Sunday, October 19, 2014

Tak habis-habis dengan isu 'pendatang'

KENYATAAN MEDIA

Saya mengutuk keras kenyataan Tan Lai Soon, perwakilan PGRM Johor yg dibuat didalam Perhimpunan Agong PGRM hari ini yang mendakwa konon orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaya ini sama seperti kaum Cina & India.

Kenyataan ini lahir mungkin kerana kebodohan beliau dalam sejarah Malaya ataupun kejahilan dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.

Mendakwa bangsa Melayu daripada Indonesia yang berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan beliau.

Bangsa Melayu sudah menduduki arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.

Pergerakan bangsa Melayu di arkipelago ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina & India ke arkipelago nusantara Melayu.

Pergerakan bangsa Melayu dalam wilayah nusantara Melayu itu adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa didunia ini yang mendiami benua sendiri.

Sebaliknya kaum Cina datangnya daripada benua Cina; manakala kaum India datang daripada benua India. Kedua-duanya benua yang tidak termasuk dalam arkipelago nusantara Melayu - sebab itu mereka dipanggil pendatang sebab mereka melakukan perpindahan benua.

Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu didalam nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina daripada benua Cina dan perpindahan kaum India daripada India ke nusantara Melayu adalah satu putar-belit fakta & sejarah.

Isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensiitiviti isu seperti ini.

Persoalan anak watan bangsa Melayu dalam negara ini; ataupun persoalan kewarganegaraan kaum Cina & India dalam negara ini tidak sepatutnya lagi dibangkitkan atau dijadikan bahan politik murahan mana-mana pihak.

Saya mendesak tindakan keras dibawah Akta Hasutan diambil terhadap Tan Lain Soon kerana ucapan ini berbaur hasutan dan menghina bangsa Melayu.

Malahan ucapan seperti ini perlu dihentikan serta merta kerana ini bukan pertama kali wakil PGRM membuat dakwaan seperti ini. Sebelum ini saya percaya  Ketua Wanita PGRM juga pernah membuat dakwaan yang sama.

Oleh itu saya juga mendesak Presiden PGRM, Datuk Mah supaya mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas termasuk dipecat sbg ahli terhadap Tan Lai Soon kerana memainkan isu perkauman seperti ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
24 Zulhijjah 1435
19 Okt 2014

3 comments:

Yg pentingnya si bangang tu mengaku dia bangsa pendatang.!!!!!

Orang Cina asalnya dari Cina, Orang India asalnya dari India, Orang Siam asalnya dari Thailand, Orang Arab asalnya dari Arab, Orang Putih asalnya dari Eropah, Orang ....?.... asalnya dari ...?..... etc; Orang Melayu asalnya dari.....???????? (hint: Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu atau nama lainnya............. NUSANTARA). Sesiapa yang tak tahu fakta ini..... pergi balik sekolah belajar Sejarah dan Ilmu Alam. Tu laaa..... Mr Tan Lai Soon.... suruh pergi sekolah belajar pandai2 tak nak..... kan sekarang apa sudah jadi????? Fakta sekolah rendah pun sudah salah bila sudah tua. Dulu setahu saya UPSR tak pernah bocor kan?????
Pasal nilah Parti Gerakan di P. Pinang kalah..... pasal fakta senang pun selalu salah?????

Cuba perhatikan perjalan hidup Warga Pendatang Cina ini, sebahagian besarnya dihabiskan kat mana....

Umur 5-6 Tahun, Taska/ Tadika CINA ---> Umur 7 - 12 Tahun , sekolah SRJK (Cina ) --->
---> Umur 13 - 17 tahun, sekolah SMJK (Cina ) ---> Kolej/Universiti ( dalam negeri IPT beraliran cina, Manakala luar negara , Singapura, Hongkong , Taiwan dan tanah besar China..

JADI TIDAK HAIRANLAH MEREKA TIDAK MEMAHAMI ASAL USUL BUDAYA MALAYSIA ( MELAYU ).. Cuba tanya Pegawai Banci penduduk 2010,bagaimana sukarnya mereka berurusan dengan golongan ini..bercakap masih menggunakan bahasa Isyarat, walaupun tinggal kat Malaysia lebih 3 generasi..

Jadi Rakyat malaysia yang pentingkan keharmonian , perlulah bersama-sama MENDESAK kerajaan menghapuskan sekolah-sekolah aliran Jenis Kebangsaan ini dan menukarkan kepada sekolah satu aliran.

Apek Pendatang Haram Warga Cina.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu