Monday, January 27, 2014

Zahid Hamidi Setuju Cadangan Anwar Ibrahim Untuk Kerjasama

Tajuk The Sundaily "Ahmad Zahid welcomes Anwar Ibrahim's proposal to work together"  tentu menarik perhatian ramai pihak apabila Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan Anwar supaya kerjasama BN dan PR diadakan untuk sebuah konsesus nasional bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban. Dalam laporan itu, Zahid Hamidi berkata pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu bersifat terbuka dengan cadangan itu yang menunjukkan keterbukaan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam mengatasi isu-isu nasional.


Anwar semalam dalam satu kenyataan media antaranya telah menyatakan seperti berikut ;

"Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancurkan leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini"

"Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengetepikan isu kepartian dan menunjukkan seamngat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan"

Pada 23 Januari yang lepas , pemimpin DAP , Lim Kit Siang juga telah mengemukakan cadangan yang hampir serupa apabila memimta BN untuk duduk semeja dengan mereka berbincang mengenai kaedah untuk mengelakkan ketegangan perkauman dan keagamaan yang timbul kebelakangan ini.

Bagi penulis , sebelum Anwar & Lim Kit Siang membuat kenyataan di atas mereka terlebih dahulu perlu memikirkan siapa yang menimbulkan masalah yang berlaku sekarang ? Selama ini isu perkauman tidak timbul tetapi makin menjadi-jadi apabila beberapa pihak menimbulkan perkara2 yang menyetuh sensitivi kaum dan agama , termasuklah mereka yang cuba mempertikaikan perkara2 yang termaktub dalam perlembagaan negara . Anwar & Lim Kit Siang perlu  'sekolah' kan penyokong2 mereka terlebih dahulu dengan tidak membuat provokasi . Apabila ada tindakan pasti akan ada tindak balas.

Penulis juga berpendapat Zahid Hamidi tidak perlu teruja sangat dengan cadangan yang dibuat oleh Anwar ini. Tidak salah untuk duduk dan berbincang, cuma masalahnya kita bimbang perbincangan itu akan lebih terarah untuk mencari salah di pihak kerajaan dan penyokong2 kerajaan . Walhal yang menjadi alat sebaran punca kepada semua ketegangan ini berlaku dibiarkan (contohnya portal seperti The Malaysian Insider yang menyiarkan artikel memperlekehkan titah Agong) . Sesiapa yang waras pun tak mahu huru hara berlaku dalam negara ini , cuma dibimbangi sekiranya terus mendapat tekanan dan provokasi perkara-perkara buruk seperti ini sukar dijangkakan.

Friday, January 24, 2014

Rafizi GST Video Based On Broad Generalization & Assumptions

oringinal article : Malaysia-Today.net




from : Phang Chong Lee <phangchonglee@gmail.com>

PKR’s Rafizi Ramli released a video to “educate” people about the upcoming implementation of Goods and Services Tax (GST) and its effect on the rakyat through his #fahamGSTtolakGST campaign. It’s no surprise that a video anchored by a strong personality such as YB Rafizi Ramli would garner visibility on social media.

At this juncture, it is noteworthy to reiterate the following:

Currently, Malaysia is practicing a dual-consumption tax system: sales tax and services tax (SST). Each are charged at 5%/10% and 6% respectively; and

The implementation of GST will see the abolishment of the current SST.

In viewing the video, I feel that some points were made based on broad assumptions. Let’s chunk it down and address them.

Rafizi’s POV: The video was based on a GST bill that was tabled in 2009

Shouldn’t conclusions be drawn based on the latest bill which will only be tabled in March especially when it concerns the welfare of people? Let’s not jump the gun.

That aside, he did not mention that GST will replace SST. The impression given here is that it is an additional tax – on top of the existing SST. The fact remains that it is not. It is a replacement of the dual-consumption tax system.

Rafizi’s POV: The list of items to be taxed under GST include food/drink at mamak stalls and even KFC

Don’t we already get taxed under the current system for KFC? Well, I just had KFC and they charged me 6% service tax. Not only was it finger licking good, but it made me wonder:

Wouldn’t the implementation of GST be a replacement of SST? In effect, there won’t be any additional tax charged for my future snack plates. To add, wouldn’t the replacement of SST with GST prevent the cascading tax effect on prices we current face?

To the point on being taxed when at the mamak stall, wouldn’t that depend on their revenue? GST will be charged to businesses only when business revenue exceed RM500,000. Hence, whether or not GST will be implemented in mamak stalls is still subjective. Again, jumping the gun.

The reach of GST will perhaps be broader than that of SST – encompassing haircuts and even biscuits. Inflation will no doubt occur. But our findings on Australia, a country that has implemented GST a while ago, showed an inflation increase of only 2 – 3% with modest consumer price index (CPI) increase.

Rafizi’s POV: The people are burdened amidst the price hikes and GST implementations

The price hikes on toll, petrol, electric and sugar are a result of a number of factors such as subsidy cuts. The implementation of GST is separate from this exercise. In fact, The International Monetary Fund (IMF) has backed the decision to introduce GST in Malaysia and has lauded to be timely.

Rafizi’s POV: Rakyat only pays SST on a few things currently. With the implementation of GST, almost all transactions will be taxed, burdening the people

In our daily lives, we may not be aware but the current sales tax at the rate of 5% or 10% is already embedded in prices we pay for goods purchased. Sales tax is charged at both the manufacturer level and at point of import. These items include clothing, appliances and even electrical items.

GST is a broad-based consumption tax, where more items will be taxed. Due to its nature of being multi-stage tax, intermediaries within production and distribution make tax payment but are able to claim back GST incurred. As a result, GST isn’t an additional cost to businesses and in actual fact it may reduce the current cost of doing business. Consequently, prices of some items may even be lower compared to current prices under the SST system. For businesses, GST will, in general, be a zero-sum game. It won’t increase the cost of doing business dramatically, if at all.

Is it then fair to generalise and say that the implementation of GST – a tax system that prevents the existing cascading tax effect on prices – will burden the rakyat?

Personal point of views is of course respected and a call-out to understand GST together is laudable. However, the video with such broad generalization and statements made based on assumptions brings into question if it is truly made in the interest of the rakyat.

A recent Merdeka Centre Survey revealed that as many 55% of Malaysians did not understand GST, while 20% saying they absolutely knew nothing about the tax. Further, a survey ran by BERNAMA showed that there is worry amongst the rakyat that the implementation of GST may be a burden.

With this in mind, isn’t it more imperative that we be more careful about the statements made in advising the Malaysian people? If the interest is truly in rakyat’s welfare, let’s paint a holistic picture and present them with unbiased facts.

Thursday, January 23, 2014

Kadir Jasin Mudah Lupa

sumber : RBF Online


Kita semua tahu sebelum ini bagaimana Kadir Jasin membelasah PM tanpa henti. Seperti yang saya katakan sebelum ini, difahamkan kerana kegagalan PM meletakkan beliau di kerusi Pengerusi Media Prima. 

Setelah perkara ini terdedah kepada umum,tiba-tiba Kadir Jasin muncul dalam satu wawancara di portal Malaysia Gazette, mengatakan yang beliau tidak anti PM. 

Aikkkkk….lain macam bunyinya itu….

Wawancara beliau dalam portal berkenaan sangat berbeza dengan tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini. Dalam wawancara berkenaan ianya memaparkan wajah sebenar A Kadir Jasin, selaku tokoh kewartawanan negara, walaupun ada beberapa perkara yang tidak betul dinyatakan beliau. Manakala tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini tidak menggambarkan kedudukan dia yang sebenar kerana dipenuhi dengan perasaan geram dan dendam. 

Mungkin dia dah berubah kot selepas rahsianya terbongkar ???? 

Saya tidak kata kita tidak boleh kritik kerajaan atau pemimpin. Saya sentiasa percaya dengan kritikan kerana itu yang akan membuatkan kita lebih maju dan membantu kita mencapai kejayaan. Cuma saya  kata hendak menyampaikan kritikan itu harus betul. Apatah lagi dengan kedudukan orang seperti Kadir Jasin. 

Kadir Jasin dalam wawancara berkenaan membandingkan pemerintahan PM sekarang dengan zaman pemerintahan Tun Dr M. 

Kehebatan Tun Dr M tidak ada siapa yang boleh pertikai. Namun begitu kita harus ingat perbezaaan zaman Tun Dr M dengan zaman Najib. 

Zaman Tun Dr M rakyat berapa juta, zaman sekarang rakyat berapa juta ?

Zaman Tun Dr M berapa subsidi yang kerajaan tanggung setahun, zaman sekarang pula berapa subsidi yang kerajaan tanggung ? 

Zaman Tun Dr M semua berita di akhbar NST boleh dikawal oleh Kadir Jasin, zaman sekarang siapa yang boleh kawal internet ?

Zaman Tun Dr M tidak ada internet untuk membolehkan orang seperti Kadir Jasin membelasah kerajaan dan PM, zaman sekarang Kadir Jasin pun jadi budak-budak membelasah PM dalam blog kerana tak dapat jawatan. 

Zaman Tun Dr M, Anwar Ibrahim bersama-sama Umno dan BN, zaman sekarang dia bersama pembangkang. 

Zaman Tun Dr M, Anwar terkurung dalam penjara, zaman sekarang Najib bertarung dengan Anwar di pentas politik. 

Membandingkan zaman pemerintahan Tun Dr M dengan zaman pemerintahan Najib satu perkara yang tidak patut kerana ianya dua situasi dan dua zaman yang berbeza. 

Contoh, bilangan jualan akhbar NST di zaman Kadir Jasin berkuasa di syarikat itu lebih banyak daripada bilangan jualan akhbar NST dizaman sekarang. Bukan sebab Kadir Jasin hebat yang menyebabkan jualannya tinggi. Sebabnya pada masa itu rakyat tiada pilihan lain untuk mendapatkan berita selain daripada membeli akhbar. Zaman sekarang pula rakyat tak payah beli akhbar untuk dapatkan berita. Semua dah ada gajet dalam poket masing-masing. Sebab itu jualan akhbar versi cetak makin lama makin merosot. 

Kadir Jasin cuba menggambarkan dirinya seolah-olah dia pejuang rakyat dan merasai kesusahan rakyat di bawah. Jangan cakap banyaklah, kalau diri sendiri pun naik kereta jaguar dan rumah pula di kawasan elit. Jangan cuba nak berlakon dan menggunakan rakyat marhaen sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan dia membelasah PM kerana gagal dapat jawatan. 

Dalam wawancara berkenaan juga Kadir Jasin cuba membelasah blogger-blogger Umno kononnya blogger-blogger berkenaan menyerang beliau di blog-blog pembangkang. 

Cuba Datuk nyatakan blogger mana yang menyerang Datuk di blog pembangkang ? 

Setahu saya tidak ada. Kami tidak buat perkara-perkara itu. Yang kami tahu adalah Datuk yang selalu memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dan PM. 

Datuk lihatlah dibawah ini atau di sini


Apa yang Datuk tulis itu semua adalah berita bohong. PM tidak pernah ke Australia untuk menyambut tahun baru. Itu semua adalah pembohongan Datuk semata-mata. Untuk menghalalkan pembohongan Datuk itu, maka Datuk berselindung disebalik komen pembaca. Sebagai seorang tokoh kewartawan Datuk sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada blogger-blogger lain. Bukannya Datuk sendiri pun main tulis berita yang Datuk sendiri tak pasti atau tak tahu. 

Datuk kata kami (blogger-blogger) tidak pernah membantu kepimpinan Umno. Tak mengapalah…kami terima. Maklumlah kami semua ini bodoh….kami bukan tokoh kewartawanan….kami bukan bekas ketua pengarang akhbar. Tapi Datuk sendiri pula berapa banyak membantu kempimpinan Umno dalam blog Datuk sejak beberapa tahun ini ? 

Cermin diri sendiri dulu Datuk. Kalau tiada cermin pergi kencing dalam tempurung kelapa dan tilik wajah Datuk dalam air kencing. 

Ingat Datuk….ingat….Datuk bukannya maksum sangat. Tunggu ja….

Wednesday, January 22, 2014

Isu Penyanyi Bertudung di Aibkan : Pengarah Kewangan Castment Pertahankan Tindakan

Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan Yong Pey Ling sebagai pengarah kewangan Castmet yang dikatakan mengaibkan penyanyi bertudung di satu majlis ;


i. Marinatasha bertudung jadi tidak sesuai kerana majlis itu memerlukan interaksi beliau dengan tetamu

respon penulis : Penyanyi bertudung yang popular di peringkat antarabangsa seperti Shila Amzah dan Yuna turut berinteraksi dengan penonton tanpa ada apa-apa masalah disebalik 'dressing code' mereka yang menutup aurat . Begitu juga dengan penyanyi popular tempatan seperti Najwa Latif & Datuk Siti . 

ii. Penyanyi bertudung tidak sesuai untuk menyanyi dan menari bersama tetamu .

respon penulis : Kalau dalam persembahan artis2 yang pakai tudung ni, memang ada tarian2 santai yang dipersembahkan , tarian yang sesuai untuk status sbg penyanyi dan bukan penari . Tengok je budak AF yang pakai tudung , Datuk Siti , Shila Amzah , ada je konsert yang mereka turut menari tapi takde lah lebih-lebih . Jadi apa sebenarnya Yong Pey Ling ni cuba 'twist' ? Takkan lah persembahan tarian berbentuk keterlaluan/erotik yang diharapkan oleh Castmet untuk menghiburkan tetamu jesteru memanglah tak sesuai kalau menggunakan penyanyi bertudung.

iii. Artis yang diminta bukan seperti yang dipersetujui

respon penulis : Kalau bukan dipersetujui , apa hak Yong Pey Ling untuk mengaibkan penyanyi tersebut ? Tak boleh kah berbincang dengan baik dan bertolak ansur , tindakan pengarah kewangan Casmet berbangsa Cina ini mengaibkan penyanyi bertudung itu telah memberikan satu persepsi penghinaan beliau terhadap orang yang bertudung. 

iv. Satu lagi yang diwar-warkan ialah tak sesuai penyanyi bertudung kerana majlis tu ada minuman keras

respon penulis : Inilah alasan paling bahalol dibuat oleh Castmet kerana dimaklumkan tetamu majlis pun ada orang Islam jugak , kalau dah terlalu over sensitif dengan orang Islam pasal minuman keras baik tak payah jemput orang Islam , mahu pun pemuzik2 beragama Islam dalam majlis tu , Islam bukan hanya pada tudung saja , ada juga yang menutup kepala/bertudung tapi bukan agama Islam !!!

sumber : Malaysiakini

Syarikat pembinaan Castmet yang didakwa mendiskriminasikan penyanyi bertudung menjelaskan, mereka menolak Marinatasha Isnariah Mustapar membuat persembahan dalam majlis makan malam tahunan mereka kerana ia tidak sesuai.

Pengarah kewangannya Yong Pey Ling berkata, Marinatasha tidak sesuai kerana majlis itu mengkehendakinya berinteraksi dan bercampur dengan tetamu.

Malah, katanya, penyanyi kumpulan Rufus - dengan empat orang keanggotaan itu - bukan artis yang dipersetujui bersama syarikat pengurusan acara untuk majlis mereka.

“Saya dan... (seorang anggota jawatankuasa) juga memaklumkan Cik Marinatasha (kiri) bahawa beliau bukan penyanyi yang dijanjikan kepada kami untuk acara itu.

“Justeru kami memintanya tidak membuat persembahan kerana persembahan itu memerlukannya menari dan menyanyi bersama tetamu, yang kami dapati tidak sesuai untuk seorang penyanyi perempuan bertudung,” katanya seperti dalam laporan polis balasnya.

Yong menjelaskan, Castmet dan syarikat pengurusan acara berkaitan sebelum itu telah sepakat memilih seorang penyanyi yang pernah popular dengan rancangan Akademi Fantasia kelolaan Astro.

Yong membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Kuala Lumpur kelmarin.

Marinatasha dalam sidang medianya di Kuala Lumpur semalam, dengan sebak, mendakwa diarah menghentikan persembahan dalam majlis itu dan diminta turun pentas dan dimarahi kerana bertudung.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Sentul pada Ahad lalu dan mendakwa dikrisminasi.

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) juga dalam sidang media bersama Marinatasha menuntut Castmet memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

Tuesday, January 21, 2014

Larangan Anwar ke Jepun : Konspirasi UMNO atau Hubungkait CIA & Nippon Foundation ?


Berita larangan kemasukan Anwar ke negara Jepun oleh pihak imigresen negara itu banyak diperkatakan sejak semalam . Pelbagai teori dan pendapat timbul mengenai larangan itu, Anwar seperti biasa menuduh kerajaan Malaysia menjadi dalang utama . Walau bagaimanapun, dakwaan Anwar itu dibidas oleh Menteri Luar , Anifah Aman . Ramai yang mengatakan adalah mustahil bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia ini mampu mempengaruhi negara maju seperti Jepun untuk melarang kemasukan individu-individu tertentu tambahan pula seorang individu yang boleh dikatakan mempunyai pengaruh di negara-negara luar. Sekiranya ini benar, sudah tentu lebih banyak negara-negara lain melakukan tindakan yang serupa seperti Jepun. 


Dalam satu kenyataan yang dibuat di laman Facebook milik beliau , Anwar telah mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan Jepun itu sedangkan beliau tidak mempunyai masalah untuk masuk ke negara itu pada tahun 2006, 2009 dan 2012 .  Anwar kemudiannya diberitahu bahawa tindakan menghalang kemasukan beliau ke negara Jepun adalah disebabkan "laporan terbaru" yang diterima mereka sekitar tahun 2013. Anwar turut mengaitkan "laporan terbaru" yang diterima itu adalah angkara Wisma Putera seterusnya menuntut penjelasan Menteri Luar . Dalam kenyataan beliau di Facebook itu juga beliau menyatakan tujuan lawatan ke Jepun adalah kerana jemputan yang dibuat oleh Pengerusi Nippon Foundation, Yohei Sasakawa.

Pendapat Datuk Huan Cheng Guan dari Center of Political Awareness telah dipetik oleh portal Malaysia-Today dan beberapa orang bloggers. Huan berpendapat larangan kerajaan Jepun terhadap Anwar mungkin berkaitan dengan sejarah Nippon Foundation itu sendiri . Nippon Foundation telah ditubuhkan  Sasakawa Ryoichi iaitu bapa kepada Yohei Sasakawa . Berikut adalah beberapa petikan mengenai pendapat Major Huan ;

"Sasakawa Ryoichi - the creator of the gambling industry that we know today. Imprisoned as a Class A war criminal after World War II, Sasakawa is viewed with hostility by intellectuals internationally.  Most importantly, Sasakawa is the founder of the Yakuza in Japan."

"After WW2, arrest orders were given for 126 Japanese suspects on Class-A (crime against peace) charges and this was narrowed to 14. Of those who were released without charge included Kishi Nobusuke (Abe Shinzo's grandfather) and Sasakawa Ryoichi who promoted the anti-communist alliance with the United States."

"The Yasukuni Shrine claims to host the deified souls of military personnel who lost their lives in service to the nation. The controversy arose after 1978 when the new chief priest of the Yasukunia added 14 wartime military and civilian leaders who were executed as Class A criminals by decisions of the Tokyo War Crimes Tribunal or who died during imprisonment to the list of souls enshrined at the shrine."

Dari petikan di atas boleh disimpulkan bahawa Sasakawa Ryoichi merupakan pemula kepada industri perjudian di Jepun dan mempunyai kaitan dengan Yakuza . Selain itu beliau boleh dikatakan seorang individu yang agak berpengaruh di peringkat antarabangsa. Melalui rujukan di Wikipedia , beliau dikatakan berpengaruh di negara-negara Afrika dan negara-negara membangun dengan pelbagai program amal yang dicetuskan. Sasakawa pernah menjadi tahanan Class-A di penjara Sugamo. Penahanan beliau dari sumber US adalah berdasarkan dakwaan seperti berikut ;

"The US summary for his arrest, dated December 4, 1945 read as follows:

Sasakawa should be arrested for the following reasons: first, for leading campaigns instigating aggression, nationalism and hostility against the United States. And second, for his continued vigorous activities in an organization that strongly impedes the development of democracy in Japan."

Major Huan berpendapat larangan kemasukan  Anwar ke negara Jepun lebih terarah kepada kontroversi kuil Yasukuni (Yasukuni Shrine) yang berlaku dalam negara itu sendiri . Kuil Yasukuni adalah sebuah kuil yang menempatkan abu individu-individu yang mati semasa berkhidmat dengan maharaja Jepun, ini tidak termasuk bagi individu yang dilabelkan sebagai "penjenayah perang" (tahanan Class-A, B, C). Walau bagaimanapun, ada tindakan yang bertentangan dari pihak kuil dengan turut menerima "penjenayah perang" ini . Tindakan ini mengundang rasa tidak senang Maharaja Jepun.  (rujuk sini)

Secara jujur penulis tidak nampak kaitan kontroversi kuil Yasukuni dengan Anwar ,begitu juga kaitan kes sodomi dan salah guna kuasa Anwar, atau pun dakwaan pengaruh Yakuza. Kontroversi kuil Yasukuni adalah hal ehwal budaya negara itu, campur tangan pihak luar tidak akan memberi impak , alasan ini juga boleh diguna pakai untuk dakwaan pembabitan Yakuza . Untuk kes sodomi dan salah guna kuasa pula, perkara itu dah berlaku sejak tahun 1999 , sedangkan Anwar menyatakan beliau telah melawat Jepun tanpa masalah pada tahun 2006, 2009 dan 2012 .  

Penulis melihat perkara ini dalam satu sudut lain iaitu kerjasama Anwar dengan Nippon Foundation itu sendiri . Seperti yang dinyatakan Nippon Foundation dikenali di peringkat antarabangsa dengan kerja-kerja kebajikan mereka . Boleh dikatakan gerak kerja Nippon Foundation sama seperti Soros Foundation yang melakukan kerja-kerja kebajikan. Dari artikel AIDC ;

"Nippon Foundation merupakan yayasan amal yang ditubuhkan sebagai denda kekalahan Jepun kepada Kuasa Bersekutu khususnya Amerika Syarikat dalam peperangan dunia II.

Sebagai denda itu, kerajaan Jepun bersetuju menubuhkan Nippon Foundation untuk memberi sumbangan, operasi dan menaja badan-badan di negara-negara lain yang berkepentingan kepada Amerika Syarikat.

Pada tahun 1986, Nippon Foundation menubuhkan satu badan khusus dinamakan The Sasakawa Peace Foundation (SPF) yang memainkan peranan di peringkat global dengan dua ibu pejabat di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dalam wikipedia Nippon Foundation disebut  minat mereka adalah untuk menguasai persekitaran di Selat Melaka.

Badan-badan yang dikaitkan dengan CIA khususnya The Asia Foundation akan beroperasi berselindung di sebalik The Nippon Foundation dan SPF untuk merekrut tokoh-tokoh pemimpin dan pemimpin muda di peringkat Asia.

Apabila operasi rahsia dijalankan secara bertapis-tapis dan yang muncul adalah badan-badan amal yang rasmi, maka imej CIA dapat disembunyikan."

Dari petikan di atas, timbul idea mengenai kaitan antara Nippon Foundation dengan elemen-elemen asing dari luar negara Jepun seperti  The Asia Foundation , The National Endowment for Democracy (NED), The Rockefeller Foundation, The Rotary Foundation dan lain-lain.  Berikut adalah petikan dari laman web, mengenai penglibatan Sasakawa dan CIA

http://www.bibliotecapleyades.net/sociopolitica/esp_sociopol_gold02b.htm

"Kodama was one of those who, in 1954, founded the Asian Peoples Anti-Communist League. Kodama, along with his Yakuza compatriot and war-criminal cellmate, Ryoichi Sasakawa, ruled Japan with an iron fist artfully concealed in the gloved hand of political puppets. Sasakawa, in particular, boasted of a close, personal friendship with Ferdinand Marcos "long before he became president." Author Sterling Seagrave believes their friendship arose during "the Quirino presidency at the end of the 1940's when Marcos and other Quirino lieutenants were busy trying to discover" where Japanese plunder had been buried in the Philippines. Sasakawa was also deeply involved with the CIA, especially during the CIA sponsored anti-Sukarno campaign of the of the 1950's when he was in charge of supplying "materials to the anti-Sukarno camp." 

Petunjuk-petunjuk di atas adalah sesuatu yang jelas dan mungkin ada kaitan dengan "New World Order" dan "Freemason" . Hal seperti ini telah didedahkan lama dahulu, tetapi mungkin ramai yang tak perasan . Mungkin bagi mereka yang berminat boleh cari buku yang bertajuk Conspiranoia!: the mother of all conspiracy theories yang ditulis oleh Devon Jackson terbitan 1999 .  Nama Ryoji Sasakawa timbul dan dikaitkan dengan beberapa individu berpengaruh . Kini anak kepada Ryohi Sasakawa,  Yohei Sasakawa meneruskan legasi bapanya . Adalah tidak mustahil melalui Nippon Foundation , gerakan-gerakan sulit sedang di jalankan dan kerajaan Jepun mendapat maklumat mengenainya sekaligus menyekat kemasukan Anwar ke dalam negara itu. Secara kebetulan , Anwar juga mempunyai hubungan dengan beberapa organisasi yang dinyatakan sebelum ini. 


Monday, January 20, 2014

Pengarah Kewangan CASTMET Berbangsa Cina Aibkan Penyanyi Wanita Bertudung

sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2014/01/hak-kafirkan-islam-marina-juang-mana.html



KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.


Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.

Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong.


Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.  

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.

Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.


Persoalan;

1. Casmet adalah sebuat syarikat yang memajukan hartanah di kiara bawah pengswastaan kerajaan. mereka cuba masuk banyak tender untuk projek kerajaan. Insiden ini berlaku di Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 , sebuah syarikat pemaju hartanah di Sri Hartamas.

Adakah RTM arahkan Harjit Singh Hulon yang membaca berita itu untuk dia buka serban setiap kali mahu membaca berita?

2. Chairman Syarikat ini Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor adalah bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Pengerusi LTAT dan Pengerusi Persatuan Golf Amatur Malaysia. DIkatakan orang yang baik.



Apakah tindakan Pengerusi CASTMET, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Nor terhadap Pengarah Kewangannya (berbangsa Cina) yg mengarah Marina turun dari pentas

Sampai bila orang Melayu Islam mahu dihina sedemikian rupa? Apakah tindakan yg patut diambil oleh pihak yg berwajib dlm kes2 seperti ini, juga seperti kes seorang guru di sebuah SRJK(C) di Johor ?

Tidakkah perbuatan biadap seperti ini, juga seperti penghinaan terhadap PM di  Bt Mertajam , mengundang desakan untuk membawa balik ISA atau sekurang2nya penguatkuasaan undang-undang yg lebih tegas?

Tahap kesabaran orang Melayu jangan dipandang remeh. Demo besar-besaran di depan pejabat YB Pembangkang siang tadi adalah satu contoh hilang kesabaran orang2 Melayu.

Memakai tudung adalah hak berugama orang Islam. Kenapa Cina Shahnon itu begtu biadap untuk mengongkong hak bberugama orang lain? Orang Islam tak tahan hak berugama orang bangsa dan me

Soal sensitiviti dan perasaan sesuatu kaum dan ugama jangan sesekali dipandang enteng. Buruk padahnya !

Marina yang dok pertahankan hak kafir nak urtadkan orang Islam dan amalan yang dilarang semua ugama atas hak asasi manusia tu di mana?

MPKN di atas ni kenapa diam saja????

Friday, January 17, 2014

Tarik Saman : Persepsi rakyat mungkin berubah untuk insiden Lahad Datu

Bebebrapa hari kebelakangan ini , rakyat terutama di kalangan ahli UMNO mempersoalkan tindakan UMNO menarik semula tindakan undang-undang ke atas Tian Chua yang mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu hanyalah sandiwara semata-mata. Apabila sama itu ditarik puak-puak penyokong pembangkang mula memerli penyokong-peyokong UMNO terutama di media sosial .

Persepsi yang dimainkan mereka dan disebar-sebarkan kepada rakyat ialah UMNO berada di pihak yang salah kerana tak meneruskan saman pada Tian Chua, kononnya bimbang 'tembelang' akan terbuka bila diteruskan kes ini ke mahkamah. Pada penulis ini bukan soal siapa betul siapa salah , atau soal Tian Chua meminta maaf pada UMNO ? Bukan itu , tetapi ia lebih kepada permainan persepsi .

Kalau dulu persepsi rakyat menyebelahi UMNO dalam kes Lahad Datu , tetapi bila berlaku macam ni tak mustahil persepsi yang menyokong dulu akan beralih arah dek kerana macam2 persoalan yang timbul . Nak buat camne lagi ?

sumber : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2014/01/tahniah-hafarizam-harun-anda-peguam.html

Peguam UMNO ini PERLU kemukakan BUKTI, bahawasanya ahli Parlimen Batu Tian Chua telah meminta maaf dan MENYATAKAN KEKESALAN kenyataan itu telah mengaitkan UMNO dengan insiden Lahad Datu melalui KeadilanDaily. MANA DIA ? ... 


sumber : UTUSAN MALAYSIA

Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat.

Penegasan itu dinyatakan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang turut menolak dakwaan parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

Jelas beliau, dalam kes melibatkan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu dan peguamnya telah meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

l Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Apa jua yang ada kena-mengena dengan UMNO;

2 Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;

3 Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;

Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Mohd. Hafarizam Harun CUKUP TIDAK MEYAKINKAN. Amat TIDAK MEYAKINKAN. 


sumber : KEADILANDAILY

Kita mahu Datuk Mohd. Hafarizam Harun perjelaskan secara terperinci ...

Dibaris atau diperenggan manakah melalui penjelasan keseluruhan artikel yang dikeluarkan oleh KeadilanDaily menyebut TIAN CHUA MENYATAKAN KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO ? 

Jelas melalui artikel keseluruhan yang dikleuarkan oleh KeadilanDaily, TIDAK LANGSUNG disebut KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO. 

Jika tidak, apakah ahli Parlimen Batu ini menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO melalui tweeternya ? 



Tidak juga ... 

Langsung Cina Kiasu ini tidak menyebut KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO. 

Malah ahli Parlimen batu ini secara EGOIS menyatakan hanya 'penarikan artikel yang telah dikeluarkan sebelum ini', 'tanpa permohonan maaf sekalipun', TIDAK LEBIH DARI ITU.

1) Apakah peguam UMNO ini faham maksud 'MARUAH' atau 'DIGNITY' ? Maruah bukanlah suatu barangan yang boleh dijual beli di pasaran mahupun di mahkamah dengan suatu harga yang ditetapkan. 

2) Tindakan penarikan saman HANYA AKAN MENDEDAHKAN UMNO KEPADA FITNAH YANG LEBIH TERUK pada masa hadapan kerana pembangkang menyedari, mereka hanya perlu membuat permohonan maaf untuk mengelak disaman.

3) Fahami sebenar erti KETERBUKAAN sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. 

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

Jika benar UMNO mahu menunjukkan keterbukaan, sepatutnya DARI AWAL lagi JANGAN BERTINDAK mengambil tindakan undang-undang, BIARKAN SAHAJA APA JUGA BENTUK FITNAH TERHADAP UMNO selepas ini.

Barangkali UMNO perlu melakukan PERUBAHAN DRASTIK dan melihat semula BARISAN PEGUAM sedia ada, barisan peguam yang mampu memberikan padangan, nasihat, TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG TEPAT kepada pucuk pimpinan. Ramai lagi barisan peguam MELAYU yang mampu memberikan khidmat guaman dan nasihat yang berkualiti kepada UMNO.

UMNO tidak boleh lagi mempunyai barisan peguam yang boleh memberikan MESEJ YANG SALAH kepada ahli parti dan rakyat.

Thursday, January 16, 2014

Anwar Ibrahim : Pengguguran Jawatan Azmin Tidak Sah

sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140116129502/ekslusif/isu-pengguguran-pkns-anwar-bela-azmin-ali


KUALA LUMPUR 16 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kedudukan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah dalam PKNS yang dilaporkan dilucutkan baru-baru ini. 

Penasihat ekonomi negeri Selangor itu berkata, pengguguran jawatan Azmin adalah tidak sah kerana mengikut undang-undang, perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya ia  dibuat sendiri menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor. 

"Mengikut undang-undang perkara itu tidak boleh berlaku kerana perlucutan itu hanya dengan kuasa Menteri Besar atas kelulusan Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, jadi saya lihat surat yang dihantar oleh pihak PKNS itu, urusannya telah pun dibuat.

"Sekarang, ia dipertikaikan pula. Saya ingin beri nasihat kepada MB Selangor bahawa kedudukan Azmin kekal berikutan beberapa proses peraturan tidak dipatuhi," kata Anwar dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam hujahnnya membela Azmin, Anwar menegaskan bahawa tiada sebab yang munasabah untuk pihak PKNS menggugurkan beliau dari jawatan yang disandang kerana berdasarkan rekod yang baik.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR enggan mengulas lebih lanjut ketika diminta untuk memberi komen oleh pemberita berkenaan isu pelucutan jawatan dari PKNS.

"Saya rasa penjelasan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah memadai pada ketika ini dan saya tidak ada ulasan lanjut daripada apa yang telah diterangkan.

"Saya ingat perkara itu sudah jelas. Kita selesai perkara ini dengan cara baik dan saya percaya perkara ini boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya yang turut hadir dalam sidang media pagi tadi.

Cabaran Manikavasagam untuk MB Selangor di Kuala Selangor

Bekas MP Kapar , S. Manikavasagam yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam Pakatan Rakyat apabila meminta Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding menentang Menteri Besar Selangor itu dalam pemilihan parti PKR sebagai pengerusi di bahagian Kuala Selangor. Pertikaian di antara Manikavasagam dan Khalid itu memang telah diketahui umum .



Pada tahun 2008, Manikavasagam telah melepaskan jawatan beliau sebagai Naib Pengerusi PKR Selangor apabila mendakwa PKR tidak bersungguh dalam penyelesaian masalah kuil-kuil Hindu yang dirobohkan di negeri itu. Beliau juga pernah bertelagah dengan Menteri Besar berkenaan isu perlombongan pasir, dengan mengaitkan tuduhan korupsi dalam syarikat milik kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Manikavasagam yang tewas di DUN Bukit Melawati pada calon Barisan Nasional semasa PRU 2013 telah memindahkan keahlian PKR beliau ke cawangan Kuala Selangor di tempat kelahiran Khalid Ibrahim. Satu sumber mengatakan beliau percaya Manikavasagam mempunyai peluang yang cerah di Kuala Selangor berbanding Khalid Ibrahim kerana MB Selangor itu dikatakan telah hilang sentuhannya di akar umbi di sana.

Keputusan Khalid Ibrahim untuk tidak bertanding di DUN Ijok pada PRU-13 telah menimbulkan rasa kecewa di kalangan ahli PKR tempatan. Hal ini mungkin akan memberi kesan kepada keputusan pemilihan bahagian parti PKR yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan April .

Manikavasagam yang baru-baru ini dilantik sebagai Koordinator Parti untuk Bukit Melawati dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk setempat . Beliau berjaya menarik sehingga 2,000 penduduk setempat untuk menyertai PKR Bukit Melawati . Sokongan 2,000 ahli baru ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam usaha merampas kedudukan pengerusi PKR bahagian Kuala Selangor dari Khalid Ibrahim.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/16/manikavasagam-to-challenge-khalid-in-division-battle/

Dinasti Lim Atur Kroni Untuk Terus Berkuasa dalam DAP ?


Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa ada agenda tersembunyi pada pemilihan DAP di Johor dan Selangor, untuk memastikan pemimpin bukan kroni kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disingkirkan.

Agenda itu termasuk hanya 57 peratus perwakilan hadir mengundi di Johor, selain membolehkan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, dilantik sebagai pengerusi baharu DAP negeri itu, walaupun hanya mendapat tempat ke-14 pada pemilihan itu.

Tuan Tat mendakwa Chin Tong dipilih sebagai boneka kepada Dinasti Lim, seterusnya mengetepikan bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau,  Pada pemilihan DAP Johor, Ahad lalu, hanya 303 daripada sejumlah 528 perwakilan yang hadir. Situasi sama juga berlaku di Selangor, apabila hanya 699 perwakilan mengundi, manakala baki 522 lain tidak hadir. Beliau mendakwa mereka tidak dijemput untuk hadir pada pemilihan itu.

Semalam bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim juga mendakwa perlantikan Chin Tong memperlihatkan sikap tidak adil dan kronisme DAP. -

Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Hanya_57_Peratus_Perwakilan_Hadir_Pemilihan_DAP_Johor_Dan_Selangor.html#sthash.5y4PZyCQ.dpuf

Wednesday, January 15, 2014

PM Perlu Lebih Komunikasi Dengan Rakyat Berbanding Pegawai Sendiri

Kenyataan PM mengenai 'kangkung' beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan di dunia cyber , malah cerita ini tersebar luas hinggakan media online dari luar negara turut menjadikan ianya sensasi . Hal ini diperkatakan samada dari penyokong PR, BN malah rakyat biasa yang boleh dikatakan tidak berminat mengenai politik . Hal ini berlaku kerana kumpulan propaganda pihak PR bijak menggunakan peluang untuk menimbulkan persepsi yang salah dengan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri .


Kenyataan Perdana Menteri sebenarnya merujuk kepada bagaimana turun naik harga barang di pengaruhi oleh keadaan semasa. Niat Najib adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat bagaimana keadaan semasa mempengaruhi turun naik harga barang . Cuma apabila Najib menggunakan contoh yang tidak sesuai dengan merujuk kepada kangkung maka ia telah dijadikan satu bahan jenaka . Penulis percaya hal seperti ini boleh di elakkan mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ucapan dan 'public relation' PM memantau perkara-perkara seperti ini . Mereka perlu menjangka bagaimana respon yang akan diterima dengan ucapan yang bakal dibuat .

Hal-hal mengenai ucapan dan 'public relation' seperti ini bukan saja terhad kepada Perdana Menteri saja malah kepada semua Menteri dan pegawai2 tinggi kerajaan . Ini berkaitan dengan kredibiliti seseorang pemimpin itu sendiri . Pemimpin perlu meletakkan diri mereka sebagai rakyat dan menyelami hati dan perasaan rakyat . Hati dan perasaan rakyat tak boleh diketahui hanya melalui penasihat-penasihat yang berada di sekeliling mereka . Elakkan daripada tukang ampu-tukang ampu yang berada di sekeliling mereka dibawa bersama dalam majlis-majlis berkaitan rakyat . Komunikasi pemimpin yang terlibat hanyalah dengan rakyat dan bukannya tukang ampu yang bersama-sama mereka semasa majlis bersama rakyat itu. 

Bila perkara ini dilakukan, tak mustahil pemimpin akan lebih faham suara hati rakyat , dan rakyat akan menjadi lebih hormat dan sayang pada pemimpin . Sekiranya rakyat lebih hormat dan sayang pada pemimpin ,maka segala fitnah dan tohmahan yang dilakukan terhadap mereka akan dibidas oleh rakyat sendiri tanpa perlu pemimpin bersusah payah membuat penafian. Bagi mencapai  kesempurnaan ini , pemimpin perlu kenal pasti kaki kipas, kaki bodek , kaki cari untung di sekeliling mereka . Kita faham... ramai kaki kaki yang dinyatakan itu berselindung di sebalik 'topi' pembela rakyat , prihatin rakyat dan seumpamanya namun 'topi2' itu dipakai hanya bila berhadapan dengan boss . Sebaliknya mereka mereka menjadi 'bangsat' bila di belakang boss dan tukang buat onar yang menjadi liabiliti. 

Tuesday, January 14, 2014

Leonardo DiCaprio dapat Anugerah Golden Globe dalam Produksi Filem Anak Tempatan

Nama Riza Aziz sekali lagi menjadi sebutan baru-baru ini apabila filem terbitan syarikat milik beliau & rakan (Red Granite Picture) , The Wolf of Wall Street menggondol anugerah Golden Globe untuk pelakon lelaki terbaik , Leonardo DiCaprio . Kejayaan Leo ini membuktikan kemampuan produser filem kelahiran negara mampu melakar kejayaan di peringkat antarabangsa dengan filem yang diterbitkan . 



Namun, kejayaan Riza di luar negara dimanipulasi oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat bagi menjejaskan imej Rosmah Mansor . Adakah hanya disebabkan Riza Aziz ini anak kepada Rosmah Mansor maka pelbagai cerita fitnah dan negatif disebarkan . Apa masalah pemimpin2 Pakatan ni ? Kalau bina empayar kekayaan di dalam negara salah , takkan lah buat kekayaan di luar negara pun salah . Takkan lah kerajaan Malaysia ada 'share' juga di Hollywood ? 

Ramai yang mempersoalkan kejayaan Riza Aziz di luar negara dengan hanya berdasarkan karier beliau dalam bidang perbankan di luar negara . Tetapi ramai juga yang tidak tahu, beliau mampu membina empayar kekayaan kerana ada 'connection' dengan pelabur-pelabur dari Timur Tengah yang melabur dalam syarikatnya. 

Ramai anak-anak Pak Arab kaya raya yang belajar di luar negara , difahamkan Riza Aziz bersahabat dengan mereka dan pembabitan beliau dalam pembikinan filem adalah kerana pelaburan yang datang dari mereka ini . Kes Riza Aziz sama seperti seorang lagi 'billionaire' muda dari Malaysia , Jho Low.  Jho Low telah menubuhkan syarikat Wynton Group pada usia 20 tahun dengan pelaburan berjumlah USD25 juta hasil pelaburan keluarga, rakan2 beliau dari Timur Tengah dan Asia Tenggara. 

Apa lah pelik sangat dengan sikap pembangkang kat Malaysia ni , kalau ahli keluarga yang ada kaitan dengan pemimpin2 kerajaan buat bisness kat dalam negara di katakan korupsi  . Kalau buat kat luar negara pun dikatakan korupsi jugak . Habis tu takkan lah depa nak goyang kaki kat rumah saja ? Kita tak boleh nak tutup mulut orang buat fitnah , walaupun fitnah tu dijawab dengan pelbagai bukti yang menafikan , segelintir puak2 tegar menfitnah ini akan terus mengulang ulang tuduhan . Berikut adalah sebahagian dari surat tindakan undang2 oleh syarikat guaman yang dilantik Riza kepada Clare Rewcastle Brown yang memfitnah beliau dalam artikel Sarawak Report . Jelas kandungan surat guaman itu menunjukkan tiada sumber kewangan dari mana2 individu Malaysia . Sumber kewangan adalah dari "3 major financial institution, tax credits and foreign presales"


Sama macam kes cincin Rosmah , penafian dah dibuat dengan jelas , cukup dengan dokumentasi malah rakaman dari syarikat cincin itu sendiri . Tapi orang masih terus buat fitnah dengan hal yang sama. Tindakan Riza melalui syarikat guaman yang dilantik beliau Loeb & Loeb menghantar notis tindakan undang-undang kepada wartawan Sarawak Report , Clare Rewcastle Brown (ipar kepada bekas Perdana Menteri British, Gordon Brown) adalah satu tindakan yang betul . Penulis juga mencadangkan supaya tindakan undang2 turut di ambil pada portal-portal yang menyiarkan fitnah yang disiarkan Sarawak Report. Riza sebelum ini dengan jelas menyatakan syarikat tersebut banyak mendapat suntikan kewangan dari pelabur2 Timur Tengah. 

Melalui rujukan dari artikel2 dunia hiburan Hollywood , Red Granite ditubukan pada tahun 2009 (setahun selepas Riza berhenti bekerja dengan HSBC pada 2008) , dengan filem pertama bertajuk Friend with Kids (2011) yang memperoleh kutipan sebanyak USD12 juta seluruh dunia. Tiada nama-nama besar pelakon Hollywood untuk filem (kecuali Megan Fox) ini dan ia bercorak komedi santai , tidak banyak kesan khas diperlukan dan dari laporan berikut http://www.nytimes.com/2011/03/05/movies/05friends.html?_r=2&ref=movies& ; kos pembikinan filem pertama Riza ialah kurang daripada USD10 juta .

Beberapa filem lain dari Red Granite seperti yang dipaparkan dalam laman web ialah Out of The Furnace yang dibintangi pelakon Christian Bale . Filem ini adalah hasil kerjasama Red Granite dengan Relativity Media milik Leonardo Di Caprio dan Ridley Scott . Beberapa filem yang masih dalam pembikinan ialah Dumb and Dumber To dan Horns 

60% Penganut Kristian Bukan Katolik Tidak Setuju Dengan Penggunaan Kalimah Allah dalam Bible ?

Berikut adalah pandangan blogger Syed Outside The Box mengenai isu kalimah Allah . Penulis bersetuju dengan pendapat bahawa tidak semua mazhab Kristian yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah, yang kuat mendesak ialah mazhab Kristian Katolik . Kalau dalam agama Islam sendiri ada beberapa fahaman dan mazhab, begitu juga dengan Kristian dan mungkin juga agama-agama lain . Di dalam Kristian juga terdapat beberapa mazhab yang mempunyai percanggahan pendapat antara satu dengan lain .


Beberapa dahulu seorang sahabat penulis beragama Kristian dari Bronx, New York melawat Kuala Lumpur. Dia bertanya kepada penulis arah ke sebuah gereja yang terletak agak jauh dari tempat beliau menginap . Penulis pada ketika itu boleh dikatakan agak naif dan menyangka mana-mana penganut agama Kristian boleh pergi kemana-mana saja gereja untuk ritual keagamaan mereka, lalu mencadangkan agar beliau pergi ke gereja berhampiran . Dan pada ketika itu lah beliau menerangkan pada penulis mengenai kepelbagaian mazhab agama Kristian , dan gereja yang ditanyakan beliau sebelum itu adalah untuk mazhab Jehoviah Witness.

Berikut adalah tulisan blogger Syed Outside The Box mengenai mazhab2 Kristian di Malaysia dan pendirian mazhab2 ini mengenai kalimah Allah . Isu ini adalah sesuatu yang agak sensitif , tak boleh nak pukul rata kerana seperti dalam artikel di bawah  ada juga mazhab2 dalam Kristian yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah ini . Penulis berpendapat, mungkin ada eloknya senarai mazhab2 yang dikatakan tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible mereka ini ditemurah oleh wakil2 media bagi mengurangkan sedikit ketegangan yang timbul sekarang.

sumber  : Syed Outside The Box

Here is some straight forward advice to Blogger UMNO and also the UMNO boys. Dalam isu JAIS rampas Bible "Allah" ini kita jangan masuk campur. 

Do not take ownership over this issue. Jangan pula kita jadi champion isu ini. Yang rampas Bible 'Allah' di Selangor itu JAIS. JAIS is under Selangor. Selangor is under Pakatan Rakyat. JAIS bukan dibawah Barisan Nasional sekarang.  Bukan Barisan nasional yang suruh JAIS rampas Bible "Allah".

Instead put pressure on Nik Aziz, Hadi Awang, Khalid Samad, PAS, Khaled Ibrahim, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah and Pakatan Rakyat to explain why JAIS rampas Bible "Allah". 

I look at it this way - 'Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor rampas Bible "Allah" tapi UMNO pula kena tuduh buat salah. Apakah jadah punya bodoh?   UMNO has nothing to do with what JAIS did.  

So dont take ownership over something that is not the fault of UMNO. Isu ini tidak melibatkan UMNO.

The other thing is the UMNO Bloggers and UMNO boys must read a little bit more and understand the Christians a little bit more. 

Bukan semua mazhab Kristian setuju untuk menggunakan nama Arab 'Allah'. Hanya mazhab Kristian Katolik sahaja yang bising dalam hal ini. Kristian katolik bukan mazhab majoriti dalam kaum kristian dunia mahupun mazhab kristian di Malaysia. 

Katolik merupakan kurang 50% daripada penganut Kristian dunia. 

Di Malaysia bilangan mazhab Katolik hanya 40% daripada bilangan kristian keseluruhannya.

"From the 2010 government official census, the population of Malaysia was 28,334,135, of which 9.2 per cent are Christians numbering 2,606,740. Catholics account for some 40 per cent of the Christian population in the country".

Bilangan penganut mazhab Katolik berada dalam lingkungan satu juta sahaja, berbanding dengan 1.6 juta orang kristian yang lain.

Jadi kerja sia-sia pertikaikan penggunaan 'kalimah Allah' hanya menjadi isu dengan kaum tersangat minoriti Katolik sahaja. 

Siapakah mazhab-mazhab kristian lain dalam negara kita YANG TIDAK SETUJU PENGGUNAAN ALLAH DALAM BIBLE MEREKA? Sila perhatikan senarai berikut :

The Evangelical Lutheran Church 
THE LUTHERAN CHURCH BUILT ON THE GOSPEL. 
Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia
Christ Evangelical Reformed Church (CERC)
Evangelical Lutheran Churches 
Methodist Church 
Baptist Church
Golden Harvest Church
Calvary Church

Church of the Open Box



Semua ini adalah mazhab-mazhab kristian yang berlainan di Malaysia yang tidak setuju nama "Allah" dicetak dalam Bible yang dibaca mereka.

Kepada Blogger UMNO dan ahli UMNO yang ingin memperjuangkan isu ini anda mesti peka akan perkara ini. Maksudnya bukan semua mazhab Kristian setuju menggunakan 'Allah' dalam Bible mereka.

Padahal mazhab Kristian di negara lain pun TIDAK SETUJU UNTUK MENGGUNAKAN Allah dalam Bible Katolik pun, kecuali kaum Katolik bangsa Arab. Hampir tiga juta orang Arab Katolik menggunakan 'Allah' dalam Bible mereka. 

Antara penganut Katolik yang TIDAK SETUJU MENGGUNAKAN 'ALLAH' DALAM BIBLE adalah Pope Katolik sendiri. Contohnya Pope yang terbaru ia itu Pope Francis di Rome tidak menggunakan 'Allah' dalam khutbah Pope pada hari Ahad atau pada hari perayaan seperti Krismas. 

Selain daripada Pope Katolik di Rome, mazhab Kristian lain di Malaysia yang tersenarai di atas (Baptist, Lutheran, Open Box, Golden Harvest, Syrian, Coptic) dan lain-lain MEMBANTAH KERAS PENGGUNAAN 'ALLAH' DALAM BIBLE YANG DIBACA MEREKA. 

Jadi untuk tujuan ketenteraman dalam negara kita, para Blogger UMNO dan ahli UMNO harus bertanyakan kepada pemimpin gereja Katolik untuk memberi sebab 

1.  KENAPA POPE DI ROME MEMBANTAH KERAS MENGGUNAKAN PERKATAAN 'ALLAH' DALAM BIBLE POPE DI VATICAN ?

2. Begitu juga kita mesti minta penjelasan daripada majoriti kaum Kristian di Malaysia (Baptist, Lutheran, Methodist, Golden Harvest, Calvary) KENAPA MEREKA MEMBANTAH KERAS PENGGGUNAAN 'ALLAH' DALAM BIBLE MEREKA?

Saya ulangi dalam Bahasa Inggeris :

1. Please explain why the Pope in Rome REFUSES to use the word Allah in his Bible? If the Pope uses the Latin language to read his Bible why not use the Latin name for god throughout the Catholic Church?

2. Please explain why the other Christian churches in Malaysia point blank refuse to use the word 'Allah' when they read their Bible? The Methodists, Baptists, Lutherans etc REFUSE to use the word 'Allah' in their Bibles. 

How do these churches spread their versions of Christianity throughout the world without referring to their god as Allah? Can you please explain?

The Methodists, Lutherans, Evangelicals, Baptists have converted people in Malaysia, Sabah and Sarawak to their version of Christianity without referring to their gods as 'Allah'. How do you explain this?

Why does the Pope in the Vatican or the other non-Catholic Churches in Malaysia and the rest of the world REFUSE to use "Allah" in their Bible? 

Because many of them believe that the name 'Allah' is the name of a pagan Arab moon god. 

Just go to Youtube and search 'Allah the pagan moon god'. You will find many videos like the following, which are made by Catholics, Baptists, Lutherans and maybe even the Pope in Rome. Who knows?


Here they go to some extent to explain that 'Allah' cannot be their version of 'god'. That 'Allah' is nothing more than an Arab pagan moon god.

If you cannot see the video here, you can go to this link -  http://youtu.be/eEcwwhbCERQ

Jadi saya ulangi kepada Blogger-Blogger UMNO, kekawan semua mesti bertanya 

1. kenapa Pope Katolik di Rom tidak mahu gunakan 'Allah' dalam Bible yang dibacakannya
2. kenapa mazhab-mazhab kristian yang lain di Malaysia tidak mahu menggunakan 'Allah' dalam Bible yang dibaca mereka. 

Friday, January 10, 2014

Hasan Malek di Luar Negara Nafi Mahu Letak Jawatan Menteri

Kelmarin tersebar berita mengenai salah seorang Menteri kabinet yang dikatakan bakal melepaskan jawatan kerana tidak kompeten dalam menjalankan tugas . Ramai yang dapat mengagak Menteri mana yang dimaksudkan apabila sering membuat kenyataan2 'memakan diri' dalam media . Kenyataan2 yang dibuat itu bukan sahaja di hentam oleh rakyat samada yang pro-BN atau pro-PR , malah di kalangan pemimpin PR juga kenyataan Menteri berkenaan dijadikan bahan lawak jenaka sekaligus menjatuhkan imej parti pemerintah BN di mata rakyat.


Beberapa ketika selepas itu, timbul pula khabar angin yang mengesahkan bahawa Menteri yang dimaksudkan ialah Dato' Sri Hasan Bin Malek . Mesej yang tersebar itu menyatakan Hasan Malik telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjadi liabiliti dalam kepimpinan PM . Juga diberitakan satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, dari laman web http://www.bnbbc.my/?p=5684 ,pejabat Menteri berkenaan menafikan khabar angin itu. Dari petikan artikel BNBCC ;

"Beberapa laman sosial melaporkan ada menteri akan melepaskan jawatan dalam Kabinet dan pengumumannya akan dibuat Isnin ini.

Berikutan itu, ada yang menjangkakan menteri tersebut adalah Hasan dan ada pula meramalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga CEO Pemandu.

Kedua-dua mereka jadi kritikan ramai ekoran isu kenaikan harga barang.

Ada laman sosial mendakwa sumber terdekat keluarga Hasan memaklumkan peletakan jawatan itu secara sukarela bagi mengelak jadi liabiliti kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dihubungi sendiri bnbbc.my, Hasan memaklumkan beliau sedang berada di luar negara dan minta merujuk perkara itu kepada Setiausaha Akhbarnya Mohad Kamel Othman yang kemudian mengeluarkan kenyataan penafian berkenaan."

Thursday, January 9, 2014

Kadir Jasin Tolong Jawab : RM1 Sesaham, Syarikat Kroni Mana Yang Buat Untung ?

Hari ni seorang sahabat blogger mengkritik Kadir Jasin yang dilihat agak keterlaluan dalam mengkritik PM akhir2 ini . Penulis setuju pendapat blogger RBF, bahawa kritikan Kadir Jasin yang keterlaluan mungkin kerana 'merajuk' kerana gagal memperoleh sesuatu yang diinginkan . Sama seperti bekas seorang pemimpin UMNO yang menyeberang ke PR dan menyertai DAP. Penulis tak kata bahawa kita tak boleh kritik PM, malah beberapa rakan blogger sebelum ini ramai yang mengkritik PM terutama dalam isu PEMANDU, cuma bila kritikan itu timbul mungkin disebabkan ada kepentingan peribadi yang tak dipenuhi itu yang menimbulkan persoalan.


Sebelum ini penulis pernah keluarkan satu artikel bertajuk "Apa Lagi Yang Kadir Jasin Mahu?" . Dalam artikel itu antaranya penulis membangkitkan perkara2 berikut ;

Dari rujukan di internet Kadir Jasin sekarang merupakan Ketua Pengarang di Berita Publishing dan memegang jawatan itu sejak tahun 2000 lagi. Berita Publishing (BPSB) ditubuhkan sejak tahun 1973, pada 1 September 2000 ia dipindahmilik kepada syarikat Alaf Positif Sdn Bhd (APSB).



sumber: 

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS%5CAnnweb.nsf/LsvAllByID/482568AD00295D074825691200364E7D?OpenDocument

Kadir Jasin dikatakan melepaskan jawatan beliau dalam NSTP pada 1 Jun 2000, kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegarang di Berita Publishing yang dipindah milik pada Alaf Positif Sdn Bhd . Kalau dilihat dari sumber bursa Malaysia , 4,000,000 saham Berita Publishing dijual pada Alaf Positif Sdn Bhd dengan hanya nilai RM1 sesaham pada 28 Jun 2000.  Beberapa persoalan di timbulkan ;

1. Kerana tiada sasaran kewangan yang disediakan pada masa itu, ia agak sukar untuk menilai BPSB, yang pada ketika itu merupakan syarikat milik penuh NSTP. Oleh itu, sehingga kini para pemegang saham minoriti NSTP dan awam tidak tahu berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh NSTP dalam penjualan saham BPSB kepada APSB hanya pada kadar RM1.00 sesaham.


2. APSB telah ditubuhkan pada 29 Jun 1999, dan terbitan dan berbayar modal hanya RM100, 000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Jadi apakah justifikasi yang membolehkan APSB membeli 4,000,000 saham BPSB ?


Persoalan sekarang Alaf Positif Sdn Bhd ni siapa punya ? Dia punya penubuhan pun setahun sebelum Berita Publishing Sdn Bhd diambil alih . Macam ada perancangan rapi , sudah lah tu diambil alih dengan harga yang murah iaitu RM1 sesaham . Dengan perkembangan teknologi internet sekarang dan macam2 bahan bacaan yang mudah didapati melalui online , tak salah kalau penulis katakan 'bisnes' Berita Publishing ni tak berapa nak elok . MUNGKIN ada beberapa permintaan yang dibuat kepada pihak kerajaan tetapi tak dilayan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati , lalu salah satu cara untuk mendesak ialah 'membalun' pimpinan tertinggi .  Ini lah yang paling aku kesalkan bila orang 'membalun' sebab ada kepentingan diri sendiri tak dipenuhi . Lagi satu apa ingat lagi cerita antara Zaid Ibrahim dan Kadir Jasin ? Who is the "Gang of Four" ? Nanti lah ... kalau rajin cari lah

Berikut pula adalah petikan artikel yang ditulis sahabat blogger RBF;

sumber : http://www.rbfonline.net/2014/01/semoga-kadir-jasin-tidak-menjadi-budak.html

Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. 

Wednesday, January 8, 2014

Kerjasama PAS & UMNO Tolak COMANGO ?

Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) hari ini diputuskan sebagai sebuah pertubuhan yang haram oleh Kementerian Dalam Negeri . COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan itu antaranya mempromosikan hak kebebasan seksual untuk golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgander (LGBT) yang ternyata bertentangan dengan Islam malah norma hidup masyarakat yang normal . Menurut KDN , hanya 15 pertubuhan daripada 54 yang didaftarkan secara sah. Melalui artikel yang dirujuk dari Harakah Online , beberapa tuntutan COMANGO yang menimbulkan kontroversi ialah ;


a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Artikel yang ditulis oleh bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan turut memberi kritikan seperti berikut ;

a] COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

b] COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.

c] COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

5. Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.

Berikut adalah senarai 54 NGO yang terlibat dalam tuntutan COMANGO

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka (SM),
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group (FSSG),
19. Good Shepherd Welfare Centre (PKGS),
20. Health Equity Initiatives (HEI) ,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society (RGS),
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).

ISMA Cabar 3 ADUN DAP Selangor

sumber : AIDCNews



AIDCNews – 6/1/14 – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dicabar mencadangkan pemindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan datang.

“Saya cabar wakil rakyat DAP supaya mengemukakan segera cadangan pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor, 1988 seperti yang mereka mahukan,” tegas Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Ab Rahman hari ini dalam satu kenyataan kepada ismaweb.

Menurutnya, cadangan ADUN DAP itu akan mengeruhkan lagi keadaan dan sekaligus akan menggugat status quo agama Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan Sultan sebagai ketua agama negara.

“Kita mahu melihat sejauh mana reaksi umat Islam terutamanya reaksi ADUN yang beragama Islam dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Pada 3 Januari lalu, tiga ADUN DAP Selangor, Yeo Bee Yin (Damansara Utama ), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) dilaporkan The Malaysian Insider mencadangkan agar Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim segera memberi komen menyatakan ketidaksetujuannya terhadap cadangan tiga ADUN DAP itu.

Menurut bnbbc, tindakan pantas Anwar itu bermungkinan beliau tahu kesan buruk bakal menimpa pakatan pembangkang jika cadangan DAP itu dilaksanakan.

Walaupun ditegur Anwar, namun ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin hari ini tetap bertegas mempertahankan pendiriannya agar Enakmen 1988 itu dimansuhkan.

“Ia pandangan peribadi kami dengan harapan menyelesaikan perkara ini supaya undang-undang selaras, dan ia bukan pandangan Pakatan Rakyat. Kami tidak berunding dengan pemimpin lain Pakatan sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Saya pertahankan kenyataan dan pendirian kerana kami bekerja sebagai satu pasukan, tetapi tetap menghormati pandangan yang menentang cadangan sebegitu (agar Enakmen 1998 dipinda),” kata Yeo dipetik sebuah portal pro-pembangkang, Isnin.

Ketegasan ADUN DAP itu menunjukkan suara Anwar sebagai Ketua Pembangkang tidak mempunyai nilai di kalangan ahli-ahlinya.

“Mungkinkah sikap ADUN berkenaan tidak menghormati teguran Anwar yang dinobatkan sebagai ketua ini adalah petanda awal Anwar dianggap hanya pemimpin boneka yang menunggu masa untuk diTURUNkan.

“Apa guna Anwar menjawat jawatan sebagai bos besar pakatan pembangkang jika anak buahnya sanggup menyanggah secara terbuka teguran beliau?,”soal bnbbc

Tuesday, January 7, 2014

Syiling RM65 : Zuraida Kamaruddin ,Rafizi Ramli Apa Tindakan YB ?

Tentu masih segar di ingatan pembaca cerita mengenai adik Nurkhatijah dan duit syiling RM65 yang digunakan untuk bayar yuran masuk sekolah . Cerita berkenaan menjadi 'viral' di media sosial kerana siapa sangka dalam kotaraya Kuala Lumpur yang gah ini masih ada keluarga yang bertungkus lumus berusaha untuk terus hidup dalam suasana yang sangat mencabar di kotaraya ini. Dari kunjungan wartawan MyNewHub , adik Nurkhatijah dan keluarganya tinggal di Flet Taman Dagang, Fasa 2A di Ampang .


Petikan dari artikel MyNewsHub

"Nurkhatijah membuka ruang hati prihatin dan kasih sayang rakyat Malaysia apabila seorang insan berhati mulia menulis berkenaan kesusahan yang dialami datuknya sehingga terpaksa membayar wang yuran persekolah agamanya menggunakan duit syiling yang disimpan lama demi memberikan pendidikan terbaik kepada cucunya itu.

Sampai di rumah bernombor E-1-10 itu, kelihatan ramai lagi insan prihatin memenuhi ruang tamu rumah pangsa berkenaan yang sudah sedia sempit dengan tilam usang dan pakaian lusuh juga ada di kawasan ruang tamu itu.

Keadaan yang agak meriah memberikan sedikit cahaya kegembiraan kepada pasangan datuk dan nenek Nurkhatijah yang mungkin sudah agak lama tidak menerima tetamu yang ramai seperti itu tanpa henti sejak semalam."

Bukanlah bertujuan mempolitikan hal ini ,tetapi penulis amat berharap wakil rakyat yang tinggal berhampiran di kawasan ini menjadi lebih prihatin . Jangan hanya ketika cerita ini panas , maka pelbagai bantuan datang . Lepas cerita ni sejuk , maka sejuk lah semua . Penulis tak pasti samada wakil rakyat dari Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin) dan Pandan (Rafizi Ramli) dah menjengok insan malang ni ? Kalau tak jengok elok lah buat cepat2 dah usahakan apa yang patut .

Macam mana nak PANDU negara kalau 'twitter' pun boleh terbabas ?

Kadang-kadang bila kita terlalu kerap berfikir mengenai sesuatu dalam minda , kita secara tak sengaja akan menzahirkan melalui ucapan . Sebab itu lah istilah 'tersasul' ,'melatah' tu muncul . Apa yang terbit dari perbuatan tanpa sedar itu lah terjemahan fikiran . Tak boleh nak sorok , sebab ia adalah 'refleks' , something to do with neurology. Jadi mungkin ini lah yang berlaku bila akaun twitter ETP_Roadmap , menulis "former Prime Minister, Najib Razak ... " , seolah-olah itu yang diharapkan . Kalau perkara itu tak difikirkan sangat kenapa otak memberi 'signal' pada jari untuk menaip perkataan 'former' itu ? Jadi tak hairan lah kalau ada khabar yang menyatakan memang wujud tindakan untuk sabotaj Najib dari PMO sendiri khususya PEMANDU.



sumber : http://malayrights.blogspot.com/2014/01/former-prime-minister-pemandu-mahu.html

Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.

Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.

Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas diatas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".

Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.

"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"

"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."

Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah.

- Malay Rights

Takut Hilang Jawatan , Exco PAS Pilih Untuk Berdiam Diri ?

sumber artikel : http://www.mykmu.net/?p=38846


Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan “pejuang agama Islam” dan kononnya “amat sensitif” dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

“Tak tahu”? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen “tak tahu” atau “tak ambil tahu”? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba “meloloskan diri” dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di “negeri PKR-DAP” itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah “terluka” apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen “sengaja buat-buat tak tahu” dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku “tidak tahu menahu” tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku “tak tahu”?

Pada saya, walaupun “tidak tahu” tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku “tak tahu”. Apa yang Sallehen tahu agaknya?