Thursday, October 2, 2014

Harga Minyak Naik, Rakyat Marhein Perlu Dapat LEBIH dalam Bajet 2015

Harga minyak naik RM0.20 seliter. Kalau tak silap aku lah, ini kenaikan yang pertama dibuat setelah beberapa tahun. Reaksi rakyat memang dah dijangka, memang lah orang rasa marah bila memikirkan kenaikan harga minyak ni akan turut beri kesan dengan kenaikan harga2 barangan yang lain. 


Aku jangkaan, peniaga2 yang nak ambil kesempatan dengan berita ini akan turut menaikkan harga barang jualan mereka. Kementerian yang jaga harga barang harap dapat pantau kenaikan harga barangan ini. 

Tentu ramai antara kita masih ingat kenaikan harga minyal pada tahun 2006-2007 yang mencecah hingga RM2.70/liter, peniaga2 ambil kesempatan naikkan harga barang. Kemudian bila harga minyak turun, tak pulak mereka turunkan harga barang yang dijual?

Subsidi minyak dan gas pada tahun 2012 ialah RM24.7 billion, subsidi tahun 2013 ialah RM24.8 billion, lagi tinggi CC sesebuah kereta itu lagi banyak subsidi yang dimanfaati pemilik kereta CC besar ni. Aku setuju memang lebih ramai orang kaya dapat subsidi minyak lebih berbanding rakyat biasa. Tapi bila dikurangkan subsidi, yang terima kesan adalah semua orang.

Oleh itu, adalah wajar sekiranya satu mekanisme dikaji untuk lebih banyak subsidi minyak disalurkan kepada golongan2 rakyat biasa ni. Kita tak nak kenaikan2 ni bagi tekanan pada rakyat, contohnya kenderaan pengangkutan seperti bas sekolah, van sekolah, dan lain2 pengangkutan berkaitan yg memungkinkan kenaikan harga barangan atas alasan kos operasi (minyak) meningkat.

Kita faham dengan pengurangan subsidi sebanyak RM0.20 seliter ini, kerajaan dapat menjimatkab RM3.3 billion setahun. Cuma pada pandangan aku, 'timing' pengumuman kenaikan macam tak kena, tambahan pula raya haji dah nak dekat. Keluarga akan berkumpul dan bercerita mengenainya. Harapan aku ialah , apabila bajet 2015 dibentangkan nanti lebih banyak berita2 yang menggembirakan akan rakyat terima.

2 comments:

Selalunya bajet hanya akan mengembirakan penjawat awam. Jika kita bukan penjawat awam tak perlulah nak letak harapan tinggi.

Kebodohan kerajaan BN, kalau kalah dalam PRU nanti jangan tanya rakyat, apa yang rakyat mahu. Yang dok tabur duit kat BR1M tu apa punya bodoh.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu