Friday, September 12, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Haji Mat Razi Belum Jadi Wakil Rakyat Pun Dah Banyak Berbakti Pada Masyarakat

Berikut adalah rekod keputusan pilihanraya DUN Pengkalan Kubor . Dari rekod yang ditunjukkan, BN melalui Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar telah memenangi kerusi DUN berkenaan sejak tahun 2004 . Pada tahun 2004, majoriti undi yang dimenangi ialah 714, tahun 2008 menurun kepada 100 dan 2013 jumlah undi majoriti meningkat kepada 1756.
 


Kemenangan BN selama 3 penggal berturut-turut di DUN Pengkalan Kubor boleh dikatakan atas faktor calon kerana pada tahun 1999, calon PAS memenangi kerusi DUN berkenaan dengan jumlah undi majoriti yang agak besar iaitu 2432 undi . Walau bagaimanapun, apabila Allahyarham Datuk Noor Zahidi bertanding di kerusi DUN berkenaan  pada tahun 2004, BN berjaya merampas DUN berkenaan dan mengekalkan kemenangan selama 3 penggal berturut-turut walaupun pada tahun 2008 hanya memenangi dengan majoriti tipis 100 undi. 

Dengan rekod kemenangan 3 penggal berturut-turut itu, penulis berpendapat pengundi Pengkalan Kubor mengiktiraf kerja-kerja Allahyarham Datuk Noor Zahidi di DUN berkenaan . Oleh itu faktor calon BN untuk PRK di DUN Pengkalan Kubor memainkan peranan penting bagi parti itu untuk mendapat mandat rakyat. Calon yang diumumkan TPM beberapa hari lepas dilihat memenuhi kriteria ini , selain merupakan anak tempatan Haji Mat Razi cukup dikenali dikalangan penduduk kerana merupakan pengasas salah sebuah sekolah pondok di negeri itu. Haji Mat Razi juga mempunyai latar belakang pendidikan dan profesionalisme yang mengagumkan. 


Berikut adalah petikan dari artikel Utusan Malaysia online menyatakan latar belakang calon BN itu ;

"Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Razi dilahirkan di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor pada 19 November 1965.

Bapa kepada enam cahaya mata dan suami kepada Khairos Husin itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mat Razi mula bergiat dalam politik sejak 1990 dan sepanjang tempoh itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO cawangan Simpangan, AJK Pemuda UMNO Bahagian serta AJK UMNO Bahagian.

Selain terlibat dalam dunia politik, Mat Razi yang pernah menimba ilmu di sekolah pondok juga merupakan bekas guru al-Quran, qari, AJK dan imam sambilan di Masjid Simpangan sejak 2003 dan aktif menguruskan jemaah yang ingin mengerjakan umrah sejak dua tahun lalu.

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Simpangan, Tumpat di atas tanah wakafnya sendiri di Kampung Simpangan yang memberi pendidikan agama percuma kepada para pelajar."

Penulis berharap pengundi Pengkalan Kubor membuat keputusan yang tepat memberikan undi kepada calon BN . Kalau pun tak suka UMNO atau BN , pertimbangkan saja kriteria yang ada pada Haji Mat Razi ini. Beliau banyak berbakti kepada masyarakat walaupun belum menjadi wakil rakyat dan penulis percaya beliau akan lebih mampu untuk membuat lebih banyak kebaikan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat di Pengakalan Kubor. 




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu