yang diberi oleh pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan tiada toleransi atau sekurang-kurangnya empati pada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 ? Apa yang dikatakan 'doa' atau 'harapan' itu bukanlah sesuatu yang lucu,malah  bagi mereka yang waras, tindakan lelaki berkenaan seperti mempermain-mainkan perasaan keluarga mereka yang sedang berduka . Bagi penulis sekiranya mereka ini tidak boleh memberi bantuan samada dari segi mental/emosi kepada keluarga tak perlu lah memburukkan lagi keadaan dengan kenyataan2 bodoh ! Reformasi 24 jam konon , Reformasi kepala hotak lu !

Sunday, March 9, 2014

Kehilangan MH370 : Usaha Mencari Diperluas, PM & Isteri Beri Sokongan Moral Untuk Keluarga Penumpang Pesawat

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 kini menjadi tumpuan seluruh dunia kerana sehingga artikel ini ditulis, tiada tanda-tanda yang menunjukkan kehadiran pesawat itu di kawasan perairan Laut China Selatan, pihak berkuasa Vietnam yang terlibat dalam pencarian memaklumkan pada media terdapat kesan tumpahan minyak yang panjang tetapi tiada tanda2 serpihan pesawat.

Penulis berasa simpati kepada keluarga penumpang2 pesawat berkenaan. Mental dan emosi mereka dilihat begitu terganggu kerana masih tertanya2 dengan apa yang berlaku pada penumpang pesawat berkenaan.

Dalam suasana yang menekan ini, penulis mengucapkan syabas kepada Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengangkutan kerana bertindak pantas memulakan misi pencarian. Lepas satu ujian, satu ujian lagi mendatang. Kalau dulu dengan insiden Lahad Datu, kemudian isu kemalangan bas express di Genting dan terbaru misteri kehilangan MH370.

Syabas juga diucapkan kepada PM atas keperihatinan beliau dalam isu ini. Berdasarkan sidang media yang dibuat lewat malam semalam, seperti kebanyakkan rakyat negara ini, penulis percaya Najib turut bersengkang mata menunggu laporan dari pasukan penyelamat pelbagai negara yang menghulurkan bantuan.

Kenyataan beliau "as long as it takes" kepada media bila ditanya mengenai tempoh dalam mencari pesawat menunjukkan kesungguhan beliau, malah terdapat juga arahan dikeluarkan untuk meluaskan kawasan pencarian termasukan kemungkinan di kawasan Selat Melaka. Sebagai rakyat mungkin ini lah masa untuk kita bersatu menyokong kerajaan dan melupakan seketika perbezaan politik.

Dalam pada itu, kelibat isteri PM , Rosmah Mansor turut kelihatan bersama-sama keluarga penumpang yang menaiki pesawat MH370 untuk menenangkan mereka. Penulis tak terkejut lawatan Rosmah untuk bersana-sama keluarga mangsa, akan dijadikan bahan sindiran oleh sesetengah pihak 'tegar politik' yang sentiasa mahu mempolitikkan semua perkara termasuk malapetaka yang berlaku sekarang ini.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, Rosmah tak peduli dengan sindiran-sindiran murahan itu dan selalunya kita nampak dia terus saja buat kerja dia. Takkan lah sebab takut mulut orang mengata, kita kena sekat diri buat kerja2 kebajikan? Orang nak kata kejar glamour ke populariti ke, abaikan je lah...balik2 muka yang sama jugak dok bawak mulut jahat.

Gambar yang ditangkap pun secara 'candid' . Yea lah.. kalau buat kerja pun orang mengata, kalau tak buat lagi lah galak mengata. Golongan-golongan ni daripada buang masa 'menilai' kerja2 orang lain baik lah cermin diri sendiri apa yang dah dibuat untuk membantu?

Penulis sebenarnya masih berharap, penumpang2 yang berada dalam pesawat MH370 selamat. Pakar2 penerbangan dalam dan luar negara telah memberikan pelbagai sudut pandangan.

Bagi mereka adalah mustahil untuk pesawat MH370 itu hilang secara tiba2 dalam radar kecuali berlaku letupan secara tiba2 yang menyebabkan juruterbang tak sempat menghantar isyarat kecemasan. Kalau engie failure pun back-up system untuk komunikasi elektronik masihbada dan kapal terbang masih lagi boleh 'gliding'

Insyallah sekiranya berkesempatan penulis akan berkongsi analisa2 dari pakar2 penerbangan luar negara yang memberikan pandangan teknikal mereka mengenai insiden kehilangan MH370 ini. Mata masih tertumpu di TV untuk berita lanjut.

Friday, March 7, 2014

TV3 Cabar Integriti Hakim Yang Tarik Diri Kes Nizar Saman Zambri Tahun 2009

Satu artikel yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertajuk "TV3 cabar integriti hakim dalam kes Nizar" pada hari ini antaranya menyatakan bahawa stesen penyiar itu membantah penglibatan Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof yang mempengerusikan panel hakim kerana penglibatan beliau dalam parti pembangkang PAS. Berikut adalah petikan sebahagian dari artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.

"Pihak responden berhujah bahawa Hakim Mohamad Ariff bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut.

Malah, menurut usul tersebut, Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009.

Tambahnya, antara penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya."

 Malaysiakini, 7 March 2014

Penulis kemudian membuat pencarian di internet mengenai perkara-perkara yang melibatkan pemecatan seseorang hakim sekiranya integriti beliau dipersoalkan . Dari carian yang dibuat, gambarajah di bawah ini diperoleh dari laman web Malaysian Bar.


Antara maklumat yang diperoleh dari pernyataan di atas ialah ;

"Semua hakim-hakim Mahkamah Atasan harus bersara apabila  mereka berumur 66 tahun atau tidak lebih daripada enam bulan selepas mereka mencapai umur tersebut jika dibenarkan oleh YDPA. Tetapi, hakim boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada YDPA secara bertulis.
Hakim Mahkamah Atasan boleh dipecat sekiranya beliau:-

i.  tidak mengikut Kod Etika Hakim; atau
ii.  tidak berupaya menjalankan tugasnya secara fizikal atau mental."

Dinyatakan secara jelas hakim layak dipecat sekiranya tidak mengikut Kod Etika Hakim , salah satu Kod Etika Hakim ialah ;

"menganggotai mana-mana parti politik atau terlibat dengan aktiviti politik."

Blog PAS Selangor di url http://passelangor.wordpress.com/organisasi/badan-perhubungan-pas-negeri-selangor/ , menyenaraikan jawatan bagi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Sesi 2007-2009 . Dari struktur jawatan yang ditunjukkan Tuan Hj Mohamad Ariff Bin Md Yusof memegang jawatan sebagai Ahi Dilantik.


Selain keputusan kes saman bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin vs TV3, penulis membuat carian di internet untuk beberapa kes yang melibatkan Hakim Mohamad Arif Bin Md. Yusof

1. Sister in Islam VS Kementerian Dalam Negeri (KDN)  (kontroversi buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism")         

Keputusan penghakiman : KDN kalah (25 Januari 2010).

2. Pemimpin Hindraf (Manoharan & Utayakumar) VS Kerajaan Malaysia (DS Najib & TS Muhyiddin)

Keputusan penghakiman : Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dua peguam mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk menyaman perdana menteri, timbalan perdana menteri dan kerajaan berhubung permohonan mereka bagi mendapatkan pengisytiharan kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini diberi bantuan penuh. (14 Januari 2013)

3. Elegant Advisory VS Barisan Nasional (saman RM218 juta)

Keputusan penghakiman : Mahkamah Tinggi di sini memutuskan demikian setelah membenarkan permohonan parti politik itu untuk membatalkan tuntutan syarikat Elegant Advisory Sdn. Bhd., (Elegant Advisory) dengan kos RM1,500. (23 Sept 2011)

4. Kugan VS PDRM & Kerajaan Malaysia

Keputusan penghakiman : tiada maklumat

5. Penduduk VS Lynas Corp

Keputusan penghakiman :  menolak rayuan yang dikemukakan kumpulan pertama penduduk terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua syarikat itu mencelah, tidak memerintahkan penduduk membayar kos. (22 April 2013)

6. Husam Musa VS Blogger

Keputusan penghakiman : Husam menang dalam rayuan

Penulis tak nak komen mengenai keputusan2 penghakiman yang dibuat , ia adalah berdasarkan kebijaksanaan hakim itu sendiri . Walau bagaimanapun, apabila beberapa keputusan penghakiman yang melibatkan pemimpin-pemimpin PAS dibuat, turut melibatkan individu yang pernah bergiat dalam parti politik itu , maka ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dengan integriti keputusan penghakiman yang dibuat. 

Pada 25 Feb 2009, beliau pernah menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan Menteri Besar Perak "setelah mengambil kira prinsip keadilan". Soalnya , kenapa kini tindakan yang serupa tidak dilakukan untuk kes-kes yang melibatkan pemimpin PAS ?

Monday, March 3, 2014

Rosmah doakan kesejahteraan pada 'komunis' DAP yang mahu beliau cepat mati

Baru-baru ini, portal berita Malaysiakini jelas dilihat mempunyai niat jahat apabila memutar belitkan kenyataan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor apabila hanya menggunakan beberapa keratan dalam teks ucapan beliau untuk menggambarkan satu persepsi yang negatif pada pembaca.

Rosmah hanya mengatakan demi mahu mendekati rakyat, beliau rela mengorbankan hobi2 yang disukai selama ini antaranya bermain badminton. Artikel Malaysiakini pula menulis seolah-olah Rosmah mengatakan rakyat merampas segala-galanya dari beliau, jelas tajuk dan tulisan seperti itu bertujuan menimbulkan kebencian.

Ucapan beliau itu dijadikan bahan sindiran oleh penyokong2 & beberapa pemimpin pembangkang. Malah golongan yang berada di atas pagar juga termakan dengan hanya membaca tajuk  di Malaysiakini, sedangkan apa yang cuba disampaikan oleh Rosmah ialah beliau sanggup mengorbankan masa demi rakyat, iaitu rakyat lebih utama dari hobi2 beliau.

Penulis tidak nampak kesalahan pada ucapan Rosmah, beliau berusaha untuk menangkis persepsi buruk terhadap beliau selama ini dengan cuba mendekati rakyat melalui pogram2 kebajikan. Tidak semua program2 bantuan dan kebajikan boleh dihadiri oleh PM dek kekangan masa.

Apa salahnya sekiranya Rosmah sebagai isteri menjadi wakil ? Mungkin dengan cara itu jugalah segala keluh kesah rakyat boleh disampaikan terus kepada PM melalui isteri yang menjadi wakil menghadiri majlis2 seperti ini.

Walaupun dihujani pelbagai tohmahan, fitnah dan hasutan, penulis tengok Rosmah tak mudah melatah, ada kalanya beliau mendiamkan diri adakalanya melalui respon2 sinikal yang kena tepat pada batang hidung mereka yang membuat tohmahan ada beliau.

Seorang ahli DAP, Hew Kuan Yew yang digelar "Superman" di kalangan rakan2 chauvanis telah membuat kenyataan yang agak kurang ajar apabila seolah olah mendoakan supaya Rosmah mati dengan merujuk kepada artikel 'spin' Malaysiakini di atas. Namun respon 'bersahaja' yang ditunjukkan Rosmah menunjukkan betapa cara pemikiran beliau mengatasi pemikiran hasad dengki Hew Kuan Yew itu.

Sunday, March 2, 2014

Siapa Tentera Siber UMNO Yang Kena Sabotaj Seperti di Dakwa Pengarang Utusan (Ku Seman) ?

Kalau bertanya pada orang ramai mengenai senarai nama akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia ni, tentu sekali Utusan Malaysia menjadi salah satu nama akhbar yang paling kerap disebut. Selain popularitinya kerana menjadi antara akhbar yang agak lama beroperasi di negara ini, Utusan juga popular kerana menjadi akhbar arus perdana yang paling kerap disaman dan kena bayar saman . Dek kerana saman yang bertimbun ini, pengguna media sosial yang cenderung menyokong pembangkang melabelkan Utusan sebagai akhbar fitnah , malah tak kurang juga yang menggelarkan Utusan sebagai 'Utusex' . 



Utusan juga dikatakan menjadi media propaganda UMNO , namun dek kerana kebodohan 'strategis' dalam Utusan, banyak isu atau perkara yang cuba menaikkan imej UMNO/BN akhirnya memakan diri sendiri . Tentu ramai yang masih ingat bila Utusan dalam muka depan akhbarnya dengan gah melaporkan penurunan harga kereta, kononnya dibuat untuk menaikkan imej UMNO/BN . Malangnya dek kerana tidak membuat siasatan dan hanya berasaskan sumber yang tak sahih, berita ini akhirnya menjadi bahan jenaka rakyat bila portal Malaysiakini melaporkan penafian Volkswagen dan Peugeot mengenai penurunan harga kereta. Penulis pernah mengeluarkan satu artikel menganalisa laporan yang dibuat oleh Utusan disini ;





Kalau laporan di atas menunjukkan kedangkalan Utusan dalam mencari sumber maklumat tepat sehingga menyebabkan UMNO/BN dijadikan bahan jenaka oleh pihak pembangkang. Laporan seterusnya pula menunjukkan Utusan meletakkan gambar tidak senonoh seorang individu yang dikatakan pemimpin pembangkang yang diperoleh dari blog-blog . Sumber asal gambar yang diambil dari rakaman video itu dikatakan adalah dari Datuk SK . 


Penyiaran artikel di muka depan itu seterusnya menjadi buah mulut rakyat di negara ini , bukan hanya disebabkan artikel yang disiarkan itu tetapi integriti akhbar Utusan yang menjadi akhbar arus perdana di negara ini . Sekali lagi UMNO/BN di jadikan bahan jenaka kerana akhbar yang kononnya membawa suara UMNO telah melakukan satu tindakan yang secara tak langsung mencalarkan imej UMNO/BN. Banyak lagi artikel-artikel di Utusan yang menjadi bahan jenaka rakyat negara ini bukan sahaja di kalangan penyokong pembangkang malah di kalangan penyokong kerajaan sendiri.

Hari ini wartawan 'otai' Utusan , Ku Seman menulis satu artikel bertajuk "Tentera Kacang Merah dan Blogger Hantu Raya" di ruangan Anekdot Ahad. Beliau membicarakan mengenai Tentera Kacang Merah  di pihak pembangkang dan "blogger hantu raya" yang kerjanya menge "pow" pemimpin dan dikatakan ada juga 'dibela' pemimpin UMNO. Ku Seman mendakwa Tentera Kacang Merah ini begitu tersusun dan berstrategi  berbanding beberapa blogger UMNO yang mengeluarkan cerita sensasi dengan tujuan cari makan. 

Bagi yang mengikuti politik media maya Malaysia, hal sebegini memang pernah kedengaran dan cerita ini makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Berlaku tuduh menuduh sesama sendiri , beberapa perkara yang disembunyikan selama ini dibongkar. Soal integriti ditimbulkan dan macam-macam lagi. Tetapi tak perlu lah penulis ceritakan perkara-perkara seperti ini di dalam blog kerana kita pun tak tahu samada cerita2 yang disampaikan dan didebatkan secara terbuka di dalam Facebook itu 100% benar . 

Cuma penulis terkilan bila seseorang seperti Ku Seman yang berada luar daripada 'circle' pengamal2 media sosial membuat penulisan hanya berdasarkan 'cakap-cakap' yang belum dipastikan kebenarannya. Hal-hal serkap jarang seperti ini lah menyebabkan Utusan Malaysia dilabelkan sebagai akhbar fitnah , sebelum ini penulis berdiam diri, cuma bila artikel yang ditulis oleh Ku Seman hari ini menceritakan sesuatu yang tidak benar maka penulis tak menafikan apa yang dikatakan orang selama ini mengenai Utusan sebagai akhbar fitnah adalah benar. 

Antara yang menarik dalam tulisan beliau ialah ;

"Di pihak UMNO juga didakwa wujud apa yang diistilahkan sebagai tentera siber media baharu. Tetapi malangnya mereka dikacau oleh kolompok yang saya istilahkan sebagai "blogger hantu raya". Difahamkan hantu raya ini "dibela" oleh individu tertentu untuk menonjolkan dirinya di gelanggan politik.

Bukan semua blogger pro-UMNO itu "hantu raya" . Banyak juga yang jujur dan tidak mengharapkan upah, mereka menulis kerana sayangkan UMNO walaupun yang ditulis tidak selalunya manis.

Tetapi kewujudan "blogger hantu raya" ini walaupun kecil tetapi telah memalitkan imej buruk kepada UMNO.Mereka ini bukan sahaja tidak ada strategi malah buruk dari segi etika dan peribadi serta tidak ada wibawa. "

Bila Ku Seman menulis yang kononnya imej UMNO buruk disebabkan beberapa kelompok blogger, adakah beliau lupa bahawa Utusan sebagai media arus perdana melakukan kerosakan yang lebih teruk pada UMNO/BN melalui beberapa artikel yang disiarkan akhbar itu ? Sebagai contoh artikel yang penulis tunjukkan di atas serta beberapa artikel yang menyebabkan akhbar itu disaman ? Ku Seman bercakap mengenai strategi , adakah Ku Seman dah duduk dan berbincang bersama-sama blogger2 yang dituduh beliau sebagai "hantu raya" itu sehingga mengetahui bahawa mereka tidak ada strategi ? Atau apa yang Ku Seman tulis sebenarnya adalah maklumat yang sebenarnya diperoleh dari sumber yang ada agenda mereka sendiri ?

Ku Seman menulis UMNO juga ada tentera siber media baharu tetapi dikacau oleh kelompok "blogger hantu raya" . Penulis tertanya bagaimana tentera siber media baharu ini boleh dikacau oleh "blogger hantu raya" . Apa yang dibuat oleh "blogger hantu raya" sehingga operasi tentera siber media baharu UMNO ini terganggu ? Kenapa hal ini hanya dibangkitkan sekarang dan bukannya 5 tahun lepas ? Dan soalan penulis yang terakhir ialah siapa tentera siber media baharu ini ? Penulis rajin juga meninggalkan komen2 sinikal di ruangan komen portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini , dan pada pemerhatian penulis tak banyak komen2 pro kerajaan di situ . Jadi apa sebenarnya di lakukan oleh tentera siber media baharu UMNO itu?

Penulis mempunyai satu lagi pendapat yang agak kritikal iaitu apa yang dikatakan tentera siber media baharu UMNO itu kini berada dalam proses penubuhan tetapi kononnya 'diganggu' oleh kelompok "blogger hantu raya" menyebabkan penubuhannya terbantut. Dek kerana sakit hati,mungkin kelompok yang cuba mendominasi kumpulan tentera siber media baharu UMNO tadi telah menyampaikan cerita yang mengundang persepsi negatif blogger pada Ku Seman . Penulis berpendapat sekiranya ada ketelusan dan tidak melibatkan kroni-kroni kumpulan yang cuba mendominasi tentera siber media baharu tadi sudah tentu tidak timbul soal gangguan "blogger hantu raya" seperti yang ditulis oleh Ku Seman. 

Penulis tidak menolak "politik wang" dan  kronisma dalam UMNO memang telah lama wujud dan kepimpinan parti sekarang di bawah Datuk Seri Najib berusaha mengatasi perkara itu dari terus menyelubungi UMNO dengan melakukan pelbagai transformasi dalam UMNO. Namun kita sedar hal ini bukan lah sesuatu yang mudah kerana ada di kalangan mereka yang mengamalkan politik wang dan kronisma ini memakai topeng seolah-olah mereka adalah bersih , tak cukup dengan itu mereka menuduh orang lain untuk menjatuhkan kredibiliti individu tersebut dengan jentera-jentera suruhan mereka. Apa yang paling keji ialah apabila kumpulan2 yang berbeza di laga-lagakan dan hasil pertelingkahan ini orang yang melagakan yang mendapat keuntungan. Parasit-parasit seperti ini lah yang sepatutnya dikenalpasti dan disingkirkan dari UMNO demi 'survival' akan datang. 

Bagi penulis, Ku Seman hanyalah orang luar yang tak tahu menahu hal ehwal media sosial , terutama dalam soal politik media baru. Beliau menulis semberono tanpa mempunyai fakta kukuh. Gaya penulisan beliau dilihat bersifat agak peribadi dan penulis percaya sumbernya hanya dengan khabar angin atau percakapan dari satu pihak yang menuduh sahaja . Penulis tertanya adakah Ku Seman hanyalah 'budak suruhan' individu tertentu yang cuba menjatuhkan kredibiliti blogger tertentu? Ia hanya satu persoalan dan bukan tuduhan. Mungkin selama ini usaha untuk menjatuhkan kredibiliti di media sosial gagal maka sekarang media arus perdana pula digunakan? Ini lah antara salah satu tabiat dalam UMNO yang cukup susah nak dibuang iaitu cantas mencantas menggunakan pengaruh dan 'connection' yang ada.