Thursday, October 2, 2014

Pengurangan Subsidi Minyak Mampu Tangani Ketirisan - Tun Dr Mahathir

KOTA BAHARU 2 Okt - Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di sini, Khamis.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Rabu mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis.

Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.

"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya.

artikel penuh 

http://www.rakyatnews.my/index.php/umum/pengurangan-subsidi-minyak-mampu-tangani-ketirisan-tun-mahathir

3 comments:

Macam mana Tun M boleh berkata begitu...

Dah Nyanyuk macam nik ajis ker tun kita nie?

Ketirisan dan penyelewengan dalam urusan diesel... tak der kena mengena dgn subsidi petrol????????

Kenaper tak Hapuskan terus Subsidi Diesel dan beri sajer kupon pada yang memerlukan???

Ramai yg salah faham kenyataan Tun...Tun mmg gemar Menyindir..baca perenggan ketiga..mana ada negara arab minyak mahal??kita jual murah dr negara Arab???teruk sgt negra kita ini smpi nak naikkan harga minyak sbb hari2 minyak kena curi???
lgpun Tun mmg sudah menarik sokongan kepada AH JIB GOR!!!

kau pikir Tun betui2 tarik sokongan kt Najib? mmg Tun ckp tu adalah sebalik nya, kau akui nya pun, jgn jd bodoh kau ckp kt atas diri kau sendiri, itu aku setuju mmg betui... kah kah kah

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu