Tuesday, September 9, 2014

PAS AMBIK PENGKALAN KUBOR, PKR AMBIK JAWATAN MB ? DEAL ?

PKR hari ini melalui Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah membuat kenyataan bahawa calon PR dalam PRK Pengkalan Kubor akan diberikan kepada PAS walaupun sebelum itu kerusi berkenaan adalah milik PKR . Azizah dalam satu kenyataan yang dipetik melalui portal Rakyatnews.my berkata ;

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," 

Sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/pkr-serah-kerusi-pengkalan-kubor-kepada-pas


Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR itu seolah-olah menyindir PAS tentang konsep tolak ansur dan saling memahami di dalam gabungan Pakatan Rakyat. PAS sebelum ini bertegas untuk mengikut titah Tuanku Sultan Selangor yang meminta sekurang-kurangnya 3 nama untuk calon Menteri Besar di negeri itu walaupun diajak bersekongkol oleh PKR dan DAP supaya menghantar 1 nama sahaja.

Keputusan yang dibuat oleh PKR melepaskan kerusi calon DUN Pengkalan Kubor kepada PAS dilihat sebagai satu cara halus dalam memujuk Presiden PAS, atau Mursyidul AM PAS sendiri supaya berkolaberasi dengan mereka dalam menentukan jawatan MB Selangor di negeri Selangor. Strategi PKR ini walaubagaimanapun dilihat tidak merugikan mereka kerana DUN Pengkalan Kubor sebelum ini dimenangi oleh calon BN selama 2 penggal berturut-turut . PKR mungkin menjangka untuk PRK yang bakal diadakan nanti akan turut memberi kelebihan kepada calon BN, tambahan pula dengan isu perbalahan di antara PAS-PKR baru-baru ini . Penyokong PAS di DUN Pengkalan Kubor semestinya menjadi marah dengan perkembangan terbaru ini , dan besar kemungkinan tidak akan memberikan undi pada calon PKR.

Penulis berpendapat, kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti PKR mengenai penyerahan calon kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS itu seharusnya di jawab oleh Presiden PAS sendiri . Sekiranya Wan Azizah bercakap tentang prinsip tolak ansur dan saling memahami , kenapa PKR gagal memahami pendirian PAS dalam isu MB di Selangor ? Malah pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Presiden nya Datuk Seri Abd Hadi Awang yang diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP ? Adakah itu yang dikatakan prinsip tolak ansur dan saling-memahami seperti yang dilaungkan Wan Azizah ? Penulis percaya apa yang berlaku di antara PAS dan PKR adalah retak menanti belah, setelah pelbagai penghinaan dilemparkan adakah pemimpin-pemimpin PAS (bukan Anwarinas) boleh berdiam diri dan melupakan saja ?

2 comments:

Peninggg arrrrrrr !!! angkara Al juburi

Sejak zaman reformasi hingga zaman Bersih, tak habis-habis create masalah. Ramai puak yang dok sokong si lahnat ni, dah jadi gila dibuatnya. Mana taknya, sejak zaman dulu lagi, bertikam lidah membela mamat ni. Paling tak boleh nak jawap, ini konspirasi umno. Tapi sekarang ni, dah terdesak, habis dibuka jahatnya. Kalau masih tak sedar lagi, tak dapat nak tolong. Memang bengap betullah.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu