Tuesday, November 25, 2014

Tandatangan Rosmah Mansor Tak Bernilai

Semalam, isteri Perdana Menteri dah buat kenyataan dengan jelas iaitu tolak je mana-mana permohonan projek yang bermodalkan nama beliau . Eloklah Rosmah buat kenyataan secara terbuka tu semalam, kita tahu ramai yang cuba berbaik-baik dengan beliau sebab ada kepentingan peribadi. Dek kerana sikap jual nama untuk dapatkan projek ni lah yang menyebabkan ada saja pelbagai tuduhan terhadap beliau, walhal yang buat taik si kaki ampu di yang ada keliling beliau .


Bila gagal dapatkan projek maka mula lah buat cerita dan macam-macam lagi . Bukan kita takde contoh ... banyak contoh , ramai bekas pemimpin UMNO yang dok hantam kerajaan sekarang pun kaki projek. Dah tak dapat habuan maka mula lah depa ni sebar segala cerita, termasuk hal ehwal sulit. Sikit punya celaka ke ?

Dari petikan portal The Star; http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/25/rosmah-lobi-projek/

"Sesiapa yang menggunakan nama saya , saya minta pejabat dan kementerian tidak meluluskannya ," kata beliau pada majlis himpunan tahunan Skuad Sayang di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin. 

 Beliau berkata terdapat kes di mana projek-projek yang dicadangkan mendakwa bahawa beliau mempunyai 20 atau 30 peratus kepentingan di dalamnya . 

 "Bagaimana ketua-ketua jabatan boleh meluluskan projek-projek tersebut tanpa memeriksa fakta dengan saya? " tanya Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang. Rosmah berkata cara terbaik untuk memeriksa masalah itu ialah dengan menolak serta-merta orang-orang yang menggunakan namanya . 

 " Saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa. Tandatangan saya tidak bernilai ," tegas beliau.


Jadi berdasarkan ucapan beliau semalam, kita harap Ketua-ketua Jabatan pls take note lah yea .... Rosmah sendiri kata tandatangan dia tak bernilai, jadi sesiapa yang menjual nama beliau eloklah si ketua-ketua jabatan ni pergi check dulu dengan tuan punya tubuh badan sendiri . Aku tahu ada di antara si ketua-ketua jabatan ni akan terus luluskan tetapi pada masa yang sama sebarkan cerita buruk pasal Datin Seri tanpa check dulu . Jadi jangan jadi bodoh ... Rosmah punya tandatangan takde nilai. Boleh frame kan artikel yang dikeluarkan oleh The Star online ni dan letak kat bilik pejabat masing-masing untuk rujukan.


Apa pun kenyataan yang dikeluarkan Rosmah semalam dah tentu mengecewakan geng-geng kaki projek yang tengah beratur nak menghimpit. Nak cari projek, guna lah cara yang betul , bila guna nama isteri PM dah tentu-tentu merosakkan lagi nama dia yang selama ni dah diburukkan dek fitnah pembangkang . Jadi penaung program PERMATA pun dah kena fitnah sedangkan orang yang fitnah tu tak tahu pun audit PERMATA tu sendiri. Pakai main sembur je.


2 comments:

Tandatangan nya memang tidak bernilai tetapi yangt membuatkan ia bernilai adalah disebabkan beliau tidur sekelambu dengan orang yang bernilai

Panas mata memandang kau buat fitnah besar. Dia orang tidur mana ada guna kelambu.

Aku bila balik kampung pun dah tak guna kelambu. Kelambu pun untuk orang yang tinggal ladang nyamok.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu